Lagu: Jangan Lupa Jaga Dirimu
Persembahan: mimpi. / Daiyan Trisha
Komposer / Lirik: Ezra Kong / Daiyan Trisha
Produser: Ezra Kong
Ilham untuk Ezra Kong berkarya masih belum menemukan pengakhiran. Lewat projek mimpi. dia bernadi sebagai persona baru yang menghasilkan satu sound yang lebih ‘indie’ mengikut jejak pasaran muzik yang kuat pengaruh Ballad Folk dalam kemasan muzik moden dan poetic.
Teras itu sudah dipersembahkan lewat karya-karya seperti “Manusia Buntu”, “100 Kali Sakit” dan “Bila Sampai Waktu” antaranya yang berkolaborasi bersama persona Pop seperti Faizal Tahir, Syiqin Azln dan Mohsein Kush.
Bagi meluaskan sebuah landskap muzik yang lebih komersial, mimipi. kembali dalam persembahan Balada dengan cukup puitis bersama Daiyan Trisha menerusi single “Jangan Lupa Jaga Dirimu”. Siap sebagai sebuah naskhah yang tidak sukar mencuri pendengaran, lagu ini terhasil menyenangkan.
Melodi, lirik dan persembahan Daiyan lengkap dalam memberi satu justifikasi yang baik lewat penghasilan keseluruhan. Emosi Daiyan cukup mengena dengan lagu-lagu sebegini. Piano yang melatari hampir keseluruhan lagu menghantui dalam mengikat emosi pendengar.
Ezra saya kira masih tajam pena penulisan melodinya, lagu ini tercipta dalam satu acuan yang lengkap formula muzik komersial, penulisan lirik yang mudah didekati pendengar muda dan kemasan muzik yang current dan datang dalam satu momentum muzik yang melengkapkan kehendak penciptaan melodi yang dihasilkan.
8.6/10
ARTIKEL BERKAITAN