#RetrospektifMuzik,

#MixTape Sinaran Pop Pagi 70/80 Yang Menghiburkan

Irama segar 70-an dan 80-an yang banyak dipengaruhi muzik Disco, Synth, Pop dan Joget yang memonopoli pasaran muzik di era itu hadir penuh warna. Tidak hanya terikat dengan rangkaian lagu-lagu yang catchy sahaja penulisan lirik yang beragam mengambili latar cerita masyarakat kadang cukup mencuit hati.

Sebahagian karya-karya yang dirakam semula daripada lagu antarabangsa dialih bahasa dalam bahasa Malaysia daripada Noorkumalasari dan Sweet September antaranya cukup popular ketika diedarkan.

Muzik Kita melewati kalendar Pop 70-an dan 80-an daripada pemuzik legenda seperti Sheila Majid, Anita Sarawak, Sudirman, Black Dog Bone, Alleycats dan ramai lagi dalam sebuah retrospektif muzik yang cukup menarik untuk diperdengarkan kembali.

“Mentari Korea” adalah all time favorite saya dalam legasi Symth Pop dan City Pop Malaysia. Lagu ini terhasil cukup fun sekali dengan persembahan vokal Raja Ema yang clarity nya cukup baik sekali. Kisah pertemuan dua jiwa dari dua destinasi berbeza mengulik kisah impian, cita-cita dan cinta.

“Punch Card” sebuah melodi hasil tulisan lirik Habsah Hassan ini diedarkan ketika Malaysia buat kali pertama memperkenalkan sistem punch card di Malaysia. Cukup catchy melodinya dengan lirik yang menggambarkan situasi masyarakat ketika itu yang berpusu-pusu kerana mahu lekas ke pejabat. Antara yang cukup ikonik penghasilannya.

“Kalau Berkalau” lagu dengan gabungan muzik Joget dan Pop yang disatukan dengan attitude vokal Anita dengan cukup terhasil menarik. Lagunya cukup fun untuk dinikmati dengan melodi catchy dan pastinya membangkit semangat pagi setiap kali mendengar.

“Bila Hujan Pagi” feel good Pop yang saya kira cukup padan diperdengarkan di pagi hari, ya huja terutamanya. Melodi lagu ini sangat chill dengan infusi muzik 70-an yang cukup kuat membuai dalam gerak-gerak perlahan sambil bersiap-siap sebelum ke pejabat.

“Tua Sebelum Waktu” is a 80’s anthem Pop yang memberi dimenasi baru dalam muzik tempatan. Pengaruh J-Pop dan City Pop yang diraikan dalam melodi ciptaan Odie Agam ini terhasil cukup classic dan timeless. Biar sehingga hari ini lagu ini masih segar diperdengarkan.

Freedom antara band Pop terbaik yang pernah ada di era 80-an. Lagu-lagu mereka menongkah arus muzik Melayu yang sinonim dengan pengaruh Hindustan ketika era 70-an dan 80-an. “Bersama” salah satu lagu terbaik yang pernah mereka rakamkan sepanjang berkarier yang pastinya hadir dengan groove yang tersendiri.

Fast number dengan pengaruh muzik Disko dalam lagu nyanyian Noorkumalasari ini hadir dalam groove yang cukup enjoyable. Lirik yang dihasilkan pula dalam pesan-pesanan tentang persahabatan juga cinta yang cukup banyak dihasilkan di era ini. Persembahan Noor biar tidaklah merdu tetapi masih bergerak dalam kemasan muzik yang sedap didengar.

Highlight, Review, Terkini,

Menuju Album Perdana, Ai.Z Menghadirkan “Impossible To Love You”

Lagu: Impossible To Love You
Artis: Ai.Z
Komposer / Lirik: Aizat Amdan / Yunalis Mat Zara’ai / Lincoln Jesser
Produser: Lincoln Jesser

Kembara Ai.Z dalam merencana muziknya yang didominasi rasa R&B, Synth yang dibaluti feel good Pop membawakan naskhah-naskhah yang cukup menarik untuk dinikmati daripada seorang bakat tempatan. Visi meninggikan standard muziknya ke peringkat lebih baik sudah lebih awal kita dapati menerusi single “Use Me” dan “The Last Thing” yang beredar tahun lalu.

Bersama Yuna Room Records, sebuah lagi lagu terbaru dihasilkan dengan judul “Impossible To Love You” yang menjadi single ketiga persona ini sebelum merrilis sebuah album penuh yang akan diedarkan pada Oktober nanti.

“Impossible To Love You” tulisan Aizat Amdan bersama Yunalis Zara’ai menadapat sentuhan produksi muzik LA based producer, Lincoln Jesser. Lagu ini terhasil dalam pengaruh muzik 80’s Synth Pop yang cukup dominan dalam penghasilan lagu-lagu popular The Weeknd khususnya.

Cukup catchy dengan hook yang mengikat pendengaran, lagu ini saya kira tidak sukar menarik minat penggemar muzik semasa. Ai.Z dalam persembahan vokal santai memberi justice yang baik untuk keseluruhan feel lagu ini untuk terbentuk cukup kemas dan menarik untuk didengari.

Ai.Z saya kira bakat penting muzik tempatan yang seharusnya kita raikan kewujudannya. Mendengarkan single ini saya kira menjadi bukti ramai anak tempatan yang mahu evolve dan keluar daripada paten standard Pop tempatan. Lagu ini sangat best dan kita should be proud. Saya menantikan apa yang bakal dipersembahkan lagi menerusi album yang bakal menyusul.

8.2/10


ARTIKEL BERKAITAN

#TheFutureIsBright Meraikan Suara Generasi Baru Bersama Yuji & Putri Dahlia Menerusi “Old Love”

#RetrospektifMuzik,

Nada Getaran Jiwa Malaysia Dalam Lagu

Saya Anak Malaysia (Dr. Sam / S. Amin Sahab)

Lagu ini dihasilkan sebagai sebuah representasi Pop Patriotik yang disatukan dengan elemen muzik yang keluar daripada kepompong biasa lagu-lagu patriotik. Dan kerana keunikan Dr. Sam yang membawakan lagu ini dengan penuh karakter berbeza, ia menjadi lagu yang cukup ikonik sekali sehingga hari ini masih diperdengarkan di setiap bulan kemerdekaan.

Standing In The Eyes of the World (Ella / Wah Idris / Habsah Hassan)

Lagu paling moden dalam legasi semangat jiwa patriotik. Ella dengan cukup effortless merakamkan lagu “Standing In The Eyes of the World” ini dengan begitu menyenangkan sekali. Bait lirik Habsah Hassan yang ditulis dalam melodi mewah Wah Idris ini pasti akan terus diperdengarkan biar berganti generasi.

Warisan (Sudirman / Syed Haron)

Lagu teratas dalam legasi patriotisme adalah daripada Sudirman. Selain “31 Ogos” yang cukup popular, lagu berjudul “Warisan” ciptaan Syed Haron ini antara yang menanam rasa kecintaan pada negara dan budaya dengan estetika muzik serta lirik yang cukup tinggi. Sudirman dalam penyampaian ikhlasnya melontar rasa lewat lagu ini memberi kesan buat pendengar.

Negaraku Tercinta (DJ Dave / S.Atan)

Feel Melayu cukup tinggi dalam melodi ciptaan S.Atan lewat lagu ini. Penyampaian DJ Dave juga cukup jelas dalam sebutannya yang sekali gus memberikan. “Tanahku subur menghijau // Utara selatan timur // Pemandangan menawan // Sederhana aman makmur.”

Bahtera Merdeka (Ahmad Jais)

Ahmad Jais merakamkan lagu ini pada era 60-an sebagai sebuah anthem kemerdekaan negara. Lagu yang terhasil dalam gerakan ilham muzik era 60-an ini memberi definisi melodi kemelayuan dengan lirik puitis yang menyemarak rasa patriotisme. Lagu ini kemudian cukup popular kembali setelah dirakamkan oleh Aishah pada era 90-an.

Malaysia Baru (M.Bakri)

Lagu yang cukup catchy dengan feel swingging 60’s dalam penghasilan melodinya menjadikan “Malaysia Baru” antara naskhah penting Pop Patriotik tempatan.

Sesat Di Kuala Lumpur (Kembara)

Blues dan Folk Kembara terhasil dalam cerita yang cukup menarik untuk diperdengarkan. Melodi lagu “Sesat Di Kuala Lumpur” membawa cerita jiwa-jiwa yang penuh pengharapan untuk berjaya di kota ini. Bait lirik M.Nasir di lagu ini sebuah penentangan ilham hidup sempurna sebagai anak merdeka yang sarat dengan cerita masyarakatnya.


ARTIKEL BERKAITAN

“Genuine” Grup Wanita Perdana Kendalian Adnan Abu Hassan

#PerspektifMuzik, Highlight, Review, Terkini,

#TheFutureIsBright Meraikan Suara Generasi Baru Bersama Yuji & Putri Dahlia Menerusi “Old Love”

Lagu: Old Love
Artis: Yuji & Putri Dahlia
Komposer / Lirik: Yuji
Produser: Yuji

Self-produced artiste di Malaysia semakin mendapat tempat cukup meluas tanpa perlu bergantung pada pasaran muzik tempatan sahaja. Jika kena dengan percaturan lagu yang tepat untuk memikat pendengar semasa ia pasti akan menjadi.

Setelah Aisha Retno mencuri perhatian pendengar hingga ke tanah seberang tahun lalu menerusi “W.H.U.T” muncul satu lagi nama yang mencuri perhatian, Yuji.

Mula mengdarkan single secara digital awal tahun ini menerusi “Hard To Let Go” dan “LDR” namanya hari ini semakin dikenali dan disebut-sebut menerusi single kolaborasi bersama Putri Dahlia lewat lagu “Old Love”.

Terhasil dalam ilham R&B yang semakin banyak tinggi permintaannya di pasaran global seperti mendengarkan RINI, Daniel Caesard dan UMI – Yuji mencurah buah ilhamnya menerusi “Old Love” dengan cukup kemas dan tastefully produced.

Melodi lagu ini tidak sukar mengikat pendengaran pendengar muda hari ini pastinya. Kelembutan persembahan vokal kedua-dua anak muda ini memberi justifikasi yang cukup baik terhadap lagu ini.

“Old Love” sebuah lagu yang amat kita perlukan dalam pasaran muzik hari ini. Terhasil cukup current, merdu dan membuai secukupnya dengan penghasilan lirik yang mudah melekat. Vokal Putri sangat soothing dan memikat. She needs to record more lagu-lagu begini kerana ia terhasil sangat baik.

Melewati komposisi muzik Yuji saya kira dia sangat harus diraikan dan diberi lebih peluang untuk berkembang sebagai pemuzik masa depan tempatan. Potensinya besar yang dia perlukan adalah lebih pengalaman dan sokongan. Dia mengingatkan saya pada pertama kali mendengar YonnyBoii dahulu.

7.3/10


ARTIKEL BERKAITAN

“Logic Mess” Sudut Pandang Ruang Fikir & Rasa Arash Buana

Highlight, Review, Terkini,

Tenaga Baru Aziz Harun Menerusi “Hanya Mahukan Bye”

Lagu: Hanya Mahukan Bye
Artis: Aziz Harun
Komposer / Lirik: Faizal Tahir / Mike Chan / Romeo
Produser: Mike Chan

Kembara bermuzik Aziz berjalan setahun dua ini dengan penerbitan single demi single, dia melangkah yakin dengan kraf muzik Pop yang cukup current – sesuai usia mudanya tanpa perlu menjadi leman.

Setelah “Kan” dan kolaborasi bersama Alam D menerusi “Kita” yang beredar tahun ini, Aziz sekali lagi bersama batalion muzik di Faithful Music menghasilkan sebuah lagi single Pop yang cukup solid.

“Hanya Mahukan Bye” memberi momentum berbeza muzik Aziz yang seringnya datang dengan ilham lembut Akustik Pop yang syahdu dan melayang.

Kali ini dia tampil dengan tenaga baru dalam kemasan muzik Mike Chan bersama Romeo dan Faizal Tahir membentuk landskap Pop Aziz kali ini lebih berubah warna tetapi masih dalam konteks Pop Aziz yang mahu kita relate.

Lagu ini seperti biasa mengikat pendengaran dengan sekali sahaja tanpa perlu terlalu dipaksa-paksa. Kisah dalam lagu yang mahu melepaskan dan dilepaskan diceritakan Aziz dengan kemas.

“Raga yang bertemu // Tak harus bersatu // Ku sedari bintang mu terlalu cerah tuk malamku.”  Korus awal lagu ini killer sebenar yang mampu membuat pendengaran kita terikat “I‘m too good at telling lies // Hanya mahukan bye // Too good at telling lies // Good bye bye bye.” 

Faithful Music saya kira sehingga hari ini sudah melunaskan tanggungjawab yang baik meninggikan standard Pop tempatan ke tahap yang sangat membanggakan. Lagu ini pastinya akan tersemat sebagai satu daripada yang terbaik pernah mereka hasilkan setelah “XMissingU”, “Nobody”, “Goodbye, Hello”, “Debu”, “Kau Sakiti”, “Ratu” dan “I Want You To Love Me”.

7/10


ARTIKEL BERKAITAN

Dilarut Sepi & Hiba Lewat “Hilang” Persembahan Terbaru Kaka Azraff

#PerspektifMuzik, Highlight, Terkini,

AIM 23: Sebuah Anekdot

Setelah vakum lebih lima tahun dalam memberi penganugerahan buat pengamal muzik tempatan, Anugerah Industri muzik yang dianjurkan Recording Industry Association (RIM) Malaysia bakal kembali dipentaskan dalam senarai pendek yang diumumkan 1 September lalu.

Kategori utama seperti Album Terbaik, Artis Baru Terbaik, Vokal Terbaik dan Lagu Terbaik bagi setiap kategori pasti dinantikan senarai pendeknya yang datang bersaing dalam ribuan lagu-lagu yang telah terhasil sejak Januari 2021 sehingga Jun 2022 akan ditentukan sebagai yang terbaik.

Melihatkan syarat yang tertulis dalam setiap pencalonan melumpuhkan harapan untuk melihat beberapa nama harapan industri  muzik tempatan untuk sama bersaing dalam pencalonan 5 teratas. Hal ini paling jelas menerusi kategori Artis Baru Terbaik yang melepaskan peluang the new future Pop seperti Aisha Retno, YonnyBoii, Ismail Izzani, Lunadira dan Firdaus Rahmat untuk mendapat nominasi.

Dan nama-nama asing yang diangkat sebagai senarai lima teratas ini juga masihkan belum tahu mampu menyumbang apa pada masa depan muzik tempatan. Kredibiliti belum terbukti, potensi masih kabur untuk diduga kerana terlalu hijau. Maka dengan itu saya kira kategori ini jelas milik Vanessa Reynauld.

Empat nama lain yang tercalon itu saya kira sekadar mengisi kuota yang cukup mengikut syarat yang disediakan penganjur. Vanessa punya potensi besar untuk berkembang sebagai pelapis muzik tempatan. Selain kredibiliti berpentas juga vokal, single “Buat Ku Sempurna” saya sifatkan sebagai satu antara Pop terbaik tahun ini dengan produksi muzik yang berkelas.

Kategori vokal pastinya menjadi perhatian dan yang paling dinanti. Melihat tiadanya “Sudah” persembahan vokal terbaik dalam studio saya sifatkan tahun ini daripada Nikki Palikat menimbulkan tanda tanya besar. Namun sekali lagi syarat penganjur membuatkan lagu ini terlepas daripada layak mendapat nominasi.

“Sudah” yang diterbitkan Irwan Simanjuntak di Indonesia melepaskan peluang Nikki dan Naim Daniel sebagai komposer mendapat peluang mendapat peluang dipertandingkan. Hal ini saya kira harus difikirkan sekali lagi oleh penganjur sedalamnya kerana bagi saya selagi karya itu diterbitkan di bawah label tempatan dengan menggunakan khidmat komposer tempatan ia layak untuk bergelar karya tempatan.

Syarat yang menyempitkan peluang lagu-lagu hebat bertanding ini menjadikan AIM kelihatan tidak terbuka dan hal yang sama saya kira terjadi pabila lagu Dolla “Bad” tidak mendapat nominasi. Persoalannya kalau begitu, mengapa karya “Orang Lain” yang menampilkan nama komposer dan penulis lirik Indonesia (A.Nayaka) dan YHB Sleepalot dari Singapura boleh mendapat nominasi? Apa bezanya.

Syarat pertandingan harus diperhalusi dengan lebih teliti dan harus ada keterbukaan untuk membenarkan karya tempatan yang diterbitkan di luar negara untuk sama bersaing.

Selagi ia dihasilkan oleh anak tempatan untuk label tempatan saya kira ia bukan satu masalah malah kita harus melihat visi itu sebagai satu usaha meninggikan standard Pop tempatan.

Kategori baru Lagu R&B / Hip-Hop Terbaik mencuri perhatian saya. Ia usaha yang bagus cuma menyatukan R&B dan Hip-Hop dalam satu kategori itu sesuatu yang sekali lagi menyekat peluang lagu-lagu lain untuk bersaing. Hip-Hop di Malaysia sahaja saya percaya sudah cukup besar dan siap untuk bergerak sendiri dalam satu pencalonan tanpa perlu disatukan dengan R&B.

Kategori Hip-Hop ini paling dekat jika mahu disatukan dalam kategori serupa adalah EDM tetapi kenapa disatukan dengan R&B? Sebagai contoh lagu VETO, CIAO dan Orang Lain yang bergerak dalam ilham serupa. Maka R&B boleh diasingkan dalam satu kategori sendiri dengan calon-calon yang lain.

Hal ini penting untuk membuka peluang yang luas, memberi persaingan yang lebih kuat dan memberi drive untuk pengkarya terus berkarya pada masa akan datang. R&B Malaysia punya potensi sangat besar jika benar-benar diraikan. Kategori R&B boleh disatukan dengan Urban Pop (Mid Tempo, Up Beat) menjadi Lagu R&B / Urban Pop Terbaik (Lo-fi / KRNB / Soul)

Maka lagu-lagu seperti “The Last Thing” (Ai.Z), “Kembalikan” (Ismail Izzani), “Janjiku” (Kaka), “Luka Hati (FT & Alan D), “Sayang Aku Tanya Apa Khabar” (Dayang & Zynakal), “W.H.U.T” (Aisha Retno),  “Rindu” (MFMF. / Alex Ungku) boleh sama bersaing bagi kategori Lagu R&B Terbaik.

Satu lagi kategori yang amat menggangu saya adalah Lagu Bahasa Melayu Terbaik yang Dipersembahkan oleh Artis Luar Negara, which is obviously semuanya yang tercalon adalah lagu berbahasa Indonesia.

Kategori yang sangat tidak rasional saya kira untuk diraikan dalam Anugerah Industri Muzik (AIM). Pertama sekali terma Lagu Bahasa Melayu, can we use Bahasa Malaysia instead? Dan lagu-lagu yang patut diraikan adalah lagu-lagu yang berjaya memecah tembok pasaran tempatan ke luar negara.

Maka dapatlah kita lihat Yuna, NYK, Alextbh yang berjaya menembus pasaran luar diraikan bersama dalam anugerah tanah tumpah darah mereka. Ini di negara sendiri seperti disishkan dan tidak diraikan macam mana anak-anak muda ini boleh berbangga dengan dengan nasionaliti sendiri? Maka saya tidak hairan kalau ramai yang tidak mengenal NYK.

Lihat bagaimana Indonesia meraikan Niki, Rich Brian dan Stephanie Poetri yang berjaya di luar negara sangat dibanggakan  masyarakatnya. Platform Anugerah Industri Muzik ini sepatutnya mengangkat anak-anak muda yang datang dengan visi berbeza dalam meninggikan standard muzik tempatan.

Kategori Lagu Pop Terbaik yang bercampur jaluran Balada dan Pop menjadikan finalis tahun ini kurang menarik. Balada boleh berdiri sendiri sebagai satu kategori khusus. Kategori Pop harus difokuskan pada lagu yang memiliki esen Pop semasa yang kekinian.

Kategori Album Terbaik tahun ini didominasi barisan anak-anak muda dalam pasaran Indie tempatan. Sekumpulan Orang Gila menerusi album “Second Voyage”, Ramayan (Di Persiaran Cakerawala) dan A.Limin (Sesudah Melakar Langit) bakal bersaing hebat dengan dua album Hip-Hop, “TUJU UNTUK KAMU” dan “YonnyBoii (Deluxe).

Anugerah Industri Muzik yang membeku lima tahun dianjurkan kali ini dengan pencalonan yang kurang berwarna saya kira. Seperti sekadar mahu melakukan acara tanpa visi jelas meninggikan standard muzik tempatan ke tahap yang lebih tinggi dan baik.


ARTIKEL BERKAITAN

#502021 Meraikan Kepelbagaian Dalam Bermuzik Menerusi 50 Rilis Terbaik Sepanjang Tahun

Highlight, Review, Terkini,

Romantisme Rizky Febian & Mahalini Menerusi You’re Mine

Lagu: You’re Mine
Artis: Rizky Febian & Mahalini
Komposer / Lirik: Rizky Febian / Mahalini / Klency Lembono / Ryan Innocentio / Beraldy Dean

Melewati karya-karya Pop seberang nama Rizky Febian dan Mahalini antara yang sudah utuh di papan atas.Rangkaian lagu-lagu Balada mereka menyentuh jutaan pendengar di Indonesia dan pastinya impak serupa hingga ke negeri seberang.

Standard Pop yang mereka hasilkan nyata sudah cukup memenuhi permintaan pendengar hari ini. Formulanya mudah, lirik galau dengan sayu-sayu dalam rasa (tanpa perlu bergantung nyanyian menjerit) dan menyentuh emosi yang mendengar.

Maka dengan lebih personal, sebuah naskhah cinta atas romantisme kasih sayang yang disemai membuah ilham buat merpati sejoli Rizky dan Mahalini menghasilkan “You’re Mine”.

Lagu dicipta duo ini bersama Klency Lembono, Ryan Innocentio dan Beraldy Dean ini menyulam ilham romantis dalam lagu yang pastinya tidak sukar untuk kita nikmati.

Melodinya seperti biasa mengikat pada sekali pendengaran dengan penulisan lirik cinta membunga lagu ini terhasil menyenangkan sekali keseluruhannya.

Namun suka untuk saya menekankan keistimewaan pada kemasan muziknya yang memberi nilai tambah pada lagu ini. Disusun dengan dinamik berbeza di pertengahan hingga ke hujung lagu, “You’re Mine” bergerak dengan lebih berwarna.

Lagu in tanpa ragu mampu meneruskan kelangsungan populariti dua bintang Pop ini. Suara emas Rizky yang sentiasa menyenangkan menjadikan naskhah ini nyaman dinikmati.

6.7/10


ARTIKEL BERKAITAN

 

#RetrospektifMuzik, Terkini,

“Genuine” Grup Wanita Perdana Kendalian Adnan Abu Hassan

Sebelum kita ada Dolla dan De Fam di era ini, 90-an menawarkan kebangkitan grup wanita yang tumbum satu persatu mebambah seri dalam pasaran muzik tempatan. Rangkaian Pop dengan pengaruh Rap juga Dance menjadi pertaruhan dalam rangkaian lagu-lagu berbahasa Melayu.

Selain Feminin, Elite, Res 2 dan Freshies yang cukup dikenali mendominasi pasaran muzik grup wanita, muncul sebuah grup yang sempat menghadirkan sebuah album yang dihasilkan dua bersaudara Pop – Adnan Abu Hassan dan Azlan Abu Hassan.

Melihat dua nama ini sahaj saya kira anda boleh bayangkan betapa Genuine berbeza dengan grup-grup wanita lain yang kebanyakannya menggunakan khidmat KRU pastinya dalam penghasilan lagu-lagu mereka.

Album berjudul “Saujana” diedarkan pada tahun 1995 ketika kumpulan Elite muncul penuh dinamik dengan momentum muzik G.I.G yang tidak hanya datang dengan pakej muzik yang serba segar tetapi imej serta branding yang kuat untuk mendominasi.

Genuine ketika hadir sempat mencuri perhatian dengan single “Sauja” ciptaan Azlan Abu Hassan dan lirik Amran Omar yang saya sifatkan cukup fresh dengan tempo laju, vokal manis dan groove yang tersendiri.

Adnan Abu Hassan menerusi album ini menghasilkan lebih 7 lagu dengan sebuah lagu lagi ciptaan Azman Abu Hassan yang turut menyumbangkan buah ilham di album ini. Genuine bergerak dalam acuan biasa penyanyi solo kendalian Adnan sebetulnya yang diadaptasi dalam bentuk kumpulan.

“Sehelai Daun Setitis Embun” rakaman semula yang lebih awal dirakam penyanyi Shasha disusun kembali muziknya oleh Adnan dengan cara yang menarik juga namun bahagia korusnya agak bingit sedikit kurang harmoni. Namun this classic Ballad memang sedap struktur muziknya.

Album ini terhasil lebih Pop sebetulnya berbanding album-album grup wanita yang lain. Di album ini tiada pengaruh Rap yang keterlaluan semuanya terhasil dalam dominasi Balada juga Pop yang biasa kita dengar di era 90-an.

Lagu seperti “Pelita” dan “Harmoni” antara yang cukup kuat signature muzik Adnan Abu Hassan yang banyak dihasilkan di album Fauziah Latiff pastinya. Pengaruh lagu-lagu seperti “Tua Mengejar Kita” dan “Alam Ceria” cukup kuat di album ini

Genuine hanya sempat melahirkan sebuah album ini sahaja. “Saujana” saya kira sebuah percubaan Happy Records to fit in the market yang demand tinggi untuk grup wanita ketika itu. Mereka bukanlah grup yang gagal cuma harus sangat bersaing dengan Elite itu satu cabaran besar.

Album ini ada tarikannya tersendiri terutama lagu “Saujana” Azlan Abu Hassan yang cukup solid selain ciptaan Azman Abu Hassan menerusi “Minda”.

Kesemua lagu-lagu Genuine kini boleh anda nikmati secara genuine kini di saluran YouTube “Getaran Nostalgia”.


ARTIKEL BERKAITAN

Sebuah Riwayat Girl Group Di Malaysia

Highlight, Review, Terkini,

Semakin Asyik Melayani Pop Terkini Afgan

EP: +62
Artis: Afgan
Produser: S/EEK / LaleIlmanNino

Harus saya akui citarasa bermuzik Afgan semakin lama semakin baik, dia tidak menoleh ke belakang dengan menghasilkan sesuatu yang serupa setiap kali muncul dengan lagu-lagu terbaru.

Hal ini sudah dibuktikan sejak setahun dua kebelakangan ini. Dengan penghasilan album Inggeris perdananya “Wallflower” dua menginjak kedewasaan dengan bereksperimentasi dengan muzik R&B yang lebih moden dan kekenian.

Such a beautiful journey – untuk melihat betapa evolve seseorang bakat yang sentiasa mahu melakukan yang terbaik tanpa henti. Dan daripada kepercayaan, ilmu dan kemahuan yang ada, Afgan menjadi harta berharga muzik Indonesia hari ini.

Terkini dia kembali menghasilkan EP penuh berbahasa Indonesia yang diberi judul “+62” yang terisi 3 lagu dengan kolaborasi bersama produser S/EEK dan LaleIlmanNino.

Dibuka dengan “Pendam” sebuah trak R&B yang cukup baik membaluti vokal Afgan mentafsir satu pengalaman menikmati muzik Afgan di tahap yang cukup baik sekali. Lagu-lagu begini saya kira cukup membuatkan Afgan evolve sebagai pemuzik.

Melodi lembut lagu tersebut bersahut riang karya LaleIlmanNino di trak kedua “Lestari Merdu” yang nyata keras ciri-ciri trio bermuzik ini. Mood festive Pop dengan pengaruh Synth dan Disco terhasil dalam momentum muzik yang cukup mendifinisikan pasaran muzik Indonesia hari ini.

Jika anda enjoy dengan C.H.R.I.S.Y.E (Diskoria / Eva Celia), Satu (Ruth Sahanaya) atau Serenata Jiwa Lara (Dian Sastro) lagu saya kira kesinambungan yang baik karya-karya LaleIlmanNino sehingga hari ini.

EP ini ditutup dengan lagu berjudul “Pulih.” yang dihasilkan kolaborasi pemuzik seperti Barsena Simhala dan Afgan sendiri yang mebuah ilham menerusi Soulful Ballad yang nyata sudah sebati dengan Afgan.

Lagu ini terhasil lembut, menyenangkan. Entah mengapa mendengarkan lagu ini mengingatkan saya pada karya-karya Azlan Abu Hassan yang banyak dihasilkan di era 2000.

Afgan saya kira semakin jelas dengan visi muziknya. “+62” menjadi sebuah lembaran baru untuk naskhah berbahasa Indonesianya yang pastinya akan terhasil lebih banyak lagi setelah ini.

8.7/10


ARTIKEL BERKAITAN

 

#PerspektifMuzik, Highlight, Terkini,

“Siapa pun Malam Ini Punya Mimpi, KEJAR!” – Pamungkas

“To The Bone” memperkenalkan saya pada Pamungkas yang awalnya saya tidaklah begitu terikat untuk melayani lagu-lagunya. Satu sebab kerana saya agak terganggu dengan sebutan dalam nyanyiannya. “Jawa mana yang nyanyi lagu Inggeris macam ni?” – Tapi itu dulu, saya perlahan-lahan jatuh suka sampai mendengarkannya saban hari tanpa jemu.

Begitu sekali Pamungkas mengikat saya dengan persembahan lagu-lagunya. Tapi kenapa dan bagaimana dari tidak suka itu terus terikat? Kerana liriknya. Pamungkas jujur, penulisannya dekat dengan jiwa-jiwa galau, dijauhi cinta, tergantung tak berarah atau tak menemukan apa makna hidup itu sebetulnya.

Setelah itu “Kenangan Manis”, “Closure”, “Flying Solo”, “Jejak” dan “Wait a Minute” menjadi peneman saya sebelum dia mengedarkan album kedua ketiga dan yang terkini “Birdy” – Pamungkas have a special  place in my heart.

Lagu-lagunya terlalu menjerat emosi saya sebagai pendengar, mendengarkan cerita-ceritanya dalam melodi yang disiapkan seperti terlalu memahami apa yang terbuku di ruang fikir.

Maka pabila diumumkan “Birdy” tour akan menyinggah ke Kuala Lumpur saya tidak mahu melepaskan ruang dan peluang menonton Pamungkas. Sangka saya jutaan pendengar di Spotify itu tidaklah sehingga ke Kuala Lumpur impaknya, namun saya salah.

Malam konsert tersebut menyaksikan hampir 3000 penonton hadir hanya untuk sama-sama terlarut dalam lagu-lagu yang disampaikan.

“Selalunya saya menyanyikan 10 lagu tapi malam ini di Kuala Lumpur saya akan membawakan 20 lagu” -Pamungkas.

Ya, 20 lagu yang tak  terasa masa berlalu cepatnya malam tersebut. Penonton malam tersebut antara yang terbaik dalam mana-mana konsert yang saya hadir – cukup behave, cukup santai menyanyi bersama dan tidak annoying.

Pamungkas malam konsert tersebut menyanyikan hampir kesemua lagu-lagu pentingnya. Dari “A Day That Feel Better”, “I Love You But I’m Letting Go”, “Birdy”, “Live Forever”, “One Only” dan dia turut menyanyikan “Risalah Hati” yang dirakam bersama Dewa 19 tahun lalu.

Pamungkas tidak banyak bicara malam tersebut tetapi setiap kali dia berkata-kata, semuanya berisi. Dia banyak bercerita tentang pengalaman hidupnya. Ditolak berkali-kali tanpa mengalah dia terus melakukan apa yang dia percaya sehingga hari ini.

“One day you will make it. if you believe in yourself enough. People will finally listen to you.”sebelum mengakhir dengan kata-kataSiapa pun punya mimpi, kejar. Kejar sekejar kejarnya.”

Pamungkas mengingatkan saya ketika awal saya menggilai Dewa 19 juga Sheila On 7 yang mana adrenalin laju derasnya, keterujaan menonton konsert secara berdiri yang lama tidak saya rasai dan menyanyi semahu-mahunya tanpa peduli yang di kanan juga di kiri. It was a beautiful night yang akan saya kenang sebagai peminat Pamungkas.

Gambar: Harisman Satria


ARTIKEL BERKAITAN

Odisi Bermuzik Pamungkas Lewat Persembahan Matang “Birdy”