Highlight, Review, Terkini,

Standard Pop Dayang Nurfaizah & Amir Masdi Ditinggikan Menerusi “Debu”

Lagu: Debu
Artis: Dayang Nurfaizah & Amir Masdi
Komposer / Lirik: Mas Dewangga / Mike Chan / Karim Karam / Jova Devito / Firdaus Rahmat / Acap Salim
Produser: Mike Chan / Mas Dewangga / Jova Devito

Keterujaan melewati pasaran Pop tempatan saya kira banyak diberi evolusi oleh label Faithful Music yang sentiasa mencabar pendengar kita dengan sound baru yang tidak jauh lari daripada apa yang ada di pasaran global.

Hal-hal ini saya kira terjadi juga kerana keterbukaan mereka yang mengemudi Faithful Music untuk bekerjasama dengan bakat baru dalam penciptaan lagu yang membesarkan nama-nama seperti Mas Dewangga, Firdaus Rahmat yang sebelum ini banyak bekerja dengan Faizal Tahir khususnya.

Juga nama-nama di Faithful sendiri seperti Karim Karam, Adib Husin, John Jeeves dan beberapa nama lain bersama mastermind, Mike Chan sudah menghasilkan rangkaian Pop yang cukup current penghasilannya.

Maka lahirlah lagu-lagu cukup hebat penghasilannya seperti X Missing U, Noody, Sad To Cry, I Want You To Love Me, Nobody dan Hello Goodbye antaranya. Terhasil cukup segar, moden dan forward. Kemasan muzik yang bermain dengan efek juga sound baru yang dicipta memberi nilai tambah dalam meninggikan standard Pop tempatan.

Dan meneruskan lagi kelangsungan Pop cukup moden begini Faithful Music kali ini bersama Nova Music menghadirkan kejutan manis, kolaborasi Dayang Nurfaizah yang semakin evolve dalam bermuzik biar lebih 2 dekad usia kariernya, bersama Amir Masdi menerusi sebuah lagu berjudul “DEBU” yang beredar pada tarikh 22.2.22 yang lalu.

Lagu ini terhasil daripada ilham kreatif enam penulis yang menyatukan dua suara menjadi sebuah naskhah Pop terbaik yang harus menjadi rujukan pemuzik dan penyanyi lain di luar sana.

Tembok standard Pop tempatan dirobohkan menerusi lagu ini dengan menghasilkan sesuatu yang di luar kotak. Banyak hal menarik di lagu ini yang begitu mencuri perhatian. Peralihan verse ke pre-chorus dalam tempo drastik dan non linear structure dalam pembahagian part Dayang dan Amir menciptakan pengalaman berbeza mendengarkan lagu-lagu tempatan.

Jika di pasaran luar saya kira hal ini sudah biasa dan banyak dihasilkan produser muzik seperti Tommy Brown, Bernad Harvey dan Trey Campbell antaranya. Dan ilham menarik ini sudah diadaptasi Mike Chan bersama Mas Dewangga dan Jova Devito menerusi “DEBU” dengan jayanya.

Vokal Dayang dan Amir menyatu sangat baik tanpa perlu terlalu mencuba hal-hal aneh atau show-off skil yang tak perlu. Cukup kemas, dirasai dan melengkapi.

Mungkin jika ada perkara yang saya kurang gemar tentang penghasilan lagu ini adalah penggunaan perkataan “Rentung” yang mungkin agak kedengaran canggung (pada saya). Gantian terbaik mungkin “Hancur” tapi mungkin ia agak klise jadi mungkin boleh guna “Lebur”.

Namun ia tidaklah memberi kesan terhadap keseluruhan penulisannya. Lirik lagu ini masih baik dan matang, terhasil dalam penceritaan yang dipatahkan peralihannya bagi menyantuni melodi dan kemasan muziknya.

This a good Pop, kita perlukan lebih tenaga kreatif seperti Mas Dewangga, Mike Chan, Karim Karam, Jova Devito, Firdaus Rahmat dan Acap Salim untuk terus meninggikan standard Pop tempatan.

9/10


ARTIKEL BERKAITAN

Dolla Terus Menakluk Pasaran Muzik Semasa Menerusi “BAD”

#RetrospektifMuzik, Terkini,

Pesona Dangdut & Pop Melayu Zaleha Hamid

Melewati kalendar Pop Melayu 80-an mengembalikan nama-nama besar yang pastinya didahului Sharifah Aini, Anita Sarawak, Noorkumalasari dan Raja Ema antaranya. Namun dalam kemeriahan nama-nama tersebut sekuntum bunga kelahiran Pulau Pinang yang cukup sinonim sebagai the anchor of Pop Dangdut.

Zaleha Hamid awal menceburkan diri dalam bidang nyanyian secara profesional sejak era 60-an lagi dengan penglibatan bersama kumpulan Orkestra di Johor Bharu sebelum bergerak solo bersama EMI music dengan menghasilkan debut album berjudul “Curahan Rasa” pada tahun 1982.

Mengangkat adunan muzik Pop Melayu dengan infusi muzik Hindi dalam lenggoknya, Zaleha Hamid menerusi album tersebut bekerjasama dengan produser S.Atan. Beberapa lagu saduran dirakam semula di samping beberapa lagu lain yang rata-ratanya dihasilkan S.Atan sendiri.

Penghasilan beberapa album sepertiKenangan” (1983) danPerasaan Cinta” (1984) tidaklah begitu memberi kelebihan untuk Zaleha benar-benar bersinar. Sekadar mengisi kemeriahan pasaran muzik semasa sahaja ketika itu.

Namun kehadiran album “Hadiah Kenangan” yang diedarkan pada tahun 1985 mengalihkan perhatian pendengar ketika itu dengan hits “Dangdut Raggae” yang meledak sebagai salah satu hits yang memberi laluan untuk nama Zaleha Hamid semakin dikenali.

Gaya nyanyian Dangdutnya dengan pengaruh penyanyi Hindi menjadi bahan bual ketika itu. “Dangdut Raggae” membuka lebih ruang untuk Zaleha Hamid muncul kerap di kaca televisyen selain mendapat airplay yang kerap di radio-radio tempatan.

Kejayaan single tersebut membawa versi terbaru yang dimuatkan dalam album berjudul “Asmara” yang beredar di tahun 1986. Album ini memberi kejayaan luar biasa buat Zaleha Hamid, album ini tidak hanya mengecap kejayaan di pasaran domestik tetapi di pasarkan sehingga ke negara matahari terbit, Jepun.

Keunikan muzik dan gaya nyanyian Zaleha Hamid menerusi “Asmara” menarik minat pengeluar muzik di sana, Bomba Records untuk memasarkan album ini sebagai sebuah naskhah muzik global.

Album yang masih mengekal S.Atan sebagai produser muzik turut menampilkan sebuah lagu daripada komposer Indonesia, Tito Ario yang melengkapkan “Asmara” sebagai sebuah banchmark muzik Dangdut tempatan sehingga hari ini.

Pesona vokal Zaleha dalam alunan tersendirinya itu jugalah menghadirkan sangat banyak penyanyi Dangdut setelah itu – Ramlah Ram satu daripadanya yang mengagumi bakat muzik legenda ini yang turut menjadikan rujukan muziknya.

Peralihan muzik legenda Dangdut ini ketara di album “Ombak Derita” yang menampilkan beberapa lagu Balada 80-an. Saya kira hal ini tentu sahaja kerana mahu merelevankan Zaleha Hamid di pasaran muzik semasa. Jadi terhasillah beberapa lagu seperti “Puas Aku Menangis”, “Ombak Derita” dan “Di Saat Ini”.

Penyampaian Balada Zaleha Hamid not bad at all, mungkin benar kata orang kalau anda master dalam penyampaian Melayu Asli campakkan sahaja apa juga lagu pasti akan mampu dibawa dengan baik. Dan itu juga ada pada penghibur ini.

Kelibat Zaleha Hamid di pentas-pentas acara sentiasa dinanti, terutama sekali hits malar segar miliknya “Dangdut Raggae”. Tenaga berpentasnya memberi nyawa dalam setiap acara yang harus diraikan.

Apresiasi muzik terhadap legenda ini seharusnya berterusan. Tanpa Zaleha Hamid saya tidak pasti siapa yang akan berani untuk mengetengahkan jaluran muzik ini di sini.

Kesemua lagu-lagu klasik Zaleha Hamid kini boleh anda dengarkan secara rasmi di saluran YouTube “Getaran Nostalgia”.


ARTIKEL BERKAITAN

Alunan Merdu Melayu Asli Rosiah Chik

 

Highlight, Review, Terkini,

Tulus Merayakan Satu Dekad Bermuzik Dengan Penghasilan “Tujuh Belas”

Lagu: Tujuh Belas
Artis: Tulus
Komposer / Lirik: Petra Sihombing / Muhammad Tulus
Produser: Ari Renaldi

Menuju album keempat yang bakal beredar di tahun ini tidak lama lagi, Tulus menzahirkan sebuah single berjudul “Tujuh Belas” yang dihasilkan bersama rakan penulisnya Petra Sihombing. Kolaborasi berdua mereka sebelum ini sudah terhasil di lagu seperti “Adaptasi” dan “Labirin” yang menrupaka single-single pasca “Monokrom”.

Masih mengekalkan ilham serupa Pop Tulus kali ini sangat dekat dengan rangkaian lagu-lagu yang pernah dipersembahkannya sebelum ini seperti “Manusia Kuat” yang ternyata memperlihatkan keselesaan Tulus dalam menulis irama begini.

Diproduksi kemas oleh Ari Renaldi, lagu ini ditambah pesonanya kemasn orkestra yang dipandu Erwin Gutawa. Memberi added value bagi menghasilkan sound yang lebih grand tetapi menurut saya hasil keseluruhannya masih terasa biasa dan tidak terlihat keistimewaannya.

“Tujuh Belas” saya kira hanya pengulangan formula serupa lagu-lagu lain yang pernah dirakam sebelumnya. Sama ada Tulus sudah terlalu selesa dengan konsep begini atau dia stagnant dalam zonnya, lagu ini tidaklah begitu terlalu memikat. Sekadar okey dan boleh jadi menjemukan.

Mungkin sekali lagi  saya kira atas faktor formula serupa “Manusia Kuat, “Lagu Untuk Matahari” dan beberapa lagu lain di album “Monokrom” menjadikan “Tujuh Belas” tidaklah hadir berbisa untuk benar-benar mengikat pendengaran.

Not bad but not so impactful.

5.6/10


ARTIKEL BERKAITAN

Adrian Khalif Membuat Kita Tersenyum Dengan Kelahiran Single “I’m So Pretty”

Highlight, Review, Terkini,

Adrian Khalif Membuat Kita Tersenyum Dengan Kelahiran Single “I’m So Pretty”

Lagu: I’m So Pretty
Artis: Adrian Khalif
Komposer / Lirik: Adrian Khalif
Produser: SOIN

Berbicara soal self-love kali ini, Adrian Khalif persona R&B seberang mencuri perhatian sekali lagi dengan nuansa cukup catchy nya menerusi sebuah single berjudul “I’m So Pretty” yang beredar minggu lalu.

Adrian Khalif yang sebelum ini mencuri perhatian dengan duet bersama Cantika Abigail menerusi “Take Care” memulakan karier bermuziknya ketika berkolaborasi bersama Dipha Barus menersui lagu “Made In Jakarta” yang lebih awal membuka mata peminat muzik Indonesia dengan bakat ini.

Pasaran muziknya yang terarah pada acuan Urban Pop dalam gabungan muzik R&B, Hip-Hop dan lofi membenarkan Adrian Khalif diterima baik meskipun tidak sebesar nama pesaingnya yang lain namun apa yang pelbih penting, ketersendiriannya berdiri sebagai artis R&B  seberang cukup dikenali.

Menerusi single “I’m So Pretty” Adrian menulis sendir lagu ini dengan bantuan produser muzik SOIN menzahirkan elemen KRNB yang cukup banyak di pasaran muzik Korean Selatan dengan infusi Indo Pop yangsempurna membaluti feel keseluruhan lagunya.

“I’m So Pretty” antara lagu yang cukup segar memulakan kalendar Pop 2022 Indonesia tahun ini. Melodinya catchy dengan lirik mudah menangkap membenarkan sesiapa sahaj boleh enjoy dengan mudah penghasilan lagu ini.

7.8/10


ARTIKEL BERKAITAN

Sensasi Pop Marion Jola Diteruskan Dengan Single “Overthinking”

#RetrospektifMuzik, Terkini,

90’s Indie Pop Darling “Juliet The Orange”

Saya tidak pasti berapa ramai yang masih ingat dengan duo Marianne Lau Pin Leah dan Lam Mei May yang menggelarkan diri mereka sebagai “Juliet The Orange” ini yang dulu ernah mencuri perhatian dengan pesona bermuzik mereka dengan sebuah album dengan hits berjudul “Eyelash” sekitar awal lewat era 90-an.

Namun itu bukanlah permulaan asal mereka bergerak sebagai pemuzik yang mengendong ilham Alternatif Pop dalam rangkaian lagu-lagu mereka. Pada tahun 1996 duo ini lebih awal diperkenalkan menerusi sebuah album kompilasi berjudul Boys & Girls 1+1=3″ bersama beberapa pemuzik lain seperti Intoxicated, Nice Stupid Playground dan juga OAG.

Menerusi album kompilasi yang menampilkan bakat-bakat indie itu, Juliet The Orange menghasilkan sebuah lagu berjudul “Ode From A Psychopath” sebelum mereka benar-benar yakin menghasilkan sebuah debut album bersama Positive Tone ketika itu.

Menerusi debut ini Marianne dan May menghasilkan sendiri lagu-lagu mereka dalam acuan Alternatif Pop yang sepenuhnya berbahasa Inggeris. Album ini dibuka dengan cukup mendamaikan menerusi lagu “A Tangible Kind of Thing” yang saya kira cukup kuat pengaruh The Cranberries dan The Cardigans. Muzik mereka di lagu ini biar saya harus mendengar hari ini masih tidak kedengaran ke belakang. Fresh.

“Fish” Hadir lebih rancak momentum muziknya yang masih dominan bunyi gitar akustik yang melatari lagu ini. Esen standard dalam menghasilkan Alternatif Pop yang cukup catchy. Dan menyebut tentang catchy, lagu-lagu di album ini sebetulnya terhasil dalam acuan muzik yang sangat mudah menyerap pendengaran.

Lagu-lagu seperti The Days“, “Leaves danFirst Fallen disiapkan dengan acuan muzik yang cukup mesra pendengaran. Elemen folk di beberapa lagu memberi percikkan rasa yang berbeza. All time favorite saya tentu saja “Quizzical” .

Lagu ini antara yang terbaik saya kira terhasil di album ini dan tidak berlelbihan jika saya katakan antara yang cukup baik terhasil dalam legasi Alternatif Pop tempatan sepanjang zaman. Melodinya ketika dihasilkan cukup original dan dreamy sekali. It was a fun track back then untuk kita senang enjoy.

Juliet The Orange menjadi lebih fun di trak “Mariner“. Lagu ini antara yang menarik kraf muziknya. Dan sebuah lagi repeat mode yang saya sifatkan perfect for Sunday morning adalah “First Fallen” yang mengingtakan saya pada lagu-lagu Bic Runga. Ada elemen muzikal di pertengahan lagu ini.

Attitude vokal duo ini memberikan nilai tambah pada lagu-lagu ciptaan mereka berdua. Album ini antara yang saya kira berbaloi untuk anda spend time menghayati isi kandungan muziknya. Saya pasti juga ia rujukan yang baik untuk pemuzik muda hari ini untuk menghasilkan sesuatu yang baru daripada ilham Juliet The Orange.

Kesemua lagu-lagu Juliet The Orang boleh dinikmati secara rasmi di saluran YouTube “Getaran Nostalgia”


ARTIKEL BERKAITAN

“Phat Family” Sebagai Sebuah Victory & History Penting Gerakan Hip-Hop Tempatan

Highlight, Review, Terkini,

M.Nasir Menghidupkan Kembali Roh “Senandung Melayuku”

Lagu: Senandung Melayuku
Artis: M.Nasir
Komposer / Lirik: M.Nasir / Brad Parker / Keon

M.Nasir bersama label muziknya Luncai Emas melepaskan kembali sebuah lagu yang pernah dirakam kira-kira 24 tahun lalu namun belum sempat dirilis secara rasmi. Bersama BMG Music ketika itu, lagu berjudul “Senandung Melayuku” yang dicipta sifu M.Nasir bersama Brad Parker seorang produser muzik dari Amerika Syarikat.

Mengambil ilham muzik signature M.Nasir yang menyatukan elemen Melayu jua Timur Tengah di dalam persembahan muziknya, lagu ini dihidupkan kembali rohnya dengan jiwa besar penulisan lirik Keon yang mengambil ilham kemanusian dan ketuhanan yang jelas dalam bait liriknya.

Menurut Keon”Ramai suka bunyian dalam lagu ini. Mereka kata sedap. Memang mengakui kehebatan kolaborasi M Nasir dan Brad Parker”. Tambahnya lagi, “Lagu ini untuk dendangan M Nasir dan pastilah beliau meletakkan harapan dan jangkaan tinggi untuk saya hasilkan yang terbaik’’.

“Alhamdulillah, selepas menghasilkan lirik ini buat pertama kali, beliau terus terima dan merakam suara”. Tambah Keon lagi, sebagai pencipta lagu, M.Nasir mempunyai pilihan untuk menentukan penulis lirik yang sesuai untuk lagu-lagu nyanyiannya.

“Dan, kalau kita kaji kebanyakan lagu-lagu nyanyian beliau, banyak sekali liriknya dihasilkan arwah Loloq atau Rosli Khamis. “Memang beliau serasi bersama Loloq dan hal itu kita tidak boleh nafikan. Kita perlu hormati hakikat itu,” katanya


ARTIKEL BERKAITAN

10 Perempuan & Sekumpulan Laki-Laki – Romantisme “Search” & Wanita Dalam Persembahan Malar Segar Sepanjang Zaman

Highlight, Review, Terkini,

Dolla Terus Menakluk Pasaran Muzik Semasa Menerusi “BAD”

Lagu: BAD
Artis: Dolla
Komposer / Lirik: Ludwig Lindell and Karl-Oskar Cage / YonnyBoii
Produser: Ludwig Lindell and Karl-Oskar Cage

Pasaran muzik Pop tempatan benar-benar diraikan bakat muda yang tidak lagi mempedulikan batas bermuzik mengikut rentak pasaran tempatan sahaja. Mengorak langkah berani dengan menghadirkan sesuatu yang lebih current, Dolla bersama pengurusan Universal Music antara yang dominan memberi infusi serba moden dalam muzik.

Setelah kejayaan yang dicipta berawal dengan lagu”Make You Wanna”, “Watch Me Glow” dan terakhir kali tahun lalu menerusi “Berani”, Dolla terus bergerak cemerlang memenuhi kalendar Pop tempatan dengan sesuatu yang cukup segar dan ke depan.

Hadir lebih bold kali ini, Dolla menzahirkan sebuah single berjudul “BAD” yang tercipta dalam acuan muzik mereka yang sentiasa kita mahu dengarkan. Menikmati muzik Dolla menerusi lagu ini meletakkan pasaran muzik Malaysia bergerak seiring pasaran muzik global hari ini. Penghasilan muziknya solid, catchy dengan produksi muzik kelas satu.

Pemasaran yang disusun pihak Universal Music memberi kelebihan untuk Dolla benar-benar menyerlah. Selain penghasilan lagu yang baik, Dolla dibentuk imej mereka dengan cukup sempurna sekali untuk bergerak sebaga Pop sensation yang mampu menjadi aset muzik tempatan untuk dieskport ke pasaran luar.

Dolla bersama usaha Universal Music adalah contoh terbaik pemasaran muzik yang laju, forward dan kekinian. Penghasilan muzik video lagu ini saya kira sangat membantu membuat branding Dolla itu bersifat global. Imej dan overall look mereka itu hadir sebagai pakej melengkapkan strategi pemasaran yang bersesuaian dengan kehendak pasaran muzik hari ini.

Kredit saya kira tidak hanya pada Dolla as a music group dan produser tetapi the whole marketing team di Universal Music yang membentuk Dolla sebagai sebuah aset muzik tempatan yang sangat boleh dibanggakan. I think they really work hard for Dolla! Tahniah.

8.9/10


ARTIKEL BERKAITAN

Naim Daniel Meluaskan Pasaran Bermuzik Dengan Kolaborasi Joe Flizzow Menerusi “Habis Sini”

Highlight, Review, Terkini,

Sensasi Pop Marion Jola Diteruskan Dengan Single “Overthinking”

Lagu: Overthinking
Artis: Marion Jola
Komposer / Lirik: Dennis Talakua / Marion Jola
Produser: Dennis Talakua

Marion Jola saya kira sudah berada di tahap cukup selesa melewati hari-hari sebagai Pop star yang utuh fundamental sebagai seorang penghibur. Memiliki penggemar yang tersendiri, rangkaian lagu-lagu yang akan sentisa diulang dengar.

Apa yang harus dia lakukan sekarang hanyalah untuk terus meraikan penggemarnya pada masa yang sama mencuri perhatian penggemar baru muzik Pop Lala (Panggilan peminatnya).

Tahun lalu langkahnya agak perlahan, hanya sekadar sebuah rilis kolaborasi bersama Danilla dan Ramegvrl menerusi track sensual “Don’t Touch Me”.

Terkini meneruskan langkah bermuziknya Lala menzahirkan sebuah lagi lagu Pop berjudul “Overthinking” yang saya sifatkan belgitu Lala sekali penghasilannya.

Cukup catchy dengan ilham muzik semasa, Lala menerusi single ini sudah cukup selesa dan faham kehendak penggemarnya yang sentiasa dahagakan lagu begini.

“Overthinking” saya kira tidak sukar untuk membuat anda suka dengan penghasilan keseluruhannya kerana ia cukup moden, disiapkan dengan produksi muzik yang kemas dan kekinian.

Lagu ini cukup komersial cuma saya berharap setelah single ini Lala dapat memberi kejutan yang lebih, yang tidak pernah kita bayangkan ia akan datang daripadanya. Semoga.

7.8/10


ARTIKEL BERKAITAN

Pelayaran Emosi Reza Artamevia Menerusi Rakaman Semula “Cinta Sejati”

#PerspektifMuzik, #RetrospektifMuzik, Highlight, Review, Terkini,

10 Perempuan & Sekumpulan Laki-Laki – Romantisme “Search” & Wanita Dalam Persembahan Malar Segar Sepanjang Zaman

Kegemilangan kugiran rock Search dalam mengisi pendengaran peminat muzik tempatan berganti generasi itu itu takkan pudar. Lebih 3 dekad bermuzik masih belum mampu diuji populariti dan kredibiliti mereka dengan mana-mana bakat silih berganti yang hadir mengisi kalendar Pop tempatan.

Rangkaian lagu-lagu popular mereka menerusi 12 album penuh yang dihasilkan sejak 1985 sehingga yang terakhir pada tahun 2017 menerusi “Katharsis” – Search utuh sebagai ikon muzik. Pengisian Rock mereka dengan cerita mengikut latar masa dan budaya dekat dengan semua pendengar.

Saya meneliti kembali rangkaian lagu-lagu mereka, penulisan lirik dalam pesan sosial anak remaja, sub-budaya Melayu baru sehingga kisah cinta memuja wanita itu ada hampir di setiap penghasilan karya-karya baru mereka.

Menerusi artikel ini, Muzik Kita menyelisik ruang melodi dan lirik kumpulan legenda ini dalam 10 rangkaian lagu yang memuja wanita dalam cara berbeza.


ROZANA (1986)
Dipetik daripada album kedua Search berjudul “Langit & Bumi, lagu ini menjadi hits utama meneruskan kegemilangan kugiran ini setelah kejayaan album “Cinta Buatan Malaysia”. Menerusi lagu ini, mereka memuja wanita di tingkat paling tinggi dalam penulisan lirik. Bait lirik dalam “Rozana” ditulis dengan cara begitu dreamy sekali.

“Biar seribu biar ramai menganggu, Pada ku engkau lah ratu”.

ISABELLA (1989)

Satu nama yang akan diingati sampai bila-bila pun saya kira. “Isabella” terlalu dominan dan original – sebuah nama yang hanya Search akan diingati terlebih dahulu mendepani mana-mana Isabella yang lain. Lagu ini sebuah persembahan cinta tragis yang terpisah angkara darjat dan kasta masyarakat. Hal-hal yang sangat jelas ditulis dalam liriknya.

“Dia Isabella, lambang cinta yang lara, Terpisah kerana adat yang berbeza.

KEJORA (1985)
“Kejora” antara all time favorite saya. Kelembutan di lagu ini memberi definisi baru Rock Ballad tempatan ketika diedarkan. Vokal Amy ketika ini kedengaran sangat raw tetapi berjiwa. Penulisan lirik S.Amin Sahab dengan melodi ciptaan M.Nasir ini punya nilai evergreen yang cukup tinggi untuk ia popular dan diingati sehingga hari ini.

Indah kepribadianmu, Indah bicara, Menyegarkan semangat daku

GADISKU (1987)
Frasa cinta mati mungkin boleh tertuju dalam penghasilan lagu ini. Sekali lagi M.Nasir mencipta magis melodinya untuk sebuah persembahan malar segar. Lirik yang turut ditulis sifu ini mentafsir kisah cinta seorang lelaki terhadap wanita yang dicintanya tanpa tergugat apa pun jua kata orang.

Tak peduli kata orang terhadap dirinya, Aku tahu dia gadisku

GADIS MISTERI (1989)
Search berteka-teki di lagu ini dalam pencarian gadis misteri yang berada di imaginasi. Esen muzik 80’s begitu kuat di lagu ini meletakkan ia sebaris hebat lagu-lagu sentimental rock yang lain di pasaran global. Sekali lagi kolaborasi melodi dan lirik M.Nasir dan S. Amin Sahab menzahirkan sesuatu yang magikal di lagu ini.

Lama aku mencari dalam angan dan mimpi, Kewujudan gadis misteri

NIGINA (1992)
Dipetik daripada album “Rampage”, Nigina antara gem di album ini yang mungkin jika anda bukan die hard fans Search anda tidak familiar dengan lagu ini. Lagu ciptaan sepenuhnya anggota Search ini sebuah lagi Sentimental Rock yang mengangkat wanita sebagai tema cerita dalam pengisian ceritanya. Humanisme dalam liriknya menjadi azimat pemikat lagu ini.

Oh… malam merapati, Lembaran tragedi laramu ini

LAILA NAMAMU TERATAS (1995)
Sebuah lagi karya emas M.Nasir buat Search yang disempurnakan Amy dengan memberikan justifikasi terbaik dalam persembahan vokalnya. Antara yang terhasil cukup puitis, lirik hasil kreativiti Cenderawasih (Loloq) ini melengkapkan naskhah lagu ini dengan cukup indah sekali penghasilannya.

Harum tubuhmu memulihkan inderaku, Menghidu semula haruman di taman itu, Dan gerbang rambut mu diterbangkan bayu melamarku bangkit

SEROJA (1996)
Menerusi “Seroja” S.Amin Sahab memuja keindahan seorang puteri misteri yang dicari dalam alam yang mungkin tidak bisa dilihat sekadar bayang-bayang yang memberi harapan. Terlalu asyik saya melewati penulisan lirik lagiu ini dengan feel luar biasa Amy membuatkan lagu ini win big time.

Lamunanku tersentak, Lalu ‘ku mendongak, Gemuruh rasa, Terpaku sukma

NUR NILAM SARI (1998)
Gelora Amy dan Search menyerahkan Awie sebagai vokalis di album “Bikin Wilayah” dengan dimensi baru dalam visi serupa meneruskan kelangsungan hayat band ini. Terhasil dalam persembahan muzik yang cukup power, Nur Nilam Sari cukup ikonik dan tersendiri dengan mengangkat satu lagi nama perempuan di lagunya, Nur Nilam Sari yang merupakan anak kepada M.Nasir. Tulisan sempurna Loloq.

Senyumanmu satu azimat, Buat diriku yang hina

KEJORA KU BERSATU (1999)
“Selepas Banjir” hadir dengan seorang lagi vokalis baru, Moq yang tidak kurang jiwanya dalam penyampaian. Vokal Moq lebih subtle, delicate. Mungkin kurang keras berbanding Amy atau Awie tetapi masih cukup sebati dengan muzik Search. Masih meraikan wanita dalam lagu-lagunya, “Kejoraku Bersatu” sekali lagi meninggikan kehebatan seorang wanita di setiap lelaki.

Biar kulamar zahir dirimu menjadi ratu, Beradu dalam pelukanku, Kejoraku bersatu

*Kesemua rangkaian lagu-lagu Search boleh dinikmati secara rasmi di saluran YouTube “Getaran Nostalgia”


ARTIKEL BERKAITAN

Keasingan Wings Tanpa Awie Menerusi “Orang Asing”

Review, Terkini,

Kelangsungan Pop Khai Bahar Menerusi “Damba”

Lagu: Damba
Artis: Khai Bahar
Lagu / Lirik: Iqie Hugh / Omar K

Perjalanan muzik Khai Bahar berjalan dengan laluan yang mudah. Memiliki fanbase yang menyokong karier bermuziknya itu satu janji yang utuh untuk dia kekal dalam rencana kekal relevan dalam pasaran muzik semasa.

Berbekal kemampuan menyanyi dengan baik Khai Bahar mengemudi aturan sebagai penyanyi Pop yang bersih dari segi imejnya dan disenangi personalitinya. Daripada segi muzik Khai Bahar perlahan-lahan juga evolve melakukan sesuatu yang semakin okey single demi single.

Setelah kejayaan bersama NAR Records, Khai bergerak lebih tastefully produced bersama komposer baru Iqie Hugh yang sudah menghasilkan lagu-lagu yang cukup baik Pop nya seperti “Durja” dan “Sengsara”. Terkini sekali lagi bersama Iqie Hugh, Khai menzahirkan single terbarunya berjudul “Damba”.

Tercipta dalam acuan muzik Khai yang biasa kita dengar, lagu ini hadir dengan pemikat yang cukup baik di bahagian korusnya. Lagu ini terhasil dalam produksi muzik yang sangat baik biar melodinya tidaklah menawarkan sesuatu yang baru tetapi suntikan kemasan muzik yang lebih current menjadikan ia lebih istimewa berbanding Balada Khai sebelum ini.

Persembahan vokal Khai kemas dan beremosi dalam penceritaan yang mahu disampaikan. Semakin matang dan baik secara keseluruhannya. Kekuatan Khai adalah clarity dalam penyampaiannya.

Tidak terlalu sukar rasanya lagu ini memikat hati penggemarnya, “Damba” bakal meneruskan kelangsungan populariti Khai sebagai penyanyi di pasaran semasa.

7.6/10


ARTIKEL BERKAITAN

Persembahan Jiwa Radikal TUJU Menerusi Album “Untuk Kamu 18/19”