
EP: +62
Artis: Afgan
Produser: S/EEK / LaleIlmanNino
Harus saya akui citarasa bermuzik Afgan semakin lama semakin baik, dia tidak menoleh ke belakang dengan menghasilkan sesuatu yang serupa setiap kali muncul dengan lagu-lagu terbaru.
Hal ini sudah dibuktikan sejak setahun dua kebelakangan ini. Dengan penghasilan album Inggeris perdananya “Wallflower” dua menginjak kedewasaan dengan bereksperimentasi dengan muzik R&B yang lebih moden dan kekenian.
Such a beautiful journey – untuk melihat betapa evolve seseorang bakat yang sentiasa mahu melakukan yang terbaik tanpa henti. Dan daripada kepercayaan, ilmu dan kemahuan yang ada, Afgan menjadi harta berharga muzik Indonesia hari ini.
Terkini dia kembali menghasilkan EP penuh berbahasa Indonesia yang diberi judul “+62” yang terisi 3 lagu dengan kolaborasi bersama produser S/EEK dan LaleIlmanNino.
Dibuka dengan “Pendam” sebuah trak R&B yang cukup baik membaluti vokal Afgan mentafsir satu pengalaman menikmati muzik Afgan di tahap yang cukup baik sekali. Lagu-lagu begini saya kira cukup membuatkan Afgan evolve sebagai pemuzik.
Melodi lembut lagu tersebut bersahut riang karya LaleIlmanNino di trak kedua “Lestari Merdu” yang nyata keras ciri-ciri trio bermuzik ini. Mood festive Pop dengan pengaruh Synth dan Disco terhasil dalam momentum muzik yang cukup mendifinisikan pasaran muzik Indonesia hari ini.
Jika anda enjoy dengan C.H.R.I.S.Y.E (Diskoria / Eva Celia), Satu (Ruth Sahanaya) atau Serenata Jiwa Lara (Dian Sastro) lagu saya kira kesinambungan yang baik karya-karya LaleIlmanNino sehingga hari ini.
EP ini ditutup dengan lagu berjudul “Pulih.” yang dihasilkan kolaborasi pemuzik seperti Barsena Simhala dan Afgan sendiri yang mebuah ilham menerusi Soulful Ballad yang nyata sudah sebati dengan Afgan.
Lagu ini terhasil lembut, menyenangkan. Entah mengapa mendengarkan lagu ini mengingatkan saya pada karya-karya Azlan Abu Hassan yang banyak dihasilkan di era 2000.
Afgan saya kira semakin jelas dengan visi muziknya. “+62” menjadi sebuah lembaran baru untuk naskhah berbahasa Indonesianya yang pastinya akan terhasil lebih banyak lagi setelah ini.
8.7/10
ARTIKEL BERKAITAN