Highlight, Review, Terkini,

Dilarut Sepi & Hiba Lewat “Hilang” Persembahan Terbaru Kaka Azraff

Lagu: Hilang
Artis: Kaka Azraff
Komposer / Lirik: Ezra Kong / Omar K
Produser: Ezra Kong

Konsistensi Kaka Azraff dalam bermuzik dengan caranya tersendiri tanpa perlu terlalu terikat kehendak pasaran Pop tempatan membawa namanya cukup utuh hari ini sebagai salah seorang penyanyi wanita yang tidak perlu dibayangi mana-mana penyanyi seusianya.

Setelah terkahir kali mengungguli gelaran juara di Anugerah Juara Lagu bersama Ezra Kong menerusi “Gila” , dia mengatur langkah bermuzik tanpa perlu tergesa-gesa hanya untuk kekal dalam radar popular.

“Janjiku” yang dihasilkan bersama MFMF. meneruskan momentum muziknya yang saya sifatkan “Kaka” sekali hasilnya. Setelah lebih setahun lagu itu beredar Kaka siap kembali hadir dengan lagu terbarunya “Hilang”.

Kali kedua menggunakan khidmat Ezra Kong yang kali ini berkolaborasi mengulik ilham bersama Omar K. “Hilang” hadir dalam pertaruhan Pop serba moden yang memberi satu dimensi kematangan bermuzik Kaka sebagai penyanyi berpengalaman.

Saya sudah lebih awal terlarut membaca teks liriknya sebelum mendengarkan lagu ini. Seawal dibuka dengan “Pohon merah tanduk // Senduduk tidak berbuah lagi // Tanam pada tanjung terkurung terbit bunga yang mati // Apakah pernah tuan saksikan Sakit dan kehilangan?” Sudah membuat saya teruja. Ini yang kita perlukan dalam penulisan lirik muzik Pop hari ini.

Kemasan bahasa dalam perlambangan menyampaikan cerita terhasil terlalu baik saya kira penulisan Ezra dan Omar dalam keseluruhan teks lirik lagu ini. Cara mereka mentafsir erti kehilangan itu begitu puitis dan cantik sekali susunan katanya.

“Hilang // Akarnya setia dikenang Janganlah biar cintanya hilang // Hilang” di bait korusnya saya kira keluar daripada ruang klise penulisan lirik lagu patah hati tempatan. Verse kedua lagu ini menjadi lebih baik.

“Gading tuah sudah berbuah tidak putus terhenti // Titisan-titisan air mata membasahi bumi // Bukan permata yang ku ingini Ku ingin kau kembali”

Lagu ini saya letakkan antara yang terhasil dengan penulisan lirik terbaik tahun ini. Persembahan vokal Kaka juga kedengaran berbeza, lebih bold dan penuh soul dalam penyampaiannya. Garau dan kasarnya memberi attitude berbeza.  Pentafsiran Kaka dalam memaknakan setiap bait kata yang ditulis dijaga santun sebaiknya.

Saya sukakan semua tentang single tebaru Kaka ini, melodinya lengkap mentafsir definisi muzik Kaka sehingglah penghasilan seni kulit gambar single ini yang penuh estetika.”Hilang” definitely satu antara yang terbaik saya dengar tahun ini dalam radar Pop tempatan.

9.2/10


ARTIKEL BERKAITAN

Langkah Bermuzik Andi Bernadee Semakin Meyakinkan “Aku Di Sini”

Highlight, Review, Terkini,

“Logic Mess” Sudut Pandang Ruang Fikir & Rasa Arash Buana

Album: Logic Mess
Artis: Arash Buana
Produser: Arash Buana / Casey Leiwakabessy / Petra Sihombing / Recky Risanto / Farrel Cahyono / Ishaq Haris Yogaswara / Will Mara

Memasuki bidang seni suara pada usia cukup muda, Arash Buana antara bakat cilik yang pernah mencuri perhatian pendengar dengan rangkaian hitsnya. Tidak mahu berhenti dia menginjak keremajaan dengan satu transisi berbeza seorang anak muda yang semakin jelas dengan kemampuan bermuziknya.

Maka terlahir sebuah lagu yang cukup booming di fasa lockdown “If You Could See Me Crying In My Room” bersama Raissa Anggiani yang sehingga hari ini sudah distrim lebih 86 Juta di Spotify dan lebih 17 Juta tontonan di YouTube.

Sejak itu bakatnya sudah mula disedari dan didekati. Arash Buana menginjak usia matangnya bukan sahaja sebagai seorang remaja tetapi sebagai seorang pemuzik. Pengaruh pop, lo-fi dan akustik dalam hits seperti “Say You’re Done With Me” dan “Stars” dan lainnya meletakkan Arash sebagai seorang pemuzik muda yang semakin mendapat perhatian.

“Logic Mess” menjadi pertaruhan perdananya dalam penghasilan album penuh. Terhasil 11 lagu keseluruhannya dalam persembahan menawan lembut melodi yang terhasil dengan lirik-lirik galau dibaluti kemas persembahan vokalnya yang cukup menyenangkan.

Dibuka dengan “Over The Moon” yang dicipta sepenuhnya Arash Buana membawa cerita cinta bertepuk sebelah tangan “I’m in love with you // I’m pretty sure you already knew.” sebelum menjadi lebih rumit dengan perasaannya, Arash menulis I’m in love with you // I’m pretty sure you already knew”.

Arash menjadi lebih galau di lagu kedua di album ini “Goodbye (But I Love You)”. Penghasilan melodinya semakin menyenangkan dan tidak sukar untuk kita sebagai pendengar menikmatinya. Begitu juga penghasilan beberapa lagu lain seperti “Fiona”, “Overthinking” dan “The Bad Guy” yang saya sifatkan sebagai a good catch di album ini.

“I’ve Always Love You” antara yang paling memikat pendengaran saya. Lagu ini terhasil cukup sayu dalam penulisan lirik galau “Let’s make a hearbreak song” sebelum menjadi lebih larut dalam barisan bait liriknya yang membuat saya bersandar tenang melayani perasaan. “I can’t decide // On whether I should stay or go back home // I’m through with this // I’m convinced that I deserve to be alone”.

“Logic Mess” sebuah album yang berjalan sebagai sebuah cerita yang bermain di ruang fikir dan rasa Arash – his state of mind – tentang cinta, kehidupan dan perasaan. Mendengarkan album ini secara terus memberi rasa yang cukup menenangkan.

Penghasilan melodinya dengan barisan lirik yang baik disatukan sempurna dengan persembahan vokalnya yang cukup baik. “logic Mess” antara album kegemaran saya tahun ini di legasi muzik Indonesia.

9/10


ARTIKEL BERKAITAN

Pertaruhan Pop Semasa Ziva “Magnolya”

Highlight, Review, Terkini,

“Rumah” – Sebuah Melodi Kerinduan The Impatient Sisters

Lagu: Rumah
Artis: The Impatient Sisters
Komposer / Lirik: The Impatient Sisters
Produser: Irena Taib

The Impatient Sisters ada ruang cukup istimewa di pendengaran saya. Amat jarang lagu-lagu mereka tidak membuai setiap kali mendengarkan mereka. Cukup matang dalam pasaran muzik indie tempatan, tiga bersaudara ini kekal dengan identiti muzik mereka yang banyak dipengaruhi Folk, Country yang dikemaskan dengan ilham muzik Pop.

Setelah terakhir kali muncul dengan EP “Hati-Hati” dua tahun lalu, mereka terus merangka kembara bermuzik dengan idea tersedia tetapi terhasil lebih dekat dengan jiwa pendengar mereka pastinya.

“Rumah” menjadi pertaruhan terbaru The Impatient Sisters dalam layangan melodi membuai rasa yang dibaluti puitis lirik serta instrumentasi muzik yang melengkapkan naskhah ini sebagai sesuatu yang cukup personal.

Menambah rasa terbuai-buai itu sudah tentu persembahan vokal mereka yang cukup lembut menyentuh. Lirik lagu ini bercerita tentang kepergian dan kerinduan dalam bait kata yang disusun sebagai sebuah cerita yang melengkapi seiring penghasilan melodi lagu ini.

“Kini kau jauh // Jauh dari hidup yang dulu” mengisi korus lagu ini sebelum diisi dengan pengharapan “Rumah mu kan sentiasa ada // Dalam hati kau bawa selamanya”.
Naskhah ini memberi warna dalam pasaran muzik tempatan yang harus diraikan sebaiknya sebagaimana kita meraikan lagu-lagu lainnya.

7/10


ARTIKEL BERKAITAN

Mengembalikan Sarah Suhairi Yang Tenggelam Menerusi “Burn”

Highlight, Review, Terkini,

Langkah Bermuzik Andi Bernadee Semakin Meyakinkan “Aku Di Sini”

Lagu: Aku Di Sini
Artis: Andi Bernadee
Komposer / Lirik: Roberto Gerongco / Mekar / Mas Dewangga / Jova Devito / Andrew Peterson Briol / Andi Bernadee
Produser: KUYA / TEE

Melangkah cukup konsisten dengan single demi single yang jarang gagal memikat pendengaran Pop semasa tempatan, nama Andi Bernadee saya kira sudah cukup utuh sebagai bakat pelapis yang memiliki potensi cukup besar.

Pesona raggaeton yang dibawanya sejak 2018 dengan lebih lima single yang booming sehingga hari ini terhasil dalam jaluran muzik yang cukup current dan seiring pasaran muzik global. Dia seperti tidak mahu menghampakan penggemarnya, Andi hadir dengan sebuah lagi lagu terbaru.

“Aku Di Sini” sebuah akustik Pop yang cukup soothing sekali. Lagu ini sudah berjaya membuat saya terikat dengan sekali pendengaran. Penghasilan melodinya baik dengan instrumentasi gitar yang melatari keseluruhan lagu ini cukup membuai sekali.

Penulisan lirik di lagu ini juga terhasil puitis dalam kosa kata sederhana yang dibaluti sebuah jaluran cerita “Terlepas kata bila marah // Kuhanya manusia biasa” sebelum menjadi lebih menyentuh di bait “Bintang di langit hilang seri // Cinta kita sudah tak bersemi”.

Setelah kali terkahir menghadirkan Pop Ballad menerusi “Penat”, lagu ini berjaya memberi keseimbangan dalam prospek muzik Andi yang bergerak dengan caranya yang tersendiri. Sehingga single ini saya pasti Andi sudah cukup siap untuk menghasilkan sebuah album penuh.

Lagu ini saya kira tidak sukar menembus ruang rasa pendengar tempatan. Cerita di balik lagu yanng ditulis pasti saja mampu menawan dan relatable dengan ramai orang. Penyampaian sederhana Andi menerusi lagu ini melengkapkan naskhah “Aku Di Sini” sebagai lagu yang cukup baik.

8/10


ARTIKEL BERKAITAN

Tidak Mahu Melangkah Perlahan Aisha Retno Melahirkan “Sutera”

Terkini,

Malai Solo – Konsert Tiga Dekad Seni Noraniza Idris Bakal Dipentaskan Di Tiga Malam

Sebuah konsert yang sangat dinantikan pengikut Ratu Irama Tradisi , Noraniza Idris akhirnya bakal diraikan selama tiga malam bermula 21 sehingga 23 Oktober 2022 di Panggung Sari Istana Budaya, Kuala Lumpur.

Bakal menyaksikan sentuhan emas susunan muzik Ramli MS yang bertindak sebagai Pengarah Muzik malam konsert yang bakal berlangsung, Noraniza Idris bakal berpentas dalam satu pengalaman menikmati  muzik tradisional secara langsung selama 120 minit tanpa henti.

Pernah menerbitkan 13 album penuh keseluruhan sejak 1986, Noraniza Idris melalui transisi bermuzik yang cukup matang. Sehingga album “Ala Dondang” diedarkan namanya semakin dekat dengan pendengar muzik tempatan.

Satu per satu kejayaan dicipta dengan pelbagai sumbangan yang dilakukan demi meninggikan standard muzik Irama Tradisi Malaysia, Noraniza Idris nyata cukup layak untuk mementaskan pengalaman bermuziknya dengan penuh budaya, cerita dan tradisi yang pastinya akan dilakukan dengan penuh prestij.

“Sebagai seorang artis sudah tentu kita ada perasaan ingin buat konsert. Tapi disebabkan saya baru satu album masa tu dan banyak kekangan seperti nak mencari penaja dan sebagainya. Jadi saya teruskan dengan album lain dulu.

Tambahnya lagi “Bila dah sampai satu tahap itu memang betul-betul nak memastikan konsert itu menjadi kenyataan. Tapi sayangnya tahun demi tahun ia memang sukar. Satu saja, kos penerbitan untuk konsert ini sangat tinggi dan irama Malaysia ini bukan sekadar konsert biasa. Ia tak sama dengan konsert lain.”

Menurut Noraniza Idris, Konsert Malai Solo Noraniza Idris menggunakan khidmat 300 individu membabitkan pengarah muzik terkenal negara, Datuk Ramli MS, barisan pemuzik kelas A bertaraf filharmonik, kemunculan 40 pasukan artis budaya tetap, artis budaya jemputan, kumpulan tenaga kreatif yang mahir dalam teknologi persembahan dan banyak lagi.

Apa yang lebih menarik konsert ini bakal membabitkan pasukan tiga negara Malaysia, Thailand dan Singapura yang akan turut terlibat dalam persembahan dikir yang akan melibatkan lebih 60 individu yang melibatkan penyatuan dua generasi pendikir dari Kelantan dan Singapura.

Tiket-tiket telah mula dilancarkan pada 19 Ogos lalu melalui www.ilassotickets.com dengan harga VVIP Awallah Dondang RM1599.00, VIP Dikir Puteri RM899.00, Intan Payung RM399.00 dan Hati Kama RM299.00.


ARTIKEL BERKAITAN

Noraniza Idris: Dasawarsa Seni Penyanyi Saduran ke Biduanita Irama Melayu Asli Paling Dihormati

Highlight, Review, Terkini,

Mengembalikan Sarah Suhairi Yang Tenggelam Menerusi “Burn”

Lagu: Burn
Artis: Sarah Suhairi
Komposer / Lirik: Apipapol
Produser: Apipapol

Sarah Suhairi ketika memenangi Big Stage dahulu sudah terbentuk sebagai seorang bakat baru yang memiliki masa depan yang baik dalam menghasilkan lagu-lagu dalam legasi Pop yang pastinya keluar dari alur Balada yang tipikal mahu menjual nama-nama baru.

Namun entah mengapa sejak setahun dua kebelakangan ini dia semakin banyak diberikan lagu-lagu Balada yang sebetulnya tidaklah begitu memberi justifikasi pada bakat yang dia miliki. Sarah masih muda dan tenaga yang dia miliki itu sangat rugi jika tidak digunakan di saluran yang tepat.

Rangkaian lagu-lagu Pop semasa dengan pengaruh R&B, Dance, KPOP seharusnya menjadi arah bermuziknya. Dan hal ini yang kita dapat menerusi single “Nyawa & Raga” sebelum dia merilis “Rise & Fall” yang saya kira masih baik dan current penghasilannya.

Setelah itu satu per satu Balada biasa dihasilkan membuatkan saya merasakan sangat rugi untuk perkembangan kariernya. Hal ini saya kira berterusan kerana kejayaan single “Bicara Rasa” bersama Ariff Bahran.

Kemudian tanpa putus yang dihasilkan adalah Balada demi Balada – “Mungkin”, “Andaikan” dan “Pasrah”. Lagu-lagu begini bukanlah tidak bagus cuma ia tidak memberi nilai tambah pada kemampuan yang ada pada Sarah.

Sarah boleh carry up beat dan mid-tempo songs dengan baik. She even can rap dengan baik, jadi saya kira jaluran muzik begini lebih baik untuk meninggikan standard muziknya. Jadi dengan kehadiran single terbarunya “Burn” saya kira Sarah sudah kembali pada landasan yang betul.

Lagu ini terhasil dalam melodi yang cukup catchy, current dengan produksi muzik yang cukup kemas dan datang dengan attitude yang tersendiri. “Burn” terhasil seiring usianya, lebih moden dan bertenanga.

Kita perlukan lebih lagi lagu-lagu begini daripada Sarah untuk dia tidak terjerat dalam dominasi Balada berulang yang sudah dirakam oleh semua penyanyi lain. Banyak Balada moden yang boleh dijadikan rujukan hari ini jika dia mahu menghasilkan Balada setelah penghasilan “Burn”.

6.7/10


ARTIKEL BERKAITAN

Tidak Mahu Melangkah Perlahan Aisha Retno Melahirkan “Sutera”

 

Terkini,

Lalahuta Perkenalkan 3 Vokalis Baru & Merilis “Tak Cuma Angan”

Lalahuta bakal kembali dengan single terbaru yang sekaligus menjadi penanda format baru mereka dengan 3 vokalis – Yerry Ririasa, Olivia Ruth, dan Acel Rungkat dalam single berjudul “Tak Cuma Angan”.

Single ini merupakan lagu asalLalahuta yang dirilis ulang dengan judul yang lain. Kini mereka memberikan nyawa baru terhadap single “Tak Cuma Angan” dengan merilis lengkap dalam nuansa yang berbeza.

“Tak Cuma Angan” diambil dari kisah curahan hati dari teman-teman di sekitar Lalahuta yang memiliki semangat dalam dirinya untuk mencari pasangan hidup dan merasa pencarian mereka tersebut tak hanya dalam angan semata. “Kami terinspirasi dari kisah curhatan teman-teman kami yang selalu semangat mencari jodoh dan pasangan hidup mereka. Itulah kenapa, kami menulis lagu ini,” ungkap Lalahuta.

Selain terlibat langsung dalam proses pembuatannya, untuk lagu ‘Tak Cuma Angan’ ini, Lalahuta juga ikut dibantu oleh Alvin Witarsa untuk menambahkan nuansa Orkestra di lagu ini. Selain itu, ada pula Rayendra Sunito (Bakuucakar) untuk proses Mixing dan Masteringnya.

“Kami berharap lewat lagu ini kami dapat memberikan harapan agar orang-orang yang masih hidup menjomblo selama ini untuk tetap semangat dalam mencari pasangan hidupnya,”

Langkah besar memang telah dilakukan oleh Lalahuta dengan merubah format grupnya menjadi 3 vokalis. Namun menurut mereka inilah yang membuat Lalahuta dapat lebih mengeksplorasi lagu dengan warna vokal yang semakin beragam. “Dengan adanya 3 vokalis ini, kami justu memiliki banyak jalan untuk bisa mengeksplorasi lagu dengan warna yang lebih banyak,” kata Lalahuta.

Semangat untuk terus merilis single-single terbaru dengan format baru ini semakin meyakinkan langkah  Lalahuta untuk merilis albumnya di tahun depan. “Ya, kami tetap akan memberikan karya terbaik kami dan kami sedang merencanakan akan merilis album di tahun 2023,” tutup mereka.

Single terbaru “Tak Cuma Angan” dari Lalahuta sudah dapat didengarkan di seluruh gedung muzik sementara video musiknya yang mengambil kisah yang sama dengan kisah lagunya juga telah dirilis di akun Youtube resmi dari Lalahuta.

#RetrospektifMuzik, Terkini,

Patriotisme Dalam Lagu Seorang Biduan Bernama Sudirman

Cukup dikenali sebagai penghibur bangsa Malaysia, Sudirman dalam karya-karyanya tidak hanya terikat ilham lagu-lagu cinta muda mudi sahaja.

Dia menggalas gelaran sebagai seorang penghibur dengan penuh tanggungjawab tidak hanya buat penggemarnya namun busa bangsa. Maka lahirlah rangaian lagu-lagu patriotik yang saban tahun diputarkan setiap bulan Ogos saat kita merayakan sambutan kemerdekaan.

Sudirman satu dalam sejuta, penghibur berjiwa besar yang tiada galang gantinya. Saat ramai di eranya memilih untuk mendendangkan irama moden dengan pengaruh Disko dan Funk, Sudirman mengambil jalan tengah dengan mengimbangi muziknya.

Apa yang kita dengar hari ini menerusi penghasilan album “Abadi” contohnya adalah apresiasi seniman ini terhadap negara. Lagu seperti “31 Ogos” ciptaan Ahmad C.B sudah cukup ikonik yang masih menjadi anthem kemerdekaan sehingga hari ini. Bait “Merdeka, merdeka, tetaplah merdeka , iapasti menjadi sejarah” akan terus dilaung sebagai kenangan abadi kita padanya.

Sebuah lagi rangkaian patriotik yang cukup popular semestinya “Warisan” lagu tulisan Syed Haron yang terhasil dalam melodi yang menyentuh dan menyemarakkan semangat patriotisme. Lirik lagu “Warisan” cukup kuat dan antara yang terbaik yang pernah dihasilkan dalam legasi penghasilan lagu-lagu patriotik.

Bait korusnya “Andai ku terbuang tak diterima // Andai aku disingkirkan // Kemana harusku bawakan // Kemana harusku semaikan cinta ini.” bergerak sebagai bukti kecintaan Sudir terhadap negara, bangsa dan peradaban. Melodi patriotisme Sudirman diteruskan dengan rangkaian lagu seperti “Tegakkan Bendera Kita” dalam durasi singkat yang terhasil cukup ikonik

Sebuah epilog “Tanah Ini Tanahku” yang dimuatkan daripada album “Lagu Anak Desa” yang dibentuk sebagai sebuah album dedikasi buat kehidupan di desa dan latar masyarakatnya. Sudirman menerusi album ini benar-benar menyelami kisah-kisah itu.

Lagu seperti “Anak Gembala”, “Ke Dunia Baru” dan “Sepetang di Pinggir Bukit” ditulis mengikut latar masyarakat dan geografi yang diceritakan dalam sebuah album yang saya kira solid mengendong ilham muzik bertema.

“Bapak” sebuah dedikasi buat Tunku Abdul Rahman dihasilkan sepenuhnya melodi dan lirik oleh Sudirman sendiri sebuah lagi melodi ringkas yang dihasilkan seperti sebuah puisi yang dilagukan dengan menyentuh. Produksi muzik Adnan Abu Hassan di lagu ini menyuntik elemen malar segar yang cukup menyenangkan dihasilkan untuk mengisi album “Kulit”.

Lihat ladang kita
Terbentang luas
Subur dan menghijau
Tanah yang merdeka

Bapak
Ini rumah kita
Pusaka peninggalan
Untuk melindung keluarga yang merdeka

Bapak
Yang hendak kukata
Pengorbananmu memberikan kami
Kelahiran yang merdeka
Terima kasihku

Generasi baru


ARTIKEL BERTKAITAN

Sebuah Kesyahduan, Resah dan Sepi “Sudirman” Menerusi 10 Balada Terbaik Yang Pernah Dirakam

Highlight, Review, Terkini,

Kemasan Mewah “Sang Dewi” Persembahan Kolaborasi Andi Rianto Bersama Lyodra

Lagu: Sang Dewi
Artis: Andi Rianto & Lyodra
Komposer / Lirik: Andi Rianto / Titi DJ
Produser: Andi Rianto

Meramu semula rangkaian hits terdahulu itu menuntut satu tenaga kerja kreatif untuk menjadikan naskhah baru yang dirakam semula itu tidak terhasil di bawah standard lagu asalnya. Dan hal ini jika berada di tangan produser muzik berpengalaman pasti akan mejadi sesuatu yang cukup membanggakan.

Andi Rianto yang mengembalikan “Bahasa Kalbu” pada tahun lalu dengan layangan vokal merdu Raisa mengerah ilham kreatif terbarunya untuk sebuah lagi hits Titi DJ berjudul “Sang Dewi” yang kali ini dibawakan suara generasi baru Pop Indonesia iaitu Lyodra.

Terhasil dalam rakaman full string Budapest Scoring Orchestra yang cukup melekakan, lagu ini dibuka dengan cukup grand sekali sebelum vokal merdu Lyodra mengisi emosi keseluruhan lagu ini.

Andi Rianto yang menyusun semula skor muzik bagi lagu ini bijak dalam meninggikan standard lagu asalnya ke tahap yang lebih baik. Hal yang sangat diperlukan jika melakukan rakaman semula. Idea besarnya diberi justifikasi yang cukup baik sekali.

Pengalam mendengar “Sang Dewi” yang baru ini seperti kelahiran semula sebuah hits malar segar yang pastinya sudah menjadi antara naskhah Pop terpenting dalam sejarah muzik Indonesia.

Lagu ini menjadi semakin baik di penghujung lagunya. Semakin dramatik dengan kemampuan vokal Lyodra yang mewarnai keseluruhan lagu sebagai sebuah pengalaman baru menikmati “Sang Dewi” tanpa perlu dibandingkan di versi asalnya.

7.9/10


ARTIKEL BERKAITAN

Membikin Remuk Hati Yang Rawan, Sang Dewi Hadir Merenggut Rasa Lewat Persembahan Agung “Stil Learning”

Highlight, Review, Terkini,

Pertaruhan Pop Semasa Ziva “Magnolya”

Album: Magnolya
Artis: Ziva Magnolya
Produser: Yovie Widianto / Adrian Kitut / SOIN / Bemby Noor / Beraldy Dean / Seto Bramana / LaleIlmanNino 

Ziva Magnolya bergerak dalam persaingan yang cukup kuat dengan barisan bakat baru lain seperti Lyodra, Tiara Andini dan beberapa nama lain muncul di sela seli itu. Namun percaturan dalam strategi pemasaran Universal Music untuk kembara muziknya berjalan adil sekali pun persaingnya sangat kuat.

Ziva muncul dengan kelebihan dalam persembahan vokalnya yang terisi emosi biar tidak seteknik Lyodra atau semanis Tiara, Ziva ada identitinya yang cukup tersendiri. Saya biar pada awalnya sukar melihat hal-hal ini perlahan menanam percaya Ziva bakat Pop yang punya masa depan yang baik.

Dia mengembalikan hits Marcell “Peri Cintaku” dengan cukup bersahaja. Tanpa merubah terlalu banyak hal, yang barbalut dalam rendisi baru ini hanya emosi dari sudut pandang seroang wanita. Persembahan vokalnya kemas tanpa terlalu banyak itu itu dia melayarkan emosi dengan sebaiknya.

Album ini terisi beberapa lagu yang siap beredar sebenarnya lebih awal. Single seperti “Sampai Kapan”, “Terlukis Indah” dan “Tak Sanggup Melupa” sebuah pengenalan sebelum kita mengenalnya lebih dekat di album pedana yang menampilkan nama besar seperti Yovie Widianto, SOIN, LaleIlmanNino dan Bemby Nor antaranya.

Turut berisi beberapa lagu baru, “Munafik” (Denis Ligia / Iqbal Siregar) antara yang paling menarik dinikmati. Melodi yang dihasilkan oleh vokalis Juicy Luicy ini memiliki esen Indo Pop yang cukup kuat sekali. Baladanya memikat dalam penulisan lirik dan judul yang berbaur provokasi.

Nyanyian Ziva sangat tenang dan meyakinkan seperti apa yang biasa kita nikmati dalam beberapa single sebelumnya. Lagu ini antara yang cukup kuat untuk meneruskan kelangsungan hits miliknya. “Pilihan Yang Terbaik” (Seto Bramana) sebuah lagi Balada baru yang dihasilkan untuk album ini.

Album ini saya kira bergerak dalam konteks selamat penghasilan sebuah Pop album yang sasarannya jelas iaitu memberi kepuasan muzik seperti apa yang pasaran hari ini mahukan. Ziva memiliki masa deoan yang baik berbekal bakat yang dia miliki, mungkin eksperimentasi Pop yang berbeza boleh dia cuba untuk perkembangan muziknya.

6.7/10


“RUBIK” – Sebuah Cita-Cita & Keghairahan Bermuzik Dere