
Lagu: Pulang
Persembahan: Wani Kayrie
Komposer / Lirik: Iqie Hugh / Wani Kayrie / Aniq Iffat
Produser: Iqie Hugh
“Cak Cak Cekuk” membawa satu dimensi baru karier muzik Wani Kayrie untuk benar-benar diraikan bakatnya. Setelah percubaan demi percubaan dalam pertaruhan Pop, Balada sehingga infusi muzik berubah musim, Wani saya kira sudah menemukan satu formula muzik yang tepat untuk suara, imej dan kemampuannya.
Ilham Iqie Hugh bersama Karim Karam dan Shane Kennedy lewat persembahan lagu tersebut sebetulnya mengubat rindu pendengar pada kegemilangan lagu-lagu Melayu tradisional yang banyak di era 90-an. Senandung Wani juga lembut dalam menyempurnakan naskhah tersebut.
Terkini sekal lagi bersama Iqie Hugh, Wani meneruskan sebuah kelangsungan yang sangat diperlukan. Mengapa? Sebabnya mudah saya kira tiada bakat muda yang begitu dominan mahu meraikan lagu-lagu rakyat dan tradisi ini secara serius dan paling penting sesuai dan lengkap persembahan keseluruhannya.
“Pulang” sebagai karya yang tepat untuk Wani meneruskan sau DNA muzik yang sudah dicipta lewat “Cak Cak Cekuk”. Penghasilan yang mengambil sample “Gelang Si Paku Gelang” ini bersulam satu kesederhanaan dalam produksi muziknya.
Saya sejujurnya senang dengan cara Iqie menyusun lagu ini. Iqie menjadikan lagu ini sangat lembut namun masih kekal kemeriahan yang diperlukan dalam persembahan lagu-lagu rakyat. Penghasilannya moden tanpa perlu terlalu terikat pada idea sample yang diguna sahaja.
Versa awal yang dibuka dengan bait “Lama sudah tidak berjumpa // Pada orang di sana // Apa khabar berita?” beriring ritma yang catchy. Transisi ke korusnya membentuk satu dinamik yang begitu menyenangkan. Iqie bijak dalam memberi feel festival dalam lagu ini.
“Pulang” sebuah paksi baru lagu-lagu rakyat yang di era kini yang mentafsir pemikiran dan sudut pandang sekarang. Seperti saya katakan di awal tadi, biar ilhamnya diambil daripada lagu lama namun pendekatannya cukup moden dan kekinian.
8.5/10
ARTIKEL BERKAITAN