Album: Warna (1988)
Artis: Sheila Majid
Produser: Roslan Aziz
Produser Eksekutif: Fauzi Marzuki
Sheila Majid di era 80-an telah menghasilkan album-album terbaik sepanjang karier bernuziknya. Cukup berani dan ke depan dengan sound yang agak jarang dibawa penyanyi wanita tempatan, Sheila bersama produser muziknya Roslan Aziz dan label EMI menzahirkan new sound of Pop yang cukup segar buat pasaran muzik tempatan.
Selain album “Emosi” yang cukup mendominasi carta muzik dengan barisan lagu-lagu hits, sebuah lagi album yang sangat penting sepanjang kariernya di era 80-an adalah “Warna” yang diedarkan pada tahun 1988. Berbekal 10 lagu dengan sebuah lagu rakaman semula “Jelingan Manja”, album in terhasil sebagai sebuah persembahan yang begitu hebat sekali.
Dubuka dengan naskhah ciptaan Indra Lesmana dengan lirik tulisan Johan Nawawi, “Warna” menjadi single perdana album ini yang hadir dengan hook yang cukup mengikat pendengaran. Cukup menawan dengan signature muzik Pop yang sudah sinonim dengannya. Baris “Oh.. oh.. Sheila..” yang menjadi pembuka yang cukup baik di album ini.
“Memori” menjadi Pop yang lebih dekat dengan pendengar tempatan saya kira yang mampu menjadi kesinambungan “Sinaran” dan ternyata lagu ciptaan Adnan Abu Hassan dan Fauzi Marzuki ini hidup dalam sebuah kemasan muzik yang bersifat nostalgia. Sehingga hari ini saya pasti sesiapa sahaja yang mendengarkan kembali album ini akan melayani feel yang siap di album ini.
Sebuah Balada ciptaan Mac Chew berjudul “Kepergianmu” terhasil dalam persembahan Soulful Ballad dengan feel R&B yang cukup banyak dalam pasaran muzik global di era 80-an. Seperti apa yang banyak dihasilkan Natalie Cole dan Roberta Flack. This is definitely one of Mac Chew best composition – feelnya cukup sampai, susunan muziknya cukup grand dan saya larut dalam balutan vokal Sheila bersama Liza Aziz yang melatari lagu ini.
Sheila kembali dengan groove yang sanagt baik di trak keempat berjudul “Kasih (Melangkah Pergi)” ciptaan James F. Sundah yang dihasilkan dalam sebuah persembahan Jazz yang cukup menyenangkan. Ini antara all time favorite saya di album ini. Feel nya sangat baik terutama di bahagian korus yang sing-a-long sekali. Nyanyian Sheila juga smepurna dalam persembahan melodi yang dihasilkan.
Dua trak yang menjadi bahan fikir utama di album ini dan saya kira sangat hebat dalam membentuk Pop baru Malaysia ketika penghujung era 80-an adalah “Bahagia” dan “Panorama” yang dibaluti ilham City Pop yang cukup advance dan progressive. Untuk penghasilan muzik di era itu saya kira kedua-dua lagu ini terhasil luar biasa sekali. “Bahagia” mengikat pendengar dengan groove yang maha dasyat.
“Panorama” yang dihasilkan Michael Veerapan pula saya kira antara genius Pop yang pernah terhasil dalam sejarah penghasilan Pop tempatan. Durasi lebih lima minit lagu ini memberi satu pengalaman berbeza menikmati muzik Malaysia yang ketika itu cukup dominan dengan pengaruh Hindustan dan Dangdut. Such a great composition. Mendengarkan “Panorama” membuat saya berfikir betapa berani dan ke depannya pemuzik di era 80-an.
“Hasrat Cinta” hadir dengan semi bossa dan Jazz yang kembali melembutkan album ini dengan feel Sheila yang membuat kita chill dengan persembahannya sebelum diteruskan salah satu hits sepanjan zaman Sheila berjudul “Gemilang” ciptaan Johan Nawawi bersama Azman Abu Hassan dan lirik Amran Omar dalam durasi lebih enam minit.
Indra Lesmana meramu sebuah Ballad dalam feel 80’s Soul yang sangat baik menerusi “Takkan Sendiri”. Melayang melewati melodinya yang dilatari synth yang melekakan. Such a beautiful song, sifatnya kuat milik Sheila yang tidak dapat saya membayangi siapa lagi yang mampu menyanyikan lagu ini sebaik Sheila. Saxophone di tengahnya melengkapi bunyian synth di lagu ini.
Album ini ditutup dengan rakaman semulan klasik “Jelingan Manja” yang dipersembahkan Sheila dengan penuh attitude sekali. Rakaman semula lagu ini dilaksanakan Mac Chew dan Jenny Chin dengan begitu grand sekali.
10/10
ARTIKEL BERKAITAN
#GetaranNostalgia Melewati Pop 80-an Nassier Wahab Menerusi Album “Sekali Aku Jatuh Cinta”