
Lagu: Damba
Artis: Khai Bahar
Lagu / Lirik: Iqie Hugh / Omar K
Perjalanan muzik Khai Bahar berjalan dengan laluan yang mudah. Memiliki fanbase yang menyokong karier bermuziknya itu satu janji yang utuh untuk dia kekal dalam rencana kekal relevan dalam pasaran muzik semasa.
Berbekal kemampuan menyanyi dengan baik Khai Bahar mengemudi aturan sebagai penyanyi Pop yang bersih dari segi imejnya dan disenangi personalitinya. Daripada segi muzik Khai Bahar perlahan-lahan juga evolve melakukan sesuatu yang semakin okey single demi single.
Setelah kejayaan bersama NAR Records, Khai bergerak lebih tastefully produced bersama komposer baru Iqie Hugh yang sudah menghasilkan lagu-lagu yang cukup baik Pop nya seperti “Durja” dan “Sengsara”. Terkini sekali lagi bersama Iqie Hugh, Khai menzahirkan single terbarunya berjudul “Damba”.
Tercipta dalam acuan muzik Khai yang biasa kita dengar, lagu ini hadir dengan pemikat yang cukup baik di bahagian korusnya. Lagu ini terhasil dalam produksi muzik yang sangat baik biar melodinya tidaklah menawarkan sesuatu yang baru tetapi suntikan kemasan muzik yang lebih current menjadikan ia lebih istimewa berbanding Balada Khai sebelum ini.
Persembahan vokal Khai kemas dan beremosi dalam penceritaan yang mahu disampaikan. Semakin matang dan baik secara keseluruhannya. Kekuatan Khai adalah clarity dalam penyampaiannya.
Tidak terlalu sukar rasanya lagu ini memikat hati penggemarnya, “Damba” bakal meneruskan kelangsungan populariti Khai sebagai penyanyi di pasaran semasa.
7.6/10
ARTIKEL BERKAITAN
Persembahan Jiwa Radikal TUJU Menerusi Album “Untuk Kamu 18/19”