#RetrospektifMuzik, Review, Terkini,

Mengulang Dengar “Opera Radhi-O Friendly” Sebagai Alternatif Pop Tempatan Paling Berpengaruh

Album: Opera Radhi-O Friendly (2002)
Artis: O@G
Produser: O@G/ Paul Moss / Greg Henderson
Label: Positive Tones / Universal Music Malaysia

O@G memulakan karier bermuzik dengan hits Inggeris mereka seperti 60’s TV, Name of the Game dan Knocked Silly antaranya sebelum semakin digilai pasaran semasa dengan lebih meluas menerusi album “Opera Radhi-O Friendly”.

Album ini menjadi antara album penting ketika saya membesar sebagai remaja lepasan sekolah selain Sheila on 7, Exists, Dewa 19. Kaset album ini (dan Satelit Ink.) masih rapi dalam simpanan saya.

“Slumber” menjadi single penggerak Alternatif Pop berbahasa Malaysia ketika itu setelah munculnya Flop Poppy dengan “Cinta” dan dibangkitkan lagi dengan kolaborasi Radhi bersama Gerhana Ska Cinta menerusi album kedua mereka menerusi single “Senyuman Ragamu”  yang cukup booming di awal era 2000.

Album ini bergerak dalam ilham Alternatif Pop O@G yang dilokalkan bunyinya agar lebih mesra dengan pendengar tempatan ketika itu. Formula mereka berjaya menarik minat lebih ramai pendengar tempatan (Melayu umumnya) untuk mendekati pasaran muzik indie di legasi komersil.

Lagu-lagu seperti “Stanza”, “Mutiara” dan all time favorite “Biru” saya kira meletakkan album ini sebagai killer album sepanjang kugiran ini bermuzik.

Penulisan lirik di lagu ini biar sebahagiannya mengambil bahasa harian tidak hadir canggung dan kedengaran pelik tetapi dibarisi selari dengan kehendak melodi lagu yang ditulis tanpa kedengaran pretentious.

Melodi mereka mudah ditangkap pendengaran, tidak menuntut masa yang lama untuk kita sebagai pendengar suka dan dekat dengan naskhah-naskhah mereka di album ini.

Mendengar kembali album ini setelah lebih 10 tahun beredar bagai tidak terasa masa beredar begitu pantas. Muzik di setiap lagu masih kedengaran segar dan produksi keseluruhan album masih mampu dibanggakan.

Formula Alternatif Pop O@G saya kira sudah banyak menjadi rujukan band band anak muda selepas generasi mereka dengan intepretasi muzik yang lebih current pastinya dan Opera Radhi-O Friendly sudah menjadi satu daripada rujukan yang cukup baik.


ARTIKEL BERKAITAN

Mengandalkan Masa Depan Yang Cerah Menerusi EP 5 Lagu “Kepala Batu” Oleh “Insomniacks”

 

Review, Terkini,

#MixTapeWednesday Fauziah Latiff

Nama Fauziah Latiff yang cukup sebati dalam alunan Baladanya sejak mula diperkenalkan pada penghujung 80-an memikat pendengaran pasaran muzik tempatan merentas era dan generasi sehingga ke hari ini.

Sepanjang kariernya bermuzik sehingga hari ini, Fauziah Latiff atau senang dipanggil Jee banyak bekerjasama dengan komposer hebat seperti Adnan Abu Hassa, Ross Ariffin, Fauzi Marzuki, Mac Chew dan Manan Ngah antaranya.

Antara hits terbaiknya yang masih menjadi siulan Teratai Madu di Tasik Madu, Setiaku Korbankan, Yang Lebih Kau Cinta, Batas Menanti dan Ku Pohon Kemaafan. Tidak terikat dengan ilham Balada semata beberapa lagu fast number yang pernah dirakam juga terhasil membanggakan.

Lagu-lagu seperti Sahabat, Resah, Aku, Sandarkan Ke Bahuku dan Tua Mengejar Kita antara lagu terbaik sepanjang bergelar penyanyi.

DISKOGRAFI

Digamit MemorI (1988)
Kau Merubah Segalanya (1989)
Kini (1990)
Tiada Noktah Cinta (1991)
Hua Xi Ya (1992)
Gubahan Rindu Puisi Syahdu (1992)
Epilog Memori Gelita (1993)
Apa Sebenarnya (1994)
Sahabat (1995)
Jee ’98 (1998)
Yang Lebih Kau Cinta…Jee (2001)
Pesona (2006)


ARTIKEL BERKAITAN

#MixTapeWednesday Reza Artamevia

Highlight, Review, Terkini,

Diskoria Mengendeng Afifah Yusuf Merakam Ulang “Pelangi Cinta”

Lagu: Pelangi Cinta
Artis: Diskoria bersama Afifah Yusuff
Komposer & Lirik: A.Rianto / Daiva Prayudi / Fadli Aat / Merdi Leonardo
Produser: Diskoria

Irama disko duo muzi Diskoria yang cukup booming tahun ini dengan kolaborasi bersama Dian Sastrowardoyo berjudul “Serenata Jiwa Lara” menaikkan nama mereka di pasaran mainstream dengan jayanya.

Berawal dengan single “Balada Insan Muda” yang mendapat sentuhan Ilman daripada Maliq & d’Essentials, pemuzik duo ini menghidupkan era muzik disko dengan pendekatan yang cukup menarik sekali.

Terkini dengan berkolaborasi bersama Afifah Yusuf, Diskoria merakam ulang lagu “Pelangi Cinta” yang lebih awal dirakam Hetty Koes Endang menerusi album “Hati Lebur Jadi Debu” yang beredar sekitar 80-an.

Umum mengetahui, Afifah anak kepada biduanita muzik Indonesia dipilih Diskoria menyampaikan rendisi terkini dengan cara yang lebih santai pastinya. Muzik di lagu “Pellangi Cinta” tidak diubah tetapi dimahalkan sound nya agar lebih current.

Produksi lagu ini digarap dengan bantuan Imam Buana Luthfi dan Pandji Dharma, dua pemuzik yang pernah tergabung dalam grup elektronik, Animalism.

Diskoria setakat 3 single yang beredar berjaya menawarkan pengalaman Pop yang cukup menghiburkan buat kita semua. “Serenata Jiwa Lara” antara naskhah terbaik mereka sehingga hari ini dan pastinya lebih banyak naskhah original daripada mereka yang pasti dinanti.

7/10


ARTIKEL BERKAITAN

18 Tahun Usia Bermuzik, Maliq & D’Essentials Rilis Bahagian Pertama Album RAYA

Review, Terkini,

Mengandalkan Masa Depan Yang Cerah Menerusi EP 5 Lagu “Kepala Batu” Oleh “Insomniacks”

Album: Kepala Batu (EP)
Artis: Insomniacks
Produser: Taja / Insomniacks
Label: Sony Music Entertainment Malaysia

Kugiran Pop Insomniacks mencuri tumpuan pendengar muda tempatan dengan single “Pulang” yang cukup booming beredar sekitar 2018. Setelah percubaan pertama “Selalu” kurang mendapat perhatian “Pulang” benar-benar memberi kelebihan buat Insomniacks di pasaran semasa.

Setelah usai fasa populariti “Pulang” kugiran ini mengambil masa agak panjang untuk mengedarkan material baru yang berawal dengan single “Kepala Batu” pada awal tahun ini sebelum merilis EP lima lagu Jun lalu.

Dibuka dengan riff keras gitar di lagu “Here Again” pengaruh muzik mereka terarah pada pasaran Pop Rock yang cukup komersil. Energy dan drive muzik mereka seiring, vokal Mir Iqbal juga kedengaran cukup komersil untuk lagu begini.

“Reminisensi” saya letakkan sebagai lagu terbaik di EP ini. Melodinya terhasil cukup baik dengan penceritaan dalam lirik yang menyatu baik sebagai sebuah naskhah Pop yang sedap didengar.

Lagu-lagu begini dengan mudah mengingatkan daya pada lagu-lagu awal kugiran Estranged dahulu. “Langgar” dan “Kepala Batu”  saya kira naskhah mesra gig. Lagu-lagu begini sifatnya lebih menarik untuk dilayan dalam persembahan live.

Saya hanya mendengar EP ini setelah menonton persembahan mereka di program Immortal Songs Malaysia. Kemampuan pentas live mereka not bad dan tentu sekali banyak hal yang mampu ditawarkan empat anak muda ini dari masa ke masa.

EP ini sebuah contoh jaluran muzik Pop Rock / Alternatif yang terhasil dalam sebuah produksi yang sederhana namun masih tinggi nilai komersilnya dan ya jika jalannya lurus masa depan kugiran ini pasti panjang hayatnya.

7.8/10


ARTIKEL BERKAITAN

Melewati Dua Single Terbaru Ali Aiman Dalam Layang Rasa Yang Membuai Sanubari

#PerspektifMuzik, Highlight, Review, Terkini,

6 Persembahan Lagu Dengan Rendisi Terbaik Musim Pertama “Immortal Songs Malaysia”

M.Nasir satu antara 7 legend yang dipilih untuk musim pertama “Immortal Songs Malaysia”

Program Immortal Songs Malaysia yang berhujung dengan episod bersama legenda Fauziah Latiff menutup musim pertama dengan rangkaian persembahan penyanyi popular dengan cukup menarik.

Program yang berasal dari Korea Selatan ini saya kira jika ada musim kedua harus diperkemaskan konsepnya dengan penekanan tidak hanya pada penyanyi tetapi harus diberi kredit buat music arranger yang bertanggungjawab menyusun semula lagu-lagu yang dipertandingkan.

Bukan apa, berdasarkan apa yang dipersembahkan pada musim pertama saya kira seperti kurang jelas terhadap konsep setiap lagu yang disusun kembali.

Sepanjang musim pertama, seramai 7 legenda muzik Pop terpilih – Ning Baizura, Ella, M.Nasir, Jeffry Din, Fauzi Marzuki, Khadijah Ibrahim dan Fauziah Latiff mengisi setiap episod dengan ilham-ilham baru yang cukup pelbagai konsepnya.

Program begini saya kira harus dibawa secara langsung bukan rakaman supaya setiap minggu persembahannya lebih lively dan terasa baru dan ya semoga mereka yang berada di kerusi juri awam biarlah yang benar-benar ada ilmu muzik itu sendiri.

Perdebatan cara bagaimana lagu-lagu harus diadili kemasan semula muziknya itu saya rasa terlalu asas. Merubah lagu Balada ke konsep lain seperti Moderate Pop contohnya bukan hal baru atau salah tetapi ia harus seiring dengan teks asal lagu yang tersedia tanpa melanggar nilai estetikanya.

Saya beri beberapa contoh remake yang cukup baik yang diubah genre – “Malam Ku Bermimpi” persembahan Sheila Majid yang disusun semula muziknya oleh Jenny Chin berubah daripada Pop ke Balada.

Dan masih ingat bagaimana Syafinaz bersama Ahmad Izham Omar menyusun semula teks produksi “Rindumu Rinduku” daripada 80’s Ballad menjadi the brand new R&B? Hasilnya, cukup menawan dan timeless.

Kemasan muzik kedua-dua lagu yang saya sebutkan tadi tidak langsung mengubah melodi asal tetapi meninggikan standard muzik lagu asal ke tahap yang lebih baik dan semasa.

Contoh lain yang sangat bagus adalah Seri Mersing (NJWA), Isabella ’98 (Saleem, Jamal, Amy & Zamani) dan tentu sekali Belaian Jiwa (Innuendo).

Hal ini yang saya kira sebagai music arranger mereka harus faham – Kesenian dalam penghasilan melodi dan lirik asal tidak harus dimatikan dengan hanya kerana mahu memberi kelainan. Dan hal inilah yang menggagalkan beberapa persembahan di musim pertama “Immortal Songs Malaysia”

Berikut 6 Persembahan Lagu Dengan Rendisi Terbaik Musim Pertama “Immortal Songs Malaysia” 

YONNYBOII – KERONCONG UNTUK ANA (M.NASIR)
YonnyBoii meninggikan standard lagu ini dengan cukup kemas dan baik sekali. Dia meletakkan jiwa lagu ini di tempat yang sepatutnya tanpa mengubah standard teks muzik asalnya tetapi memodenkan feel juga sound “Keroncong Untuk Ana” agar kedengaran lebih current. Estetika muzik serta liriknya dijaga baik yang ditambah hanya rasa yang seiring feel Yonny.

KAKA – SEMBILU (ELLA)
Kaka meletakkan attitude di lagu ini untuk menjadikan “Sembilu” sebagai sebuah naskhah yang kedengaran cukup current. Kemasan muziknya cukup baik dan seiring kebolehan Kaka dalam mempersembahkan “Sembilu” sebagai sebuah lagu yang tidak berasas balada biasa tetapi hadir dengan lebih attitude dan drive persembahan yang cukup bertenaga.

NAQIU – LAYAR IMPIAN (ELLA)
Naqiu kedengaran seperti Hattan di awal lagu dan saya sukakan segala-galanya tentang rendisi Naqiu yang cukup bertenaga ini. Karater lagu, lirik dan vokal Naqiu menyatu sangat-sangat baik. Saya mencadangakan agar pihak pengurusan Naqiu mempertimbangkan rendisi ini dirakam semula.

AINA ABDUL – TANGISAN HATI YANG DERITA (KHADIJAH IBRAHIM)
Aina penyanyi yang sentiasa meletakkan jiwanya dalam lagu dan di sini kelebihan rendisi baru yang diberikan Aina dengan secukupnya. Kemasan muzik ini lagu ini sebetulnya bergerak atas kemampuan Aina mempersembahkan lagu ini secara keseluruhan dan jiwa sedihnya, rintihnya begitu dirasai.

FLOOR 88 – SITI HAIDA (JEFFRY DIN)
Saya tidak pernah melihat Floor 88 yang begini, but saya enjoy melihat mereka keluar daripada kepompong muzik Melayu yang sering mereka bawakan dalam lagu-lagu original mereka. “Siti Haida” di rendisi yang baru ini lebih keras tetapi tidak kedengaran canggung. Perincian dalam lagu ini disusun cukup kemas. Ada nafas yang baru dan quite unpredictable daripada band ini. Mengingatkan saya bagaimana XPDC mengadun semula lagu-lagu 60-an di album Metal mereka.

INSOMNIACKS – DI PERLUMBAAN INI (ELLA)
Tenaga muda Insomniacks memebri satu tenaga baru dalam lagu ini. Kugiran Pop ini bijak memilih lagu yang kurang familiar dan menjadikan lagu ini seperti lagu baru keseluruhannya. Banyak potensi yang cukup baik ada pada kugiran ini untuk diperkembangkan. Very promising.

“It’s all simple and unpretentious, and that’s what music is to me,” – Sade Adu


ARTIKEL BERKAITAN

Dangdut Not Dead: Struggle & Survival Dangdut Dalam Pasaran Muzik Tempatan

Highlight, Review, Terkini,

Mengikut Rentak Tari Pop Siti Menerusi Pertaruhan “Siapa Tak Mahu”

Lagu: Siapa Tak Mahu
Artis: Siti Nurhaliza
Komposer & Lirik: Ikhwan Fatana / Omar K / John Jeeves
Produser: Omar K

Menulis apa pun jua tentang Siti saya kira harus berhati-hati kerana salah atur ayatnya kadang kita memaksudkan yang lain difahamkan yang lain – bukan kerana Siti yang tak faham tetapi faham-fahamlah not everyone can read between the lines, Siti obviously the coolest celebrity dan kita semua pun sayang Siti.

“Manifestasiti2020” at least not for me. It sounded too sloppy, overall. “Fragmen” adalah yang terakhir terbaik persembahannya. Lagu-lagu di album tersebut masih saya ulang dengar sehingga hari ini kerana produksi muzik album tersebut bagi saya cukup matang, mahal and solid.

Namun ada satu lagu di album “Manifestasiti2020” ini yang benar-benar menarik perhatian saya biarpun tidaklah datang dengan idea baru. “Siapa Tak Mahu” menjadi single terbaru yang saya kira benar-benar hadir dalam acuan muzik Pop Siti yang at least saya nak dengar daripadanya.

Lagu ciptaan Ikhwan Fatana, Omar K dan John Jeeves ini berlegar ilham Pop yang cukup catchy penghasilan melodinya. Ia tercipta sebagai pembuka yang cukup promising untuk sebuah album namun sayang “Manifestasiti 2020” tidak bergerak sebagai naskhah yang terlihat satu tetapi bermacam-macam.

penampilan hun haqeem dan mira filzah sebagai talent mv “siapa tak mahu”

Kemasan lagu ini terhasil ok bagi saya, tidaklah terhasil terlalu complicated, ada sedapnya, ada hook dan feelnya dapat. Saya dengan mudah membayangkan versi live nya akan jadi lebih hebat daripada versi studio.

Lagu-lagu begini adalah naskhah yang saya harapkan daripada Siti sebab dari dulu lagi setiap kali Siti merilis album lagu-lagu fast number begini yang akan menarik minat saya untuk dengar detail penyampaian Siti yang kuat pengaruh R&B dalam caranya yang tersendiri.

Hal-hal ini saya kira sangat jelas dalam lagu-lagu seperti “Siti Situ Sana Sini”, “Debaran Cinta”, “Ku Mahu”, “Satu Cinta Dua Jiwa”,“Pendirianku”, “Aku” dan all time fav saya “Sebenar Cinta” antaranya yang sifatkan sebagai lagu paling saya enjoy dengar Siti nyanyi.

Saya  sebetulnya berharap Siti dapat bekerjasama dengan lebih produser-produser muda seperti Firdaus Rahmat & Mas Dewangga antaranya yang mampu mengeluarkan sesuatu yang mungkin kita tidak pernah dengar sebelum ini daripada Siti.

7.8/10


ARTIKEL BERKAITAN

Hadiah Sebuah Sepi Dalam Melodi Lara “Tanpa Rela” Misha Omar

Highlight, Review, Terkini,

Memasuki “Jam Rawan” Dalam Resah Marion Jola Bersama Nino

JAM RAWAN
Artis: Marion Jola & Nino
Komposer & Lirik: LaleIlmanNino
Produser: LaleIlmanNino

Kraf muzik Marion Jola sejak berawal di pengakhiran Indonesian Idol 2018 meletakkan namanya sebagai hot selling artiste di Jakarta yang cukup tinggi permintaannya di pasar besar muzik Pop Indonesia.

Berawal dengan single  “Jangan” yang cukup booming, Marion tidak melangkah perlahan dalam rangka kerjayanya yang sentiasa hadir dengan material muzik yang cukup menyenangkan penggemarnya.

Pop yang dikendong Marion berlegar ilham semasa namun tidak cheesy dengan produksi muzik yang sloppy. Semuanya dikaryakan dengan kualiti yang cukup tinggi keseluruhannya. Tidak hanya rakaman malah sehingga the whole branding setiap sing yang mewakili muzik video yang hebat semuanya.

Setelah usai solo album yang beredar tahun lalu, Marion awal tahun ini menghadirkan single “Aduh” sebelum berkolaborasi bersama Nino (RAN) menrusi single berjudul “Jam Rawan” yang mendapat sentuhan produser Pop on demand – LaleIlmanNino.

“Jam Rawan” seperti biasa menawarkan pesona Pop LaleIlmanNino yang hadir dalam melodi catchy dalam petikan gitar yang diselang seli dengan harmoni indah vokal Nino dan Marion Jola yang menzahirkan lagu sebagai sebuah naskhah yang menyanangkan.

Kelibat LaleIlmanNino dalam kembara kerjaya Marion Jola saya kira bukan sesuatu yang asing. Kolaborasi mereka saya kira sentiasa mengena dengan chemistry bermuzik yang baik. Biar sehingga hari ini saya kira masih belum ada single kolaborasi dua nama besar ini gagal menarik minat pendengar.

“Jam Rawan” dan “Aduh” yang beredar tahun ini saya kira melengkapkan portfolio muzik Marion Jola dengan cukup membanggakan. She’s current, lively dan tidak terlalu mencuba untuk melakukan sesuatu yang tidak perlu. It’s all about her pure talent.

9/10


ARTIKEL BERKAITAN

Panahan Pandang Pertama Marion Jola di Single “Aduh”

#RetrospektifMuzik, Review,

Melayani Vokal Hebat Yunizar Hussein Menerusi Album Terbitan 1980

Album: Yunizar (1980)
Artis: Yunizar Hussein  
Produced & Arranged by: Ooi Eow Jin

Yunizar Hussein cukup sinonim dengan hits duet bersama M.Nasir menerusi lagu “Dua Insan” yang meletakkan namanya cukup ikonik di era 80-an. Usai fasa Bintang RTM yang disertainya di penghujung 70-an Yunizar ditawarkan kontrak rakaman bersama Phillips yang juga sebumbung bersama Alleycats dan M.Nasir ketika itu.

Album perdananya berjudul “Cinta” yang beredar di tahun 1979 menjadi pertaruhan yang agak perlahan sambutannya. Hanya di album kedua self-titled (1980) ini nama Yunizar mula dekat dengan pendengar.

Mengambil ilham Malay Pop dengan sentuhan balada, irama tradisional dan Pop menampilkan 10 lagu yang solid sebagai sebuah album dengan feel Melayu yang cukup baik. Seawal album ini dibuka dengan lagu “Joget Berpantun” saya sudah enjoy dengan feel lagu ini yang cukup memikat pendengaran.

Hal yang membuatkan saya senang mendengarkan album ini adalah kerana clarity vokal Yunizar yang cukup jelas dalam penyampaiannya. Cerita dalam setiap lagu disampaikan dengan cukup memaknakan bait-bait yang ditulis.

Projection vokalnya sangat-sangat baik sekali. Lagu rakaman semula Hetty Koes Endang berjudul “Dingin” antara penyampaian terbaik Yunizar di album ini dengan beberapa lagu lain seperti “Hatiku Luka Kerana Melukakanmu” yang begitu syahdu sekali perasaanya. This one of best ballad di album ini dan tak salah jika saya katakan sepanjang era 80-an.

“Mengapa Terkenang” sebuah lagi lagu dengan feel retro yang cukup menarik pendengaran. Muziknya begitu lively seperti mendengar persembahan live dalam persembahan vokal Yunizar yang cukup hebat sekali.

Album ini terhasil dalam acuan tipikal Pop 80-an seperti apa yang kita biasa dengan menerusi album-album Sharifah Aini, Khatijah Ibrahim juga Salamiah Hassan namun apa yang membezakan penyanyi-penyanyi hebat ini adalah corak penyampaian yang cukup tersendiri.

Tracklist

A1 Joget Berpantun

Composed By – Ooi Eow Jin
Featuring – M. Nasir
Lyrics By – Usman Awang
2:30
A2 Dingin

Composed By – Rinto Harahap
Lyrics By – Hetty Koes Endang
4:44
A3 Hanya Kejujuran

Composed By – Hamed (2), Yunizar
Lyrics By – M. Nasir
3:15
A4 Sesegar Sewangi Pagi

Composed By – Ooi Eow Jin
Lyrics By – Siti Zaleha Hashim
3:21
A5 Aku Kecewa

Written By – A.R. Ismail
3:37
B1 Mengapa Terkenang

Composed By – Shahruddin Amin
Lyrics By – Hashim B.A
2:58
B2 Dua Insan

Composed By – A. Rahim (2)
Composed By, Lyrics By, Featuring – M. Nasir
3:29
B3 Rupanya Kita Sesama Sengsara

Composed By – Ooi Eow Jin
Lyrics By – Aaswie Yusir
3:21
B4 Hatiku Luka Kerana Melukakanmu

Composed By – Hamed (2), Yunizar
Lyrics By – Rogayah Hamid, Siti Zaleha Hashim
3:51
B5 Bukan Tak Sudi

Composed By – Hamed (2), Yunizar
Lyrics By – Siti Zaleha Hashim

ARTIKEL BERKAITAN

Menelusuri 4 Dekad Kolaborasi Hamzah Dolmat & Sharifah Aini – Lela Manja Sebagai Naskhah Magnum Opus Muzik Melayu Asli

Review, Terkini,

Usai Fasa GV, Mimifly Tampil 2 Single Kolaborasi Bersama Altimet & Balqis

Iqie Hugh (World Peace Entertainment) & Shaqiel Naufal

Nama Mimifly dalam legasi Pop tempatan saya kira mungkin masih belum benar-benar menemukan titik puncaknya sekalipun bakat yang dia miliki sepatutnya sudah mampu mengangkatnya ke tempat yang lebih tinggi.

Single “Superfly” yang beredar pada 2018 sebetulnya mampu meninggikan namanya di pasaran besar muzk lokal namun mungkin soal rezeki juga Mimifly tidak begitu diraikan sekalipun lagu tersebut sebuah naskhah yang baik.

Namun itu bukan persoalan besar saya kira kerana apa yang penting adalah keinginan Mimi untuk terus bermuzik tanpa henti. Usai fasa Gegar Vaganza, Mimifly bergerak solo kembali – Sebetulnya dia patut join GV as solo bukan grup sebab terlalu banyak hal yang boleh dia tawarkan on stage tapi disebabkan dia berkumpulan banyak hal yang tak dapat kita tengok.

Terkini Mimi tampil dengan dua single kolaborasi bersama Ratu Balqis (Buaya) dan bersama Altimet (Hujan) yang kedua-duanya beredar pada masa yang sama mengangkat kelebihan bermuzik Mimifly dalam penyampaian lagu-lagu rancak.

Kolaborasi bersama Ratu Balqis menerusi “Buaya” cukup solid sebagai sebuah lagu yang cukup moden, terkini dan terhasil dalam produksi muzik yang cukup catchy – senang diterima pendengar lokal.

Lagu ini punya potensi yang cukup besar untuk popular dan personally saya amat berharap lagu ini dapat menaikkan nama Mimifly dan juga Ratu Balqis. A very good radio Pop.

Komposer: Mimifly & Khairafik Khairudin

Kolaborasi kedua bersama Altimet berjudul “Hujan” menampilkan sisi berbeza Mimifly yang dirasai feel nyanyiannya. “Hujan” terhasil dalam naskah Pop yang sedikit heavy namun cukup sedap melodinya.

Saya punya harapan besar untuk melihat Mimifly menjadi Pop Dance artiste local yang punya jalan panjang dan diangkat ke tahap yang sepatutnya. Mimifly dan pengurusan karier muziknya harus bekerja keras untuk meletakkan nama Mimi benar-benar di puncak.

Beberapa produser yang harus Mimifly bekerjasama adalah YonnyBoii, MFMF., Alif, MyPopMachine dan untuk pasaran komesil Mimi harus mendapatkan naskhah Hael dan Ezra Kong kerana sudah tiba masanya bakat Mimifly diangkat sebaiknya.


ARTIKEL BERKAITAN

Andi Bernadee Melepas Lelah Lewat Single “Penat”

Review, Terkini,

“Soulmate” Persembahan Sederhana Arsy Widianto & Brisia Jodie

Album: Soulmate (2020)
Artis: Arsy Widianto & Brisia Jodie
Produced & Arranged by: Yovie Widianto / LaleIlmanNino / Adrian Kitut

Nama Arsy Widianto & Brisia Jodie begitu booming sejak mereka merilis single “Dengan Caraku” pada tahun 2018 dengan jumlah tontonan di YouTube lebih 80 Juta dan strim Spotify yang sehingga hari ini sudah melebihi angka 40 juta keseluruhan.

Ini bukan angka biasa buat bakat baru yang meniti bibir pendengar muzik nusantara. Dengan didikan muzik maestro Yovie Widianto, kedua-dua anak muda ini cukup mudah menarik minat pendengar dengan pesona vokal yang mereka miliki.

Setelah itu Arsy juga Brisia meneruskan ledakan duet mereka dengan hits “Sejauh Dua Benua” sebelum sempat mengeluarkan single solo masing-masing dengan begitu booming sekali penerimaan pendengar.

EP “Soulmate” yang terhasil dalam 6 lagu keseluruhan ini menmpilkan ilham Pop Easy Listening yang cukup ringan sifatnya sesuai dalam listrik lirik cinta muda mudi yang cocok dengan suara kedua-dua mereka.

Yovie Widianto mengemudi album ini dengan satu acuan yang menghasilkan sweet Pop anak muda dalam rangkaian lagu-lagu seperti “Rindu Dalam Hati” contohnya antara lagu yang tidak sukar untuk dinikmati.

Produser trio LaleIlmanNino turut membuahkan ilham menerusi lagu “Mantan Teman” yang kental signature muzik produser ini.

Overall “Soulmate” tidaklah terhasil dalam persembahan Pop yang datang dengan idea baru, semuanya terasa biasa dengan melodi-melodi yang sering kita dengar ilhamnya.

Namun ia cocok sebagai sebuah kolaborasi yang menyatukan dua suara anak muda hari ini dalam satu standard rakaman muzik yang kualitinya cukup baik.

6.8/10


ARTIKEL BERKAITAN

Meraikan Naskhah Pop Yovie Widianto Dalam 3 Rendisi #TerlanjurMencinta