
Lagu: Old Love
Artis: Yuji & Putri Dahlia
Komposer / Lirik: Yuji
Produser: Yuji
Self-produced artiste di Malaysia semakin mendapat tempat cukup meluas tanpa perlu bergantung pada pasaran muzik tempatan sahaja. Jika kena dengan percaturan lagu yang tepat untuk memikat pendengar semasa ia pasti akan menjadi.
Setelah Aisha Retno mencuri perhatian pendengar hingga ke tanah seberang tahun lalu menerusi “W.H.U.T” muncul satu lagi nama yang mencuri perhatian, Yuji.
Mula mengdarkan single secara digital awal tahun ini menerusi “Hard To Let Go” dan “LDR” namanya hari ini semakin dikenali dan disebut-sebut menerusi single kolaborasi bersama Putri Dahlia lewat lagu “Old Love”.
Terhasil dalam ilham R&B yang semakin banyak tinggi permintaannya di pasaran global seperti mendengarkan RINI, Daniel Caesard dan UMI – Yuji mencurah buah ilhamnya menerusi “Old Love” dengan cukup kemas dan tastefully produced.
Melodi lagu ini tidak sukar mengikat pendengaran pendengar muda hari ini pastinya. Kelembutan persembahan vokal kedua-dua anak muda ini memberi justifikasi yang cukup baik terhadap lagu ini.
“Old Love” sebuah lagu yang amat kita perlukan dalam pasaran muzik hari ini. Terhasil cukup current, merdu dan membuai secukupnya dengan penghasilan lirik yang mudah melekat. Vokal Putri sangat soothing dan memikat. She needs to record more lagu-lagu begini kerana ia terhasil sangat baik.
Melewati komposisi muzik Yuji saya kira dia sangat harus diraikan dan diberi lebih peluang untuk berkembang sebagai pemuzik masa depan tempatan. Potensinya besar yang dia perlukan adalah lebih pengalaman dan sokongan. Dia mengingatkan saya pada pertama kali mendengar YonnyBoii dahulu.
7.3/10
ARTIKEL BERKAITAN