“Fabula” benar-benar membawa nama Mahalini sebagai salah satu pelapis Pop Indonesia yang begitu diraikan. Menerusi album perdananya itu, Mahalini cemerlang mengikat pendengaran pendengar nusantara dengan hits “Sial”, “Sisa Rasa”, “Bohongi Hati”, “Kisah Sempurna” dan “Melawan Restu”.
Persembahan Baladanya lembut dalam lirik berperasaan galau yang cukup dekat dengan jiwa-jiwa lara. Kolaborasi bersam komposer muzik seperti Andmesh menerusi “Sial” benar-benar menciptakan chemistry yang baik dan mengesankan.
Mahu terus mengikat pendengarnya dengan rangkaian lagu-lagu galau, Mahalini sekali lagi bersama Andmesh menghasilkan sebuah lagi Balada yang cukup menyentuh menerusi lagu “Mati-Matian”. Sekali lagi dengan idea besar kedua ini, lagu ini mendapat khidmat kemasan muzikS/EEK.
Melodinya menangkap dengan sekali pendengaran. Tanpa perlu terlalu banyak verse sebelum ke bridge dan pre chorus, lagu ini disusun dalam momentum yang meragut jiwa pendengar dengan penyatuan melodi dan lirik yang cukup real.
Liriknya kemas, terus dan bercerita dengan daripada bisik hati paling dalam membayangkan kekecewaan – “Mati-matian ku membelamu di depan mereka// Walau sakit tetap kupercaya kau beda dari lainnya.” sebelum berhujung persoalan “Tuhan ini cinta atau bodoh?”
“Mati-matian” sebuah Balada yang cukup kemas, menarik dan menyentuh. Lagu ini tidak terhasil kompleks dengan hal-hal yang tidak perlu terutama sekali music bridge yang momentumnya meninggi (Seperti kebanyakan Balada tempatan yang melelahkan dan bagai tidak berpenghujung)
Perasaan yang diterbitkan tidak memaksa kita sebangai pendengar untuk larut dalam persembahan keseluruhan. Dan ini hal yang sangat penting dalam penghasilan Balada. “Mati-Matian” is a perfect heartbroken song.
Pasaran lagu-lagu Raya semakin rancak tahun ini dengan rilis-rilis terkini yang menyatukan ilham Pop dengan muzik tradisi Raya yang penuh nostalgia.
Lagu: Ketipak Ketipung Raya Artis: Aisha Retno / Aziz Harun Komposer / Lirik: Aisha Retno / Aziz Harun / Glowrush Verdik: 9 / 10
Dua genius Pop masa kini dalam sebuah persembahan paling catchy, mengikat dan fun. “Ketipak Ketipung Raya” sebuah penyatuan muzik moden dan melodi tradisi raya yang diramu dengan cukup menghiburkan. Biar hanya dalam durasi kurang 3 minit lagu ini cukup formulanya untuk menjadi the brand new raya classic yang akan didengar berganti generasi pastinya.
Lagu: Alamak Raya Lagi Artis: De Fam Komposer / Lirik: Awan / Ja’a / Mage / Sophia Liana Verdik: 8.8 / 10
Sebuah lagi lagu raya yang bakal meneruskan kelangsungan penghasilan Pop Raya moden seperti “Raya Raya Raya” (Dolla) dan “Pejam Celik Raya” (Iman Troye). Lagu ini menjerat dengan sekali pendengaran. Korusnya adalah killer utama. Awan, Mage, Ja’a dan Sophia Liana bijak dalam mencari satu formula tepat menghasilkan lagu raya. Melodi yang simple, hook pada korus dan lirik yang mudah dihafal. Persembahan lagu raya begini benar-benar memberi pentafsiran mood raya era kini.
Lagu: Hari Raya Romantis Artis: NAKI Komposer / Lirik: NAKI / Darian Sebastian Verdik: 9 / 10
NAKI menzahirkan sebuah ilham romantis raya dengan dengan begitu flawless sekali. Melodinya cukup menyenangkan, sedap didengar dengan feel serta persembahan vokal NaKI yang soothing. Persembahan keseluruhannya memberi mood berbeza dalam menikmati sebuah lagu raya. Kisahnya lari daripada tipikal cerita raya namun masih bergerak atas kehendak situasi yang sering terjadi di musim raya.
Lagu: Ingin Pulang Artis: Amir Jahari Komposer / Lirik: Amir Jahari Verdik: 9 / 10
Persembahan muzik Amir Jahari jarang gagal dalam memberi feel yang baik dalam menikmati karya-karyanya. “Ingin Pulang” terhasil santai dan bersahaja dengan persembahan melodi simple dan penulisan lirik yang tidak sukar diikuti. “Aku rindukan // Saat pertemuan kita di desa penuh gelak dan tawa // Aku rindukan masakan ibu // Dan senyummu // Penat lelahmu takkan ku lupa.” Lagu ini terhasil dalam sebuah persembahan dengan nilai nostalgia yang cukup tinggi.
Keroncong menjadi akar penghasilan melodi lagu ini. Terhasil merdu dan menyenangkan. Lagu ini dimodenkan dengan kemasan muzik dan penulisan lirik yang lebih santai dan catchy. persembahan vokal Asmidar top notch sekalipun sekadar untuk penghasilan lagu raya. This is one of the most original and fun Raya song yang terhasil beberapa tahun kebalakangan ini.
Lagu: Raya Mana? Artis: Nabila Razali Komposer / Lirik: Ezra Kong Verdik: 6.7 / 10
Penghasilan lagu ini cukup fun dan mengena dengan kemampuan Nabila Razali sebagai penyanyi. Melodi pada korusnya mudah melekat dan liriknya tidak sukar dihafal. Namun penghasilan keseluruhannya tidaklah terlalu mengujakan namun masih memiliki sound yang current untuk sebuah naskhah lagu raya. Bait “Nak balik // Nak balik Kampung // Kampung siapa dulu” akan diulang nyanyi oleh pendengar pastinya.
Lagu: Raya Kita Raya Artis: Hael Husaini Komposer / Lirik: Hael Husaini / Ezra Kong Verdik: 7 / 10
Festive mood di lagu ini cukup kuat seawal ia dibuka. Cukup membangkit. Melodinya tidak sukar untuk didekati cuma kemasan muziknya agak kompleks terutama di bahagian music bridge menajdikan ia agak kedengaran kurang feel raya. Namun semakin ia berhujung lagu ini semakin terhasil baik. Sebuah lagi penghasilan dengan idea yang biasa kita dengar dalam lagu-lagu raya kolaborasi Hael dan Ezra.
Lagu ini sederhana dengan ilham tipikal melodi raya yang dimodenkan dengan penghasilan penulisan lirik yang mudah diingati, melodi yang simple dan persembahan Ernie yang cheeky. Ada transisi muzik yang berbeza daripada verse ke korusnya menjadikan ilhamnya sedikit berbeza. Penghasilan keseluruhannya menarik namun perlu menikmatinya berulang kali untuk benar-benar pendengar enjoy.
Feel retro di lagu ini terhasil cukup fun dan bersahaja. Formula lagu raya begini lari sedikit daripada ilham muzi Joget dan Zapin dalam kebanyakan lagu raya yang terhasil namun masih kuat ramuan dan elemen nostalgianya. Sebuah lagi lagu raya yang berjaya dihasilkan dengan korus yang ada hook tersendiri dan mudah diingati.
Santai versi raya hadir lebih lively dan seronok dinikmati terutama korusnya yang diubah liriknya dengan cukup mengena sekali dengan feel raya. Penghasilannya enjoyable dan berjaya menghidupkan suasana raya itu sendiri. Kekuatan pada korusnya akan terus mengikat pendengar tidak kiralah versi asal atau versi raya ini.
Lagu: Jalan-Jalan Hari Raya Artis: Aina Abdul Komposer / Lirik: Aina Abdul / Ezra Kong Verdik: 5.6 / 10
Sebuah lagi lagu yang datang dengan formula Ezra Kong yang biasa kita dengar. Melodinya sedap seperti biasa namun masih tiada faktor untuk ulang dengar lagu ini berkali-kali seperti “Ketipak Ketipung Raya” dan “Alamak Raya Lagi” yang ada formula baru, lebih segar dan current penghasilannya. Namun lagu ini masih okey untuk dinikmati sebagai pengisian yang mampu menambah mood raya.
Lagu: Lebaran Mulia Artis: Suki Low Komposer / Lirik: Aden King / Mas Dewangga / Jova Devito / Sang Hitam / Suki Low Verdik: 5 / 10
Lagu yang terhasil agak kompleks dan kurang memikat melodinya. Kemasan muzik EDM di lagu ini juga kedengaran agak bising dan melelahkan. Mungkin jika bukan naskhah lagu raya ia ok cuma untuk penghasilan lagu raya seharusnya tuntutan feel nostalgia dan simple catchy chorus itu perlu ada.
Lagu ini terhasil okey-okey sahaja, feel baru dan current agak tidak dirasai. Daya pengikatnya juga tidak begitu menarik pendengaran namun ada usaha dalam memberi suntikan berbeza di kemasan muziknya. Not bad namun tiada faktor ulang dengar.
Lagu: Raya di Rumah Dinda Artis: XPOSE & Dina Nadzir Komposer / Lirik: XPOSE Verdik: 6.8 / 10
Ilham Zapin yang meneruskan idea yang banyak dalam penghasilan lagu-lagu raya. Kolaborasi Dina dan XPOSE ini terhasil cukup fun dan ada daya pengikat yang cukup baik. Penceritaan dalam liriknya juga tidaklah klise. Melodinya mudah didekati dan persembahan keseluruhannya begitu menghiburkan. Ada feel lagu-lagu Zapin dalam ilham komedi rakyat persembahan kumpulan Senario.
Sekitar tahun 2017 – 2018 tumbuh kugiran-kugiran Pop yang memberi warna dan rasa berbeza dalam menikmati muzik tempatan. Midnight Fusic, Orkes A. Hizadin, Masdo dan Insomniacks antaranya yang sehingga hari ini masih bernadi terus bermuzik dengan lagu-lagu terbaru.
Insomniacks menjadi nama yang cukup tinggi jumlah strim dengan berbekal hits seperti “Pulang”, “Sempurna”, “Reminisensi” biar sehingga hari mereka masih teratas.
Kelangsungan bermuzik mereka yang berilham muzik Pop semasa dengan cerita dalam lagu yang dekat dengan pendengaran anak muda menjadi kunci pada penghasilan lagu-lagu mereka. Jadi atas faktor tersebut nama mereka terus diraikan.
“Teman” menjadi pertaruhan perdana tahun ini. Datang dalam persembahan muzik Folk / Akustik yang terhasil lembut dan menyenangkan. Seawal dibuka ia sudah membayangkan ilham keseluruhan pada penghasilannya.
Bergerak atas puitis lirik, kemasan muzik yang dibantu susunan string di tengah ke hujungnya memberi feel sedikit berbeza menikmati Insomniacks berbanding lagu-lagu mereka sebelum ini.
Saya terlarut dengan persembahan vokal Iqie yang kedengaran semakin matang dan feel yang lebih tepat mengena pada melodi juga penceritaan dalam lagu.
Insomniacks masih banyak potensi untuk bergerak sebagai kugiran Pop yang bakal panjang hayat bermuziknya. Dan “Teman” bergerak sebagai kelangsungan yang baik bagi perkembangan muzik mereka.
Lagu: Selama Berdua Artis: Firdaus Rahmat Komposer / Lirik: Firdaus Rahmat / Omar K
Bergerak sebagai komposer pelapis yang semakin tinggi demand nya, Firdaus Rahmat datang dengan potensi yang tepat untuk membentuk sound Pop tempatan dengan suntikan elemen baru yang lebih forward dan current.
Tanpa mahu melupakan terus kembara bermuziknya sebagai soloist, Firdaus menzahirkan sebuah lagi persembahan Pop menerusi “Selama Berdua” karya ciptaannya sendiri bersama Omar K. Terlahir dalam ilham Balada yang dengan kemasan muzik yang mengendong infusi K Ballad.
Melodi lagu ini sedpa didengar biar dengan sekali pendengaran ia sudah mengikat. Korusnya baik dengan feel sederhana Firdaus ia menjadi sebuah naskhah yang cukup menyenangkan. R&B nya dirasa dalam beat yang memberi attitude berbeza.
Firdaus saya kira sudah menjadi bakat muda yang sudah membuktikan kemampuan bermuziknya dengan cemerlang. Melihat katalog Pop yang dia miliki sejak “Aku Rayu”, Sentiasa” dan “Test Drive” juga beberapa single lain seperti “Merah” – Firdaus memili jalan yang mudah dan panjang untuk dia depani dengan adanya konsistensi.
Styling dalam nyanyiannya juga baik, ada identiti dan tidak terikat dengan menurut idea-idea yang sama sahaja. Slanganya tersendiri dengan tone yang sedap didengar juga kemampuan menghasilkan lagu sendiri, saya kira Firdaus siap untuk memiliki album penuh.
Pesonanya sebagai seorang penyanyi cukup dikagumi penggemar muzik gv bb rantau nusantara. Afgan singgah di studio Muzik Roundtable berkongsi cerita tentang perjalanan bermuziknya selama 16 tahun lamanya. Dengarkan episod ke-4 Muzik Roundtable bersama Afgan.
Tanpa perlu pengenalan lagi, Syafinaz Selamat hari ini cukup kukuh namanya sebagai salah seorang penyanyi dan pendidik dalam bidang muzik. Singgah ke studio Muzik Roundtable, Datuk Syafinaz berbual panjang tentang pengaruh muziknya, penghasilan album sehingga pandangan peribadinya tentang masa depan pendidikan muzik Malaysia.
Lagu: Kinrara Artis: Dalia Farhana & Ezra Kairo Komposer / Lirik: Dalia Farhana / Amir Firdaus
Banyak bakat-bakat baru hari ini datang dengan ilham muzik tersendiri dan meneruskan apa yang mereka percaya tanpa putus. Dalia Farhana dan Ezra Kairo antaranya yang berjaya dalam perjalanan mencuri perhatian pendengar muzik hari ini.
Setelah kejayaan “Langit Yang Sama”, Dalia Farhana pantas menyusun kembara bermuziknya dengan beberapa lagi single seperti “Rumah” dan kolaborasi bersama Aziz Harun. Kesemua single yang berhasil dalam nuansa Pop dengan elemen Folk dan Akustik tersebut dihasilkan sendiri daripada pemikiran kreatif anak muda ini.
Dan Ezra pula yang semakin hari mencuri perhatian di platform TikTok menerusi lagu-lagu yang dinyanyikan semula meyakinkan kita dengan ketersendirian yang ada pada kualiti vokalnya.
Dan atas keseiringan muzik dan bakat yang ada, kedua-dua bakat muda ini bersatu dalam sebuah persembahan melodi patah hati berjudul “Kinrara” ciptaan sepenuhnya Dalia Farhana Bersama Amir Hassan.
Dihasilkan dalam persembahan biasa yang kita dengar dalam lagu-lagu Dalia Farhana, kekuatan “Kinrara” kali ini saya kira benar-benar bergantung pada kemunculan Ezra Kairo sebagai teman duetnya. Melodi lagu ini kedengaran terlalu biasa dan bagai tiada daya pengikat yang kuat.
Namun saya masih harus memuji penulisan lirik Dalia yang masih terjaga puitisnya. Bait seperti “Sejauh manapun // Ku berkendara // Ku kembali ke tempat sama.” Walaupun bait “Di Kota Kinrara Kita Berjumpa // Dan kita berpisah.” kedengaran agak canggung tapi saya faham jika itu rujukan personal Dalia dalam penulisan.
Liriknya semakin baik di bahagian “Apakah doa ku tak diangkat ke langit tujuh // Barangkali doa yang tak terjawab itu // Itulah jawapanku.” Dalia saya kira penulis yang baik dan memiliki potensi yang besar dalam penulisan lagu dan lirik. Apa yang dia hasilkan setakat ini memperlihatkan rujukan-rujukannya banyak dari Indonesia.
Namun again lagu ini masih kurang mengikat. Saya lebih puas dan senang dengan penghasilan duet “Akhir Cerita Kita” persembahan Dalia bersama Aziz Harun yang lebih terasa emosi dan kesayuannya.
Konsistensi bermuzik Aizat Amdan membawa pelayaran bermuzik jauh dan cukup panjang perjalanannya. 17 tahun menjual idea-idea yang ada menerusi persembahan muzik yang berlatr Pop dengan infusi ilham muzik semasa, Aizat masih belum lagi mahu memperlahankan rencanya bermuziknya.
Setelah fasa Ai.Z sejak setahun dua kebelakangan ini Aizat menemukan formula muzik yang baru dan segar menerusi single terbarunya “Simfoni Hati Beradu” – karya ciptanya bersama Mel Ramlan dan Izzy Musa.
Melodi Pop yang dihasilkan dengan elemen Synth Pop dan Retro membentuk sebuah lagi persembahan yang datang dengan idea serta state of mind seorang pemuzik. Aizat menerusi single ini meneroka pasaran muzik yang semakin komersil di Indonesia tetapi masih ‘indie’ di sini.
Melodinya sedap didengar denga korus yang memikat. Disatukan cukup baik dengan kemasan muzik Synth yang menjadi kekuatan Izzy Musa dalam karya-karyanya sebelum ini. Formula muzik begini cocok dengan karakter vokal Aizat yang cukup tenang.
Penulisan liriknya juga simple dan telus tanpa perlu terlalu komplek. Melodinya senang untuk mengisi masa-masa kita di hujung minggu – santai dan melapangkan fikiran.
Dalam persembahan yang cukup matang saya kira, “Sinfoni Hati Beradu” bakal meneruskan kelangsungan bermuzik Aizat sebagai established artiste dengan cukup baik.
Dayang Nurfaizah setelah hampir 24 tahun bermuzik masih utuh sebagai seorang penyanyi on demand pasaran muzik tempatan. Dayang singgah ke studio Muzik Roundtable bercerita panjang kisah susah senangnya sebagai penyanyi dan perancangan masa depan.
Lagu: Masihkah Ada Rasa Itu? Artis: Misha Omar Komposer / Lirik: Sharon Paul / Que Afiq
Menantikan lagu-lagu terbaru alunan Misha Omar saya kira benar-benar harus menuntut kesabaran kerana dia sangat jarang menghasilkan lagu-lagu baru. Mungkin kerana selektif dan hanya mahukan yang terbaik, setiap karya yang dihasilkan biar masih berlegar ilham Balada tetap memiliki kekuatan dan momen yang tersendiri.
Terakhir kali muncul dengan “Tanpa Rela” pada tahun 2020 dengan penuh kesyahduan, tahun ini Misha Omar kembali mengulang kesyahduan yang kita tunggu dalam sebuah lagi karya ciptaan Sharon Paul bersama Que Afiq menerusi lagu “Masihkah Ada Rasa Itu?”.
Dihasilkan dalam persembahan melodi yang sederhana namun cukup mengikat dengan sekali pendengaran. Sakti pada lagu ini sekali lagi bernadi pada persembahan vokal cukup beremosi Misha yang menyatukan melodi, lirik dan kemasan muziknya dengan sempurna.
“Masihkah Ada Rasa Itu?” memiliki feel Indo Ballad pada penghasilan keseluruhannya. Berbeza sedikit dengan apa yang biasa kita nikmati dalam karya-karya Sharon Paul sebelum ini, lagu ini lebih tenang dalam ribut dan resahnya.
Kekuatan utama lagu ini ada pada korusnya. Misha dalam kesederhanaannya bercerita lewat melodi yang dihasilkan dengan telus dan cukup. “Meski hati ini masih mengharapkan kamu hadir // Kembali dan meluah apa yang terjadi.”
Lirik yang dihasilkan simple, biar tidak tidak sekuat “Tanpa Rela” yang saya kira cukup kemas dan puitis susunan kata dan ceritanya. Tetapi hasil keseluruhan masih okey dengan persoalan “Masihkah Ada Rasa Itu?” yang jelas menggerakkan jalan ceritanya.
Dan persoalan-persoalan dalam lirik yang ditulis berterusan dengan baik di bait “Mungkinkah dikau bahagia? // Adakah bersama dia engkau bahagia?” yang saya kira tidak sukar untuk ramai jiwa-jiwa galau di luar sana untuk relate.
Kesederhanaan yang ada pada penghasilan lagu ini menjadikan ia tersendiri. Tanpa perlu menjadi terlalu kompleks dengan momentum turun naik yang kedengaran terburu-buru, ia dihasilkan sepenuh emosi yang terkawal. Dan sejujurnya sebeginilah Balada harus dihasilkan tanpa perlu kedengaran berteriak dan merintih-rintih.