
Warna-warna muzik Pop tempatan begitu terisi dengan beragam jaluran muzik yang kebanyakannya pasti menurut pasaran muzik global yang diadaptasi dengan citarasa muzik tempatan. Maka ia menghasilkan antara muzik yang baik, buruk dan tidak kurang yang kedengaran awkward penghasilannya.
Pernah bergegar fenomena girl group di era 90-an menzahirkan beberapa grup wanita yang datang dengan wajah-wajah manis yang katanya cukup komersial untuk menarik perhatian peminat muzik tempatan. Kemampuan menyanyi itu perkara kedua.
Terciptalah nama-nama seperti Freshies, Feminin, M-Steen, Res2 sehingga generasi berganti menggantikan nama-nama tersebut dengan kelahiran Elite, G.I.M malah merentas jaluran muzik Dangdut dengan nama Eva yang memberi kejutan manis pasaran muzik tempatan selain sebuah lagi grup menamakan mereka Mascara yang sempat singgah sebentar mengisi ruang.
Namun selagi namanya berkumpulan kemampuan untuk sustain itu pasti ada hayatnya namun nama-nama ini masih belum menemukan tarikh luput. Lagu-lagu mereka masih didengar, didendang dan diingati sehingga hari ini.

“Freshies” (1993) diproduksi Boon Tan
Freshies antara yang paling menarik perhatian saya kerana penghasilan lagu-lagu mereka yang tersendiri dan pastinya kemampuan menghasilkan sound yang cukup harmoni itu lebih baik berbanding pesaing mereka Feminin. But of course pemasaran muzik Feminin itu lebih komersial dan berbekal modal yang besar.
Dengan janji wajah yang boleh dijual maka ya Feminin lebih besar di zamannya berbanding Freshies dan lagu-lagu mereka juga sebetulnya not bad at all. Berbalik pada cerita Freshies sebelum meneruskan cerita Feminin saya ingin sekali berkongsi tentang penghasilan dua album mereka “Freshies” (1993) dan “Dua” (1994).
Bersama produser Boon Tan, mereka menghasilkan debut album yang beredar pada tahun 1993 hadir cukup moden dengan barisan fast number yang mengambil ilham Pop 90-an yang banyak dilagukan grup wanita global seperti Salt N Pepper antaranya.
Ada pengaruh R&B dalam lagu-lagu seperti “Sakitnya Rindu” dan “Epilog Cinta Pertama” yang hadir dengan energy yang sangat baik. Album kedua mereka menjadi lebih baik sebetulnya dengan hits “Samalam Semalaman” , “Ku Tunggu Ku Rindu” dan “Sakitnya Rindu” yang menampilkan sekali lagi tenaga produksi Boon Tan dengan bantuan Benny Arjuna dan Helen Yap kali ini.
Pengalaman Freshies bergerak sebagai penyanyi latar banyak membantu mereka menghasilkan bunyian suara yang sangat harmoni dan yang pasti berkemampuan menyanyikan secara live dengan baik pastinya berbanding pesaing mereka yang lain ketika itu. Namun overall looks dan imej itu masih menjadi perisai utama menarik pendengar tempatan.
Maka Feminin lebih begitu menonjol di pasaran muzik 90-an mendominasi carta muzik tempatan dengan hits demi hits yang dihasilkan dalam beberapa buah album seperti “Untukmu” (1993), Kini (1994) dan “Kembali” (1996).

debut untukmu feminin (1993)
“Untukmu” karya ciptaan Edry, Norman dan Yusry menjadi batu loncatan buat lima anak muda As, Yatie, Watie, Deq Nor dan Along yang bergerak asalnya sebagai penari di bawah kendalian Edlina Production yang kemudian dibentuk Edriss Razhe pengurus yang bertanggungjawab melebarkan nama mereka di hall of fame entertainment industry tempatan ketika itu.
Kejayaan “Untukmu” benar-benar memberi satu impak yang cukup besar tidak hanya pada grup ini tetapi memberi satu kosmik baru Pop tempatan yang ketika itu cukup besar dengan gelombang Rock. Kehadiran album kedua berjudul “Kini” yang beredar di tahun berikutnya memberi kejayaan luar biasa buat mereka.
Wajah Feminin ada di mana-mana sahaja, you name it, kaca televisyen, surat khabar, majalah, radio semua mendambakan Feminin sebagai wajah utama produk mereka. Endorsement bersama produk LUX benar-benar meninggikan standard mereka ke tahap yang sangat baik. Imej mereka dipandang tinggi sekali gus menjadi wajah on demand di tahun tersebut.
Berbicara tentang penghasilan lagu dan album, “Kini” bergerak sebagai sebuah album paling berjaya grup ini. Dengan barisan hits seperti “Rindu”, “Kini”, “Cinta Pertama” dan “Kembali” menjadi barisan lagu yang cukup membawa nama mereka besar.
Feminin bergerak setelah itu menjadi sebuah Pop sensation on demand. Kemunculan album berjudul “Kembali” pada tahun 1996 menjadi lebih solid dengan barisan produser seperti Paul Moss, Azman Abu Hassan dan Goh Boon Hoe menghasilkan sesuatu yang lebih tastefully produced. “Kembali” bergerak tanpa KRU dengan meninggikan standard muzik mereka.
Single “Kehadiran” itu sendiri menjadi titik tolak untuk kita menikmati muzik Feminin yang lebih matang. Sound mereka yang dibentuk Paul Moss menerusi lagu ini dan beberapa lagu lain seperti “Cinta Abadi” terhasil dengan produksi muzik yang sangat berkelas sekali. Goh Boon Hoe meramu kembali “Hanya Sekali” sebuah lagu lama dengan sangat menarik sekali kraf muziknya.
Album ini menyerlahkan sisi classy Feminin yang selama in bergerak dengan imej keremajaan dan menjengah kedewasaan bersama banyak lagu-lagu yang cukup bagus di album “Kembali”. Namun entah di mana silapnya, “Kembali” menjadi yang terakhir daripada grup ini.
Di sela seli kegemilangan Feminin pasti ada juga beberapa nama lain daripada label berbeza cuba untuk mencipta nama dan impak serupa. Maka masih ingatkah anda pada kumpulan Res2, M’Steen dan Genuine? Kesemuanya muncul di tahun serupa mencuba yang sebaik mereka mampu.
Kumpulan Genuine antara yang masih segar di ingtan saya. Single “Saujana” (Azlan Abu Hassan) ketika beredar pada tahun 1995 antara yang kerap diputarkan di radio. Lagu ini terhasil cukup baik sekali sebetulnya, melodinya hadir dengan hook dan groove yang sangat sedap didengar. Terhasil moden dan Pop sekali.
Album ini bergerak dengan jaluran Pop yang sebenarnya kalau didengar betul-betul lebih sesuai dengan penyanyi solo. Barisan komposernya bukan calang-calang. Selain Azlan ada jua Adnan Abu Hassan, Adam Ahmad dan Azman Abu Hassan yang turut menghasilkan lagu-lagu di album ini.
Gerakan berkumpulan ini perlahan seketika setelah Feminin menyepikan diri daripada radar popular sehinggalah KRU memperkenalkan kita semua dengan lima gadis muda, cantik dan penuh attitude bergelar ELITE pada tahun 1996.
Dengan sebuah single berjudul G.I.G , Elite menenggelamkan populariti Feminin. Lagu mereka hadir dengan groove berbeza, sangat catchy dengan pakej muzik video yang sangat menarik untuk ditonton berkali-kali.
Strategi KRU menghasilkan mini album berjudul G.I.G sebelum mengeluarkan album penuh perdana mereka berjudul “Catwalk” pada tahun 1996 begitu menjadi sekali. Mini album tersebut terjual like a hot cakes! Semua mahu mendekati sensasi terbaru ini.
Kejayaan mereka disusuli dengan beberapa single lain di album tersebut seperti “Manisnya Senyumanmu” yang sudah mampu dilabel sebagai malar segar selain a duet with KRU itself yang bergerak sebagai produser mereka menerusi lagu “Di Pintu Syurga”.
It’s a killer album! Penghasilan album “Catwalk” benar-benar memberi kelebihan untuk Elite bersinar dan percaturan KRU menyatukan Azza, Abby, Sasha, Watie dan Linda as a girl group benar-benar menjadi. Maka terhasillah album kedua berjudul “Tamparan” yang sekali lagi bergerak cemerlang.

Memperkasakan wanita di single “Tamparan Wanita”, Elite sekali lagi mencuri perhatian kita semua. Pesona mereka sebagai grup vokal yang juga mampu perform dengan penuh entertaining membuatkan nama Elite semakin utuh. Single “Trauma” sebuah lagi lagu mewakili cerita wanita yang cukup dominan dengan kehadiran Elite.
Tahun 1998 ketika mereka mengedarkan album tersebut, Elite sudah memuncak. Wajah mereka mengisi setiap lembaran majalah dan tabloid yang ada di pasaran. Gosip itu dan ini ahli-ahlinya mula meliar namun cukup membantu mereka untuk kekal di radar popular.
Elite terus bersama KRU untuk dua buah lagi album penuh setelah itu – “Idola” dan “Merbahaya” yang menyaksikan perubahan ahli-ahlinya. Ketiadaan Abby di album “Idola” menhadirkan Hana sebelum Fiza muncul di album terakhir mereka “Merbahaya” dengan barisan single seperti “Aku Siapa Kau Siapa” yang sedikit kurang mendapat perhatian.
Kepincangan grup dengan drama dalaman membunuh karier Elite untuk bertahan. KRU juga sekadar mengulang formula serupa untuk mereka hanya bertahan sementara boleh. Kompilasi “Merbahaya” menjadi nokhtah kelibat populariti Elite kerana kegagalan “Idola” untuk mengikut kejayaan “Catwalk” dan “Tamparan”.
Elite ketika itu tidak terlalu banyak persaingan, jika ada pun sebuah kumpulan yang muncul sekejap bergelar Girls In Music dengan singkatan G.I.M hadir dengan ilham serupa tetapi dengan impak yang tidaklah sebesar Elite pastinya. Dianggotai Diana, Onie, Shazlin dan Tuty – kumpulan ini memiliki sebuah album dengan hits.
Setelah itu kelibat G.I.M juga perlahan-lahan kabur sehingga membuatkan Diana selepas itu bergabung bersama kakanya Linda (Elite) bergerak sebagai duo Pop menghasilkan hits “Hak Milik Kekal” yang dihasilkan sekali lagi Edry Abdul Halim menerusi album yang diberi judul “Siss” pada tahun 2005.
Fenomena grup terhenti dengan datangnya gelombang bakat realiti televisyen yang rata-ratanya meraikan bakat solo. Maka agak lama juga tiada munculnya grup-grup wanita mendominasi pasaran muzik tempatan sehingga lewat era 2000.
Ketika Phat Family diusahakan Malique & Joe Flizzow menerusi sebuah album Hip-Hop penting tempatan telah menghadirkan nama Muchachaz dalam sebuah lagu berjudul “Come On, Come On” yang hadir dalam groove berbeza. Ada potensi sangat besar tetapi lenyap begitu sahaja tanpa sempat panjang riwayatnya dalam mengisi katalog Pop tempatan.
Sehingga muncullah De Fam dan yang paling terkini Dolla yang menjadi nama pelapis bakat-bakat grup wanita yang ada sejak 90-an in between itu saya tidak berapa pasti jika ada. Namun gerakan muzik itu sendiri mengalami perubahan berbeza-beza. Dolla mencuri perhatian pendengar lebih muda dan tidak begitu menyeluruh seperti mana fenomena Femini dan Elite dahulu yang berjaya cater pendengar pelbagai lapisan ;atar umur juga minat dalam bermuzik.
The future of girl group di Malaysia agak rapuh sebetulnya – untuk bertahan itu hal yang sangat kabur tetapi sekadar mahu menjadi pengisi itu pasti mampu jika berbekal strategi pemasaran yang baik. Namun kekuatan lagu baru yang terhasil masih belum mampu menandingi apa yang dilakukan Feminin, Freshies dan Elite pastinya.
ARTIKEL BERKAITAN
2001 In Music: Kepelbagaian & Keterbukaan Bermuzik Secara Kreatif & Bebas