
Kurang lebih tujuh tahun usia Khai Bahar bermuzik sejak single “Bayang” diedarkan, namanya kekal utuh di radar popular dengan rangkaian hits lainnya seperti “Luluh” dan duet bersama Sito Nordiana “Satukan Rasa” sehingga kolaborasi lain bersama Siti Nurhaliza dan Aina Abdul.
Kini tanpa mahu melangkah perlahan, Khai Bahar mahu menghadiahi penggemarnya dengan sebuah konsert berskala besar di Dewan Filharmonik Petronas yang bakal dilangsungkan pada tanggal 11 November 2023.
Pemilik nama sebenar Muhammad Khairul bin Baharudin kelahiran Kangar, Perlis ini mula mencuri perhatian pada tahun 2013 pabila videonya menyanyikan lagu Di Mana Hatimu dimuatnaik di platform YouTube. Sejurus itu, lagu Ziana Zain, Madah Berhelah di aplikasi Smule yang menjadi perhatian ramai di Malaysia dan Indonesia. Digelar ‘King Of Smule’, Khai Bahar menjadi fenomena hingga dilamar menjadi artis NAR Records pada tahun 2016.

Untuk konsert sulung beliau di DFP ini, Khai bakal membawakan lagu-lagu hits seperti “Bayang” dan “Luluh” juga beberapa lagu lain yang bakal menjadi kejutan untuk peminat-peminat Khai Bahar yang hadir pada malam itu nanti.
Info Tiket
RM189, RM239, RM289, RM319 dan RM399 (Meet & Greet)
Suite: RM189 & RM239
Tempahan Telefon: 03-23317007
Tempahan Email: boxoffice@dfp.com.my
Laman Web DFP: www.dfp.com.my
ARTIKEL BERKAITAN