Highlight, Review, Terkini,

“Bukan Lagi Kita” Penanda Aras Hala Tuju Bermuzik Nadeera

Lagu: Bukan Lagi Kita
Artis: Nadeera
Komposer / Lirik: Hael Husaini / Iqie Hugh
Produser: Iqie Hugh

Nama Nadeera disebut-sebut sebagai pelapis muzik Pop dalam jaluran Balada khususnya sejak kemenangannya di Big Stage beberapa tahun lalu. Berhasil menyajikan beberapa single seperti “Emas”, “Boneka Tanpa Hati” dan “Udara” – Nadeera laju dalam pemasaran muziknya. Namun apa yang masih kurang adalah lagu yang kuat untuk benar-benar membawa namanya menjadi lebih besar lagi.

Tiga single terawal yang dirilis usai fasa big stage itu tidaklah begitu benar-benar meyakinkan pendengar namun masih ada ruang lagi sebetulnya untuk dia mencari gali lagi apa yang harus dilakukan untuk menarik minat pendengar tempatan dengan pencabar sedia ada yang sudah sangat kuat pengikutnya.

Terkini bersama Rocketfuel dengan karya cipta Hael Husaini bersama Iqie Hugh – Nadeera merilis sebuah lagi power Ballad dengan kemasan muzik yang segar dalam lagu “Bukan Lagi Kita”.

Mendengarkannya pada kali pertama Nadeera sudah membuat saya terikat dengan persembahan keseluruhan. Kolaborasi Hael dan Iqie sudah dibuktikan kehebatannya menerusi single “Diam” dan menerusi single ini kolaborasi ini memberi kelebihan untuk Nadeera bersinar.              

“Bukan Lagi Kita” saya kira menjadi penanda aras adakah pendengar tempatan benar-benar mahu meraikannya sebagai pemain industri. Secara keseluruhannya lagu ini terhasil tepat dengan kemampuan luar biasa Nadeera sebagai pelantun utama.

Melodinya sedap didengar dengan korus yang mengikat dan ia pasti tidak sukar membuat pendengar tempatan larut dalam persembahan penuh tenaga Nadeera. Cuma yang menggangu saya tentang penghasilan lagu ini adalah temponya yang agak laju. Hal ini membuatkan saya rasa ia kedengaran terburu-buru dan sedikit bingit di beberapa bahagian. Cuma saya harus memuji kemasan muziknya, momentum lagu ini berhujung dengan sangat kemas dan memuaskan sekali.

Jika mahu dibandingkan dengan tiga single yang dihasilkan sebelum ini, Nadeera hadir ternyata lebih meyakinkan di lagu terbarunya ini. Persembahannya segar untuk sebuah Balada dan Nadeera sendiri benar-benar membuat kita puas dengan persembahan vokalnya.

7.8/10


ARTIKEL BERKAITAN

Highlight, Review, Terkini,

Fasa Matang Insomniacks di Persembahan EP “Teman”

EP: Teman
Artis: Insomniacks
Produser: Bajai / Tohpati / S/EEK / Taja / Insomniacks

“Pulang” is a massive hits yang membuatkan nama Imsomniacks popular sehingga hari ini. Dan setelah itu tidak juga mereka memperlahankan langkah bermuzik. Satu per satu lagu dihasilkan terus mencuri perhatian pendengar muda khususnya.

“Sempurna”, “Reminisensi” dan “Igauan Malam” antara yang meneruskan legasi bermuzik mereka sebagai Pop band yang digilai dan terus meyakinkan pendengar muzik tempatan secara amnya. Tahun lalu dengan single bersama Nabila Razali berjudul “Cerita Kita” mereka meneruskan ilham mellow keremajaan yang biasa dibawa.

Pemasaran muzik mereka laju tanpa perlu begitu terikat dengan apa yang sedang rancak di pasaran dan fokusnya untuk terus memberikan apa yang penggemar mereka mahukan. “Belum Mulai” (Clara Riva / S/EEK) menjadi pertaruhan perdana EP ini berhasil cukup menyenangkan dengan kolaborasi manis bersama Nabila Taqiyyah (Hanya Lolongan, Ku Ingin Pisah).

Lagu ini cukup kuat indentiti muzik IInsomniacks sekalipun dihasilkan komposer luar, tidak seperti kebanyakan lagu mereka yang lain dihasilkan sendiri sebelum ini. Kemasan muzik S/EEK benar-benar menyuntik infusi yang berbeza momentumnya dalam menikmati lagu-lagi Insomniacks. Vokal Nabila juga sangat menyatu baik dengan melodi lagu ini.

“Sayang / Cinta” menjadi focus track EP ini dihasillkan Danial, Iqie dan Iskandar dengan bantuan Bajai yang begitu memberi warna berbeza menikmati muzik Insomniacks. Dibuka dengan feel Jazz sebelum ia menjadi cukup easy listening sehingga ke hujungnya. Bajai benar-benar memberi justice pada penghasilan lagu ini. Horn session di tengahnya menjadikan lagu ini datang sebagai sound baru Insomniacks yang cukup mahal persembahannya.

“Temani Hati” (Clara Riva / Tohpati) membuat saya teruja pabila melihat ia diproduksi Tohpati – satu daripada produser Pop terbaik Indonesia yang ada hari ini. Melodinya lembut dengan korus yang tidak sukar untuk kita layaninya. Suara Iqie juga semakin baik dengan feel yang tepat dengan penceritaan di keseluruhan lagu. “Temani Hati” saya pasti akan meneruskan kegilaan penggemar mereka akan lagu-lagu mellow Insomniacks.

EP ini dilengkapkan dengan sebuah lagi lagu baru berjudul “Di Mana” yang sekali lagi mendapat sentuhan kemasan muzik Bajai yang begitu mengembalikan kehebatannya bersama Tilu dulu. Feel Jazz yang minimal dengan groove di tengahnya menjadikan lagu ini hadir berbeza dengan lagu lain yang ada di EP ini.

“Teman” menjadi persembahan muzik yang saya kira boleh dibanggakan Insomniacks. Sepanjang tempoh mereka bermuzik sehingga hari ini, saya sebagai pendengar kiranya sudah jelas dengan arah muzik mereka. Dan apa yang terhasil di EP ini adalah bukti kematangan bermuzik dengan sound yang lebih solid. Ia juga bergerak sebagai cerminan yang tepat menggambarkan siapa mereka.

“Sayang / Cinta” saya letakkan sebagai the best song yang ada di EP ini.

7.8/10


ARTIKEL BERKAITAN

Highlight, Review, Terkini,

Madykit Potensi Baru Bakat Muzik Tempatan

Lagu: hanya kamu.
Artis: Madykit
Komposer / Lirik: Madykit
Produser: Madykit

Saya seperti pernah mendengar Madykit sekitar 2017 mungkin dengan nama Madi tapi saya kurang pasti jika ia Madi yang sama but anyway bakat yang baru sahaja mengikat jalinan muzik bersama Faithful Music ini menarik perhatian saya dengan single “Biar Aku Tidur Dulu” awal tahun yang datang ilham cukup chill.

Madykit datang dengan persembahan suara yang ada weight. Feel nya bagus dan masih ada ruang untuk didevelop pada masa mendatang untuk menjadi solid. Hal ini jelas di single terbarunya “hanya kamu.” Ciptaan sepenuhnya anak muda ini.

Ilham Pop Madykit segar dengan melodi yang sedap didengar tanpa perlu terlalu memaksa pendengar lelah menghabiskannya. Saat awal dibuka melodi lagu ini membawa saya pada ilham-ilham Indo Pop yang banyak di Indonesia hari ini.

Korusnya menjadi killer utama denan bait lirik yang bersifat muda dan pasti sangat mudah relate dengan kebanyakan pendengar hari ini. “Ku Istimewa dalam pelukkan mu // Oh sayangku hanya dirimu” 

Menerusi single ini saya melihat Madykit ada potensi sangat besar untuk ke depan. Kolaborasi idea menerusi komposisi lagu dengan komposer muda lainnya mampu membawa Madykit evolve sebagai pemuzik kerana apa yang sudah dia hasilkan setakat dua single tahun ini mencukupi.

Namun untuk dia menjadi lebih besar musically Madykit harus terbuka dengan idea kolaborasi yang ternyata sudah memberi banyak kelebihan kepada ramai penyanyi muda hari ini yang meningkat naik dengan ilham kolaborasi muzik.

Tidak kiralah sebagai rakan duet ataupun kolaborasi penghasilan melodi dan produksi muzik ia akan menyuntik ilham baru tanapa perlu terikat dengan apa yang biasa dihasilkan sahaja. Saya membayangkan kolaborasi muzik Madykit bersama Naki dan Aziz Harun akan memberi kelebihan untuk dia bersinar.

6.7/10


ARTIKEL BERKAITAN

#PerspektifMuzik, Highlight, Terkini,

Melayani How Cool The New Jack Swing Malaysia

New jack swingNew jack, / Swingbeat – sub genre dalam gabungan Pop, Dance, Rap dan R&B. Gerakan muzik yang cukup dominan di era 80-an oleh Janet Jackson dan Babyface antaranya. Dan kita memilikinya di Malaysia? YES.

Masih ingat filem XX-Ray yang pertama dengan soundtrack penuh groove Liza Aziz? “Bermula Cerita” yang beredar di awal 90-an ciptaan Azman Abu Hassan ini mejadi antara gerakan paling dominan jaluran sub-genre ini. Tidaklah terlalu popular tetapi New Jack Swing memiliki momennya tersendiri di Malaysia.

Rap mendominasi muzik Pop tempatan di awal era 90-an dengan kelibat KRU, NICO dan 4U2C datang dengan attitude berbeza untuk bergerak sama hebat dengan muzik Rock yang memonopoli pasaran muzik ketika itu (Seacrh, Wings, May dan Lefthanded).

Gerakan muzik ini berlegar dengan sambutan yang sangat okey sebetulnya. KRU mencipta momen mereka sendiri sebagai gagasan Pop berkumpulan yang sangat berpengaruh di era 90-an. Kreativiti bermuzik mereka tak terbatas, idea yang mengalir dizahirkan dalam sebuah persembahan muzik yang begitu tastefully produced.

Lagu seperti “Mengerti”, “Inikah Ertinya Cinta” dan “Awas” yang beredar sekitar tahun 1992 sehingga 1994 menjadi satu gerakan pentingNew Jack Swing di Malaysia. Dan meneruskan momentum tersebut datang juga grup wanita paling digilai, Feminin.

Bersama KRU grup Feminin mencipta momen yang cukup gemilang dengan styling dan attitude bermuzik yang cukup prominent. “Rindu” ciptaan Razman antara yanag datang dengan feel terbaik dalam pentafsiran sub-genre ini.

Liza Aziz menerusi album perdananya membawakan vibes Shanice yang cukup megujakan sekali. “Bermula Cerita” dan “Mercu” antara yang begitu menyerlahkan kelebihan Liza sebagai salah satu penyanyi wanita yang tidak hanya mahu terikat ilham Balada sahaja.

Debut albumnya itu diteruskan dengan ilham yang lebih solid di album kedua. “Masa”, “Kini Pasti” dan “Dahaga” menjadi kelangsungan feel New Jack Swing persembahan bermuzik Liza Aziz sebelum memutuskan tidak lagi menghasilkan album sehingga hari ini.

Masih ingat Freshies? Grup wanita yang datang dengan harmoni vokal yang begitu baik berbanding mana-mana grup wanita lain yang ada di Malaysia sehingga hari ini. Kredibiliti suara mereka dirangkumkan dalam dua album di bawah kendalian produser muzik Boon Tan. Penyatuann Pop, R&B dan Dance cukup di rasai di lagu-lagu hebat seperti “Sakitnya Rindu” dan “Semalam & Selamanya”.

Namun adakah kita memiliki seorang penyanyi dengan sepenuhnya memiliki feel New Jack Swing? Ada jawapannya. Farra yang cukup popular dengan single “Bagaikan Puteri” bersama produser muzik Zuraini menghasilkan debut “Puteri Tari” sebagai sebuah album Dance / NJS yang sempurna.

Lagu-lagu seperti “Hujan & Rindu” , “Kata Hati”, “G.I.L.A”, dan “Ributku” rujukan terbaik New Jack Swing di Malaysia. Mungkin tidak salah jika dilabelkan hanya Farra sahaja penyanyi solo wanita yang berani menghasilkan sound begini. Persembahannya cukup solid dan Farra sendiri memiliki attitude yang sempurna membawakan jaluran muzik begini.

Dan tidak mungkin juga untuk tidak menyatakan nama Ning Baizura dalam gerakan muzik ini. Lagu-lagu seperti “Getaran Rinduku” dan “Asmara” yang dimuatkan di album “Teguh” juga single “Alangkah” menjadi lagu-lagu terbaik dalam menikmati muzik Ning Baizura selain lagu-lagu Soulful Balladnya.

Jaluran muzik ini begitu kurang diraikan di sini, namun tidak di pasaran global. Beyonce menerusi album “Renaissance” sudah mengembalikan muzik begini namun sayang tidak ada pula yang di Malaysia mahu mengemudi dan membangkitkan kembali jaluran muzik ini dengan ilham baru.

Ning Baizura jika konsisten bermuzik dengan apa yang sudah dia lakukan di album “Teguh”, “Natural Woman” juga “East to West” juga lagu-lagu seperti “Mama Papa” dan “Raksasa” di album “Dewa” mampu menjadi Queen of Groove music begini tapi sayang dia seperti tidak begitu berminat meneruskannya.


ARTIKEL BERKAITAN

Highlight, Review, Terkini,

“Nadi” Bermuzik Yonnyboii Diteruskan Bersama Jobranko

Lagu: Nadi
Artis: Yonnyboii / Jobranko
Komposer / Lirik: Yonnyboii / Amy Bong
Produser:
Amy Bong

Yonnyboii bakat muda yang begitu unik dan tersendiri sebetulnya. Sejak awal dia mencuri perhatian dengan single “Salahku” dan “Sakit” Yonny dengan mudah mengalihkan pendengaran pendengar tempatan dengan kualiti yang dia miliki.

Dan setelah itu perjalanannya mudah, kredibiliti bermuziknya juga diakui. Debut albumnya seperti dijangka, meraih trofi Album Terbaik di majlis Anugerah Industri Muzik Malaysia. Berserta kemenangan tersebut juga Yonny tidak membuang banyak masa untuk menghasilkan album kedua yang beredar tahun lalu.

Namun seperti kebanyakan pemuzik, faktor usia dan peralihan dalam kehidupan membentuk pemikiran yang lain. Fasa depresi di lagu-lagu awalnya beredar ditutupi dengan cerita cinta dan bahagia lewat album keduanya. Hal ini jelas di lagu “Dilamun” khususnya.

Penulisan Yonny juga semakin kemas dan tidak kedengaran terlalu bersifat remaja mencari diri lagi seperti apa yang dia lakukan dulu. Adakah ini hal yang baik untuk perkembangan kariernya? Ya dan tidak juga jawapannya. Yonny mungkin lebih digemari di fasa depresinya jika mahu dilihat jumlah strim dan pengaruhnya.

Namun seperti yang saya kata di awal tadi ini adalah peralihan yang akan dilalui kebanyakan artis. Ia hal yang baik untuk mematangkan Yonny sebagai pemuzik juga individu. Dan hal-hal kematangan dalam penghasilan lagu serta penulisan lirik ini cukup diperlihatkan lewat single terbarunya “Nadi”.

Lagu ini disebut-sebut sebagai lagu yang sangat bagus oleh Saniboey menerusi ulasan panjangnya di Harian Metro. Dan seperti selalu dan dulu, apa yang Saniboey perkatakan akan saya perhatikan kerana dia jugalah saya mahu menjadi music critics.

But unfortunately kali ini saya harus tidak bersetuju dengannya. “Nadi” ciptaan bersama Amy Bong terhasil dalam idea berulang sebetulnya. Apa yang ditawarkan di lagu ini sudah dilakukan Naim Daniel ketika mengendeng Man Keedal lewat lagu “Sembah”.

Saya tidak menolak lagu ini sebagai naskhah yang baik cuma ia tidaklah terlalu baru dan sebegitu bagus untuk benar-benar membuat andrenalin saya melejit. Melodinya juga terlalu 90’s bagi saya, tiada kesegaran dan sejujurnya saya tidak menduga juga Yonny akan terikat dengan ilham begini.

Namun saya masih sukakan stail dalam nyanyian Yonny, dia memiliki attitude bermuzik yang cukup bagus. Cuma itulah, saya gagal mencari hal yang istimewa di lagu ini. Lagu ini juga mengingatkan saya pada penghasilan “Kelabu” kolaborasi Yonny bersama Azlan dulu.

Yonnyboii definitely seorang pemuzik yang baik cuma saya kira dia harus mencabar pendengarannya dengan lebih banyak lagi jaluran muzik kerana one thing that he should know, he got the magic untuk menghasilkan apa juga jenis muzik dengan acuannya. It’s just that “Nadi” bukanlah acuan yang sempurna untuk melengkapkan apa yang sudah dia hasilkan sebelum ini.

6.2/10


ARTIKEL BERKAITAN

Highlight, Review, Terkini,

Jatuh Cinta Dengar Pertama – “Sialnya Hidup Harus Tetap Berjalan” Pertaruhan Cemerlang Bernadya

Album: Sialnya, Hidup Harus Tetap Berjalan
Artis: Bernadya
Produser: Petra Sihombing / Rendy Pandugo

Bernadya menemukan titik penerimaan pendengar lewat single “Kata Mereka Ini Berlebihan” yang cukup memperkenalkan namanya sebagai penyanyi dan pemuzik yang diyakini. Dengan simple chord dan lirik yang berbicara dalam bahasa paling santai, lagu tersebut menjerat banyak jiwa yang mendengar.

Tidak asing sebenarnya. Lagu-lagu dengan konsep serupa sudah dihasilkan banyak pemuzik Indonesia – Nadin Amizah, Dere, Tulus antaranya yang ada ilham serupa. Apa yang dihasilkan Bernadya adalah kesinambungan.

Namun itu bukanlah hal yang tidak bagus kerana sebagai pemuzik Bernadya ada cerita tersendiri, ada kisah yang mahu dia kongsikan dalam penciptaan lagu-lagunya. Tanpa mahu bergerak sendiri dalam produksi muziknya, Bernadya mengendeng Petra Sihombing dan Rendy Pandugo untuk meramu melodi yang dicipta menjadi lebih tastefully produced.

Dan ini hal yang bijak kerana Bernadya sememangnya memerlukan produser muzik yang memahami kehendak pasaran muzik hari ini dan Petra Sihombing sudah membuktikannya dengan produksi muziknya yang cukup booming di lagu seperti “Penjaga Hati” (Nadhif), “Kota” (Dere), “Beranjak Dewasa” (Nadin Amizah) dan juga “Whiskey Bottle” (Gangga).

Jadi jika anda masih hijau dengan persoalan siapa Bernadya, jawapannya ada pada lagu-lagu yang saya sebutkan tadi kerana apa yang ditawarkan di album ini memiliki esen muzik serupa yang terhasil lebih awal di pasaran muzik Indonesia.

Dan ketika mendengarkan album ini membuatkan saya hanya mahu mencari apa kelebihan Bernadya jika mahu dibandingkan dengan penyanyi Folk wanita lainnya seperti Danilla, Nadin Amizah, IDGITAF atau Dere. Dan kenapa saya masih mahu menikmati Bernadya jika saya sudah bisa menikmati nama-nama yang saya sebutkan tadi?

Tiga lagu pertamanya bergerak senada dalam ilham yang dekat dan berulang. “Sialnya Hidup”, “Kata Mereka Ini Berlebihan” dan “Lama-lama” bergerak sebagai sebuah yang mentafsir muzik Bernadya. Komposisi “Lama-Lama” berjaya mencuri pendengaran saya. Dalam penuh kesederhanaan, lagu ini ada daya pengikatnya dengan ambien yang terhasil di produksi muziknya.

Dan ya, liriknya cukup dekat dengan pendekatan kebanyakan penulisan lirik hari ini “Ku maklumi selalu // Ku mengerti kamu // punya sibuk lain // Tak harus aku // Tak selalu aku.” – Bait ini kalau sedang diamun cinta atau berdepan cinta sebelah tangan, dengan mudahnya pendengar akan relate. Bahkan dengan attitude vokal Bernadya ini sahaja sudah membuat saya senang dengan pesembahan lagu ini.

Hal ini semain jelas di bait “Lama-lama habis tenagaku // Bila bukan lagi aku // Tempat pulang yang kau tuju.” Keserhanaan Folk di album ini diteruskan dengan lagu “Kita Kubur Sampai Mati” yang sekali lagi daya penariknya adalah lirik dan penceritaan Bernadya.

“Kita Kubur Sampai Mati” meneruskan keterujaan saya menikmati album ini dan sekali lagi storytelling Bernadya begitu kuat untuk saya melekat terus ke hujung lagu. Seawal ia dibuka dengan “Hening sepanjang perjalanan pulang.” Susah berhaua membuat saya larut dengannya. “Harga diri yang terkikis // Terbuang untuk mengemis.”

Bernadya membuat saya semakin mencemburui bakat penulisannya menerusi penghasilan lirik lagu ini

Riff gitar di tengah lagu ini memberi roh berbeza di lagu ini. Rendy Pandugo sebagai penerbit lagu ini nyata meniggikan standard melodi yang Bernadya hasilkan dengan begitu mewah sekali penghasilan keseluruhannya.

“Ambang Pintu” dan “Berlari” menjadi pengisian yang meneruskan ilham tiga lagu terawal. Saya tidak begitu terjerat dengan kedua-dua lagu ini. It’s giving the repetition dan agak forgettable. Namun harus saya perakui kemasa muzik serta produksinya sangat kemas dan berkelas.

Dua lagu yang menutup album ini ad “Kini Mereka Tahu” dan “Untungnya, Hidup Harus Terus Berjalan” yang menutup album ini. “Untungnya Hidup” saya letakkan sebagai lagu terbaik yang ada di album ini. Penghasilannya lebih berisi dengan momentum muzik dan idea yang segar berbanding lagu-lagu lain di album ini.

Liriknya LUAR BIASA. I mean the whole text is just amazing. Bernadya menulis tentang hidup, tentang takdir, kegagalan dan kekuatan sebagai manusia. Saya tidak pasti apa yang dilalui gadis semudanya untuk menulis sematang matang. Sepertinya she was giving a second life untuk kembali hidup dan menulis pesan-pesan ini buat kita yang masih di bumi. Saya harus letakkan di sini bait-bait terbaik yang ditulis Bernadya di lagu ini. Saya speechlees!

“Persis setahun yang lalu
Ku dijauhkan dari yang tak ditakdirkan untukku.”

“Lebih percaya cara-caraku
Pilih ragukan rencana Sang Maha Penentu.”

Ada waktu-waktu
Hal buruk datang berturut-turut
Semua yang tinggal, juga yang hilang
Seberapa pun absurdnya pasti ada makna
.”

Untungnya, bumi masih berputar
Untungnya, ku tak pilih menyerah
Itu memang paling mudah
Untungnya, kupilih yang lebih susah

Untungnya, kupakai akal sehat
Untungnya, hidup terus berjalan
Untungnya, ku bisa rasa
Hal-hal baik yang datangnya belakangan

Sebagai sebuah album perdana saya kira Bernadya ada idea yang mahu dia kongsikan bersama pendengar namun apa yang dia tawarkan sebetulnya sudah ditawarkan dahulu oleh pemuzik-pemuzik yang lebih awal berkarya sebelumnya.

Dan hal itu membuatkan saya sekali lagi mencari di mana originality Bernadya sebagai pemuzik untuk bergerak sendiri tanpa dibayangi mana-mana pemuzik lain. Hal ini yang harus dia fikirkan. Eksplorasi dan manipulasi jaluran muzik yang lain harus dia pelajari untuk create her own sound.

8.7/10


ARTIKEL BERKAITAN

Highlight, Review, Terkini,

“Daur Hidup” Sebagai Pembuktian Berkarya Donne Maula

Album: Daur Hidup
Artis: Donne Maula 
Produser: Iwan Popo / Juke Musicwork / Donne Maula / Iva Gojaya

“Hai perkenalkan // Aku jiwa yang bertahan” Donne Maula membuka album “Daur Hidup” dengan sebuah pengenalan yang sangat kuat untuk kita terjerat dengan persembahan muziknya. Ilham Folk, Nusantara dan Pop mendasari lagu ini dengan cukup promising sekali.

Saya semakin seronok menikmati penulisan Donne di hapir keseluruhan lagu ini. “Daur hidup akan selalu berputar // Tugas ku hanyalah terus bertahan // Terus jalan dan menglirlah seperti air.” Donne merangkumkan keseluruhan idea di album ini dengan pembuka yang sangat baik.

“Kamu Sedih?” terhasil lebih Pop dengan feel R&B era awal Sam Smith (Stay With Me / I’m Not The Only One). Juke yang memproduksi lagu ini memberi suntikan Gospel dengan perincian koir yang melaung di sela seli suara Donne. This is probably lagu yang paling komersial terhasil di album ini.

Donne kembali dengan feel Folk di lagu “Apa Kamu Tau” yang terhasil agak predictable bagi saya namun masih menyenangkan. “Semua Ini Untuk Apa” mengingatkan saya pada lagu-lagu Tulus – tentang kendiri. Korusnya menarik dengan kemasan muzik yang momentumnya tersusun rapi.

Sehingga di trak “Sabar” saya kira kekuatan sebenar Donne sebagai pemuzik adalah penulisan liriknya yang begitu bersakti. Dia bijak dalam memilih kata dan menyusun bahasa dalam sebuah penceritaan yang cukup besar jiwa kemanusiannya.

Bait seperti “Coba lihat kita // Saling melemparkan kata-kata serampangan // Asumsi menggila // Tajam diikuti luka-luka menyakitkan.” tercipta dengan cukup meyakinkan. Penguasaan bahasa Donne adalah sesuatu yang harus diberi perhatian kerana apa yang dia hasilkan cukup terperinci dan kemas.

“Sabar” datang dengan spiritual bermuzik yang membangkit semangat. Ivan Gojaya mengemudi produksi lagu ini dengan begitu baik sekali. Deras adrenalin saya semakin laju di tengah lagu sebelum Donne menjadi kembali mellow di lagu “Menjadi Manusia”.

“Daur Hidup” saya sifatkan sebagai sebuah persembahan yang datang dengan sebuah kematangan fikiran. Cuma apa yang saya tidak jumpa adalah originality Donne Maula sebagai seorang pemuzik. Lagu-lagunya tercipta bagus cuma ideanya sekadar mengulang ilham-ilahm Tulus, Yura, Nadin Amizah juga Kunto Aji.

Ini satu cabaran di masa depan sebetulnya buat Donne untuk membuktikan siapa dia yang sebenar dalam bermuzik. Adakah sekadar menggugah ilham sedia ada menjadi miliknya atau masih ada hal baru yang belum dia terokai sebagai definisi terbaik muziknya

6.2/10


ARTIKEL BERKAITAN

Highlight, Review, Terkini,

Rangkuman Lagu-Lagu Patah Hati Juicy Luicy Menerusi “Nonfiksi”

Album: Nonfiksi
Artis: Juicy Luicy
Produser: Juicy Luicy / SOIN / S/EEK / Ari Renaldi /
Iwan Popo

Kembara bermuzik Juicy Luicy melejit dengan cemerlang sekali. Sejak “Terlalu Tinggi” dan “Tanpa Tergesa” mencuri perhatian pendengar, mereka tidak langsung memperlahankan langkah bermuzik. Hits demi hits dihasilkan sebagai bukti keseriusan bermuzik mereka.

“Sialan” kolaborasi bersama Adrian Khalif menjadi antara hits yang cukup berfungsi sekali mengukuhkan nama mereka di radar popular. Berbekal single lain seperti “Tampar” dan “Asing” muzik mereka semakin disenangi.

Dan dengan penerimaan yang cukup meluas itu, album kedua terhasil setelah yang pertama diedarkan di tahun 2020 dan beberapa EP yang mengisi melengkapkan portfolio muzik mereka. Album ini diisi 13 lagu keseluruhannya dengan beberapa lagu yang beredar awal.

“Lampu Kuning” menjadi focus track di album ini. Melodinya masih menjual ilham bermuzik JL yang biasa kita dengar dalam single-single sebelumnya. Kelebihan mereka dalam komposisi muzik saya kira terletak pada penghasilan melodi yang melekakan, tidak kompleks dan mellow nya tidak klise.

Hal ini jelas di bahagian korus lagu ini yang begitu memikat sekali. Persembahan panjang lagu ini dalam penceritaan menerusi penulisan liriknya dihasilkan dengan cukup memahami kehendak pendengar semasa.

Saya suka cara santai namun puitis yang ditulis “Barangkali hujan lebat susah sinyalmu lagi // Kubuat sepuluh kemungkinan // Tak sampaikah pesan? Lelah ketiduran? // Atau memang sengaja kau abaikan?” Keresahan yang cukup relatable saya kira dengan peran yang sedang jatuh cinta.

Perlambangan “Lampu Kuning” yang digunakan untuk menggerakkan cerita di lagu ini dimanipulasi sebaiknya bagi saya. “Mengapa ku tancap gas dan melaju // Padahal lampu kuning telah peringatkanku? // Bahaya di depanku // Hati-hati kecewa ‘kan menunggu.”

JL membuat saya semakin melayang dengan penulisan lirik mereka di bait ini – “Acuh sebelum jatuh // Tak jera dari dulu // Gelisah makananku.”

Hal-hal melodi yang catchy dan menjerat pendengaran ini saya dapat lagi di lagu “Bukan Orangnya” (Dennis Ligia / Iqbal Siregar) . Lagu ini bergerak atas landasan Pop yang cukup simple penghasilannya namun masih menyenangkan. Sentimental ballad di lagu “Cuma Sama Kamu” (Dennis Ligia / Iqbal Siregar / Gilang Kurniawan) buat saya agak bosan sedikit.

“Giliranku” (Dennis Ligia / Iqbal Siregar) lebih menarik dan ada momentum muzik yang lebih baik. JL menjerat saya dengan penulisan lirik mereka. Lagu ini biasa sahaja sebenarnya namun mendengarkannya sambil membaca teks lirik benar-benar buat saya enjoy. “Saat teman-teman tengah berkencan // Sungguh sepi malamku.” dan semakin menarik di bait Tanpa tamu di malam Minggu // Sampai bosan // Aku lelah menunggu // Sampai kapan sampainya giliranku?

Album ini bergerak dengan kapasiti bermuzik Juicy Luicy yang saya kira sudah semaksimalnya. Hal ini ada baik dan buruknya. Baik kerana ia mampu menjerat terus pendengar mereka dan buruknya? Saya tidak pasti jika idea ini harus diteruskan JL kerana jika tiada formula baru untuk langkah seterusnya, mereka akan jadi stagnant dan predictable.

6.7/10


ARTIKEL BERKAITAN

Highlight, Review, Terkini,

Penyatuan Bermuzik Ramayan & Lunadira Menerusi Penghasilan “Jangan Biar”

Lagu: Jangan Biar
Artis: Ramayan & Lunadira
Komposer / Lirik: Izzat Latiff / Naqiyuddin Azeem / Omar Saifuddin / Syafii Nasir
Produser: Faliq Mohd / Ramayan

Saya harus katakan di sini, Ramayan adalah kugiran pelapis yang paling saya suka. Muzik mereka bergerak dengan satu formula yang dibikin teliti, yang seringnya berbekal rujukan dan dimanipulasi idea yang mereka miliki. Bukan sembarangan terhasil saya kira.

“Dendang” yang beredar lewat hujung tahun lalu membuat saya bertambah bahagia menikmati muzik mereka. Dengan persembahan bunyi yang serba baru, tanpa menolak ilham Psikedelik yang menjadi nadi bermuzik mereka, Ramayan meneroka ilham Synth, Disko dan apa jugalah yang cukup dominan di era City Pop.

Kemudian dengan berbekal arah muzik yang baru ini, Ramayan menghasilkan sebuah lagi feel good music menerusi “Samudera” yang menjadi focus track mereka suku pertama tahun ini. penghasilannya semakin baik, semakin membuat saya tersenyum-senyum menikmati lagu tersebut.

Tanpa mahu memperlahankan kembara muzik dengan sound yang baru ini, Ramayan memberi kejutan manis dengan kehadiran single kolaborasi bersama Lunadira. Dan sekali lagi bersama Faliq Mohd (FLQ) mereka menghasilkan “Jangan Biar” sebagai pertaruhan.

Lagu ini bergerak sekali lagi dengan idea Synth Pop dengan vibe minimal motown yang memberikan nyawa berbeza dalam karya Ramayan. Korus lagu ini menjadi killer utamanya, melodinya menjerat dengan daya pengikat (hook) begitu dirasai. Ada soul dan ada sensualnya.

Vokal Lunadira benar-benar memberi kelebihan untuk lagu ini diwarnakan sebaiknya. Persembahan kedua-dua mereka membaluti sebaiknya. Saya terlarut dalam perasaan sendiri mendengarkan lagu ini. Teks liriknya juga terhasil baik dalam cerita tentang memori terkait situasi.

“Hei petang // Kau membuatku terkenang masa silam” sebelum diisi dengan “Oh siang // Takkah kau jemu // Melihat diriku tersenyum selalu.”

Penghasilan “Jangan Biar” membuatkan saya semakin tidak sabar menantikan apa lagi yang bakal dihasilkan kugiran ini. Dengan kapasiti berkarya yang mereka ada saya percaya Ramayan mampu meneroka lebih banyak lagi jaluran muzik tanpa menghilangkan identiti mereka. Mungkin Jazz selepas ini?

Namun apa yang pasti sehingga single ketiga bersama kolaborasi muzik Faliq, Ramayan sudah menemukan satu sound yang semakin baik, komersial dan matang. Seharusnya diraikan.

9/10


ARTIKEL BERKAITAN

Highlight, Review, Terkini,

Isyana Sarasvati Stripped-Down, Hadirkan”Aku Rindu”

Lagu: Aku Rindu
Artis: Isyana Sarasvati
Komposer / Lirik: Isyana Sarasvati / Rara Sekar
Produser: Lafa Pratomo

Karier bermuzik Isyana melejit laju meninggalkan terus apa yang pasaran semasa mahukan daripadanya. Hasilnya jelas dalam lima tahun kebelakangan ini dengan penghasilan album “LEXICON” dan “ISYANA” yang meletakkan Isyana di fasa berbeza.

Ilham Klasikal dan Rock disatukan dalam persembahan muzik yang janggal dengan apa yang ada di pasaran muzik popular namun tetap dihasilkan demi kepuasan bermuzik pastinya. Dan dengan cara itu saya kira Isyana cukup matang hari ini membentuk karier muziknya.

Setelah cukup lama menghadirkan muzik yang cukup keras, Isyana kembali mellow dengan persembahan terbaru, “Aku Rindu” yang datang dengan persembahan melankolik yang membuai rasa.

Lagu ini diilhamkan sepenuhnya Isyana bersama Rara Sekar dengan bantuan produksi muzik, Lafa Pratomo yang banyak bekerja dalam penghasilan lagu-lagu Isyana sebelum ini.

Kelembutan suara Isyana dirasai kembali di lagu, tiada lagi riff gitar yang keras, “Aku Rindu” datang dengan Piano Folk yang bercerita lewat emosi melodi dan persembahan vokal Isyana.

Penulisan liriknya sayu dalam cerita pengharapan. “Semakin dekat kumerasa jauh // Saling menatap Mengadu pilu // Hati yang hampa ini pun luluh // Mengejar gelap bayang-bayangmu.” sebelum berhujung “Sampai bertemu lagi // Dengan dirimu kasih // Semoga bersama lagi // Dengan dirimu kasih.

7/10


ARTIKEL BERKAITAN