Review,

Atilia No.3 – “My Future Kids, This Album Is Made Out of Pure Love… It’s For You.”

Ketika Atilia mucul dengan Sangkar 10 tahun lalu, dia benar-benar membuka mata saya akan bakat seni muzik yang ada padanya. Dengan khidmat Roslan Aziz, Atilia bergerak melawan arus Pop semasa ketika itu yang banyak dimonopoli Audi Mok (Dayang, Ferhad, Liza Hanim, Nikki, Zahid, Ning).

Sangkar membawa pendengar jauh kepada idea muzikal yang bermain dengan odd melody yang saya kira sukar dihadam pendengar semasa. Namun itu adalah antara album terbaik yang dihasilkan pada tahun 2007. Even tidak tersenarai dalam top 5 Album Pop Terbaik AIM, saya kira Sangkar masih menjadi penting dalam sejarah muzik tempatan.

Selepas itu Atilia pada tahun 2010, Atilia muncul dengan Indah yang membuat saya sangat teruja kerana Sangkar terlalu bagus penghasilannya. Namun saya kecam teruk album ini kerana saya kurang faham arah Atilia ketika itu (Boleh baca di sini https://muzikkitamy.blogspot.my/2010/08/atilia-indah.html ).

Transisi Pop Indo dalam lagu-lagu seperti Indah, Harus Bagaimana dan Silly Little Thing bagi saya ketika itu bagai satu putaran 360 darjah yang nyata berbeza dengan apa yang ditawarkan dalam Sangkar. And to be frank I hate that album so much (tapi masa tu lah).

Now bila saya tahu Atilia akan keluar full album dengan judul No.3 ini saya buka fikiran juga emosi untuk faham corak muzik Indah. Ya, sound Indah terlalu Indo Pop bagi saya dan kenapa saya kena dengar Indah kalau saya boleh dengar Maliq & d’Essentials, Hivi, Monita Tahalea atau Bonita?

Tapi saya kira Atilia seorang artis yang faham akan kraf yang dia mahu diasosiasikan. Lihat sahaja bagaimana Maliq & d’Essentials evolvesebagai pengkarya. Bermula album Sriwedari mereka merencana satu rentak muzik yang nyata berbeza dengan tiga album terawal (1st, Free Your Mind dan The Beginning of a Beautiful Life). Maliq dalam Sriwedari, Musik Pop dan Senandung Senandika pergi jauh pada idea fusionnusantara dengan pengaruh muzik 70-an khususnya.

Jadi begitu dengan Atilia. Dia tahu dan mahu lakukan apa yang dia percaya baik untuknya. Ya, jika dia terus bergantung pada Roslan Aziz dan Mukhlis Nor album-albumnya akan jadi album yang cukup poetic namun saya kira Alitia hanya menemukan kepuasan sebenar dengan melakukannya sendiri bersama produsernya T.K, Jason Voo dan Adam Sofian.

Maka terlahirlah No.3 dengan single pertamanya Aku Curiga (saduran Salamiah Hassan), Segalanya (Duet Lokman Aslam) dan Bahagiaku (saduran Tiwu Rayi). Sembilan lagu dalam album ini kebanyakannya lagu saduran selain Aku Curiga dan Bahagiaku lagu lain adalah No Fruits For Today (Sore), Cintaku Mengatasi Segalanya (Salamiah Hassan) dan Untuk Perempuan Yang Sedang Dalam Pelukan (Payung Teduh).

Saya tiada masalah dengan trak-trak saduran tersebut cuma masalah saya adalah susunan trak keseluruhan album. Jadi untuk memuaskan telinga sendiri saya menyusun lain di akaun Apple Music dan Spotify mengikut continuitymuzik serta melodi yang saya kira lebih seronok untuk dilayan. Berikut susunan saya

Bahagiaku (Choky Naingolan)
Sandaranku (Atilia / Derek Jhingoree)
Segalanya (Lokman Aslam)
Cintaku Mengatasi Segalanya (Freddie Fernandez / Habsah Hassan)
No Fruits for Today (Ade Paloh / Mondo)
Aku Curiga (Simon Justin Leo / weizek)
Kurnia Syurgawi (Amirah Ali / Sulu Sarawak)
Perempuan (Is Payung Teduh)
Realize (Atilia / Jason Voo)

Okey, maka dengan itu review album No.3 bermula di sini (intro paling panjang pernah saya buat) dan dengan seronoknya jugalah saya melayan lagu Bahagiakuyang begitu indah sekali penciptaannya. Saya tidak pasti bila kali terakhir saya dengar lagu melayu yang happy (maklumlah budak-budak sekarang suka buat lagu GANTUNG dan MATI. I mean, seriously?)

I really really love this track. Seperti mana judulnya, sebegitulah perasaan saya mendengar lagu ini. Bahagiaku is a happy song (obviously) yang datang dengan melodi catchy, susunan muzik yang tidak terlalu complicated dan lirik yang cantik sekali tulisannya. Bait “Bahagiaku Cuma sama kamu, senang bila ada kamu, kuingin selalu bersamamu.”  Saya ulang berkali-kali mendengarnya.

Kemudian duet Sandaranku bersama Adibah meneruskan segala rasa bahagia yang ada dalam Bahagiaku. Tapi kali ini Atilia membawa idea persahabatan. Saya sangat sukakan kolaborasi ini, vokal kedua-dua mereka complete each other voices. Sangat lembut, sangat sweet dan saya tak pasti bila kali terakhir ada orang buat lagu macam ni. This song definitely one of the best dalam No.3.

Segalanya, satu lagu duet bersama Lokman Aslam yang diubah sikit susunan muziknya. Nak dengar rakaman awal boleh YouTube muzik video lagu ni. Saya prefer versionalbum sebab saya tak suka soundviolin dalam original recording. Cuma bahagian intro saya lebih suka versi asal. Segala happiness dalam Bahagiaku dan Sandaranku diteruskan dalam lagu ini. Korus lagu ni sangat sangat sedap dan jujur saya sangat terbuai dengan blend vokal Atilia dan Lokman dalam lagu ini. Sempurna!

Cintaku Mengatasi Segalanya sebuah saduran yang cukup indah. Bagusnya penyanyi seperti Atilia adalah dia tahu bagaimana mentafsirkan nyanyian pada lagu ballad dengan cara yang paling lembut dan soulful. Tanpa perlu struggle untuk capai nota tinggi (dalam erti kata lain berusaha keras get people attention – yes, I can hit the high note tapi sharp dan keras). Saya suka rendisi ini kerana segala kelembutan yang ada dalam lagu ini.

No Fruits For Today dan Aku Curiga meneruskan nota-nota gembira dalam melodi dan susunan muziknya. I can easily relate to both. Saya Cuma gagal dalam memahami rendisi Atilia menerusi lagu Untuk Perempuan Yang Sedang Dalam Pelukan. Especially bahagian hujung ada suara Is.

Realize ada esen susunan muzik dalam beberapa trak album Sangkar. Personally, saya suka melodi lagu ini cuma kurang suka dengan susunan muziknya sahaja. But not too bad overall sedap. Album ini ada satu lagi ballad berjudul Kurnia Syurgawi. Verse lagu ini sangat baik cuma koruusnya terlalu Melayu.

Saya sejujurnya gembira dengan kemunculan semula Atilia dengan album penuh No.3 ini. Seperti yang saya katakan awal tadi Atilia (sepertimana Maliq n d’Essentials) evolve sebagai pemuzik juga penyanyi yang tahu apa terbaik buatnya. No.3 bukan untuk pendengar radio semasa atau yang masih mengharapkan esen Sangkar. Saya kira saya sudah move on dari Sangkar dan mula menghargai Indah kerana album No.3 ini.

Buat Atilia, saya berharap anda tidak berhenti. Biar selama mana masa yang perlu diambil menghasilkan album studio keempat nanti kerana jika tidak banyak yang mahu mendengar setidaknya saya masih lagi mengharapkan penyanyi seperti anda terus berkarya (kerana saya semakin lelah dengan penyanyi yang hanya mahu mencapai high note tanpa faham apa itu itu seni nyanyian).

 

 

Review,

Isyana Sarasvati – Paradox: Nuansa Pop Moden Yang Menyenangkan

Saat awal saya mendengar Isyana pada single Keep Being You dengan feel R&B Mariah Carey yang kuat saya kira Isyana hanya sosok bakat baru yang biasa-biasa sahaja sehinggalah balada Tetap Dalam Jiwa menyusul sebagai single. Dan saat ini I have second thought pada bakat ini, Isyana bakal bersinar bisik hati saya.

Dan ya, nyata dia bersinar dengan cemerlang menerusi album debut Explore sehinggakan memanjat carta lagu-lagu popular di Malaysia hanya dengan single Tetap Dalam Jiwa itu sehingga menerbangkan Isyana ke pentas Anugerah Bintang Popular Malaysia 2016.

Tanpa membuang banyak masa Isyana terus bersinar dengan single Anganku Anganmu (duet Raisa) dan Sekali Lagi (OST Critical Eleven) yang terlebih awal diperdengarkan sebelum Paradox menyusul sebagai album penuh yang saya sifatkan cukup solid dalam mentafsir arah muzik Isyana.

Album ini masih berlegar idea Explore tetapi di-enhace dengan kualiti muzik, rakaman dan persembahan matang Isyana sebagai penyanyi. Lagu-lagu hebat dalam album ini seperti Lembaran Buku yang dibuka cukup cantik dengan iringan piano antara personal favourite saya.

Feel hebat Isyana diteruskan dalam lagu seperti Winter Song dan Nada Cinta. Sekali Lagi juga lagu balada yang sangat hebat bagi saya. Cuma apa yang kurang dalam Paradox adalah elemen kejutan – semua lagu-lagu dalam album ini agak predictable biar lagu di dalam album ini sedap-sedap semuanya.

Review,

Retorik Seni Muzikal Monoloque Dalam “Jangan Puja Sampai Kecewa”


Saya mula mendengar Butterfingers lambat sebetulnya. Muzik mereka hanya mampu saya hadam dan faham semasa Selamat Tinggal Dunia diedarkan. Dan hanya selepas itu saya perlahan-lahan belajar mendengar Transcendence juga Malayneum (Transcendence all time fav saya) untuk lebih memahami corak muzik mereka.

Biar tidak faham pada awalnya (sebelum Selamat Tinggal Dunia) saya tidak menafikan mereka antara genius muzik lokal yang kita ada. Eksperimental dalam Selamat Tinggal Dunia antara album paling hebat yang pernah dihasilkan dalam Bahasa Melayu – sehebat Gamal (Zainal Abidin) Sheila Majid (Ratu) KRU (Oh La! La!)

Selepas itu, saya mendengar Loque dalam satu gig menyanyikan lagu Cinta dan ya saya jatuh cinta. Lagu Cinta turut dimuatkan dalam album Hikayat Halimunan Abad ke-21 – Jejak Tanah yang sekali lagi membuka mata saya betapa kreatifnya Loque dalam memanipulasi melodi nusantara dengan apa jua influence barat yang ada dalam dirinya.

I mean, dengar saja kolaborasi maha hebat bersama Azlina Aziz dalam Batu Belah Batu Konkrit. Lagu itu sahaja sudah boleh jadi alasan mengapa saya tidak kisah untuk mengeluarkan wang untuk membeli CD. Antara fav lain adalah Kupu-Kupu Malam dan Gurindam Hutan Batu.

Okey sekarang saya nak bercakap fasal Jangan Puja Sampai Kecewa. Album ini terlebih dahulu diperkenalkan dengan lagu Ringgit few years back. Dan nasihat saya bagi yang sukar enjoy Monoloque cara terbaik adalah baca naskhah lirik yang ditulis sambil mendengar especially untuk pendengar tegar Pop Siti seperti saya (tapi SimetriSiti sucks).

Bait lirik Ringgit paling relevan dan mind blowing. Baca bait di bawah:

“Bila poket kosong
Ramai orang lekas tersinggung
Cari kertas gambar Agong
Kalau takde bungkus balik kampung”

Bila jatuh pokai
Semua rancangan terbengkalai
Borak pun dah tak berlagak pandai

Duit, nak cari duit
Kenapa kau tak jatuh dari langit
Hidup ini memang perit
Kalau kau hamba wang ringgit

Feel rock n roll dalam Badang Kotaraya sebuah lagi lagu hebat dalam album ini, saya fikir pada saat ini Loque tahu apa yang perlu ada untuk bikin sebuah lagu daripada formula sedia ada dengan eksperimentasi muzik nusantara yang cukup segar sekali.

Selagi Ada Waktu adalah lagu terbaik dalam album ini. Feel lagu ini luar biasa, penulisan Loque sekali buat saya kagum. Lagu ini ibarat satu kalam humanisme yang cukup religious digerakkan dengan penciptaan melodi yang bagus dan feel Loque yang baik dalam caranya tersendiri. Saya mengulang dengar lagu ini berkali-kali sebelum ke trak seterusnya. Dan saya sifatkan ini lagu paling deep yang pernah dihasilkan MonolQue.

Masih Aku Terasa lagu saduran Gersang agak disturbing (atau saya anggap saya kurang faham rendisi ini). Intro Cikgu sedap  dan  bagus – overall lagu ini bagi flavour yang bagus untuk melengkapkan Jangan Puja Sampai Kecewa.

Album ini ditutup dengan Abah yang begitu emotional sekali. Ada feel lagu Cinta. Saya tak tahulah kalau korang dengar lagu ni dan tanpa ada rasa apa-apa korang ada masalah perasaan. Ini lagu yang saya ulang dengar berkali-kali-kali-kali.

 

 

Review,

“Angin Kencang” Pesona Kedewasaan Muzik Noh Salleh

Album studio perdana yang diedarkan pada tahun 2014, Angin Kencang membuka satu haluan baru arus muzik perdana. Noh Salleh yang asal bergerak sebagai penyanyi hip-hop kemudian menjadi indie rock star sekali lagi beralih pada satu genre yang lebih dewasa dan ‘berat’.

Saya tidak pasti jika ada pemuzik muda yang begitu berani selain Noh dalam menghasilkan sebuah album yang seberat ini. Jika di negara seberang pasaran muzik begini bukan sesuatu yang baru. Nama seperti Sore, Payung Teduh, Pandai Besi, White Shoes, Float atau Mondo Gascaro bukan nama asing dalam legasi muzik sebegini.

Feel jazz dan psychedelic pop dalam Angin Kencang cukup tebal dan saya kira album tersebut masih antara album terbaik dan paling yang pernah diterbitkan pada tahun 2014. Selepas itu, Noh diam tanpa sebarang rilis baru namun nyata diamnya bukan diam kosong.

Awal Ogos lalu Angin Kencang dilancarkan semula dengan kejutan 3 lagu baru yang saya sifatkan sebagai maha dahsyat. Tiga lagu tersebut adalah Mr. Polia (Noh Salleh / Sigit Pramudita), Sarawak (Noh Salleh) dan Renjana (Noh Salleh / Rahne Putri).

Apa yang menarik perhatian saya tentang 3 lagu terbaru ini adalah kualiti produksi yang bukan biasa-biasa. Noh buka mata saya untuk melihat dia sebagai pemuzik yang serius – tiada lagi “pagi yang gelap kini sudah terang” atau “waktu duka dulu kita lalui bersama”

Semuanya dibikin cukup puitis sekali. Bait-bait penulisan lirik dalam tiga lagu ini disusun begitu cantik sekali. Daripada romantisme Renjana – “oh renjana bergelora menyeduh hangatnya jiwa sepi air mata” sehingga bait-bait indah dalam Sarawak buat saya melayang.

Kemasan susunan string dalam album ini yang dikendali oleh Alvin Witarasa cukup hebat sekali. Dan album ini diproduksi bukan calang-calang produser. Andink Pratama (The Upstairs) dan Ramondo Gascaro (Mondo Gascaro).

Saya kira kita harus berterima kasih pada Noh, di saat terlalu banyak bakat baru yang tampil dalam idea “Pop Achik & Nana” dan bakat lama yang hanya selesa untuk diam di rumah, Noh setidaknya menjentik tidak banyak, sedikit sesuatu yang lebih serius dan solid.

 

#PerspektifMuzik,

#MERDEKA64 “POPTRIOTIK” Cara Kita

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Standing In The Eyes of The World yang ditulis Wah Idris bersama vokalis kugiran asal Amerika Syarikat, David Gates daripada kumpulan Bread mencipta satu impak sempurna dan ikonik Sukan Komanwel 1998. Ella dilihat sebagai pelantun paling sempurna mengalunkan melodi yang cukup hebat tersebut.

Selepas itu, kita masih berkira-kira dalam menghasilkan pop patriotik (saya sebut sebagai Poptriotik) untuk diketengahkan. Sama ada kita tidak punya material yang bagus untuk diketengahkan atau kurangnya minat terhadap lagu-lagu begini.

David Gates turut merakam lagu ini dalam versinya selain remake sempurna V.E bersama Ella, Too Phat, Ruffedge dan Sazzy. Susunan muzik diubah dengan feel gospel blues dan hip-hop dimasukkan unsur koir yang cukup harmoni.

APA YANG PERLU ADA DALAM SEBUAH ‘POPTRIOTIK’?
Bercerita tentang melodi Poptriotik, apa yang penting adalah penulisan lirik yang positif selain pemilihan melodi yang kuat daripada segi susunan muzik. Rujukan paling mudah adalah gospel blues dan pop dalam kebanyakan lagu-lagu barat.

Namun jika ingin dikatakan tiada melodi melayu yang mampu dibikin menjadi naskhah Poptriotik, Sudirman lebih awal menyulam jiwa melayu dalam Warisan begitu juga Aishah dalam Bahtera Merdeka yang menjadi lagu patriotik paling ikonik sehingga hari ini.

Tahun 2000, karya Azlan Abu Hassan berjudul Pengorbanan gabungan duo Liza Aziz dan Azlina Aziz mengisi runut bunyi filem Leftenan Adnan. Melodi sempurna Azlan ini hadir susunan string yang cukup hebat sekali dengan susunan bait lirik yang menyentuh.

Generasi baru seperti Altimet dan Faizal Tahir mencipta satu nuansa lebih moden dan seiring dengan pasaran semasa. Lagu berjudul Negaraku yang dirilis sekitar tahun lalu saya sifatkan sebagai lagu terbaik selepas era Standing In The Eyes of The World.

Gabungan FT bersama Altimet, Joe Flizzow dan SonaOne mencipta nuansa pop semangat yang cukup hebat sekali. Jujur saya goosebump setiap kali mendengarkan lagu ini. Semangat spiritual yang dicipta dalam lagu ini cukup bagus.

Adibah Noor dan Dina juga ada merilis single berjudul Malaysia Kau Ku Cinta dan tahun lalu gabungan Jaclyn Victor dan Hafiz Suip berjudul Aku Negaraku juga mendapat perhatian radio semasa. Melodi Pop up tempo begini saya kira cukup baik dalam menyemarakkan semangat patriotisme.

#RetrospektifMuzik,

Sharizan – Hadir (1996) Persembahan Pop Yang Terpinggir

Tahun 1996 nama Sahrizan terbit dalam sinar Siti Nurhaliza yang cukup membangkit satu fenomena yang luar biasa menerusi hits Jerat Percintaan. Nama Sharizan diangkat sebagai pemenang Artis Baru Lelaki Terbaik AIM menewaskan Joe, Mel, Elji dan Dr. Wan Zawawi (I have lost memory about this four).

Bersama-sama Siti Nurhaliza mereka berdua pulang megah trofi Artis Baru Terbaik ketika itu. Album diberi judul Hadir menghasilkan dua single yang cukup dominan bagi kerjaya Sharizan iaitu I Am No King (Helen Yap) dan Aku Masih Sayang (Georgie Leiwakbessy).

Lama sebetulnya saya mencari album ini, maklumlah ketika album ini diedarkan saya baru berusia 11 tahun dan for sure memang takkan mampu membeli sebuah CD ketika itu. Jadi dengan saluran radio dan televisyen yang ada sahajalah cara saya untuk dengar dan enjoy I Am No King yang saya sangat hafal ketika itu melodinya.

Album ini bukan album Pop biasa. Mengapa saya berkata begitu? Lihat sahaja senarai produsernya – Mus Mujiono, Zul Mahat, Helen Yap, Adnan Abu Hassan dan M.Nasir. Album ini turut menampilkan dua lagu ciptaan Azlan Abu Hassan dan lirik tulisan Johan Nawawi. Disebabkan itu saya bilang album in bukan naskhah biasa-biasa.

Mus Mujiono mengemudi album ini memberi esen Indo Pop yang cukup kental

Menerusi beberapa trak seperti Cinta Yang Hilang, Aku Masih Sayang dan Bahtera Rindu. Mus Mujiono sebetulnya pemuzik jazz juga produser seberang yang pernah bergerak bersama Glenn Fredly menerusi group Funk Section.

Album sebetulnya memiliki standard album-album Indonesia yang diedarkan pada tahun serupa seperti Ruth Sahanaya, Glenn Fredly, Harvey Malaiholo dan ada feel Fariz RM juga. This is a very good standard untuk seorang penyanyi tempatan.

Ini kerana Sharizan antara artis lelaki tempatan yang tampil dengan konsep begini selain Casey menerusi album Seribu Impian. Artis wanita yang dominan dengan muzik begini Fairuz Hussein dan Liza Aziz. Namun nama-nama ini seperti biasa terpinggir kerana tempias muzik Balada yang mendominasi pasaran.

Rencah R&B yang ada dalam album ini juga begitu baik sekali. Saya paling sukakan lagu Kasih Pertama dan Kini yang dicipta Azlan Abu Hassan kerana begitu cocok sekali dengan kotak suara juga feel Sharizan. Bunyian sax dalam lagu Kini begitu hebat sekali. This is a perfect song dalam album ini.

Sebelum adanya Ferhad, Innuendo atau Anuar Zain – Sharizan telah lebih awal memberi feel R&B yang hebat dalam senario muzik tempatan. Album ini antara yang masih lagi relevan penciptaan melodi dan produksinya. Dan ternyata penantian 21 tahun saya untuk mendapatkan physical cd album hadir nyata berbaloi sekali.

 

Uncategorized,

Ledakan Duet Pop Semasa – Strategi Pemasaran Muzik Yang Lebih Berkesan

Kolaborasi bukan idea baru dalam pemasaran muzik tempatan. Gabungan dua atau tiga penyanyi dalam satu sebetulnya satu strategi yang baik dalam memberi pendedahan penyanyi yang digabungkan pada masa yang sama mengukuhkan portfolio seseorang penyanyi itu sendiri.
Akhiran ini, semakin banyak lagu duet dipertaruhkan sebagai single perdana mengisi frekuansi radio tempatan dan strim digital. Nama Datuk Siti Nurhaliza paling dominan dalam menghasilkan single duet yang saya sifatkan sebagai percaturan bijak membuat namanya relevan di pasaran semasa.
Siti berduet dengan Hafiz dalam lagu Muara Hati (lagu tema Adam & Hawa) menjadi naskhah yang meneruskan keberadaannya dalam pasaran semasa seiring dengan artis-artis baru meningkat naik ketika itu.
Formula ini diteruskan dengan duet Siti Bersama bakat seberang, Cakra Khan yang ketika itu (2014) sedang digilai tidak hanya di Indonesia tetapi di Malaysia. Dan sekali lagi formula ini nyata berjaya menjadikan nama Siti terus kekal mekar dalam carta lagu thits tempatan.
Tanpa perlu mengambil masa yang lama Faizal Tahir digabungkan bersama Siti menghasilkan balada terhebat 2016 berjudul Dirgahayu yang dimuatkan dalam album studio FT berjudul Anatomi. Lagu tersebut nyata cukup berhantu. Kejayaan ini diteruskan dengan duet terkini Siti Bersama Judika dalam lagu Kisah Kuinginkan yang dimuatkan dalam album terbarunya, SimetriSiti.

 2015 Tahun Paling Banyak Hits Duet?

Buka kembali kalender muzik 2015, saya kira ia memang tahun yang meneruskan fenomena “duet” yang hebat. Gandingan Misha Omar bersama Hafiz dalam Terimaku Seadanya (Ajai), Shila & Alif Satar menerusi Selamanya Cinta (Shila Amzah) dan Faizal Tahir bersama Elizabeth Tan menerusi Setia.
Kesemua lagu-lagu ini menjadi lagu penting sepanjang tahun lalu dan diiktiraf sehingga ke pentas Anugerah Juara Lagu yang berlangsung Januari lalu.
Kolaborasi hip-hop lebih awal dimulakan dalam skala besar oleh Too Phat. Gabungan mereka bersama legenda Sharifah Aini, Siti Nurhaliza, Innuendo dan Camelia mencipta sesuatu yang lebih segar dan tersendiri. Dan selepas itu formula serupa diikuti rapper yang lain sehingga hari ini.

“Duo Star” Penerus Fenomena

Idea Astro memperkenalkan Duo Star saya sifatkan sesuatu yang sihat untuk perkembangan muzik lokal. Pertama kerana ia medan bagi mengetengahkan bakat sebenar dan kedua mampu menambah jumlah lagu-lagu yang berkualiti.
Haiza bersama Aepul menghasilkan Jangan Pernah berdusta – pop dengan esen rock yang didangdutkan. Ayai dan Firman dalam Pop rock Yakin Aku.
Dan yang paling saya suka adalah kolaborasi Awi Rafael & Kaka menerusi Ada Jalannya serta yang paling serasi juara  Duo Star Ernie Zakri dan Syamel menerusi balada terbaik Aku Cinta. Gabungan Ernie dan Syamel saya sifatkan sebagai yang paling sempurna. Tidak salah jika mahu meletakkan mereka sebagai pelapis penghibur masa depan.

 Wangikanlah Hatimu Naskhah Terbaik Tahun Ini

Sebuah lagi duet yang menarik perhatian saya adalah gabungan Noraniza Idris bersama bakat baru Tyqa menerusi Pop Etnik – Wangikanlah Hatimu yang cukup segar, moden dan pada masa yang sama masih kekal pada akar muzik tradisi.
Karya yang menggabungkan dua anak muda AG Coco dan Amir Jahari yang bertindak sebagai pencipta dan composer memberi nafas segar irama Malaysia. Namun entah di mana silapnya lagu ini bagai tidak mendapat perhatian.
Tahun lalu juga Yuna dan SonaOne sempat membuat single duet yang turut diproduksi AG Coco namun lagu tersebut tidaklah begitu hebat diperkatakan.
Bakat baru seperti Tajul dan Wany Hasrita yang dikatakan generasi baru Siti Nordiana dan Achik berjaya menawan pasaran semasa dengan cukup meluas. Biar lagu ciptaan Patrick Khamis itu sekadar mengulang serupa tetapi ia masih menjadi pilihan pendengar hari ini.
Saya lebih tertarik dengan gabungan Farawahida dan Alyah dalam lagu Mengapa Harus Aku. Penciptaan lagu ini sangat sempurna buat kedua-dua vokalis wanita ini. Malah tidak salah kiranya saya katakana ia lebih baik daripada duet Nana dan Jac menerusi lagu Nisan Cinta. 

Melodi ciptaan Alyah dalam Mengapa Harus Aku lebih melodious dan kemas berbanding duet Nana dan Jac yang agak bingit menurut saya.

Dan mungkin anda boleh juga mendengarkan duet Adibah Noor dan Atilia menerusi lagu Sandaranku yang lebih lembut, soothing dan merdu alunannya.

Review,

Siti Nurhaliza – #SimetriSiti

Rating di Twitter dengan meletakkan verdik 2 bintang untuk SimetriSiti mengundang cuak penggemar tegar Dato’ Siti Nurhaliza. Ada mengatakan saya haters dan berat sebelah dan ada yang menyatakan verdik saya tidak berasas.

Jadi dengan itu saya ingin membuat pencerahan, sedikit penjelasan dan menjadi lebih kritis dan kritikal terhadap figura seni yang sudah memiliki lebih 15 album studio sepanjang tempoh 22 tahun dia mencipta nama sebagai anak seni dalam legasi muzik tempatan yang paling tinggi darjatnya – menyamai Tan Sri S.M Salim, Sudirman, Sharifah Aini dan Sheila Majid.

Baiklah, sebagai pendengar saya sentiasa mahu dicabar dengan satu pengalaman mendengar muzik (album) lengkap yang memiliki satu konsep dengan kesinambungan muzik yang baik.

Bagi saya muzik (album) adalah satu journey perasaan yang punya cerita lengkap dan cerita lengkap itu tidak semestinya pada penulisan lirik tetapi continuity penciptaan melodi yang melengkapi antara satu lagu dengan lagu lain.

Hal-hal ini ada dalam album Pancawarna, Prasasti Seni, Transkripsi, Hadiah Daripada Hati dan Fragmen. Album-album ini contoh terbaik naskhah album yang lengkap pernah dihasilkan Siti bersama battalion muzik yang dilantik.

Saya harus menjadi lebih kritis sebagai pendengar, demand dan expectation saya tinggi terhadap Siti kerana ketika Fragmen dilahirkan saya seronok dengan produksi album tersebut dan setelah lebih 2 tahun tanpa album, saya mahukan sesuatu yang menyamai standard album tersebut atau lebih lagi.

SimetriSiti dimulakan dengan pertaruhan Segala Perasaan yang sangat istimewa penciptaannya. Jujur saya goosebumps ketika pertama kali mendengarkan lagu ini. Vokal Siti berada di tahap paling baik dengan feel yang begitu hebat sekali. Bait-bait lirik lagu ini sangat indah dan ia melengkapi segala aspek melodi, susunan muzik, kualiti rakaman dan ya saya ulang sekali lagi vokal hebat Siti yang maha dahsyat.

Jadi dengan itu saya sudah menjangkakan sesuatu yang cukup hebat akan ada pada SimetriSiti. Namun saya kecewa kerana album ini gagal dalam melengkapkan formula muzik yang saya sebut sebagai journey (pelayaran) perasaan itu tadi.

Mengapa?

Album ini dibuka indah cukup indah susunan string dalam lagu Bersandar Cinta. Namun maafkan saya Aubrey melodi lagu ini terlalu predictable dan entah mengapa mengingatkan saya pada Layarlah Kembali (Dayang Nurfaizah)

Aubrey Suwito komposer yang saya sukar menebak karya daripadanya. Contoh termudah Lebih Indah dan Jaga Dia Untukku – kedua-dua lagu ini tidak ada esen Bisakah atau Beradu Di Khayalan juga Menatap Dalam Mimpi.

Namun entah di mana kurangnya Bersandar Cinta hanya bagus pada kemasan muziknya sahaja (string dalam lagu ini begitu hebat) namun sejujurnya melodi lagu ini sekadar biasa-biasa.

Sebuah lagi lagu ciptaan Aubrey berjudul Manis Terindah juga begitu, Melodi lagu ini terlalu mudah dan tidak dinamik. Momentum album ini bagai dimatikan begitu sahaja dengan trak ini. Saya tidak punya masalah dengan lagu yang datang dalam melodi yang simple tetapi simple tidak perlu menjadi bosan dan outdated.

Lagu seperti Sayang (Faizal Tahir) atau Sabar (Ismail Izzani) contoh terbaik lagu simple yang diadun dengan nuansa semasa yang membuatkan 2 lagu tersebut segar, relevan dan tidak kedengaran old-fashioned. Namun Manis Terindah tidak ubah seperti beberapa lagu Siti yang saya sebut sebagai naskhah yang mudah dilupakan atau orang sebut sebagai filler. Lagu seperti Hanya Dirimu (Ajai) dan Pejam Matamu (G-Nola) daripada Prasasti Seni contohnya.

Aku Bukan Malaikat sebuah lagi lagu dengan formula yang diulang guna dalam lagu Ketika Cinta atau Batasku Asaku menerusi album Tahajjud Cinta. Saya sukakan alunan ketuhanan Siti dalam Mula dan Akhir (Awi Rafael) menerusi Fragmen. Lagu tersebut membawa standard muzik pop Siti lebih bercitarasa dan kedengaran asli. (Asli di sini maksud saya – dengarlah mana-mana lagu ciptaan Opick semuanya serupa).

Dalam hal ini saya tidak ada masalah dengan lagu Aku Bukan Malaikat tetapi selepas fasa Mula dan Akhir yang bagi saya sejujurnya antara lagu terbaik pernah Siti rakam, saya berharap Siti kekal pada tempo serupa tanpa kembali pada formula Tahajjud Cinta.

Kisah Ku Inginkan (Duet Judika) kembali pada aliran muzik semasa Siti. Bukan sesuatu yang baru tapi setidaknya tidak kedengaran outdated. Lagu ini kesinambungan yang baik Muara Hati, Seluruh Cinta dan Dirgahayu. Korus lagu ini sangat baik dalam memberi justifikasi yang hebat pada kedua-dua vokalis ini.

Saya hentikan review SimetriSiti di sini kerana lagu-lagu lain yang ada menerusi album ini di bawah expectation yang saya harapkan. Lagu-lagu melodi sedih dengan lirik gembira, melodi la la la..,pop rancak yang sekadar mengisi ruang kosong dan balada ala Hapuslah Air Matamu (rujuk lagu Ikrar Cinta) yang saya yakin hanya akan menjadi sebahagian daripada ratusan lagu yang bakal dilupakan.

2/10

 


ARTIKEL BERKAITAN

Dayang Nurfaizah (2017)

Review,

Dayang Nurfaizah (2017)

Sayang & Cahaya (2011) muncul ketika pasaran semasa dilonggokkan dengan naskhah indie dan hip-hop. Lagu-lagu seperti Kekanda Adinda (Mologue & Atilia) , Kotarayaku (Altimet), Senyum (Malique).  Selain Hafiz dan Faizal Tahir masih memonopoli carta radio.

Dan dengan kehadiran album tersebut yang sedikit melawan arus muzik perdana membuatkan nama Dayang Nurfaizah sedikit terpinggir. Namun dia masih kekal relevan dan dihormati sebagai penyanyi yang hebat.

Sayang & Cahaya hadir lengkap sebagai sebuah album Pop dengan sentuhan R&B yang memberi justice pada vokal Dayang. Kepuasan mendengar alunan merdunya dalam lagu seperti Sabarlah, Perlukan Cinta (bersama Tompi), Sayang (bersama Marcell) dan Stay satu pengalaman muzik yang cukup hebat.

Tuah “Di Pintu Syurga” Membawa Gelaran Juara Vokal
Biar begitu hebat persembahan album Sayang & Cahaya secara total sehingga mendapat nominasi Album Terbaik Anugerah Industri Muzik, namun album tersebut gagal menambat perhatian radio secara amnya. Namun itu bukan penanda aras untuk dia terus berhenti.

Dua tahun selepas itu, dengan pengurusan baru di bawah kendalian Sharina Ahmad dan kerjasama Indigital Sdn. Bhd. membawa satu haluan yang lebih komersil dan bagai satu magis – nama Dayang kembali menjadi sebutan dek ledakan populariti Di Pintu Syurga (Tam / Iman  Imran)

Populariti single balada tersebut bagai memberi tuah sekali lagi buat Dayang setelah hits Seandainya Masih Ada Cinta (Ajai), Pintaku Yang Terakhir (Fendi) dan Hilang (Audi Mok).

Biar secara peribadi, ketika Di Pintu Syurga diedarkan saya merasakan ia terlalu ‘lembik’ untuk seorang Dayang Nurfaizah, ia tetap berjaya sebagai pelan pemasaran yang baru untuk Dayang kembali relevan dalam pasaran semasa.

Dan yang lebih manis, populariti yang diraih itu memberikan gelaran Juara Vokal buat pertama kalinya untuk Dayang di pentas Anugerah Juara Lagu dan sekali gus membawa kemenangan tempat ketiga buatnya, Tam dan penulis Iman Imran.

Dayang Nurfaizah 2017 – Pertaruhan Balada Kelas Satu

 

Album ini dibuka cukup sempurna dengan balada indah Aubrey Suwito dalam lagu Layarlah Kembali. Jika ada satu perkataan untuk saya gambarkan tentang lagu ini adalah sempurna – melodi, lirik dan susunan muzik memberi justifikasi yang tepat untuk karakter vokal serta feel Dayang.

Ajai menulis Usah Dibilang Cinta dengan mood Indo Pop dengan similarity opening lagu Selagi Ada Cinta (Ning Baizura) dan seperti biasa sekali lagi feel dan vokal Dayang sempurna untuk balada indah ini.

Lelaki Teragung meneruskan kehebatan album ini. Genervie Kam arranger yang genius. Cara dia menyusun transisi melodi Lelaki Teragung benar-benar berpaksi pada kemampuan vokal Dayang. Saya meletakkan trak ini antara lagu terbaik album  Dayang ini.

Selain Lelaki Teragung, Genervie turut bertindak sebagai arranger dan produser untuk lagu Nanti (Syed Syahmirr / Aepul Roza) dan Takdir (Hazami). Kedua-duanya datang dengan pakej penulisan melodi yang yang cukup bagus. Nanti is one of my fav in this album.

Dia (Ezra Kong / Omar K / Hael) cukup moden dan current but my least favorite. Melodi lagu ini terlalu predictable. Dalam Diam (Aizat Amdan) punya korus yang bagu dan dua lagu lain adalah single terawal Tak Pernah Menyerah (Akid / Poji) dan Di Pintu Syurga (Tam / Iman Imran).

Killer album ini bagi saya adalah Separuh Mati Ku Bercinta (Ajai).

Semua tentang lagu ini cukup hebat sekali penghasilannya. Melodi Ajai dalam lagu ini saya sifatkan antara yang terbaik pernah dihasilkan sepanjang kariernya. Lagu ini disusun kemas oleh Ajai bersama seorang lagi maestro muzik tempatan Mac Chew. Pemilihan lagu ini sebagai single keempat album ini nyata satu pilihan yang cukup baik sekali. This is a masterpiece, satu lagi hit yang bakal mencipta sejarah tersendiri.

Overall album ini satu persembahan Pop yang sempurna sekali. Jauh meninggalkan apa yang ada di pasaran hari ini. Ia bagai siren buat semua penyanyi baru yang obses berkiblatkan balada 90-an untuk mencabar kredibiliti mereka menghasilkan sesuatu yang lebih berseni, berkelas dengan hasil yang cukup solid atas ketelitian dalam ilmu serta pengalaman muzik itu sendiri.

#RetrospektifMuzik,

Sheila Majid – 32 Tahun Nan “Gemilang” Seorang “Legenda” Muzik Tempatan


Transisi muzik Malaysia secara umum dari awal era P.Ramlee sehingga legasi yang dicipta Sudirman, Search dan Siti  Nurhaliza mencipta momen tersendiri buat bakat-bakat muzik yang cukup tersendiri ini.

Nama Sheila Majid tidak akan terlepas bila persoalan siapa ikon muzik tempatan diajukan. Bermula cukup yakin dan berbeza dengan single pengenalan – Pengemis Muda yang dimuatkan dalam debut Dimensi Baru (1985).

Dia menarik minat ramai penggemar  muzik tempatan ketika itu dengan groove serta attitude muzik yang disifatkan bercitarasa tinggi. Nama Sheila Majid ketika itu sedikit sebanyak membuka ruang bagi pemuzik Pop dengan pengaruh R&B dan Jazz seperti Fairuz Hussein dan Famieza.

“Boneka” – 13 Tahun Selepas Cinta Kita

Dalam temu bual bersama Selamat Pagi Malaysia, Sheila Majid memberitahu Boneka mengambil masa 2 tahun pembikinan. 4 daripada 100 lagu pertama yang diterima dipilih untuk dimuatkan dalam album ini.

Boneka hadir dengan 10 trak dalam nuansa yang saya sebut sebagai “Pop Sheila” solid sebagai sebuah naskhah yang lengkap sebagai pengubat rindu penggemarnya. Boneka lebih istimewa kerana menampilkan lagu ciptaan Azman Abu Hassan berjudul Kasih Abadi yang disusun dan diterbitkan oleh Tohpati.

Boneka, Melukis Dunia dan Lebih Dewasa meneruskan legasi Sinaran, Warna & Memori. Balada dalam Haruskah Ku Pergi, Aku Untukmu dan Kasih Abadi sudah pasti menjadi pengubat rindu Kerinduan, Ku Mohon, Percayalah dan Cinta Jangan Kau Pergi.

Tohpati yang bertindak sebagai produser bagi kebanyakan lagu dalam album Boneka saya kira memahami apa yang dimahukan penyanyi senior seperti Sheila Majid. Album ini datang dengan satu konsep yang solid dan tidak terlalu mencuba untuk berkompromi dengan pasaran semasa.