
Bergempita seminggu dua ini di jajaran media sosial akan perkhabaran Gegar Vaganza yang akan kembali bakal mengumpulkan kesemua juara-juara yang sudah diraikan sejak Sembilan musim lamanya dalam sebuah lagi penganjuran yang mega sifatnya – All Star Gegar Vaganza.
Berlangsung 29 Ogos lalu press conference yang mengumpulkan Kembali kesemua juara – Ayai, Siti Nordiana, Azharina, Aishah, Noryn Aziz, Cliff Umar, Alif Aziz, Hady Mirza, Naqiu dan Jaclyn Victor yang bakal berkerah keringat sepanjang beberapa minggu bekerja dengan strategi baru bagi mencuri perhatian juri-juri khususnya dan pengikut GV secara amnya.
Masih dikepalai Ramli MS bersama Syafinaz Selamat dan Hetty Koes Endang – ketiga-tiga sosok dunia hiburan ini sememangnya layak untuk mengadili persembahan yang bakal dipentaskan nanti.
Apa visinya kali ini? Pastinya mahu melihat sejauh mahu kreativiti persembahan dan kemampuan juara-juara ini mewarnakan corak nyanyian ke tahap yang paling tinggi nilainya. Tekanan pada peserta saya kira luar biasa, jika mahu diletakkan standard, pentas Gegar Vaganza sudah memiliki status prestijnya yang tersendiri dalam memberi ruang baru untuk penyanyi-penyanyi yang bertanding dan menang untuk kembali menyinar di pasaran muzik semasa dengan penghasilan lagu-lagu baru pastinya.
Namun berapa ramai yang menjuarai pertandingan ini mengambil sebaik-baik peluang untuk benar-benar menyinar?
Siti Nordiana saya kira juara yang paling bijak merebut kesempatan ini. Dia tidak menghampakan penyokongnya yang saban minggu bersorak untuk sebuah kemenangan dan pada masa yang sama kerana GV juga dia berjaya mendapatkan pengikut-pengikut yang baru.
Berawal dengan single kemenangan “Pesann Teragung” sehingga hits cari makan “Terus Mencintai”, “Hatiku Milikmu” sehingga duet bersama Jaclyn victor (Nisan Cinta) juga Khai Bahar (Satukan Rasa) dan Alif Satar (Sebenarnya) juga lagu hits lainnya seperti “Angkara” juga duet bersama Nubhan meletakkan Nana sebagai juara yang benar-benar memanfaatkan kemenangannya.
Kehebatan vokal serta persembahan pentas Azharina, Noryn Aziz dan Cliff Umar berjaya memberikan kemenangan buat mereka. Namun career wise momentumnya sangat perlahan. Hanya setelah beberapa tahun menjuarai program ini Noryn Aziz menzahirkan single solonya “Kau” tahun ini. Lebih memilih untuk selesa di pentas kecil seperti Bobo KL juga korporat, Noryn seperti tidak berniat meluaskan pasaran muziknya ke peringkat lebih komersil.
Azharina cukup struggle dalam mendapatkan material yang bagus sekalipun saya percaya jika percaturannya betul dengan pasukan pemasaran muzik yang berpengalaman serta bijak, Azharina mampu berada di tahap yang lebih dan sangat baik sepatutnya.
Beberapa single yang dihasilkan bersama Julfekar tidak membantu namanya diraikan di pasaran muzik semasa sekalipun keupayaan yang dia miliki itu worth an AJL stage. Namun pabila tiada lagu yang kuat, lagu yang mampu meresap jiwa-jiwa pendengar yang lebih muda, Azharina sukar untuk dijual.
Sejujurnya ketika Cliff menang saya tidak punya banyak harapan padanya dan ternyata dia terus buram daripada radar popular setelah kemenangannya. Naqiu antara yang cukup aktif dengan penghasilan lagu-lagu baru juga sebagai komposer. Hady Mirza juga bagai tiada minat meneruskan perjalanan di lapangan muzik yang lebih besar selepas kemenangan yang dikongsi bersama Naqiu.
Juara bagaimana yang kita mahu kali ini?
Sejujurnya saya kira selain hebat di pentas kita perlukan juara yang mampu menyumbang kepada ekosistem sihat muzik tempatan. Yang mahu dan mampu menghasilkan lagu-lagu yang mempunyai potensi, pengaruh dan terhasil dalam produksi muzik yang berkualiti tinggi.
Jac menerusi syarikat rakamannya sudah menghasilkan dua single tahun ini setelah kejuaraannya tahun lalu. Langkah yang progresif namun masih belum mampu menyentuh jiwa-jiwa pendengar dengan lagu-lagunya. Di tahap ini apa yang Jac perlukan adalah to lower down her taste in music dan masuklah ke jiwa-jiwa pendengar yang sukakan lagu-lagu yang simple yang liriknya galau namun puitis but never compromise dengan kualiti produksi.
Idea mengumpulkan bakat-bakat luar biasa ini di satu pentas dengan persembahan yang pastinya datang dengan expectation yang tinggi. Apa yang diharapkan kali ini? Kata kuncinya KREATIVITI & IMPAK– sejauh mana peserta-peserta kali ini mampu mencorakkan setiap lagu yang diberi dengan standard yang lebih baik dalam acuan yang tersendiri.
Tiada apa lagi yang harus mereka buktikan kerana vocally semua sudah terasah untuk menyanyi dengan sangat baiknya secara langsung di pentas. Namun cara bagaimana mereka mahu menyerlah di pentas itu persoalan utama yang seharusnya datang dengan strategi yang solid untuk mara ke pentas akhir setidaknya. Persembahan setiap minggu harus meninggalkan impak buat penonton bukan saja juri-juri.
Muzik Kita ingin turut sama meraikan Gegar Vaganza sebagai satu daripada program hiburan terbaik yang kita ada setakat ini. Lagu yang sesuai harus menjadi percaturan agar dapat diwarnakan dengan sebaik mungkin namun lagu yang bagaimana?
JACLYN VICTOR
Kehebatan Jac dalam persembahan pentas itu sesuatu yang tiada siapa mampu nafikan namun untuk melihat Jac keluar daripada zon selesanya itu sesuatu yang cukup dinantikan.
- Ingin Bersamamu (Syafinaz)
- Ku Bersuara (Ernie Zakri)
- Unstoppable (SIA)
- Bunga Tanjung (Sharifah Aini)
- Loved By You (KIRBY)
AZHARINA
Saya baru-baru ini menonton persembahan Azharina di pentas Bintang RTM, nyanyiannya masih baik, cukup jelas dan merdu. Semakin polish dengan imej yang simple dan modest Azharina antara yang dijangka akan menyinar saban minggu.
- Segalanya Pasti (Aida Agil)
- Hati Yang Kau Sakiti (Rossa)
- Tak Tercapai Akalmu (Elyana)
- Dance Monkey (Tonne and I )
- Made You Look (Meghan Trainor)
NORYN AZIZ
Kalau Noryn mahu diangkat sekali lagi sebagai pemenang kali ini dia harus benar-benar memanfaatkan kemenangannya dengan memasuki pasaran muzik semasa. Jika dia masih mahu terus selesa di pentas-pentas kecil dan korporat tanpa penghasilan lagu baru itu satu kerugian. Namun no doubt she will do her magic di pentas GV nanti.
- Masterpiece (Jessie J)
- Menadah Gerimis (Ziana Zain)
- Dance the Night (Dua Lipa)
- Jampi (Hael Husaini)
- Total Eclipse of My Heart (Bonnie Tyler)
SITI NORDIANA
Kesederhanaan yang ada pada Nana dalam persembahan vokalnya menuntut lagu yang betul-betul dan kena dengan karakternya. Cabaran di pentas All Star ini pastinya berganda hebatnya berbanding ketika dia di pentas GV2 dulu, jadi Nana saya kira perlu benar-benar memasang siap sepenuhnya dan tidak menjadi predictable jika dia mahu kembali menang.
- Tak Segampang Itu (Anggi Marito)
- Easy on Me (Adele)
- Magis (Siti Nurhaliza)
- Jauh Di Mata (Kartina Dahri)
- Sepi (Aina Abdul)
AYAI
Ayai masih memiliki clarity dalam nyanyiannya yang sangat baik. Lagu-lagu Cakra Khan, Judika akan memberi justifikasi buat vokal miliknya kerana jika salah lagu Ayai can be so boring and forgettable. Seorang lagi peserta yang harus siap strategi untuk kekal lama di pentas GV All Star ini. Kuncinya? Be more fun and likeable.
- Bagaimana Kalau Aku Tidak Baik-Baik Saja (Judika)
- Lemak Manis (Haziq)
- Santai (Faizal Tahir)
- I Wanna Know What Love Is (The Foreigner)
- Bengang (Manterra)
CLIFF UMAR
Progresif di atas pentas dan cukup meyakinkan setiap kali persembahan menjadi sakti Cliff tanpa hanya perlu bergantung pada vokal semata. Itu kelebihannya sebagai performer tetapi jika salah lagu, persembahannya akan menjadi sangat hambar dan membosankan.
- Sembah (Naim Daniel)
- Mencari Konklusi (Hujan)
- Gila Judi (M. Daud Kilau)
- Komang (Raim Laode)
- Believer (Imagine Dragons)
ALIFF AZIZ
Suara yang cukup menyamankan miliknya menjadi jerat utama juri-juri untuk senang setiap kali Aliff membuat persembahan. Kekuatannya di situ, Aliff tahu bagaimana mahu menyanyi dengan begitu flawless tapi itu tidak bermakna dia tiada kekurangan. Aliff perlukan lebih kreativiti dan warna dalam persembahan pentasnya.
- Langit Yang Sama (Dalia Farhana)
- Kepada Hati (Cakra Khan)
- Counting Stars (One Republic)
- Anugerah Terindah (Alif Satar & The Locos)
- Golden Hour (JVKE)
HADY MIRZA
Hady Mirza ada suara yang sangat sedap tapi to be honest on stage he can be too predictable dan hal ini yang akan membuatkan Hady kurang diraikan nanti. Dia boleh menyanyi dengan baik, membuat persembahan dengan baik namun itu sahaja tidak cukup. Pentas GV menuntut kejutan manis daripada pesertanya.
- Until I Found You (Stephen Sanchez)
- Tergantung Sepi (Haqiem Rusli)
- Hati (Hael Husaini)
- Bila Rindu (Ruffedge)
- It’s You (Sezairi)
NAQIU
Roh berpentas Naqiu harus digeruni pesaing-pesaingnya. Segala asa yang ada dia akan keluarkan tanpa ada sesaat disia-siakan. Dan atas alasan itu jugalah juri tidak mampu untuk menolaknya untuk tidak bergelar juara. Suaranya masih baik, persembahan sepenuh jiwa itu kekuatannya. Naqiu mampu mewarnakan apa jua lagu mengikut acuannya.
- Pulang (Insomniacks)
- Aku Tidak Bersalah (Pearl)
- Rumah Singgah (Fabio Asher)
- Wrecking Ball (Miley Cyrus)
- Bohemian Rhapsody (Queen)
AISHAH
Cukup senior berbanding pesaingnya yang lain, Aishah akan sentiasa dijadikan mata tumpu saya kira sekalipun nyanyiannya tidaklah terlalu clean dalam setiap persembahan namun Aishah ada stage presence yang cukup besar. Kekuatannya adalah untuk memukau penonton dengan nyanyian tingginya. But tinggi not always a good idea. Aishah perlukan lagu yang menyerlahkan kemerduannya bukan hanya yang terlalu menguji nada tingginya.
- Andai Itu Takdirnya (Vanessa Reynauld)
- Casablanca (Nuha Bahrin)
- Never Enough (Loren Allred)
- Di Pintu Syurga (Dayang Nurfaizah)
- Conga (Gloria Estafan)
Namun apa jua expectation yang kita ada, Gegar Vaganza adalah platform hiburan untuk kita semua. Yang juga menjadi pentas untuk penghibur-penghibur berbakat ini to showcase their capability to perform dengan sebaiknya kerana jika mahu mengharapkan pentas AJL ia semakin sempit ruangnya untuk meraikan wajah-wajah berbeza yang saban tahun penyanyi serupa sahajalah yang kita lihat.
ARTIKEL BERKAITAN