
Album: The First Wave
Persembahan: ALPHA
Produser: Justin Seow
Big Stage menjadi satu program hiburan pecarian bakat yang saya kira berjaya di era baru. ALPHA yang menunjangi sebuah misi tahun lalu dalam membentuk sensasi baru boy group tempatan saya kira sebuah produk yang berjaya. “Monalisa (Bang Bang)” dan “P Ramlee Saloma” membentuk satu landskap baru muzik tempatan yang mengujakan dan tidak stagnant.
Biar masih banyak hal yang boleh diperbaiki (terutama penulisan liriknya, Gelato could be better) saya kira Justin Leow yang mengepalai hampir kesemua projek lagu-lagu ALPHA sudah melakukan sesuatu yang baik daripada sudut produksi muziknya.
Attitude bermuzik ALPHA juga not bad at all. Buktinya, “The First Wave” yang dibuka dengan lagu “Gerak” menjadi sebuah representasi attitude yang mereka ada sebagai sebuah boy group. Lagu ini terhasil cukup promising untuk bergerak sebagai pentafsiran album ini. Dengan hook yang cukup grippin pada beat dan catchy korusnya, menjadikan lagu ini antara favorite saya lewat album ini. “Tarik picu // bukan teh” got me hooked.
12 trak keseluruhan dengan single awal beredar seperti “Bujang”, “Gelato” dan “Tiada Pengganti” diteruskan dengan beberapa lagu baru yang kuat membentuk sound M-Pop yang mahu dipersembahkan.
This going to be an instant hits buat ALPHA.
“Mahkota Cinta” – stripped down Pop yang cukup melekakan. Melodinya sangat sedap, tanpa memaksa kita sebagai pendengar untuk melayani persembahan keseluruhannya. Vokal Izat lewat pre-chorus “Lama sudah ku pendam // Tiada makna bercinta jika masih ada ragu.” merdu dan secukupnya sebelum disambut vokal Sky “Kau ombakkan aku ke lautanmu” melengkapi kehendak karakter vokal masing-masing. This going to be an instant hits buat ALPHA.
“Haru Biru” sebuah lagi masterpiece di album ini. Daiyan Trisha memberi satu kemanisan yang dituntut album ini. Kolaborasi ini emas, tidak diduga dan solid as a Pop song yang cukup current. Melodinya sangat sedap, korusnya menjadi lebih baik di bahagian kedua lagu ini dengan momentum pada kemasan muzik yang semakin baik. “Seandainya dunia memisahkan kita // Gengam tangan ku buat sementara // Mungkin di lain semesta // Kita kan bersama.” the best part of the song.
“Dia” sebuah lagi lagu yang solid. Sound yang dihasilkan sedikit berbeza dan ia memberi satu dinamik untuk muzik ALPHA bergerak bebas tidak terikat. “Burn It Down” mengembalikan pengaruh K-pop yang cukup kuat. Penghasilan tipikal dan banyak sebenarnya lagu-lagu sebegini di pasaran, namun untuk melengkapkan The First Wave sebagai sebuah album, ia diperlukan.
Album ini sebuah permulaan yang saya kira untuk satu perjalanan panjang (beriring disiplin) buat ALPHA. Kelebihan mereka adalah karakter vokal setiap satunya. Tanpa perlu terlalu mengenal mereka saya sebagai pendengar boleh mengecam stail suara Izat, Daniel, Sky, Ariel, Araf, Rizal dan Rayd. Kesemua mereka memiliki identiti dan attitude tersendiri.
Sebagai sebuah album saya kira Justin Soew telah mencipta satu produksi yang cukup kemas dengan direction muzik yang jelas dan membentuk satu sound ALPHA yang seharusnya kita faham. Ini bukan K-Pop ini M-Pop dan ia ditafsir jelas dalam setiap satu lagu yang dihasilkan lewat album ini. Debut yang cemerlang.
8.5/10
ARTIKEL BERKAITAN