
Lagu: Aku Ada
Artis: Heidi Moru
Komposer / Lirik: Heidi Moru
Produser: HEED
Sejak awal bermuzik dengan isngle “Kata Hati” di sekitar 2018 Heidi Moru antara bakat muzik tempatan wanita khususnya yang melewati persembahan bermuzik tanpa perlu terikat dengan ilham muzik semasa. Sangat selesa dengan idea dan caranya, Heidi terus konsisten.
Tanpa hanya mahu tampil solo beberapa kolaborasi bersama pemuzik indie tempatan sudah dilaksanakan sebagai sebuah kelangsungan bermuziknya pada masa yang sama bergerak seabagai satu usaha mengukuhkan namanya sebagau pemuzik.
Di pasaran lebih komersial nama Heidi mungkin masih asing, tidak salah jika saya katakan ada yang masih belum mengenalinya. Namun sebetulnya potensi bermuzik yang ada pada Heidi mampu membawa namanya ke pasaran muzik semasa jika betul percaturannya.
“Aku Ada” menjadi percaturan terbarunya dalam mencuri perhatian pendengar akan idea juga identiti bermuziknya. Terhasil dalam sebuah persembahan Folk / Ballad yang biasa dibawakan Heidi dalam single-single sebelum ini, lagu ini dihasilkan dengan lebih mendayu.
Sejujurnya melodi lagu in iterhasil biasa. Tarikan utamanya ada pada kemasan muzik di lagu ini. Ia disusun kemas dengan satu momentum yang sangat baik untuk kita perlahan-lahan meresap emosi yang mahu yang disalurkan.
Liriknya menjadi sakti untuk pendengar larut dalam persembahan keseluruhan lagu ini. Bait pembukanya sudah cukup kuat untuk kita merasakan pengharapan yang mahu disampaikan. “Di saat kau tertawa // Izinkan ku hadir tuk melihat senyuman.” Susunan katanya kemas, jelas dan tidaklah kelihatan terlalu mencuba.
Attitude yang ada pada vokal Heidi mengena dengan persembahan muzik begini. Saya tiada banyak masalah dengan nyanyiannya cuma saya kira setelah single ini Heidi boleh keluar sekejap daripada pasaran muzik begini dan meneroka sound yang lebih komersial agar bakatnya tidak terikat di satu pasaran muzik sahaja.
7/10
ARTIKEL BERKAITAN