Layla Sania memasuki pasaran muzik tempatan dengan caranya yang tersendiri. Tanpa perlu terikat dengan idea mencuri perhatian pendengar Melayu sahaja, dia berjaya menarik minat pendengar berbangsa Cina dengan kemanisan yang dia miliki.
Sejak awal memulakan karier bermuzik Layla sudah mendapat perhatian saya cuma sebetulnya sehingga yang terakhir kali singlenya dirilis ia masih belum ada daya pengikat yang mampu menarik minat.
Namun dengan kehadiran single terbarunya 慢动作 atau “slow mo” Layla Sania akhirnya menemukan formula tepat untuk dia benar-benar menyerlahkan vokal manis, ringan dan berangin yang dia miliki. Lagu ini terhasil sangat cocok dengan karakter suaranya.
Ilham Akustik Pop dengan persembahan sederhana tetapi datang dengan melodi yang cukup kuat untuk membuat telinga saya terikat dengan persembahan keseluruhan. Attitude bermuzik Layla begitu dirasai di lagu ini.
Korus lagu ini menjadi killer utama lagu ini. Persembahannya benar-benar menyeimbangi keperluan dan kapasiti vokal serta feel yang dimiliki Layla Sania sebagai penggerak utama lagu ini.
Saya amat menyenangi lagu ini dan saya kira jika ia mampu menarik perhatian saya sudah pasti mampu mampu menarik perhatian pendengar pasaran semasa khususnya. Berbekal single ini saya kira Layla sudah menemukan formula terbaik untuknya terus bermuzik.
Album: Nadhif Artis: Nadhif Basalamah Produser: Petra Sihombing / Mikha Angelo / Ibnu Dian / Yoshua Gian
Nadhif Basalamah bakat yang semakin diberi perhatian lewat single “Penjaga Hati” yang cukup booming mengangkat namanya sebaris gagasan pemuzik Indonesia baru yang lain. Dengan terampilan melodi yang simple, riff yang mengikat dan lirik yang relatable, Nadhif berjaya mencuri perhatian.
Bersama Petra Sihombing yang menyiapkan hampir keseluruhan album perdananya ini, maka terhasil lapan lagu yang sekali la membentuk sebuah album yang melambangkan pemikiran, jiwa dan identiti bermuzik Nadhif.
Jika mahu digerakkan secara konsep, album ini dekat dengan ilham Pop Easy-Listening yang banyak dibawa John Mayer, Ed Sheeran antaranya dan jika di Indonesia apa yang sudah Nadhif hasilkan ini sudah dihasilkan Mikha Angelo di album solonya.
Album ini dibuka dengan “Tulis / Terapi” (Petra Sihombing / Nadhif) yang bergerak sebagai melodi pembuka yang sangat baik. Intro lagu ini sudah membuat saya teringatkan John Mayer. Kelembutan suara Nadhif menjadi sakti utama untuk kita sangat menyenangi lagu-lagunya. Hal ini jelas dalam lagu seperti “Tiba-Tiba Jumat Lagi”.
Pendengaran saya benar-benar teralih dengan melodi “Jatuh Cinta Lagi” (Mikha Angelo / Nadhif / Rafi Sulaiman) yang kesayuannya benar-benar menyentuh sejujurnya. Peralihan verse ke korusnya begitu flawless. Nadhiff pencerita yang soft-hearted, setiap bait yang dilantun begitu mengalir sebaiknya. “Ku rasa ku jatuh cinta lagi.” Saya jangkakan lagu ini akan digilai.
“Sesuatu” dan “Isi Kepalaku” bergerak sebagai sebuah momentum yang baik meneruskan kelangsungan album berdurasi lebih 30 minit ini. Feel Folk & Country di lagu “Isi Kepalaku” terhasil cukup menyenangkan dan sekali lagi benar-benar mengeluarkan attitude bermuzik Nadhif.
Album ini ditutup dengan “Bersimpuh” sebagai trak penyembuhan daripada segala fasa galau, turun juga naik Nadhif sebagai pencerita di album ini. It’s like a spiritual song“Semalam ku tak sendiri // Semalam kau temaniku // Dalam sujud ku // Bersimpuh di hadap-Mu” Nadhif meneroka jiwa paling dalam dan terendah sebagai manusia. “Tak sanggup ku // Tanpa diri-Mu”
Sebagai sebuah debut album saya kira Nadhif sangat berjaya menghasilkan sesuatu yang cukup solid. Dia tahu apa yang bagus untuknya dan apa yang dihasilkan menerusi album ini tidak berlebihan. Secukupnya untuk kita meresapi segala idea, pemikiran dan cerita yang mahu dikongsikan.
Album: Sonder Artis: Afgan Produser: Maestro The Baker / Eddie Serafica / ADP / William Leong
Semakin pasti dengan langkah bermuzik yang dipilih, Afgan tidak menoleh ke belakang lagi di saat membuat keputusan mengeksplorasi ramuan baru muziknya untuk bertumbuh sebagai penghibur yang matang seiring usia.
“Wallflower” yang beredar di tahun 2021 menjadi langkah pemula. Menghasilkan sebuah album berbahasa inggeris sepenuhnya bukanlah hal baru pemuzik Indonesia namun menghasilkan album inggeris dengan tenaga kerja luar itu satu hal besar untuk Afgan yang sebetulnya boleh saja selesa dengan penghasilan lagu-lagu galaunya.
Namun untuk berhasil sebagai pemuzik yang bebas berkarya dia tahu ada hal baru yang harus dia lakukan agak tidak stagnant dengan idea serupa. Maka dengan itu Afgan bergerak bersama pengurusan muziknya untuk mencabar keupayaan yang ada.
“Wallflower” percubaan yang okey bagi saya. Ia tidaklah terhasil sempurna dan tidak salah jika saya katakan album itu tidak solid dalam membentuk satu sound Afgan. Yang ada di album itu adalah bunyian Pop semasa di pasaran global tetapi jiwa Afgan itu tidak terasa di hampir keseluruhan album.
Jadi di saat dia mengumumkan penghasilan “Sonder” sebagai percubaan keduanya saya tidak terlalu berharap akan apa-apa. Namun ketika “Shallow Water” diedarkan saya dapat meresapi jiwa Afgan yang pernah saya dapay lagu-lagu berbahasa Indonesianya.
“Shallow Water” terhasil cukup current dengan sound yang cukup dekat dengan muzik JVKE – dengan riff pada pianonya yang melatari keseluruhan lagu dengan cukup mengikat. Vokal Afgan cukup solid di lagu ini, jiwanya menyatu sangat baik dengan penghasilan melodi dan keseluruhan lagu.
“Lonely Night” bergerak semakin baik. Betul apa yang dikatakan Afgan ketika saya menemubualnya dulu, album ini ada rujukan muzik the weeknd dan hal ini jelas di lagu ini. R&B di lagu ini sempurna buat Afgan mengeluarkan attitude nya dalam bermuzik. Groove nya dirasai sekali.
Dan berbicara tentang groove dia sekali membuktikan tanpa perlu terikat pada panahan lagu-lagu Balada, Afgan yang baru ini cukup fun membelah kesayuan yang ada padanya sebelum ini. “Escape” kolaborasi bersama Jessi bergerak sebagai focus trak di album ini menjadi antara lagu yang paling fun untuk dinikmati di album ini. Korusnya menjadi killer utama dan chemistry muzik Afgan dan Jessi benar-benar dirasai.
Sebuah lagi kolaborasi yang dihas”ilkan di EP ini adalah “Criminal” yang sekali lagi kembali dalam ilham new R&B seperti yang ada di lagu “Lonely Night”. Saya sukakan corak vokal Afgan di lagu ini, dinamiknya dirasai biar cukup sederhana. Feel Afgan dan Thuy berjaya memberi satu nuansa yang menyenangka untuk menikmati lagu ini.
“Missing The Old Days” menutup dengan ilham stripped down yang lebih nyaman. Muzik Lo-fi di lagu ini dengan melodi yang mengikat dengan sekali dengar menjadikan ia cukup istimewa. Soul Afgan lebih nyata di lagu ini dengan cukup sederhana dia mewarnakan lagu ini dengan secukupnya.
Berbanding “Wallflower” saya kira “Sonder” hadir lebih solid dan meyakinkan. Jiwa bermuzik Afgan benar-benar dirasai di EP ini. Percubaan yang semakin baik, semakin matang dan semakin menghiburkan.
Lagu: One Bad Day Artis: Pamungkas Komposer / Lirik: Pamungkas Produser: Pamungkas
Menutup fasa “Birdy” sebagai sebuah kejayaan personal baginya, Pamungkas saya kira puas berpentas. Tidak hanya di Indonesia dia terbang kauh bermuzik menghiburkan penggemarnya di Filipina juga Malaysia.
Empat album sebagai pembuktian Pamungkas itu tersendiri dan berpengaruh dalam penghasilan muzikya. “One Bad Day” naskhah terbarunya setelah tiga tahun tidak menulis sebarang material baru menjadi pertaruhan juga blueprint untuk album ke lima yang bakal menyusul tahun ini.
Masih kental feel Pamungkas itu sendiri, “One Bad Day” terhasil cukup bersahaja menangkap pendengaran penggemarnya. Melodi yang dihasilkan tidak kompleks dengan hal yang tidak perlu. Ynng dialurkan adalah sebuah perkongsian cerita dan rasa.
Riff gitar di lagu ini melekat sekali dengan korusnya masih menjadi daya pengikat utama sempurna sebagai satu sifat bermuzik yang mentafsirkan siapa Pamungkas. Bait ditulis di korus juga sangat baik “Take me to somewhere closer to you”.
Pamungkas bercerita tentang persoalan yang penuh keresahan. “One bad day // Tired-unhappy // I don’t know what’s missing // I wanna see you.” Hal yang mudah relate dengan ramai orang. Cuma saya kira penulisan Mas Pam kali ini terlalu simple dan kurang substance berbanding apa yang biasa dia lakukan.
Mungkin ini adalah satu siren apa yang bakal kita dapat di album terbarunya. Tanpa lagi mahu berbasa-basi dengan hal yang terlalu puiti tetapi bercerita dengan jelas dan ringkas sahaja. “One Bad Day” apa pun sudah dihasilkan dengan daya pengikat yang akan terus meniti bibir penggemar Pamungkas dan dinanti di persembahan langsungnya.
Lagu: Kejutkan Aku Artis: Jaclyn Victor Komposer / Lirik: Adrian Puan / Gerald Sellan / Amir Jahari / Hidayah Azhar Produser: Gerald Sellan / Mux Ryzor
Dua puluh tahun bergerak sebagai penyanyi papan atas muzik tempatan, nama Jaclyn Victor utuh sebagai salah seorang established artiste yang senantiasa mempunyai demand yang tinggi dalam pasaran muzik. Berawal di pentas Malaysia Idol kejuaraan perdananya, Jac mencipta lebih kejayaan setelah itu.
Siap beredar kurang lebih empat album solo dan sebuah album kolaborasi (3 Suara bersama Shila Amzah & nNing Baizura) dengan puluhan hits yang sudah dihafal by heart penggemarnya, Jaclyn Victor bakal meraikan victory nya sebagai seorang penyanyi di sebuah konsert berskala besar Oktober nanti.
Bagi memanaskan gerakan promosi konsert tersebut Jac bersama pasukan pemasarannya siap menghasilkan sebuah single pengubat rindu penggemarnya setelah fasa All Star GV yang memberikan kejuaraan keduanya hujung tahun lalu.
“Kejutkan Aku” Hasil ciptaan Adrian Puan bersama Gerald Sellan (yang juga menghasilkan single “Kembalilah” tahun lalu) hadir dalam persembah Pop dengan upbeat tempo yang cukup saya senangi. Lagu-lagu begini benar-benar mengeluarkan attitude Jac dalam bermuzik tanpa perlu terikat ilham Balada sahaja.
Hal ini sudah dia buktikan dalam single seperti “Cepat-Cepat”, “Ikut Rentakku” dan “Seindah Mimpi” antaranya. Melodi lagu ini terhasil cukup catchy dengan korus yang terhasil mudah diingati. Amir Jahari bersama Hidayah Azhar menghasilkan lirik dalam penceritaan yang cukup membangkit semangat.
R&B feel di lagu ini sangat dibantu persembahan groove dalam vokal Jac yang solid membaluti penghasilan keseluruhan lagu. Lagu-lagu begini sebetulnya mudah untuk kita senang menonton persembahan live Jac di pentas. Jac lebih bebas mewarnakan nyanyiannya menerusi lagu sebegini. Untuk pengenalan di tahun 2024, saya kira lagu ini secukupnya untuk kita keluar sekejap daripada dominasi Balada yang melelahkan.
Lagu: Kenangan Artis: Amir Jahari Komposer / Lirik: Amir Jahari Produser: Amir Jahari
Titik kejayaan Amir Jahari dalam bermuzik jika mahu diukur pasti paksinya itu pada lagu “Hasrat” yang berjaya mengikat jutaan pendengaran yang jatuh dan tersentuh dengan persembahan keseluruhannya. “Hasrat” ternyata meletakkan nama Amir di tahap terbaik sepanjang dia bermuzik.
Berbalik pada penghasilan melodi yang ringkas dan memberi penekanan pada penceritaan juga feel yang baik maka terhasil sebuah naskhah yang menyentuh ramai pendengar. Hal ini diteruskan Amir dengan penciptaan lagu “Ingin Pulang” yang beredar awal Mac lalu.
Meneruskan kelangsungan melodi bersifat penyembuhan (healing) ini Amir menghasilkan single “Kenangan” yang dihasikan sepenuhnya Amir baik melodi dan lirinya, yang juga menjadi pertaruhan terbarunya untuk album ketiga bakal beredar tahun ini.
Melodi lagu ini cukup sinonim dengan karya-karya awal Amir di album perdananya dengankemasan string di keseluruhan lagu memberi feel yang lebih mewah pada penghasilan keseluruhannya. Korusnya baik, mengikat dengan sekali pendengaran.
Amir menerusi “Kenangan” menulis tentang melepaskan dan maafkan hal-hal yang menjadi dendam atau mungkin pematah semangatnya. Hal ini jelas dalam bait “Kembali mengenangkan // tiada yang // mempercayai apa yang ku sampaikan.” Yang sebelumnya diisi dengan “Hati ini // Ingin memaafkan.“
Momentum lagu ini semakin baik ke penghujung lagu. Bagi peminat Amir saya kira mereka akan sangat menyenangi lagu ini. Penyampaian sederhana Amir dalam bercerita benar-benar dirasakan secukupnya. Dan dengan penghasilan lagu ini saya kira albumnya begitu dinantikan.
Lagu: Mati Satu Tak Tumbuh Lagi Artis: Barsena Bestandhi Komposer / Lirik: Barsena Bestandhi Produser: S/EEK
Untuk bakat yang besar ada padanya, transisi bermuzik Barsena berjalan perlahan sebetulnya. Mungkin juga itu pilihannya untuk senang berada di belakang tabir membantu penyanyi-penyanyi handalan Indonesia cara mewarnai nyanyian mereka sebagai seorang vocal director.
Setelah tahun lalu muncul dalam single duet bersama Rossa meenrusi “Bertengkar Manis” Barsena awal tahun merilis single solonya “Seperti Laut Kepada Langit” hasil ciptaannya yang membawa ilham nelangsa dalam persembahan melodi dan lirik yang terhasil puitis.
Meneruskan kejayaan lagu tersebut yang berjaya mendapat perhatian pendengar, Barsena tampil dengan sebuah lagi hasil karya ciptanya menerusi sebuah lagi Poetic Pop berjudul “Mati Satu Tak Tumbuh Lagi”. Bekerjasama dengan gagasam muzik kolektif S/EEK, produksi lagu ini benar-benar mengalihkan pendengaran saya.
Melodi yang dihasilkan Barsena di lagu ini cukup menyentuh. Datang dengan ilham galau yang paling dalam perasaannya, “Mati Tak Tumbuh Lagi” pentafsiran terbaik sepanjang Barsena bermuzik. Ilhamnya mengalir sebaik-baik perasaan Barsena lewat lagu ini.
Dan bercerita tentang perasaan, itulah killer utama lagu ini. Barsena membuat saya larut lewat emosinya di lagu ini. Penyampaian vokal sangat kemas, menyentuh – Barsena benar-benar faham yang dilantunkan tanpa perlu melebih-lebih dalam nyanyiannya.
So much control in his singing yang begitu dituntut dalam penyampaian lagu-lagu Balada begini. Dan hal ini membuatkan saya faham mengapa terlalu ramai penyanyi di Indonesia yang menggunakan khidmatnya sebagai vocal director di dapur rakaman. Daripada Titi DJ, Rossa, Raisa juga Mahalini dan Lyodra – bintang papan atas muzik Indonesia yang sudah menggunakan khidmatnya.
“Mati Satu Tak Tumbuh Lagi” seharusnya menjadi single yang diraikan semua penggemar muzik nusantara. Apa yang Barsena hasilkan kali ini adalah sebuah perasaan yang paling jujur dalam pelayaran percintaan yang tiada gantinya. Naskhahnya kali ini saya sifatkan yang paling komersil“Ku takkan mampu // Gantikan dirimu // Lupakan semua tentangmu.”
Lagu: Janji Artis: Aziz Harun Komposer / Lirik: Aziz Harub / Ezra Kong Produser: Ezra Kong
Karya-karya sentimental lewat perasaan galau dalam kisah yang ditulis masih tinggi permintaannya dalam pasaran muzik nusantara. Maka dengan hidup bakat-bakat ini dengan naskhah yang menyentuh rasa dan jiwa pendengar.
Aziz Harun satu daripadanya yang jarang gagal dalam penghasilan lagu-lagu galau. Sejak “Jauh”, “Sayang Kau Tercipta”, “Mengapa Harus Begini” sehingga kolaborasi manis bersama Dalia Farhana menerusi “Akhir Cerita Kita” – Aziz diraikan penggemarnya dengan cukup terbuka.
Meneruskan kelangsungan lagu-lagu Baladanya, Aziz berkolaborasi bersama komposer prolifik, Ezra Kong menerusi lagu “Janji” yang sekali lagi terhasil menawan.
Melodinya tidak sukar didekati dengan penghasilan yang sesantai ini saya kira “Janji” akan dengan mudahnya menjadi repeat mode penggemar Aziz yang sentiasa menantikan lagu begini. Penghasilan keseluruhannya simple tetapi tidak membosankan.
Lagu begini sebetulnya penting untuk kelangsungan bermuzik Aziz untuk kekal relevan dalam pasaran muzik semasa. Namun jangan pula mencari sound yang baru, tiada di lagu ini. Jika anda mahukan Aziz yang lebih urban, sound R&B yang ada dalam dirinya dengan rilis-rilis muzik seperti “Jarak”, “Good Girl”, “011”, “TY” atau “Hanya Mahukan Bye”.
Album: CAN MACHINES FALL IN LOVE? Artis: MALIQ & D’Essentials Produser: MALIQ & D’Essentials
MALIQ & D’Essentials mengemudi muzik mereka dengan cara yang tersendiri. Evolve dengan sound yang tidak terikat idea serupa tetapi semakin matang seiring usia bermuzik. Daripada persembahan Jazz penuh soulful di empat album pertama sehingga peralihan bunyi dan idea di album “Sriwedari”, MAD utuh sebagai sebuah kugiran yang sentiasa datang dengan idea besar.
Tiada lagi sound Jazz yang dominan di album “Musik Pop” dan “Senandung Senandika” – mereka mengeksplorasi pula bunyian Synth, elektronik dengan sebuah sudut pandang bermuzik yang merubah ilham album-album terawal mereka.
Dan kelangsungan idea mereka bergerak dengan ilham Motown di single “Senja Teduh Pelita” yang mengembalikan rasa-rasa yang saya mahu daripada mereka. Lagu tersebut bergerak sebagai sebuah persembahan yang cukup solid. Ilham yang sama diteruskan MAD menerusi EP “Raya” dengan ilham 70-an Soul, Motown yang groove nya berbeza dengan apa yang ada di alabum “Sriwedari”, “Musik Pop” juga “Senandung Senadika”.
Sebagai pendengar, saya semestinya bahagia melihat pemuzik yang saya gemari bertumbuh sebagai satu gagasan bermuzik yang berani mencuba hal baru dan tidak hanya mahu kekal di ruang selesa mereka. Mengapa? Kerana untuk mencipta satu sound yang matang saya percaya setiap artis itu harus berani keluar daripada keterbiasaan mereka.
Dan MAD membuktikan hal ini di album terbaru mereka “Can Machines Fall in Love?”
SOLID. Itu mungkin satu kata yang mentafsirkan kematangan bermuzik MAD di album ini. Terisi hanya 7 trak dengan sebuah interlud juga dua single yang beredar lebih awal (Aduh & Kita Bikin Romantis). Apa yang dibawa di album ini adalah pelayaran perasaan – “Can Machines Fall in Love?” menjadi sebuah metafora pada persoalan – di dunia AI masihkah ada rasa untuk kita sebagai manusia berekspresi?
Dan hal ini dikendong sebagai idea utama menggerakkan album ini. Persoalan yang pada judulnya dijawab dengan enam lagu yang terisi benar dengan seluruh perasaan cinta, kasih sayang, keresahan, pengharapan, kehilangan dan segalanya. MAD menggugah segala idea artificial intelligent dengan mengembalikan kesemua rasa-rasa ini di lagu-lagu mereka.
Dibuka dengan rasa cinta yang membunga-bunga lewat “Dadidu Di Dada” membuat saya ingin menari, tersenyum dan berasa bahagia terbawa perasaan. Feel Motown di lagu ini dengan segala groove juga soul yang dibaluti korus yang sangat catchy terhasil cukup sempurna. Saya mengulang dengar lagu ini berkali-kali sejak ia dirilis tanpa lagi berasa jemu.
“Dadidu Di Dada” benar-benar membawa memori saya pada lagu-lagu MAD seperti “Menari”, Terlalu” dan “Pilihanku” dengan idea muzik yang lebih baik dan mengikat dengan sekali pendengaran. Such a fun song to play on weekend.
Album ini diteruskan dengan rasa-rasa yang lebih berbunga di single “Aduh” yang sudah beredar lebih awal sebelum diteruskan dengan “Terus Terang” yang menimbulkan rasa resah dalam lirik yang cemerlang ditulis lewat melodi yang membaluti sebaik-baiknya.
“Oh sialnya kamu sungguh cantik // Dalam tidur pun kudengar kau berbisik.” menjadi killer di lirik lagu ini. Pengharapan yang ditulis lewat ceritanya saya kira cukup relatable dengan banyak orang. Melodinya dihasilkan sangat sedap dalam momentum dan susunan muzik yang cukup kemas.
“Kita Bikin Romantis” sebagai massive hits MAD tahun ini merayakan kembali hal-hal yang sederhana dalam hidup. Saya sudah menulis panjang tentang betapa sempurnanya lagu ini di artikel sebelum ini.
“Begini Begitu” menjadi focus track di album ini. Melodinya sekali lagi membawa memori penggemar MAD di album-album awal mereka. Melodinya menyenangkan seperti menanti senja sebelum dibawa malam – satu lagi perasaan yang dibawa MAD setidaknya untuk saya sebagai pendengar album ini.
“Duhai rembulan // Tahan dulu matahari datang // Malamnya indah // Ku tak ingin cepat berakhir sudah.” Melodi cinta yang cukup bahagia dan melekakan. “Biar semua melihat aku kamu // Berdansa di taman ria // Romansa hati dimanja // Amin untuk kita, ucap iya biar nyata.” MAD membuat pendengar senang, bahagia dan berbunga-bunga melewati lagu ini.
Saya terjerat lewat perasaan sendiri dengan melodi juga liriknya mengasyikkan.
Album ini ditutup dengan sebuah melodi perpisahan lewat lagu “Hari Terakhir”. Masih kental feel Motown R&B / Soul yang kuat. Diilhami pula dengan penulisan lirik yang berbalut kesayuan menjadikan lagu ini sebagai penutup yang sempurna buat album ini.
I have no complaints. CAN MACHINES FALL IN LOVE? Saya letakkan sebagai pengalaman terbaik menikmati muzik MAD. Apa yang dihasilkan di album ini adalah pengalaman muzik mereka yang berusia lebih dua dekad. Fasa awal bermuzik dan fasa eksperimentasi dengan sound baru disatukan di album ini. Hasilnya? Sebuah persembahan Pop Maliq & d’Essentials yang sempurna sebagai seorang pendengar mereka.
Keberagaman muzik Indonesia hari ini diraikan sebaiknya penggemar muzik Nusantara. Pelapis Pop dalam bidang komposisi juga produksi muzik kami senaraikan.
LALEILMANINO (Arya Aditya Ramadhya / Ilman Ibrahim Isa / Anindyo Baskoro)
Kreativiti LaleIlmaNino dalam memanipulasi muzik Pop dengan infusi Synth juga City Pop benar-benar menjadi. Kegilaan pada lagu-lagu seperti “Serenata Jiwa Lara” dan “Balada Insan Muda” kolaborasai bersama dua Diskoria memberi nafas segar pada karya-karya muzik begini yang cukup besar di era 80-an. Dengan rangkaian hits seperti “C.H.R.I.S.Y.E”, “Badai Tlah Berlalu” dan yang terkini “Kupu-Kupu” meletakkan nama LaleIlmaNino sebagai produser yang cukup sinonim dalam membentuk Pop masa kini Indonesia.
MARIO G. KLAU
Berawal sebagai penyanyi dan komposer dalam karya ciptaan sendiri, nama Mari G. Klau semakin meyakinkan sebagai komposer muzik. Melodi ciptaannya sudah menjadi hits senusantara dengan persembahan penyanyi meningkat naik seperti Anggi (Tak Segampang Itu), Lyodra (Pesan Terakhir) juga Tak Ingin Pisah persembahan Keisya Levronka. Berpaksi pada melodi yang menyentuh dan melekat dengan sekali pendengaran, Mario antara hits maker yang akan terus tinggi permintaannya.
S/EEK sebuah kolaborasi empat kreatif individu dalam muzik yang memberi satu kualiti bunyi berbeza dalam persembahan Balada Indonesia khususnya. Perincian dalam kemasan muzik dan kualiti rakaman dalam lagu-lagu yang diproduksi Marco Steffiano, Adriah Rahmat, Jessilardus dan Josh memberi pengalaman menikmati Pop Indonesia dengan begitu berbeza feel nya. Lagu-lagu seperti “Tak Berharap Lagi”, “Nyaman Tak Cukup” dan “Tunjukkan” bukti pada sebuah persembahan muzik dengan produksi yang cukup berkualiti.
ANDMESH KAMALENG
Andmesh tidak hanya berjaya sebagai seorang penyanyi handalan yang memiliki vokal yang baik. Kebolehannya menghasilkan melodi yang memikat menjerat ramai penyanyi lain yang mahukan karya ciptaannya. “Sial” persembahan Mahalini antara massive hits yang dihasilkan Andmesh. Antara penyanyi lain yang sudah menyanyikan melodi ciptaannya ialah Raisa, Ziva Magnolya dan Rimar.
PETRA SIHOMBING
Petra Sihombing banyak menjadi orang penting di balik penghasilan lagu juga album penyanyi seperti Tulus, Sezairi, Eva Celia dan Kunto Aji antaranya. Persembahan Nadhif Basamalah menerusi “Penjaga Hati” yang mendapat sentuhannya menjadi antara hits yang cukup digilai hari ini. Petra juga sudah bekerjasama dengan Nadin Amizah dan Raisa.
TINTIN
Bersama Mahalini nama TINTIN menyinar sebagai composer on demand. Hits seperti “Sisa Rasa”, “Melawan Restu” dan “Bohongi Hati” menjadi key songs composition untuk menjadikan nama TINTIN dominan di pasaran muzik Indonesia. Rossa dan Titi DJ antara penyanyi senior yang sudah mendapatkan hasil karya ciptanya.