Tahun 1996 nama Sahrizan terbit dalam sinar Siti Nurhaliza yang cukup membangkit satu fenomena yang luar biasa menerusi hits Jerat Percintaan. Nama Sharizan diangkat sebagai pemenang Artis Baru Lelaki Terbaik AIM menewaskan Joe, Mel, Elji dan Dr. Wan Zawawi (I have lost memory about this four).
Bersama-sama Siti Nurhaliza mereka berdua pulang megah trofi Artis Baru Terbaik ketika itu. Album diberi judul Hadir menghasilkan dua single yang cukup dominan bagi kerjaya Sharizan iaitu I Am No King (Helen Yap) dan Aku Masih Sayang (Georgie Leiwakbessy).
Lama sebetulnya saya mencari album ini, maklumlah ketika album ini diedarkan saya baru berusia 11 tahun dan for sure memang takkan mampu membeli sebuah CD ketika itu. Jadi dengan saluran radio dan televisyen yang ada sahajalah cara saya untuk dengar dan enjoy I Am No King yang saya sangat hafal ketika itu melodinya.
Album ini bukan album Pop biasa. Mengapa saya berkata begitu? Lihat sahaja senarai produsernya – Mus Mujiono, Zul Mahat, Helen Yap, Adnan Abu Hassan dan M.Nasir. Album ini turut menampilkan dua lagu ciptaan Azlan Abu Hassan dan lirik tulisan Johan Nawawi. Disebabkan itu saya bilang album in bukan naskhah biasa-biasa.
Mus Mujiono mengemudi album ini memberi esen Indo Pop yang cukup kental
Menerusi beberapa trak seperti Cinta Yang Hilang, Aku Masih Sayang dan Bahtera Rindu. Mus Mujiono sebetulnya pemuzik jazz juga produser seberang yang pernah bergerak bersama Glenn Fredly menerusi group Funk Section.
Album sebetulnya memiliki standard album-album Indonesia yang diedarkan pada tahun serupa seperti Ruth Sahanaya, Glenn Fredly, Harvey Malaiholo dan ada feel Fariz RM juga. This is a very good standard untuk seorang penyanyi tempatan.
Ini kerana Sharizan antara artis lelaki tempatan yang tampil dengan konsep begini selain Casey menerusi album Seribu Impian. Artis wanita yang dominan dengan muzik begini Fairuz Hussein dan Liza Aziz. Namun nama-nama ini seperti biasa terpinggir kerana tempias muzik Balada yang mendominasi pasaran.
Rencah R&B yang ada dalam album ini juga begitu baik sekali. Saya paling sukakan lagu Kasih Pertama dan Kini yang dicipta Azlan Abu Hassan kerana begitu cocok sekali dengan kotak suara juga feel Sharizan. Bunyian sax dalam lagu Kini begitu hebat sekali. This is a perfect song dalam album ini.
Sebelum adanya Ferhad, Innuendo atau Anuar Zain – Sharizan telah lebih awal memberi feel R&B yang hebat dalam senario muzik tempatan. Album ini antara yang masih lagi relevan penciptaan melodi dan produksinya. Dan ternyata penantian 21 tahun saya untuk mendapatkan physical cd album hadir nyata berbaloi sekali.
