
Lagu: Mati-Matian
Artis: Mahalini
Komposer / Lirik: Andmesh / Mahalini
“Fabula” benar-benar membawa nama Mahalini sebagai salah satu pelapis Pop Indonesia yang begitu diraikan. Menerusi album perdananya itu, Mahalini cemerlang mengikat pendengaran pendengar nusantara dengan hits “Sial”, “Sisa Rasa”, “Bohongi Hati”, “Kisah Sempurna” dan “Melawan Restu”.
Persembahan Baladanya lembut dalam lirik berperasaan galau yang cukup dekat dengan jiwa-jiwa lara. Kolaborasi bersam komposer muzik seperti Andmesh menerusi “Sial” benar-benar menciptakan chemistry yang baik dan mengesankan.
Mahu terus mengikat pendengarnya dengan rangkaian lagu-lagu galau, Mahalini sekali lagi bersama Andmesh menghasilkan sebuah lagi Balada yang cukup menyentuh menerusi lagu “Mati-Matian”. Sekali lagi dengan idea besar kedua ini, lagu ini mendapat khidmat kemasan muzik S/EEK.
Melodinya menangkap dengan sekali pendengaran. Tanpa perlu terlalu banyak verse sebelum ke bridge dan pre chorus, lagu ini disusun dalam momentum yang meragut jiwa pendengar dengan penyatuan melodi dan lirik yang cukup real.
Liriknya kemas, terus dan bercerita dengan daripada bisik hati paling dalam membayangkan kekecewaan – “Mati-matian ku membelamu di depan mereka// Walau sakit tetap kupercaya kau beda dari lainnya.” sebelum berhujung persoalan “Tuhan ini cinta atau bodoh?”
“Mati-matian” sebuah Balada yang cukup kemas, menarik dan menyentuh. Lagu ini tidak terhasil kompleks dengan hal-hal yang tidak perlu terutama sekali music bridge yang momentumnya meninggi (Seperti kebanyakan Balada tempatan yang melelahkan dan bagai tidak berpenghujung)
Perasaan yang diterbitkan tidak memaksa kita sebangai pendengar untuk larut dalam persembahan keseluruhan. Dan ini hal yang sangat penting dalam penghasilan Balada. “Mati-Matian” is a perfect heartbroken song.
9/10
ARTIKEL BERKAITAN