
Lagu: Janji
Artis: Aziz Harun
Komposer / Lirik: Aziz Harub / Ezra Kong
Produser: Ezra Kong
Karya-karya sentimental lewat perasaan galau dalam kisah yang ditulis masih tinggi permintaannya dalam pasaran muzik nusantara. Maka dengan hidup bakat-bakat ini dengan naskhah yang menyentuh rasa dan jiwa pendengar.
Aziz Harun satu daripadanya yang jarang gagal dalam penghasilan lagu-lagu galau. Sejak “Jauh”, “Sayang Kau Tercipta”, “Mengapa Harus Begini” sehingga kolaborasi manis bersama Dalia Farhana menerusi “Akhir Cerita Kita” – Aziz diraikan penggemarnya dengan cukup terbuka.
Meneruskan kelangsungan lagu-lagu Baladanya, Aziz berkolaborasi bersama komposer prolifik, Ezra Kong menerusi lagu “Janji” yang sekali lagi terhasil menawan.
Melodinya tidak sukar didekati dengan penghasilan yang sesantai ini saya kira “Janji” akan dengan mudahnya menjadi repeat mode penggemar Aziz yang sentiasa menantikan lagu begini. Penghasilan keseluruhannya simple tetapi tidak membosankan.
Lagu begini sebetulnya penting untuk kelangsungan bermuzik Aziz untuk kekal relevan dalam pasaran muzik semasa. Namun jangan pula mencari sound yang baru, tiada di lagu ini. Jika anda mahukan Aziz yang lebih urban, sound R&B yang ada dalam dirinya dengan rilis-rilis muzik seperti “Jarak”, “Good Girl”, “011”, “TY” atau “Hanya Mahukan Bye”.
6.7/10
ARTIKEL BERKAITAN