
Album: It’s Personal (EP)
Artis: Raisa
Produser: S/EEK
Persona R&B Pop seberang, Raisa belum lagi gagal saya kira dalam rencana karier muziknya yang berawal 2011 kira-kira 10 tahun yang lalu dalam menghasilkan produksi muzik yang aromanya tidak hanya menyusup ke serata Jakarta malah jauh terbang ke negara sebarang, Malaysia.
Kelembutan sisi suara miliknya cukup ikonik dan tersendiri tanpa perlu dibandingkan dengan mana-mana penyanyi seangkatan atau sebelumnya. Raisa yang hari ini pastinya semakin matang, serius tetapi masih bijak dalam meramu adunan rasa muzik yang sentiasa dekat dengan pendengar.
Setelah kali terakhir muncul dengan album “Handmade” (2016), Raisa seperti penyanyi lainnya memberi fokus penghasilan single demi single mengikut rentak pasaran muzik semasa yang semakin kurang meraikan penghasilan album penuh. Maka terhasil lagu-lagu seperti “Kembali”, “Teristimewa”, “You” dan sehingga kolaborasi bersama Afgan juga Dipha Barus.
Memberi kejutan manis buat penggemarnya, Raisa yang senang disapa Yaya ini menghadirkan sebuah EP berjudul “It’s Personal” yang merupakan bahagian pertama yang bakal melengkapkan keseluruhan album penuh keempatnya yang bakal beredar penghujung tahun ini.
Terisi 5 lagu berserta dua lagu yang lebih awal diedarkan iaitu “Ragu” dan “Kutukan Cinta Pertama” – Terhasil dalam nuansa Urban Pop yang disatukan dengan feel R&B yang menambah groove dikedua-dua lagu.
Melengkap EP ini, Raisa menghadiahkan sebuah melodi Balada yang cukup lembut menghembus rasa yang menyenangkan lewat lagu “Jangan Cepat Berlalu” (Jessi Mates / Marco Steffiano / Raisa). Melodi lagu ini cukup kuat signature dan jiwa Raisa di dalamnya. This one definitely my fav track in this EP.
“Love & Let Go” membaluti jiwa pendengar dengan pengaruh 90’s Ballad yang banyak terhasil dalam lagu-lagu popular di era Mariah Carey, vanessa Williams, Jordan Hill dan Deborah Cox antaranya. Saya bernostalgia dengan melodi ini mengingati betapa indahnya lagu-lagu ketika membesar dahulu.
Mendengarkan “It’s Personal” membuatkan saya tidak sabar menantikan album penuh Raisa yang bakal menyusul penghujung tahun ini. This EP definitely a repeat mode! Lagu-lagunya sedap didengar, komposisi muziknya asli dan identiti suara Raisa itu berada di paksi yang tidak terganti dengan lainnya.
9.7/10
ARTIKEL BERKAITAN
Tarikan R&B Adrian Khalif Diteruskan Menerusi Single “Khilaf”