Highlight, Review, Terkini,

Dua Tahun Berkarier Salma Salsabil Membuka Tahun Ini Dengan “Berharap Pada Timur”

Album: Berharap Pada Timur
Artis: Salma Salsabil
Produser: S/EEK

Usai kemenangan di Indonesian Idol musim ke-12, Salma Salsabil tidak lama menantikan momennya dalam bidang muzik nusantara. Single “Bunga Hati” dan “Boleh Juga” memberi ruang untuknya membebaskan sikap dan pemikirannya sebagai pemuzik. Dan dengan dua single ini juga memberikan kejayaan buatnya di Anugerah Musik Indonesia (AMI) tahun lalu dengan dua trofi utama – Artis Solo Wanita Pop Terbaik dan Karya Produksi Terbaik menerusi “Bunga Hati”.

Melejit sebetulnya perjalanan bermuziknya yang tanpa perlu menunggu lama, lagu-lagunya diterima terbuka dan bakatnya juga semakin diperakui. Dan selaju itu juga dalam masa dua tahun dia sudah memiliki hits cari makan yang akan dia bawakan seumur karier bermuziknya.

Meneruskan kelangsungan itu, Salma bersama label muziknya Universal Music Indonesia menzahirkan sebuah album penuh “Berharap Pada Timur”. Dengan barisan lagu yang rata-ratanya dihasilkan bersama Clara Riva, Bimantoro Prasetyo dan Dimansyah bersama produksi muzik S/EEK – membentuk satu sound yang cukup tersendiri tanpa perlu dibayangi mana-mana rakan Idol lain yang sudah siap menghasilkan album.

Dibuka dengan single perdana “Berharap Pada Timur” (Clara Riva / Salma Salsabil) lagu ini meneruskan ilham Pop Salma yang bersulam ilham City Pop pada kemasan muziknya. Lagu ini cukup kuat penghasilan melodi yang menjerat sekali pendengaran dan juga menyatu sempurna vokal berat milil Salma. Sakti pengikatnya pada korus lagu ini yang dikemaskan dengan sound yang cukup segar. Ini magis yang ada apda kolaborasi S/EEK dalam memberi sentuhan mewah pada produksi muzik.

Diteruskan dengan lagu “Jenuh Tapi Butuh” (Clara Riva / Salma Salsabil) meneruskan idea “Bunga Hati” dan “Boleh Juga” – persembahan Pop yang mendekatkan Salma dengan pengikutnya. Masih menjual melodi yang catchy dan groove yang membentuk attitude bermuzik Salma semakin menarik untuk dinikmati.

Pendengaran saya teralih dan terikat pada pesona melodi “Amin” (Dimansyah Laitupa) yang saya letakkan sebagai satu daripada persembahan terbaik Salma di album ini. Soul & R&B yang membaluti lagu ini terhasil cukup sensual. Dengan feel terbaik yang dipersembahkan Salma, saya larut dalam persembahan keseluruhan lagu ini. Tempo lagu ini terjaga baik tanpa terburu-buru dan hal ini sebetulnya yang benar-benar menyerap emosi Salma dalam persembahannya yang secukupnya.

Saya semakin terlarut dengan hal-hal emosi Salma menerusi lagu “Sesal” (Bimantoro Prasetyo / Salma Salsabil / Widya Ayu). Lagu ini membawa kita ke alam Soulful Ballad yang banyak di lewat era 80-an. Kemasan muzik ala “I Have Nothing” yang dilatari keys and synth. Vokal Salma benar-benar menyerlah lewat lagu ini. Sederhana namun dia masih bercerita penuh pilu . “Semua ini terlalu berat // Aku tak sekuat itu.”

Salma kembali dengan groove yang dia miliki menerusi “Uji Nyali” (Sheryl Sheinafia / Salma Salsabil) yang menyeimbangi kembali kehendak album ini. “Memori” (Odie Agam) rakaman semula lagu yang pernah dirakam Ruth Sahanaya dan Camelia ini diramu mengikut feel 80’s Pop yang kuat pengaruhnya dan album ini ditutup dengan “Terima Kasih” (Clara Riva / Dimansyah / Salma Salsabil) sempurna – melengkapi “Berharap Pada Timur” sebagai sebuah album yang solid.

Salma Salsabil menerusi album perdananya ini sudah membuktikan dia tidak hanya penyanyi yang bergantung pada lagu hits semata tetapi memiliki satu landskap Pop yang bercitarasa tinggi. Hal ini dikerjakan sesempurnanya oleh S/EEK yang meninggikan setiap satu lagu di album ini dengan sound yang cukup mewah tanpa perlu terlalu berlebihan.

8/10

Terkini,

Mengulik Ilham Afro Beats – De Fam Persembahkan “Anak Raja”


Lagu: Anak Raja
Artis: De Fam
Komposer / Lirik: Fahimi Rahmat / Pique / Sophia Liana / Bryan B / Amir Hassan
Produser
: Bryan B

Sedar tak sedar sudah sedekad perjalanan bermuzik De Fam sejak awal mereka diperkenalkan pada tahun 2015. “#SUPERGIRLS bergerak dalam landskap Pop yang tidak banyak sedikit merubah radar muzik tempatan ke arah yang lebih baik. Sound Pop yang mereka siapkan menerusi #SUPERGIRLS terhasil segar dan kekinian. Even mendengarkannya sekarang lagu tersebut masih relevan.

Setelah itu Azira, Sophia dan Manggis mengemudi muzik mereka dengan secukupnya. Tidak selalu hadir dengan single yang bersilih ganti namun setiap kali keluar dengan lagu-lagu baru De Fam mencipta momen mereka yang tersendiri.

Panas” (ALYPH ‘Magicpotion’) antara yang paling baik sehingga hari ini telah mereka hasilkan dan dengan lagu itu juga mengekalkan momentum muzik De Fam untuk terus bergerak sebagai pemain seni muzik tempatan yang sentiasa dinantikan. Ada percubaan yang mengena dan ada yang tudak namun itu hal biasa kerana yang penting adalah konsistensi mereka untuk terus bermuzik.

Pop, Hip-Hop diramu dalam muzik mereka seperti di lagu “With You, “Berubah”, “Bila Ada Kamu” sehingga raya massive hits “Alamak Raya Lagi” terhasil catchy dance mengikat pendengaran.

Penghujung tahun lalu, De Fam sekali lagi hadir dengan buah tangan terbaru muzik mereka dengan pengbasilan lagu “Anak Raja” ciptaan bersama Fahimi Rahmat, Pique, Bryan B, Amir Hassan dan Sophia membentuk lagu ini dalam persembahan Pop yang meneruskan kelangsungan muzik mereka.

Infusi muzik Afro Beats melatari lagu ini dengan sample lagu rakyat “Nenek Bongkok Tiga” diadun sebati dengan korus yang catchy dan tempo yang sederhana. Sakti lagu ini tidak pada pendengaran pertama namun setelah berkali-kali mendengar saya baru terjerat dengan persembahan keseluruhan.

Azira memiliki tone suara yang sedap sebetulnya setelah diamati sebaiknya. Suaranya menjadi tarikan untuk saya kekal mendengarkan lagu ini. Attitude Rap Sophia juga sangat baik dan memberi satu warna yang lebih mengujakan untuk lagu ini dinikmati

“Anak Raja” terhasil sederhana untuk pendengaran saya dan mungkin ia akan agak lambat pick-up selain jika diulang-ulang dengar berkali. Namun ia masih bergerak sebagai salah satu naskhah penting sepanjang sedekad De Fam bermuzik.

7.2/10

Highlight, Review, Terkini,

bertumbuh matang, jaclyn victor menyusun naratif baru muziknya “glorious”

Album: Glorious
Artis: Jaclyn Victor
Produser: Gerald Sellan / Mux Ryzor

Dua dekad mengemudi kembara bermuzik secara solo dan terus tinggi permintaannya itu sesuatu yang besar untuk pemuzik tempatan. Jaclyn Victor satu daripadanya yang berjalan terus dalam satu perjalanan panjang yang ada turun naiknya namun masih belum mampu untuk memperlahankan langkah.

Meraikan sambutan dua puluh tahun bermuzik tahun lalu denga konsert solo perdana, Jaclyn Victor sempurna mengisi keinginan penggemarnya yang lama menantikan. Barisan hits “Gemilang”, “Ikut Rentakku”, “Bertamu Di Kalbu” sehingga kolaborasi 3 Suara menerusi “Beribu Sesalan” menjadi lagu-lagu cari makannya sehingga kini.

“Glorious” membuka 2025 sebagai persembahan Pop terkini Jac. Sebuah album penuh yang berisi pemikiran baru, bunyi yang baru dan suara yang semakin matang mengisi kehendak setiap lagu. “Lepaskan Saja” (Adrian Puan / Gerald Sellan / Amir Jahari / Hidayah Azhar) membuka album dengan satu sound yang cukup current.

Terhasil dalam satu acuan Pop yang semangatnya cukup kekinian dengan infusi Afro-Beat pada verse yang bersambut baik dengan korus yang cukup mengikat. Saya mengulang dengar lagu ini kali kedua sebelum bergerak ke trak yang berikutnya. Lagu ini sempurna mentafsirkan sound baru Jac yang cukup mengena dengan suara dan attitude bermuziknya.

“Glorious” turut diisi dengan empat single yang sudah beredar awal seperti “Kembalilah”, “Kejutkan Aku”, “Sesal Tak Bermakna” dan one my favorite “BDT” – Ketiga-tiga lagu siap dihasilkan sebagai pengenalan album ini namun tidak menggambarkan idea keseluruhan album ini. Kerana ada beberapa lagu lain yang sangat kuat mentafsir jiwa bermuzik Jac.

Dan hal ini jelas di lagu “Racun” (Adrian Puan / Gerald Sellan / Amir Jahari / Hidayah Azhar) yang menjadi key important songs dalam album ini saya kira. Penghasilannya sempurna sebagai persembahan Pop yang matang. Kemasan muzik di lagu mengikut standard Pop global yang lainnya. Saya sebetulnya puas mendengarkan bagaimana melodi, susunan muzik, produksi lagu sehingga persembahan vokal Jac benar-benar menyatu menyeluruh dan sempurna sekali.

Hook yang ada pada lagu ini menjerat pendengaran sedari awal ia dibuka dan transisinya bergerak semakin baik pabila ke bahagian korus dan ditutup dengan momentum yang buat saya puas mendengarkannya. Vokal Jac benar-benar solid.

“Airmataku” (Ilham Baso / Gerald Sellan) kembali mellow tetapi tidak tipikal suicidal mellow Balada Melayu. Dibuka dengan mood yang cukup pusam lewat gitar yang melatari dan saya suka bagaimana lagu ini disusun dalam satu tempo yang tidak terburu. Hal yang sangat penting umtuk kita melewati penceritaan Jac lewat penyampaiannya.

Kemasan muzik Gerald Sellan dan Mux Ryzor benar-benar meninggikan standard Balada ini kerana jika dinilai daripada asas melodinya lagu ini memiliki sound Indo Ballad yang biasa kita dengar. Namun susunan muzik lagu ini dikemaskan menjadi kan melodinya sounded very modern. Dan music bridge di tengahnya benar-benar menambah momentum lagu ini untuk bergerak lebih beremosi secukupnya.

Saya puas mendengarkan persembahan vokal Jac di lagu ini. Suara Jac jika diibaratkan buah, ini adalah fasa terbaik untuk dipetik dan dimakan ranum, solid dan sangat sedap. Tanpa perlu terlalu berlebih-lebih dan bermacam-macam – Jac cemerlang mengalirkan emosi terbaiknya lewat lagu ini. This is how you do Ballad.

Persembahan Jac menerusi album ini semakin meyakinkan di lagu “Inilah Saatnya” (Adrian Puan / Gerald Sellan / Amir Jahari / Hidayah Azhar) yang mengembalikan sisi Rock yang ada pada Jac ketika awal dia muncul dalam bidang seni dan di fasa Malaysian Ido dulu. Puas – itu mungkin kata yang tepat setelah mendengarkan keseluruhan lagu ini. Inilah Jac yang sebenar saya kira.

Album ini ditutup dengan “Glorious” (Aubrey Suwito / Adrian Puan) yang sekali membuat saya tersenyum mendengarkan rendisi “Gemilang” yang baru ini. Kemasan muziknya cukup sempurna dalam memberi justifikasi pada hits yang berusia lebih dua dekad ini. Standard muziknya ditinggikan dengan persembahan vokal Jac yang sekali lagi kedengaran cukup solid dan lebih substance berbanding versi asalnya.

“Glorious” seperti mana judulnya benar-benar mentafsir kematangan bermuzik Jaclyn Victor. Apa yang dipersembahan lewat album ini adalah satu pengalaman, dirangkum dalam satu album yang melengkapi setiap kehendak lagu yang dihasilkan. Menerusi album ini juga saya kira Jac sudah menemukan pemuzik yang tepat dalam memahami visi dalam muziknya kerana apa yang sudah siap dihasilkan adalah sesuatu yang solid dan mencukupi tanpa perlu berlebihan. This is probably her best work to date.

9.7/10


ARTIKEL BERKAITAN

Highlight, Review, Terkini,

noh salleh menghela hiba lewat “nirmala”

Lagu: Nirmala
Artis: Noh Salleh
Komposer / Lirik: Noh Salleh
Produser:
Noh Salleh / Vega Antares

Kematangan dan pengalaman membawa manusia ke landasan yang berbeza dalam hidup. Atas dua alasan ini juga sebetulnya mengubah sudut pandang, citarasa dan keinginan. Noh Salleh satu daripadanya yang melalui transisi ini saya kira. Apa yang dia lalui selama hayat yang lampau mentafsir pemikirannya hari ini.

Hal ini jelas dalam karya “Rahsia Tuhan” yang berjaya menyentuh banyak jiwa-jiwa yang melalui transisi hidup yang serupa. Dan setelah penghasilan lagu tersebut Noh meneruskan landskap kreatifnya dalam muzik dengan menghasilkan sebuah lagi kesyahduan dalam lagu menerusi “Nirmala”.

Melodi lagu ini sinonim dengan apa yang biasa Noh pernah hasilkan. Ilham Nusantara Folk yang menjadi aturan dan sikap dalam muziknya diterjermah sebaiknya dengan penceritaan yang personal.

Keistimewaan lagu ini letaknya pada penulisan lirik Noh. Simple dan tidak kompleks tetapi menyentuh terus ke hati yang menyatu sempurna dengan penghasilan melodinya. Persembahan sederhana Noh dalam bercerita tepat pada kehendak standard lagu ini.

Bait yang disusun seperti “Kau berlari pada ku oh kasih // Suci wangi kau berwarna putih” dan korusnya “Sang putri // Selayaknya NIRMALA” – bergerak sebagai pendewasaan Noh melihat dunia sebagai seorang figura bapa. Ada pengharapan dan kesedihan akan kehilangan. 

Hal ini jelas dalam bait “Tiada tujuan hidup // Didunia bila // Kau tiada” . Nirmala bergerak sebagai nakshah yang menjadi fasa berbeza Noh dalam menyusun naratif hidupnya. Ini adalah pengalaman yang diadun menjadi lagu yang pastinya akan menyentuh ramai father figure di luar sana yang nyata mengalami hal-hal serupa di lagu ini. 

Jika diukur daripada segi muzik, “Nirmala” bukanlah sebuah evolusi kerana ilhamnya masih dekat dengan apa yang sering Noh persembahkan. Namun lagu ini sebetulnya bergerak atas landasan naratif yang disusun untuk terus mengikat pendengar sedia ada dengan kisahnya dan Noh bijak dalam rencana ini.

7.2/10


ARTIKEL BERKAITAN

Uncategorized,

Ulasan Gegar Vaganza 11 – Minggu 9

Antara yang mengujakan dan yang masih biasa-biasa. Persembahan duet HANCUR. Peserta Gegar Vaganza yang akan ke final semakin mudah dijangka.

NING BAIZURA (50%)

Ning ada penjiwaan yang baik namun daripada segi delivery sebetulnya banyak benda yang lebih dia boleh berikan kerana berdasarkan apa yang dipersembahkan malam ini tidaklah terlalu menyeluruh.

ZEHRA ZAMBRI (34%)

Zehra sebetulnya selalu dapat lagu makanannya, namun nyanyiannya tidak evolve sebetulnya. Masih kedengaran serupa tanpa hal-hal yang menarik dan lebih dalam nyanyian. Namun tak dinafikan persembahan pentas malam ini menarik di bahagian hujungnya but still nyanyian biasa-biasa sahaja.

FAIRUZ SELAMAT (23%)

Sebetulnya tak perlu pun transisi versi Japanese ke Indonesia itu, hanya membuatkan persebahan Fairuz hilang rasa. Apa yang patut Fairuz fokus adalah bagaimana dia mampu mewarnakan nyanyiannya untuk jadi sedap bukan hal-hal good tv semata. Impaknya sementara bukan akan diingat selamanya.

THE LIMA (90%)

The Lima semakin baik – vocally, persembahan pentas dan presence. Sejak minggu lalu dan minggu ini, The Lima semakin meyakinkan untuk ke pentas akhir.

SHEILA ABDULL & LIZA AZIZ (52%)

Nampak kurang masa latihannya menjadikan persembahan ini ada lompongnya di sana sini. But vocally dua-dua menyatu baik dan tidak kedengaran canggung cuma kurang solid. Kalau diberi lebih masa untuk latihan ia akan jadi lebih solid.

DYRGA DADALI & RONNIE HUSSEIN (15%)

Vokal Ronnie begitu memberi justifikasi pada lagu begini, sayang Dyrga membuatkan persembahan ini hancur dan ke laut. Lagu ini sepatutnya menjadi lagu solo Ronnie.

NING BAIZURA & ZEHRA ZAMBRI (15%)

Macam tengah bergaduh atas stage.

THE LIMA & FAIRUZ SELAMAT (40%)

Mungkin ini persembahan kolaborasi yang paling kemas dan menyenangkan pendengaran malam ini. Faktor lagu yang menuntut keharmonian suara menjadikan The Lima dan Fairuz menyeimbangi. 

LIZA AZIZ (89%)

Groove, attitude dan kemerduan menyatu sempurna. Liza Aziz faham kehendak sesebuah lagu untuk diwarnakan vocally supaya ia tidak menjadi flat. Dia sangat enjoy di pentas dengan tanpa terlalu perlu terlalu mencuba. Kesemuanya mencukupi. 

SHEILA ABDULL (80%)

Emosi Sheila dalam persembahan Balada sentiasa baik. Dan malam ini sekali lagi dia mebuktikan itu adalah kekuatannya dalam mencuri perhatian kita sebagai penonton. Cuma agak terganggu dengan jeritan penonton di hujung ceirta saat si pelakon tu keluar. Which is mengganggu.

RONNIE (36%)

Persembahan Ronnie agak hambar dan membosankan. Almost tiada klimaks dan momentum. Muzik, jiwa dan nyanyiannya bagai tidak menyatu solid. 

DYRGA (20%)

Banyak benda yang tak kena dengan Dyrga malam ini. Kemerduan tiada, melodi tidak dipegang baik dan tempo meragukan. Feel hampir tiada kerana terganggu dan terlalu berhati-hati dengan lirik.

Highlight, Review, Terkini,

menemukan formula terbaik muziknya, mimifly zahirkan “angkat”


Lagu: Angkat
Artis: Mimifly
Komposer / Lirik: Mimifly / Curleey / Wan Syahman

Momen, itu mungkin satu hal sukar sebetulnya untuk satu-satu penyanyi sedia ada untuk benar-benar konsisten dalam perjalanan panjang berkarier – terkadang ada hit and miss pada saatnya namun jika tidak berputus asa daun yang gugur pasti jatuh pada tempatnya. Hal ini sudah terbukti pada bakat muzik seperti Marsha yang kembali memiliki momennya menerusi “Cinta” dan sebelumnya Dayang dengan “Di Pintu Syurga” yang menjadikan momentum karier mereka berterusan panjang sehingga hari ini.

Hal-hal ini beriring konsistensi pastinya. Mimifly satu daripada penyanyi juga penghibur yang ada bakat muzik yang cukup distingtif tetapi masih menanti momennya. Dan dengan penghasilan beberapa single setelah Gegear Vaganza yang sedikit gagal mencuri perhatian, Mimifly kembali mengembalikan dan menarik balik perhatian pendengar muzik tempatan padanya menerusi single “Angkat”. 

Sample “Angkat Kaki” daripada Sheeda diambil sebagai jerat mengikat pendengar disatukan dengan kreativiti bermuzik Mimifly bersama dua lagi rakan muziknya Curleey dan Wan Syahman. Lagunya singkat namun padat dalam mengikat pendengaran.

Korus lagu ini is a killer namun apa yang lebih membuatkan persembahan keseluruhan lagu ini cemerlang adalah kerana attitude muzik Mimifly yang cukup distingtif dalam membentuk naratif lagu ini sebagai sebuah persembahan yang berada di kelas tersendiri. 

Idea lagu ini tidaklah terlalu baru dan execution nya juga tidak terlalu di luar kebiasaan dengan sound yang jarang kita dengar. Namun secara komersial, lagu ini secukupnya untuk pendengar tempatan kerana jika ia terlalu berolah idea kompleks pun pendengar kita tidaklah terlalu celik muzik untuk memahami dan menghargai. Jadi apa yang Mimi hasilkan ini secukupnya untuk tahap apresiasi muzik pendengar kita.

Mimifly seharusnya sudah mula boleh memikirkan langkah apa yang harus dia susun bagi mendapatkan dan meneruskan momentum “Angkat” untuk dia terus diraikan pendengar tempatan secara berterusan kerana bakat sepertinya tidak banyak dan tidak sering diraikan. Jadi peluang yang sedang ada ini harus bersulam satu pelan jangka panjang dan pendek untuk karier muziknya terus diraikan.

7.7/10


ARTIKEL BERKAITAN

Highlight, Review, Terkini,

melayang dalam persembahan dreamy pop “terbang” aisha retno

Lagu: Terbang
Artis: Aisha Retno
Komposer / Lirik: Aisha Retno / Eugene Lai / Mike Chan
Produser: Aisha Retno / Eugene Lai

Aisha Retno menjadi bakat Pop yang meneroka setiap sisi peluang bermuzik sebaiknya sejak dia mula memperkenalkan diri di persada muzik tempatan. Dengan feel R&B Soul dalam penyampaian vokal dan eksplorasi muzik yang merentas genre, Aisha konsisten menyusun perjalanan bermuziknya.

Setelah “Samudera” yang beredar tahun lalu yang datang dengan sound yang cukup besar ilhamnya, Aisha kembali soulful dengan single “Terbang” ciptaan sepenuhnya Aisha bersama Eugene Lai dan Mike Chan. Dreamy Pop yang dihasilkan dalam single ini bergerak seiring dengan kemampuan Aisha sebagai pemuzik dan penyanyi.

Apa yang dihasilkan menerusi “Terbang” adalah satu lagi usaha mengukuhkan nama Aisha sebagai penyanyi yang serius untuk bertumbuh matang. Komposisinya dekat dengan ilham “I.L.S.M” yang pernah diedarkan sebelum ini yang saya letakkan sebagai salah satu komposisi terbaik Aisha dalam penciptaan lagu selain “Mungkin Ke” yang dihasilkan buat Dayang.

“Terbang” dibuka cukup lembut membuai dalam bait-bait lirik cinta yang membuai. Kedua-duanya baik melodi dan lirik sama-sama melegkapi kehendak lagu ini bergerak sebagai sebuah naskhah yang memberi justifikasi sebaiknya untuk Aisha sebagai penyampainya.

Korusnya mengikat dan tidak sukar dilayani. Penyatuan lirik berbahasa Malaysia dan Inggeris yang banyak di lagu-lagu Aisha diteruskan dalam penghasilan “Terbang” which is the cool way to make this song menjadi lebih casually easy listening. Aisha cukup berbakat saya kira dan ilhamnya masih belum berhenti mengalir. 

Beberapa lagu yang pernah dihasilkan sebelum ini seperti “Cukuplah” dan “Jarak” bersama Aziz Harun sebetulnya harus mendapat banyak perhatian daripada pendengar. Kedua-duanya lengkap sebagai pentafsiran terbaik muzik Aisha selain “W.H.U.T” dan “Sutera” yang sudah memikat pendengar nusantara. Menerusi single ini Aisha sekali lagi berjaya membuktikan keseriusannya dalam muzik.

6/10


ARTIKEL BERKAITAN

Uncategorized,

Ulasan Gegar Vaganza 11 – Minggu 8


Minggu cemerlang The Lima dalam membuktikan bahawa ada sesuatu yang baik untuk mereka persembahkan.

ARORA (5%)

Sudah-sudahlah tu.

FAIRUZ (80%)

Puas menonton dan mendengar Fairuz minggu ini. He sounded solid dan mencukupi dalam memberi justice pada lagu ini. Menghiburkan dan bersahaja dengan bantuan penari yang melatari persembahan.

LIZA AZIZ (98%)

Liza cemerlang sekali lagi minggu ini. Lagu ini dipersembahkan sempurna dan secukupnya seperti apa yang kita harapkan. Identiti suaranya kental tanpa perlu terlalu terjerat alunan melodi asal. Beberapa bahagian improvisasinya sangat baik dan berimpak. Simply beautiful.

NING BAIZURA (80%)

Ning lebih relaks minggu ini. Vokal, melodi dan feel menyatu sebaiknya. Faktor lagu yang tepat membaluti sepenuhnya jiwa yang Ning miliki untuk diserlahkan sepenuhnya malam ini. Persembahan paling meyakinkan sepanjang dia berada di GV musim ini.

THE LIMA (90%)

No doubt, ini malam terbaik The Lima sepanjang mereka di pentas GV. Kemasan muzik menyatu sebaiknya dengan kehendak vokal yang mencukupi dan menyeimbangi sebaiknya. Beremosi dengan pembahagian part yang tepat membantu The Lima cemerlang malam ini.

DYRGA (60%)

Persembahan Dyrga seperti yang kita semua duga. Bukan tak bagus cuma tiada hal yang terlalu menjadikan ia terlalu istimewa. Sekadar selamat dan selesa.

ZEHRA (45%)

Berawal cukup promising tetapi di tengah Zehra hilang fokus yang menjadikan momentum persembahan menurun. Zehra seharusnya perlu lebih berani untuk keluar daripada zon selesanya seperti apa yang dilakukan minggu sudah.

RONNIE (56%)

Ronnie enjoy atas stage dan itu kelebihannya untuk overcome lagu yang simple menjadi lebih entertaining. Ia tidaklah begitu berimpak namun masih menghiburkan.

SHEILA ABDULL (100%)

Sheila menggunakan peluang yang ada dengan cukup baik. Dia cemerlang malam ini dan dengan persembahan malam ini juga Sheila membuktikan dia sudah bersedia untuk kembali serius untuk bergerak sepenuh masa sebagai penyanyi. Apa yang harus dia lakukan sekarang adalah untuk mendapatkan material lagu baru yang harus dikeluarkan usai habis pertandingan ini.


ARTIKEL BERKAITAN

Highlight, Review, Terkini,

“teruntuk jantung” kesinambungan bermuzik NAKI

Album: teruntuk jantung
Artis: NAKI
Produser: Darien Sebastian

“Datanglah Sang Puteri” benar-benar membuka jalan yang lebih luas untuk NAKI bersinar sebagai bakat baru yang disenangi. Sejak awal mendengarkannya menerusi single seperti “Puspita” dan EP “Melankolis” – NAKI sudah mencuri perhatian saya dengan potensi yang dia miliki sebagai bakat pelapis yang pelru diberi perhatian

Bersama produser muziknya Darien Sebastian, NAKI menyusun satu lagi langkah besar bersama Faithful Music – langkah yang sangat diperlukan untuk satu kesinambungan pemasaran muzik yang lebih luas sifatnya dan lebih kekinian arahnya.

“teruntuk jantung” berisi 11 lagu keseluruhannya dengan focus track kolaborasi bersama Fahimi Rahmat menerusi single “Masa”. Sound yang dihasilkan NAKI kali ini saya kira bergerak dalam radar Pop yang berbeza berbanding apa yang pernah dia lakukan di fasa independennya sebagai pemuzik. Kolaborasi Pop ini antara yang cukup menarik saya kira penghasilannya.

Melodinya simple tetapi mengikat dengan sekali pendengaran. Apa yang menjadi fokus pada lagu ini adalah sesuatu menyenangkan dan ia bergerak dalam satu ambien yang santai tetapi lengkap sifatnya. Saya sukakan feel keseluruhan lagu ini it’s giving the chill vibes. Saya kira this is how Pop hari ini should sounds like.

“Rembulan” sebuah lagi lagu yang memberi perasaan yang sama. Kemasan muzik di lagu ini sangat menarik. Pop yang dihasilkan benar-benar memberi satu standard berbeza menikmati lagu tempatan. Korusnya mengikat dengan cukup catcty. Persembahan vokal NAKI biar sederhana tetapi masih berbekal attitude tepat.

Beberapa lagu lain yang siap beredar lebih awal seperti “Dandanan”, “Tarian Sang Juwita” dan “Gadisku” turut menjadi pengisian album ini yang melengkapkan “teruntuk jantung” sebagai pentafsiran sebenar muzik NAKI. Pendengaran saya teralih pula pada penghasilan lagu “Lari” dan “Usang” yang bergerak sebagai sebuah lagi Pop yang menarik untuk dilayani.

Penghasilan “teruntuk jantung” saya kira berarah pada satu paksi Pop yang yang easy-listening dan tidak terlalu kompleks penghasilannya. Sound yang dihasilkan current dan saya senang dengan keputusan NAKI untuk keluar sedikit daridapa zon selesanya dan evolve dengan infusi baru dalam sound yang dihasilkan.

Album ini ada satu perihal yang lain daripada apa yang pernah saya dengar di EP “Melankolis” dan single sebelumnya. NAKI satu daripada bakat muda yang ada potensi sangat besar untuk bertumbuh sebagai pelapis muzik masa kini. Semoga berbekal album perdananya ini dia akan terus diraikan dengan lebih jauh dan panjang perjalanannya.

8/10


ARTIKEL BERKAITAN

Highlight, Review, Terkini,

Roh Baru “Nuri Terbang Malam” Yang Super Cool Oleh M. Nasir

Lagu: Nuri Terbang Malam
Artis: M. Nasir
Komposer / Lirik: Jauhari
Produser: Hanafi Hamdan

Trend merakam kembali lagu terdahulu berterusan dan kali ini sebuah kesinambungan baru lagu lama yang sejujurnya saya sendiri tidak pernah mendengarkannya, diramu dengan begitu cool oleh Sifu M. Nasir.

“Nuri Terbang Malam” sebuah naskhah yang diedarkan pada tahun 1903 ini dikatakan sebagai lagu pertama yang pernah diabadikan dalam bentuk piring hitam. Dan usaha ini dilaksanakan bersempena projek M. Nasir bersama Luncai Emas tahun ini untuk melestarikan karya-karya terdahulu.

Inisiatif M. Nasir ini dibentuk dalam misi merakamkan kembali 100 lagu menerusi projek diberi nama “100 Lagu 100 Tahun”.  Bersama produser muzik Hanafi Hamdan, M. Nasir memulakan projek ini dengan memberikan attitude berbeza pada penghasilan keseluruhan yang mengikut tempo serta attitude bermuzik M. Nasir.

Nuansa timur tengah dikekalkan dalam  peralihan verse ke korus yang catchy dibantu dengan paluan gendang cukup dominan melatari keseluruhan lagu ini. M. Nasir saya kira dalam usahanya ini setidaknya berjaya memperkenalkan lagu ini sebagai naskhah klasik yang rata-rata daripada kita tidak pernah mendengarkannya. 

Saya senang dengan penyampaian M. Nasir yang cukup bersahaja dan melengkapi kehendak melodi asal dengan kemasan muzik baru yang dihasilkan. “Nuri Terbang Malam” menjadi lagu yang bagus untuk kita meneruskan kelangsungan dalam mendengarkan persembahan M. Nasir dalam lagu. Ia tidak terlalu komplek dan It’s a fun track sebagai pembuka lembaran Pop tempatan tahun ini.

7/10


ARTIKEL BERKAITAN