
Pasaran muzik hari ini melejit sebetulnya, siapa yang laju, peka dan berpaksi pada apa yang pendengar mahukan pasti berbekal sebuah momen yang baik. Itu setidaknya apa yang dilaksanakan batalion muzik di Rocketfuel Entertainment buat sensasi Pop ALPHA yang masih bertatih namun laju bergerak memahami aturan untuk menyerlah di persada muzik tempatan.
Afiq Sky, Araf, Ariel, Daniel, Izat, Ray-D dan Rizal berawal di pentas Big Stage dibentuk sebagai boy group yang mahu ditafsirkan sebagai gelombang baru M-Pop. Daripada situ terhasil “Monalisa (Bang Bang)” yang menjadi pertaruhan perdana membawa bakat-bakat muda ini diperkenalkan sebagai sebuah grup yang bakal memberi suatu kelainan dalam membetuk jaluran muzik itu sendiri.
Setelah itu, “P. Ramlee Saloma” dizahirkan sebagai breakthrough buat mereka benar-benar mencipta momen untuk diraikan dalam skala paling komersial. Dengan jumlah strim menghampirik 25 Juta sehingga artikel ini ditulis dan kekal di carta RIM bermiggu-minggu lamanya sejak awal diedarkan tahun lalu sehingga hari ini, membuktikan ALPHA percaturan terbaik Rocketfuel dalam membentuk satu ekosistem baru Pop tempatan.


Lewat album perdana “The First Wave” tujuh anak muda ini memberi satu pentafsiran jelas arah muzik mereka. Ini bukan salinan muzik K-Pop tetapi ia datang beralas feel lokal yang kuat. Lagu-lagu seperti “Mahkota Cinta” dan “Haru Biru”menjadikan sound ALPHA mesra dengan pendengaran tempatan.
Dan atas penerbitan album pertama ini juga akhir pekan lalu, sebuah konsert diadakan bagi meraikan setahun peglibatan mereka dalam bidang showbiz. Berlangsung di Zepp KL, ALPHA mempersembahkan rangkaian lagu-lagu popular mereka.
Konsert malam tersebut turut menyaksikan kemunculan Daiyan Trisha yang berduet bersama mereka menerusi lagu “Haru Biru” yang turut menjadi kemunculan pertama bersama di pentas yang lebih besar skala penontonnya.
Menjadikan momen malam konsert tersebut lebih manis, ALPHA yang turut tercalon di acara AIM tahun ini berkongsi khabar gembira bersama peminat mereka di Zepp KL akan kemenangan double winning mereka menerusi kategori Artis Baru Terbaik (Monalisa) dan kemudian diumukan sebagai penerima trofi Lagu Pop Terbaik (P. Ramlee Saloma). Ini satu permulaan baru untuk jalan yang lebih panjang buat mereka.
ARTIKEL BERKAITAN