Sophia Liana antara Rapper wanita yang cukup aktif dalam penghasilan lagu-lagu secara solo tanpa hanya terikat dengan populariti De Fam semata. Namun sejak awal bergerak solo dan mengikuti persembahan muziknya saya masih belum mampu melekat dengan persembahan lagu-lagunya.
“NAH”, “Dulu”, “Suriram” dan “Alamak” dirilis lebih awal dalam rangka kerja muzik solonya gagal untuk mengikat saya dengan lagu-lagunya. Namun saya tidak menidakkan kemampuan Sophia sebagai seorang rapper juga penulis yang peka dengan sekelilingnya. Hal yang jelas dalam penulisan lirik Sophia.
It’s a matter of good material sahaja yang membuatkan saya kira Sophia masih panjang perjalanannya. Namun “Mahal”, pertaruhan terbarunya mengikat saya dengan sekali pendengaran. Melodinya kali ini lebih hook dalam menjerat pendengaran saya sehingga ke penghujung lagu.
Korusnya mengikat dengan groove yang cukup memikat. Minit ke 0:40 menjadi killer utama lagu ini. Beat nya semakin semakin menarik dan momentum muziknya begitu dirasai sekali. Melodi lagu ini juga menyatu sempurna dengan attitude Sophia Liana.
“Mahal” saya kira mampu bergerak sebagai sebuah kesinambungan bermuzik yang baik untuk Sophia Liana. Jiwanya lebih dirasai di lagu ini yang lebih catchy, mengikat pendengaran dengan mudah dinikmati.
Lagu: Dari Jauh Artis: ALYPH Komposer / Lirik: ALYPH / Kenny Gabriel / Teddy Adhitya Produser: Kenny Gabriel
ALYPH menjalani kembara bermuzik dengan cemerlang. Sebagai seorang pemuzik, evolve dalam merencana perjalanan bermuziknya dengan penuh kematangan. Banyak sound baru yang diteroka dan dimanipulasi sebaiknya membentuk satu sound berbentuk ALYPH.
Hal-hal kematangan bermuziknya paling saya rasai ketika dia mengedarkan “Adakah Kau Mendengar” yang saya sifatkan sebagai naskhah terbaik yang pernah dihasilkan sehingga hari ini sepanjang karier bermuziknya.
Lebih lima tahun bergerak solo, ALYPH persembahan muzik ALYPH semakin meyakinkan dan sudah dibuktikan dengan kejayaan “Swipe” serta kolaborasi bersama SonaOne dan Joe Flizzow yang membuka satu landskap bermuzik yang semakin baik buatnya.
Tanpa mahu terburu dengan ilham Hip-Hop semata ALYPH tampil mellow dalam persembahan R&B yang cukup catchy menerusi “Dari Jauh”. Meluaskan lagi tatakerjanya ALYPH kali ini bekerjasama dengan Kenny Gabriel (Isyana Sarasvati) dan Teddy Adhitya dalam sebuah melodi yang lebih menyenangkan.
Tiada lagi baris-baris bersulam dalam makna yang dalam, kali ini ALYPH membebaskan jiwanya dengan santai. Melodi lagu ini jika sekali dengar cukup dominan di pasaran muzik Indonesia. Ramuan yang kerap diguna grup seperti RAN antaranya di era 2000.
Namun manipulasi muzik ALYPH dengan caranya yang tersendiri memberikan kelebihan untuk lagu ini bergerak sendiri. Korusnya mengikat dengan bait-bait lirik yang sing-a-long. “Melihatmu dari jauh aku bahagia // Mencintaimu tak selalu selamanya bersama.”
ALYPH menerusi single ini saya kira mahu mengembalikan sisi R&B yang dia miliki ketika bersama grup duo SLEEQ dahulu. Melodi yang mudah, lirik yang senang diingat dan terhasil tidak terlalu kompleks. Mungkin ini hal yang difikirkan perlu baginya untuk mengisi kehendak pasaran muzik hari ini.
Namun daripada segi kualiti produksi muzik dan idea, “Dari Jauh” masih keras ciri-ciri khas yang ALYPH miliki sebagai pemuzik untuk kita tahu karya ini milikinya.
Lagu: Campak Bintang Artis: Faizal Tahir & M. Nasir Komposer / Lirik: Faizal Tahir / Romeo / Glowrush / Karim Karam Produser: LET ZAPIN
Kematangan FT sebagai seorang penyanyi, pemuzik yang bercerita lewat lagu, mengambil ilham lagu-lagu rakyat dalam karya-karyanya yang dimodenkan dengan kemasan muzik yang current membentuk satu ekosistem Pop yang cemerlang tanpa terikat muzik pada idea muzik luar semata.
Sejak “Ragaman”, “Sumandak” sehingga “Santai” – FT bermuara dengan ilham muzik yang lebih catchy, mudah mendekati pendengar muzik semasa namun masih datang dengan infusi muzik Pop yang moden dan current. Idea-idea P. Ramlee, lagu rakyat yang dimodenkan dengan cerita masa kini menjadi ruang eksplorasi FT dalam bermuzik.
Dengan kerjasama tenaga baru muzik baru di bawah Faithful Music menjadikan landskap muziknya itu evolve. Cukup laju dalam penghasilan lagu-lagu baru, FT bagai tiada keinginan untuk memperlahankan langkah bermuziknya.
Kali ini datang dengan idea yang lebih besar dalam sebuah dream collab bersama sifu muzik M. Nasir, FT bersama batalion muziknya di Faithful menghasilkan single “Campak Bintang” yang menjadi pengisian utama karier muziknya tahun ini.
“Campak Bintang” terhasil dengan begitu mudah untuk didekati. Melodinya cukup mengikat dengan sekali pendengaran. Bersulam attitude bermuzik M. Nasir dan FT yang menyatu sempurna menjadikan lagu ini sebuah lagi lagu yang saya kira bakal menjadi lagu penting dalam karier FT.
Liriknya bercerita dalam sebuah teks cerita yang mungkin tidak jelas jika dibaca sekali lalu. Ia mungkin menuntut sedikit ilmu juga ketajaman pengetahuan dalam kisah-kisah sejarah Islam. Dalam bait-bait yang disusun kemas di lagu ini, ia bergerak sebagai sebuah bahan fikir untuk pendengar.
“Semalam Ku Bermimpikan Dia // Bagai Purnama Terangi Gelap Gelita.” membuka lagu ini tanpa memberi bayangan siapa ‘Dia’ yang dimaksudkan di lagu ini sehingga di bait “Dia Pergi Tinggalkan Cahaya // Menerangi Segala Pelusuk Gelita.” memberi bayangan lagu ini berkisah tentang Rasulullah S.A.W.
Teks lirik lagu ini serta melodinya benar-benar mengikut attitude bermuzik M. Nasir sebetulnya dan FT dengan begitu bersahaja menyatu dalam roh bermuzik sifu. Kolaborasi ini cukup genius bagi saya. Lagunya tidak dihasilkan terlalu kompleks, ideanya mahu pendengar dekat dengan jalan cerita yang ditulis di teks lirik dengan melodi yang mudah mengikat pendengaran.
Naskhahnya tepat untuk kedua-dua ikon muzik ini, saya tidak mampu membayangkan jika lagu ini dapat pada penyanyi lain kerana hasil dan impaknya akan sangat berbeza. “Campak Bintang” sempurna di tangan FT bersama M. Nasir. Sehingga Mei ini saya kira kita sudah memiliki lagu terbaik tahun ini.
Lagu: Aku Ada Artis: Heidi Moru Komposer / Lirik: Heidi Moru Produser: HEED
Sejak awal bermuzik dengan isngle “Kata Hati” di sekitar 2018 Heidi Moru antara bakat muzik tempatan wanita khususnya yang melewati persembahan bermuzik tanpa perlu terikat dengan ilham muzik semasa. Sangat selesa dengan idea dan caranya, Heidi terus konsisten.
Tanpa hanya mahu tampil solo beberapa kolaborasi bersama pemuzik indie tempatan sudah dilaksanakan sebagai sebuah kelangsungan bermuziknya pada masa yang sama bergerak seabagai satu usaha mengukuhkan namanya sebagau pemuzik.
Di pasaran lebih komersial nama Heidi mungkin masih asing, tidak salah jika saya katakan ada yang masih belum mengenalinya. Namun sebetulnya potensi bermuzik yang ada pada Heidi mampu membawa namanya ke pasaran muzik semasa jika betul percaturannya.
“Aku Ada” menjadi percaturan terbarunya dalam mencuri perhatian pendengar akan idea juga identiti bermuziknya. Terhasil dalam sebuah persembahan Folk / Ballad yang biasa dibawakan Heidi dalam single-single sebelum ini, lagu ini dihasilkan dengan lebih mendayu.
Sejujurnya melodi lagu in iterhasil biasa. Tarikan utamanya ada pada kemasan muzik di lagu ini. Ia disusun kemas dengan satu momentum yang sangat baik untuk kita perlahan-lahan meresap emosi yang mahu yang disalurkan.
Liriknya menjadi sakti untuk pendengar larut dalam persembahan keseluruhan lagu ini. Bait pembukanya sudah cukup kuat untuk kita merasakan pengharapan yang mahu disampaikan. “Di saat kau tertawa // Izinkan ku hadir tuk melihat senyuman.” Susunan katanya kemas, jelas dan tidaklah kelihatan terlalu mencuba.
Attitude yang ada pada vokal Heidi mengena dengan persembahan muzik begini. Saya tiada banyak masalah dengan nyanyiannya cuma saya kira setelah single ini Heidi boleh keluar sekejap daripada pasaran muzik begini dan meneroka sound yang lebih komersial agar bakatnya tidak terikat di satu pasaran muzik sahaja.
Sound Masdo setelah “Pujaanku” kolaborasi bersama Aisyah Aziz tahun lalu menjadi semakin interesting. Kematangan bermuzik mereka jelas dalam menghasilkan sesuatu yang seimbang dengan kehendak pasaran muzik dan pada masa yang sama tidak hilang identiti sound asli mereka.
Dengan produksi muzik yang semakin tastefully produced, Masdo menjadi bakat indie goes big yang harus diraikan. Setiap apa yang dihasilkan saban tahun itu semakin matang, seimbang dan berbunga ilham baru yang menarik.
Hal-hal kematangan bermuzik ini semakin jelas di single terbaru mereka “Perih Jerih” yang datang dengan attitude muzik berbeza. Masdo menelusuri sebuah persembahan yang lebih dominan di era 2000 dengan sound The Strokes yang disatukan dengan stail mereka.
Lagu ini kekuatannya pada kemasan muzik yang didengar dengan detail banyak kelainannya daripada apa yang pernah mereka hasilkan sebelum ini. “Perih Jerih” satu formula baru yang memberi keterujaan menikmati muzik Masdo dengan lebih baik menurut saya.
Muzik di lagu ini fun biar liriknya bersulam cerita galau namun dua elemen ini menyatu baik. Groove muziknya tidak menghilangkan sayu pada jalan cerita yang ditulis. Ali Sariah sebagai tarikan utama masih santai dalam memaknakan isi cerita yang ditulis. Untuk seorang pendengar Masdo saya gembira dengan penghasilan lagu ini.
“Perih Jerih” saya kira satu penanda aras baru muzik untuk mungkin sebuah transisi muzik yang bakal kita nikmati di album terbaru mereka nanti setelah merapati usia sedekad bermuzik.
Lagu: Kita Bikin Romantis Artis: MALIQ & D’Essentials Komposer / Lirik: Widi Puradiredja Produser: MALIQ & D’Essentials
Apa sahaja agaknya grup R&B Pop seberang ini yang tidak mampu lakukan untuk kita sebagai pendengar menikmati persembahan muzik mereka agaknya. Dua puluh dua tahun bermuzik dan masih belum sedetik memperlahankan perjalanan, muzik mereka terus diraikan merentas masa dan melangkaui generasi.
“Aduh” yang membuka perjalanan baru muzik M&DE menjadi kegilaan anak-anak TikTok yang di sana sini menggunakan cuplikan lagu tersebut sebagai pengisian content mereka. Dan tidak disengajakan ledakan “Aduh” berjangkit lewat single mereka yang terkini “Kita Bikin Romantis” yang turut digilai dan diraikan.
M&DE dalam rencana menghasilkan album baru menemukan satu formula terbaik mentafsir muzik masa kini. Atas ilham paling simple dengan catchy chorus dan hook pada penghasilan melodi menjerat pendengar dengan mudah. Formula membikin Pop hari ini untuk lebih mudah didekati generasi muzik sekarang.
Namun tidak hanya pada alasan itu mengapa “Kita Bikin Romantis” menjadi naskhah Pop yang fenomena. Kemasan muziknya, feel serta kualiti rakaman muziknya meninggikan standard muzik yang simple kedengaran mewah. Dan atas nama pengalaman saya kira M&DE menemukan formula ini.
Keseimbangan antara nilai popular dan identiti muzik mereka menyatu sempurna lewat lagu ini. Korusnya membuat saya melayang-layang melewati perasaan romantis itu sendiri. “Kita bikin romantis // Bikin paling romantis.” Such a genius line. Simple, real dan berbunga-bunga perasannya.
M&DE menerusi lagu ini saya kira benar-benar memahami jiwa-jiwa yang berbunga-bunga dalam percintaan. Indeed formula muzik seperti ini sudah mereka hasilkan di album-album awal mereka namun dengan standard berbeza dan pemahaman tentang apa yang pasaran muzik mahukan lagu ini terhasil dengan cemerlang sekali. Menyeimbangi pentafsiran muzik M&DE dan apa yang pasaran muzik hari ini mahukan.
Lagu: Kupu-Kupu Artis: Tiara Andini Komposer / Lirik: Anindyo Baskoro / Arya Aditya Ramadhya / Ilman Ibrahim Isa Produser: Laleilmanino
Belum pun enam bulan pertama tahun 2024 berlalu, Tiara Andini sudah menghasilkan lebih empat single dan sebuah EP bersama Arsy Widianto. Sebegitu laju sekali pemasaran muzik bintang Pop seberang ini bergerak. Bermula dengan EDM Jawa “Ngelewuhi” sehingga duet bersama Arsy, Tiara tidak langsung memperlahankan langkah bermuziknya.
Sekali lagi kali ini dia datang dengan sebuah lagi single terbaru kolaborasi ketiga bersama Laleilmanino menerusi sebuah trak Pop “Kupu-Kupu” yang datang dengan idea bermuzik tiga bersahabat yang biasa kita dengar dalam lagu-lagu terdahulu karya cipta mereka.
Lagu ini seperti biasa terhasil fun, ringan dan catchy – sesuai dengan karakter Tiara sebagai penyanyi. Penulisan liriknya juga tidak sukar dihadam dengan kisah cinta muda mudi yang sebetulnya mudah didengar.
Namun saya tidak pasti jika ia percaturan yang baik untuk kelangsungan bermuzik Tiara. Jika mahu membahagiakan penggemarnya, ia berhasil namun untuk kita melihat Tiara evolve sebagai pemuzik saya masih ragu.
Lagu-lagu begini saya kira juga bukanlah lagu yang sukar untuk Lale, Ilman dan Nino hasilkan. Bahkan sudah banyak sebetulnya melodi begini yang mereka hasilkan sebeblum ini. Saya mengharapkan Pop yang lebih solid dan mengeluarkan sisi berbeza Tiara sebagai penyanyi.
Lagu: Datanglah Sang Puteri Artis: NAKI Komposer / Lirik: NAKI / Darien Sebastian
“Puspita” menjerat saya untuk mengenali muzik NAKI. Persembahan melodinya yang cukup bersahaja dengan penulisan lirik yang disusun kemas puitisnya membuatkan bakat muzik ini is one to watch to sepanjang tahun ini.
Tahun lalu dia siap menzahirkan EP juga deretan single sebagai satu pengenalan untuk kita semua. Lagu-lagu seperti “Tarian Si Juwita”, “Sayang” dan “Pamit” saya kira benar-benar memberi visi jelas akan arah muziknya.
Tanpa mahu menunggu terlalu lama NAKI dengan ilhamnya merilis sebuah lagi single yang beredar Mac lalu berjudul “Datanglah Sang Puteri”. Melodi lagu ini sekali lagi tidak sukar untuk didekati, persembahan keseluruhannya catchy dan memikat.
Korus lagu ini menjadi killer utama untuk kita sebagai pendengar benar-benar menikmati idea di sebalik lagu ini. Melodi lagu ini semakin kuat di bahagian kedua lagu ini dengan kemasan muzik yang lebih membangkit rasa. Ada faktor ulang dengar yang kuat untuk menarik pendengar.
NAKI menerusi “Datanglah Sang Puteri” sudah menemukan satu formula yang seimbang di antara nilai komersial dan idea estitika bermuziknya. Bahagian bridge lagu ini dengan kemasan horn session yang minimal menambah rasa untuk lagu ini bergerak lebih interesting.
Masih banyak potensi yang ada pada bakat ini untuk kita benar-benar raikan karya-karyanya. Tahun ini saya kira bakal menjadi tahun penting NAKI untuk benar-benar meyakinkan penggemar muzik tempatan akan bakat yang dia miliki.
Lagu: Masihkah Ada Rasa Itu? (OST Wanita Syurga) Artis: Misha Omar Komposer / Lirik: Sharon Paul / Misha Omar / Que Afiq Verdik: 8 / 10
Sharon Paul bersama Misha Omar kali ini membawa pendengar larut dalam emosi yang paling dalam tanpa kedengaran terlalu memaksa. Perasaan di lagu ini mengalir sebaik-baiknya dengan persembahan melodi yang sederhana namun masih menyentuh rasa. Saktinya pasti pada persembahan Misha yang benar-benar menghidupkan lagu ini. Ulasan panjang sudah kami tulis di sini.
Lagu: Dulu Kini Dan Akhirnya (OST Lelaki Itu) Artis: Marsha Milan Komposer / Lirik: Hanis Rafi / Firdaus Rahmat / Omar K Verdik: 7.7 / 10
Kembara Balada Marsha diteruskan dengan komposisi muzik potensi besar yang ada pada Hanis Rafi (Ternoktah, Kejora) yang berkolaborasi bersama Firdaus Rahmat dan Omar K menerusi “Dulu Kini Dan Akhirnya”. Melodi lagu ini disusun dengan sangat kemas, killer utamanya di bahagian korus yang cukup mengikat. Persembahan vokal Marsha juga lebih baik dan kurang memekik di nada tingginya. Cuma di beberapa bahagian saya kira perlu lebih dilembutkan nyanyiannya agar tidak kedengaran terlalu memaksa. But overall ini antara Balada Marsha yang saya senang meikmatinya.
Lagu: Takdir Itu Milik Aku (OST Takdir itu Milik Aku) Artis: Liza Hanim Komposer / Lirik: Afif Tirmizie / Ejai Aziz / Kelana / Siti Rosmizah Verdik: 6.8 / 10
Struggle Liza dalam mendapatkan Balada yang tepat untuknya ditebus dengan penghasilan single ini. Biar masih berlegar ilham serupa, setidaknya lagu ini memiliki korus yang sangat sedap. Saya puas mendengarkan persembahan vokal Liza di lagu ini. Sekalipun bahagian music bridge dengan modulasi vokal yang sounded old fashion (banyak dalam Balada Aina Abdul) saya masih mampu terlarut di bahagian korus kedua sehingga ke hujungnya. This is the right Ballad for her.
Penghasilan melodi dan liriknya not bad at all untuk sebuah Balada OST Melayu namun saya agak resah menghabiskan lagu ini kerana penyampaian Noryn Aziz. Verse nya baik namun semakin hampir ke hujung ketika nota-nota tingginya nyanyian Noryn agak kedengaran memaksa dan canggung. Lagu ini penghasilannya okey cuma saya kira perlukan penyanyi yang ada kekuatan dalam penyampaian Balada. Dan Noryn definitely not a great Malay Ballad singer, dia penyanyi Soulful Ballad (Lara, Kembalikan, Kesungguhan Cinta).
“Sandera” sebuah comeback yang cukup baik untuk menikmati persembahan vokal Mila. Nyanyiannya masih baik dengan emosi yang tepat dan tidak berlebihan. Melodi lagu ini sifatnya menlengkapi kehendak vokal Mila dan kemampuannya bercerita dalam lagu. Penghasilannya sedap, Mila masih ada bisanya, lenggoknya dan sebutannya sangat baik dalam memaknakan isi cerita lirik yang ditulis.
Lagu: Dugaan Takdir Kita (OST Takdir Itu Milik Aku) Artis: Nikki Palikat & Afif Tarmizie Komposer / Lirik: Ejai Aziz / Kelana / Siti Rosmizah Verdik: 6 / 10
Gabungan suara yang cukup baik, chemistry Nikki dan Afif menyeimbangi sebaiknya. Feel kedua-dua meraka menghidupkan “Dugaan Takdir Kita” sebagai lagu yang seronok untuk didengar. Dan saya kira itu adalah kekuatan sebenar lagu ini. They both should really consider to do another duet yang mungkin lebih soulful dan ada feel R&B. The only thing yang saya tidak berkenan dengan lagu ini adalah how cliche is the music bridge with the vocal modulation. Boleh jadi lebih baik sebetulnya.
Lagu ini ada verse yang sedap dan di tangan Hael kemerduan lagu ini dirasai sebaiknya. Namun korusnya bosan dan terhasil biasa. Towards the end menghabiskan lagu ini terasa agak lama, bilalah nak habis. It doesn’t really hook dengan formula berulang dan kemasan muzik serupa. Hanya akan menjadi lagu Hael yang bakal dilupakan.
Ballad bukanlah kekuatan Kaka dan lagu ini sekadar mengulang idea serupa duet bersama Jaz dulu. Vokal Kaka juga tidaklah begitu memberi justifikasi yang hebat untuk melodi lagu ini menyerlah. Susunan muziknya juga begitu-begitu sajalah seperti apa yang biasa kita dengar sebelum-sebelum ini. Tapi penulisan liriknya baik, feel dalam penceritaan Kaka masih baik dan dalam.
Semakin yakin menyusun langkah bermuzik, Aisha Retno menjadi one to watch in music scene hari ini. Fenomenanya dengan single W.H.U.T tidak hanya meledak di Malaysia malah seluruh Indonesia hari ini mengenalnya dengan single tersebut. Aisha singgah di studio Muzik Roundtable berkongsi cerita di sebalik tabir bagaimana muzik menjadi keinginannya.