
Lagu: One on one
Persembahan: Ismail Izzani
Komposer / Lirik: ALYPH Magic Potions
Produser: ALYPH Magic Potions
Jauh sebenarnya sudah perjalanan bermuzik Ismail Izzani yang berawal dengan single “Sabar” sehingga rilisnya album perdana pada tahun 2022. Peralihan muzik sentiasa berlaku namun DNA muziknya masih kekal dan berindentiti.
Ismail meniti satu pendewasaan dalam bermuzik lewat “Iman” yang datang dengan satu infusi yang lebih matang dan ia berjalan baik dengan single lainnya seperti “Tenggelam” yang diedarkan tahun lalu. Vokalnya semakin menyenangkan, sedap dan dewasa.
Terkini Ismail meneruskan apa yang dia percaya lewat sebuah lag kolaborsi karya cipta ALYPH. “One On One” bergerak sebagai pembuka jalan menjelang album kedua yang bakal beredar penghujung tahun ini. Melodi ALYPH sentiasa mampu membaluti groove dan attitude Ismail sebagai persona Urban Pop yang terbaik kita ada sekarang.
Tidak sukar melayani lagu ini, pertama kerana kita sudah memahami direction muzik Ismail dan kedua ALYPH sentiasa memiliki killer dalam penciptaan lagu-lagunya. Namun ia menjadi satu hal yang predictable untuk saya yang sudah lama mendengarkan Ismail. Saya mengharapkan satu sentuhan lain yang mampu membezakan vibes lagu ini dengan lagu-lagu sebelumnya.
Namun ia bukan naskhah yang gagal. “One On One” masih memiliki keterikatan untuk saya mengulang dengar dan setidaknya membuatkan saya tidak sabar mendengarkan apa yang bakatl ditawarkan Ismail Izzani lewat album keduanya nanti.
7.8/10
ARTIKEL BERKAITAN