
Lagu: Healing Dulu
Persembahan: Kaer Azami
Komposer / Lirik: Cuurley / Kaer Azami
Produser: Cuurley
Lama sebetulnya tidak menikmati feel good R&B yang datang dengan satu momentum yang memecah bingit pasaran muzik tempatan. Ning Baizura baru-baru ini hadir dengan sebuah persembahan R&B yang dirindu lewat penciptaan “Aku & Kamu” yang terhasil begitu nostalgic sekali.
Bersama ciptaan Bo Iqram yang merupakan individu bertanggungjawab dalam menghasilkan hits Mimifly menciptakan sesuatu yang segar buat Ning yang kita rindukan. Dan meneruskan penciptaan dengan feel serupa, Bo Iqram meneruskan misi ini bersama Kaer yang menerusi single “Healing Dulu”.
Komposisi lagu ini hadir cukup sederhana, catchy dan mengikat pendengaran hanya dengan sekali dengar. Kekuatan yang nyata ada pada lagu ini terletak pada persembahan vokal Kaer yang menyenangkan. Seperti mana judulnya, sebegitulah kesan yang dia tinggalkan saat melayani lagu ini.
“Healing Dulu” melepas satu kerinduan sebetulnya dalam menikmati suara Kaer dalam lagu-lagu R&B nya seperti “Cinta Tak Ternoda”, “Demi Kau Sayang” dan “Apabila” antaranya. Biar dia begitu dikenali dengan Soulful Ballad namun Kaer ada satu hal baik dalam memberi feel good R&B yang jarang penyanyi baru ada hari ini.
Liriknya simple namun sampai dalam penceritaan yang dekat dengan pendengar. Bait seperti “Menghirup kopi // Di kaki gunung // Melihat laut // Aku tenang.” sehingga “Gaji bagai angin // Yang tumpang lewat, tak mengerti.” Semuanya ditulis dengan bersahaja tetapi cukup mengena dengan pengisian melodinya.
Single ini mengembalikan banyak hal-hal baik yang semakin hilang dalam pasaran muzik tempatan. Melodi simple yang ada substance, lirik yang tidak cringe dan vokal unik tersendiri yang datang dengan feel sebenar. Semoga setelah single ini kita tidak perlu menunggu lebih lama lagi untuk menikmati alunan baru daripada Kaer Azami.
7.8/10