Keberagaman muzik Indonesia hari ini diraikan sebaiknya penggemar muzik Nusantara. Pelapis Pop dalam bidang komposisi juga produksi muzik kami senaraikan.

LALEILMANINO (Arya Aditya Ramadhya / Ilman Ibrahim Isa / Anindyo Baskoro)
Kreativiti LaleIlmaNino dalam memanipulasi muzik Pop dengan infusi Synth juga City Pop benar-benar menjadi. Kegilaan pada lagu-lagu seperti “Serenata Jiwa Lara” dan “Balada Insan Muda” kolaborasai bersama dua Diskoria memberi nafas segar pada karya-karya muzik begini yang cukup besar di era 80-an. Dengan rangkaian hits seperti “C.H.R.I.S.Y.E”, “Badai Tlah Berlalu” dan yang terkini “Kupu-Kupu” meletakkan nama LaleIlmaNino sebagai produser yang cukup sinonim dalam membentuk Pop masa kini Indonesia.

MARIO G. KLAU
Berawal sebagai penyanyi dan komposer dalam karya ciptaan sendiri, nama Mari G. Klau semakin meyakinkan sebagai komposer muzik. Melodi ciptaannya sudah menjadi hits senusantara dengan persembahan penyanyi meningkat naik seperti Anggi (Tak Segampang Itu), Lyodra (Pesan Terakhir) juga Tak Ingin Pisah persembahan Keisya Levronka. Berpaksi pada melodi yang menyentuh dan melekat dengan sekali pendengaran, Mario antara hits maker yang akan terus tinggi permintaannya.

S/EEK (Marco Steffiano / Adrian Rahmat Purwanto / Jessilardus Mates / Josh Kunze)
S/EEK sebuah kolaborasi empat kreatif individu dalam muzik yang memberi satu kualiti bunyi berbeza dalam persembahan Balada Indonesia khususnya. Perincian dalam kemasan muzik dan kualiti rakaman dalam lagu-lagu yang diproduksi Marco Steffiano, Adriah Rahmat, Jessilardus dan Josh memberi pengalaman menikmati Pop Indonesia dengan begitu berbeza feel nya. Lagu-lagu seperti “Tak Berharap Lagi”, “Nyaman Tak Cukup” dan “Tunjukkan” bukti pada sebuah persembahan muzik dengan produksi yang cukup berkualiti.

ANDMESH KAMALENG
Andmesh tidak hanya berjaya sebagai seorang penyanyi handalan yang memiliki vokal yang baik. Kebolehannya menghasilkan melodi yang memikat menjerat ramai penyanyi lain yang mahukan karya ciptaannya. “Sial” persembahan Mahalini antara massive hits yang dihasilkan Andmesh. Antara penyanyi lain yang sudah menyanyikan melodi ciptaannya ialah Raisa, Ziva Magnolya dan Rimar.

PETRA SIHOMBING
Petra Sihombing banyak menjadi orang penting di balik penghasilan lagu juga album penyanyi seperti Tulus, Sezairi, Eva Celia dan Kunto Aji antaranya. Persembahan Nadhif Basamalah menerusi “Penjaga Hati” yang mendapat sentuhannya menjadi antara hits yang cukup digilai hari ini. Petra juga sudah bekerjasama dengan Nadin Amizah dan Raisa.

TINTIN
Bersama Mahalini nama TINTIN menyinar sebagai composer on demand. Hits seperti “Sisa Rasa”, “Melawan Restu” dan “Bohongi Hati” menjadi key songs composition untuk menjadikan nama TINTIN dominan di pasaran muzik Indonesia. Rossa dan Titi DJ antara penyanyi senior yang sudah mendapatkan hasil karya ciptanya.
ARTIKEL BERKAITAN