
Saya tidak pasti berapa ramai yang masih ingat dengan duo Marianne Lau Pin Leah dan Lam Mei May yang menggelarkan diri mereka sebagai “Juliet The Orange” ini yang dulu ernah mencuri perhatian dengan pesona bermuzik mereka dengan sebuah album dengan hits berjudul “Eyelash” sekitar awal lewat era 90-an.
Namun itu bukanlah permulaan asal mereka bergerak sebagai pemuzik yang mengendong ilham Alternatif Pop dalam rangkaian lagu-lagu mereka. Pada tahun 1996 duo ini lebih awal diperkenalkan menerusi sebuah album kompilasi berjudul “Boys & Girls 1+1=3″ bersama beberapa pemuzik lain seperti Intoxicated, Nice Stupid Playground dan juga OAG.
Menerusi album kompilasi yang menampilkan bakat-bakat indie itu, Juliet The Orange menghasilkan sebuah lagu berjudul “Ode From A Psychopath” sebelum mereka benar-benar yakin menghasilkan sebuah debut album bersama Positive Tone ketika itu.
Menerusi debut ini Marianne dan May menghasilkan sendiri lagu-lagu mereka dalam acuan Alternatif Pop yang sepenuhnya berbahasa Inggeris. Album ini dibuka dengan cukup mendamaikan menerusi lagu “A Tangible Kind of Thing” yang saya kira cukup kuat pengaruh The Cranberries dan The Cardigans. Muzik mereka di lagu ini biar saya harus mendengar hari ini masih tidak kedengaran ke belakang. Fresh.
“Fish” Hadir lebih rancak momentum muziknya yang masih dominan bunyi gitar akustik yang melatari lagu ini. Esen standard dalam menghasilkan Alternatif Pop yang cukup catchy. Dan menyebut tentang catchy, lagu-lagu di album ini sebetulnya terhasil dalam acuan muzik yang sangat mudah menyerap pendengaran.
Lagu-lagu seperti “The Days“, “Leaves“ dan “First Fallen“ disiapkan dengan acuan muzik yang cukup mesra pendengaran. Elemen folk di beberapa lagu memberi percikkan rasa yang berbeza. All time favorite saya tentu saja “Quizzical” .
Lagu ini antara yang terbaik saya kira terhasil di album ini dan tidak berlelbihan jika saya katakan antara yang cukup baik terhasil dalam legasi Alternatif Pop tempatan sepanjang zaman. Melodinya ketika dihasilkan cukup original dan dreamy sekali. It was a fun track back then untuk kita senang enjoy.
Juliet The Orange menjadi lebih fun di trak “Mariner“. Lagu ini antara yang menarik kraf muziknya. Dan sebuah lagi repeat mode yang saya sifatkan perfect for Sunday morning adalah “First Fallen” yang mengingtakan saya pada lagu-lagu Bic Runga. Ada elemen muzikal di pertengahan lagu ini.
Attitude vokal duo ini memberikan nilai tambah pada lagu-lagu ciptaan mereka berdua. Album ini antara yang saya kira berbaloi untuk anda spend time menghayati isi kandungan muziknya. Saya pasti juga ia rujukan yang baik untuk pemuzik muda hari ini untuk menghasilkan sesuatu yang baru daripada ilham Juliet The Orange.
Kesemua lagu-lagu Juliet The Orang boleh dinikmati secara rasmi di saluran YouTube “Getaran Nostalgia”
ARTIKEL BERKAITAN
“Phat Family” Sebagai Sebuah Victory & History Penting Gerakan Hip-Hop Tempatan