
Album: Melangkah
Artis: Lyodra
Produser: Andi Rianto / Yobie Widianto / S/EEK / Ade Govinda
Idea mengeluarkan single menuju album penuh itu saya kira satu idea yang baik dalam pemasaran muzik sesorang penyanyi. Ia menerbit keterujaan buat peminat khususnya yang menantikan apa agaknya yang bakal dipersembahkan oleh penyanyi pujaan mereka.
Namun kadang idea ini dilakukan secara sambil lewa dan tidak bersungguh oleh label muzik khususnya yang dengan secara ala kadar menyatukan single-single yang sudah lebih setahun malah dua tahun beredar dimuatkan juga dalam satu album.
Dan bagi saya pabila hal ini dilalukan saya memandang ia sekadar sebuah album kompilasi dengan dua atau tiga lagu baru sahaja yang diisi sebagai filler.
Ini yang terjadi pada so call full album kedua Lyodra yang datang dengan lapan lagu keseuruhannya namun hanya empat pagu baru dimuatkan. Satu daripada lagu yang sudah beredar adalah “Sang Dewi” rakaman semula yang sudah pun lebih dua tahun diedarkan. Yang membuatkan saya tertanya apa perlunya?
Empat lagu baru yang diisi di album ini adalah moderate Pop “Malu Tapi Nyaman” (Clara Riva / Lyodra / SEEK) yang pertama kali mendengar sudah buat saya bosan dengan betapa klise penghasilan keseluruhannya.
Kemudian datang sebuah lagi Pop berjudul “Sana Sini Mau” yang seperti satu kesinambungan panjang menikmati lagu sebelumnya. Lagu ini sangat membosankan saya. Sekadar sebuah filler yang hanya mahu mengisi kehendak sebuah album (kompilasi) penuh. Tapi saya tidak pelik jika lagu ini booming kerana pendengar Lyodra itu sudah sedia ada banyaknya dan akan meraikan sahaja apa yang dia hasilkan tanpa perlu menjadi pendengar yang kritikal.
Balada “Sampaikan Rindu” (Ade Govinda) sebuah melodi galau yang predictable. Saya tidak mampu lagi menikmati album ini disaat trak ketujuh ini bermain di Apple Music.
Album ini ditutup dengan “Jangan Pernah Kembali” (Andi Rianto / Lyodra) yang okey penghasilannya. Setidaknya lagu ini memiliki komposisi melodi serta kemasan muzik yang sangat baik. Vokal Lyodra juga cemerlang di lagu ini. Saya sukakan artikulasinya dalam penceritaan tang betepatan dengan emosi lagu ini. Bisiknya pada korus itu cukup mahal dan membuat saya melayang dengan persembahannya.
As an album saya sifatkan “Melangkah” sebuah produksi yang malas dan ala kadar. Lyodra selayaknya mendapatkan lagu-lagu melodi yang kuat berbanding apa yang dipersembahkan di album ini. Again saya kira lagu “Ego” dan “Sang Dewi” yang sudah lama diedarkan itu tidak perlu menjadi pengisian album ini.
Berbanding debutnya saya kira album ini terlalu jauh tertinggal untuk memberi kesan buat pendengar seperti saya yang mahukan pendengaran saya dicabar dengan sesuatu yang lebih besar idea dan penghasilannya berbanding apa yang sudah ditawarkan di album ini.
3/10


















