
Lagu: Senandung Melayuku
Artis: M.Nasir
Komposer / Lirik: M.Nasir / Brad Parker / Keon
M.Nasir bersama label muziknya Luncai Emas melepaskan kembali sebuah lagu yang pernah dirakam kira-kira 24 tahun lalu namun belum sempat dirilis secara rasmi. Bersama BMG Music ketika itu, lagu berjudul “Senandung Melayuku” yang dicipta sifu M.Nasir bersama Brad Parker seorang produser muzik dari Amerika Syarikat.
Mengambil ilham muzik signature M.Nasir yang menyatukan elemen Melayu jua Timur Tengah di dalam persembahan muziknya, lagu ini dihidupkan kembali rohnya dengan jiwa besar penulisan lirik Keon yang mengambil ilham kemanusian dan ketuhanan yang jelas dalam bait liriknya.
Menurut Keon”Ramai suka bunyian dalam lagu ini. Mereka kata sedap. Memang mengakui kehebatan kolaborasi M Nasir dan Brad Parker”. Tambahnya lagi, “Lagu ini untuk dendangan M Nasir dan pastilah beliau meletakkan harapan dan jangkaan tinggi untuk saya hasilkan yang terbaik’’.
“Alhamdulillah, selepas menghasilkan lirik ini buat pertama kali, beliau terus terima dan merakam suara”. Tambah Keon lagi, sebagai pencipta lagu, M.Nasir mempunyai pilihan untuk menentukan penulis lirik yang sesuai untuk lagu-lagu nyanyiannya.
“Dan, kalau kita kaji kebanyakan lagu-lagu nyanyian beliau, banyak sekali liriknya dihasilkan arwah Loloq atau Rosli Khamis. “Memang beliau serasi bersama Loloq dan hal itu kita tidak boleh nafikan. Kita perlu hormati hakikat itu,” katanya
ARTIKEL BERKAITAN