
Lagu: Khilaf
Artis: Adrian Khalif
Komposer / Lirik: Adrian Khalif / Faishal MF / Iqbal Siregar
Produser: Greybox
Jika anda penggemar muzik Indonesia saya pasti tidak sukar untuk menyukai lagu-lagunya bakat bernama Adrian Khalif ini. Sejak mula mencuri perhatian dengan lagu “Made In Jakarta” pada tahun 2017 bersama Dipha Barus, dia konsisten menghasilkan lagu-lagu dalam pasaran muzik Urban dengan jiwa Indonesia yang kental.
Sempat merilis sebuah EP berjudul “Feeling Under Construction” dan album “Embrace, Embrace”, Adrian cukup promising dengan jaluran muzik R&B dan Urban Pop yang cukup sesuai dengan vokal serta feel yang disampaikan.
“Utopia”, “Alibi” dan “Take Care” (Bersama Cantika Abigail) merupakan tiga lagu teratas all time favorite saya daripada Adrian. Muziknya cukup moden seiring apa yang ada di pasaran global namun jiwa Indonesianya cukup tebal dan amat disenangi.
Setelah hadir dengan kolaborasi bersama Juicy Luicy menerusi lagu “Kembali Kesepian” tahun lalu, Adrian Khalif melangkah yakin dengan single terbarunya berjudul “Khilaf” yang sekali lagi hadir dalam ilham R&B.
Adrian dalam bakat bermuziknya menghasilkan lagu, menyanyi dan rap menghasilkan “Khilaf” sebagai sebuah lagu yang cukup kuat sifat “Adrian” nya – Sekali mendengar anda sudah tahu berat jiwa Adrian di lagu ini.
Killer lagu ini terletak pada korusnya yang cukup catchy dan sing-a-long. “Maaf khilaf tak sengaja, Maaf buat kau kecewa…” Saya kira bait yang cukup mudah melekat biar hanya sekali mendengar lagu ini.
ARTIKEL BERKAITAN
Menelusuri Fasa Bahagia Andien Sebagai Ibu di Single “Tiba Tiba Tabi”