
Lagu: Terbang
Artis: Aisha Retno
Komposer / Lirik: Aisha Retno / Eugene Lai / Mike Chan
Produser: Aisha Retno / Eugene Lai
Aisha Retno menjadi bakat Pop yang meneroka setiap sisi peluang bermuzik sebaiknya sejak dia mula memperkenalkan diri di persada muzik tempatan. Dengan feel R&B Soul dalam penyampaian vokal dan eksplorasi muzik yang merentas genre, Aisha konsisten menyusun perjalanan bermuziknya.
Setelah “Samudera” yang beredar tahun lalu yang datang dengan sound yang cukup besar ilhamnya, Aisha kembali soulful dengan single “Terbang” ciptaan sepenuhnya Aisha bersama Eugene Lai dan Mike Chan. Dreamy Pop yang dihasilkan dalam single ini bergerak seiring dengan kemampuan Aisha sebagai pemuzik dan penyanyi.
Apa yang dihasilkan menerusi “Terbang” adalah satu lagi usaha mengukuhkan nama Aisha sebagai penyanyi yang serius untuk bertumbuh matang. Komposisinya dekat dengan ilham “I.L.S.M” yang pernah diedarkan sebelum ini yang saya letakkan sebagai salah satu komposisi terbaik Aisha dalam penciptaan lagu selain “Mungkin Ke” yang dihasilkan buat Dayang.
“Terbang” dibuka cukup lembut membuai dalam bait-bait lirik cinta yang membuai. Kedua-duanya baik melodi dan lirik sama-sama melegkapi kehendak lagu ini bergerak sebagai sebuah naskhah yang memberi justifikasi sebaiknya untuk Aisha sebagai penyampainya.
Korusnya mengikat dan tidak sukar dilayani. Penyatuan lirik berbahasa Malaysia dan Inggeris yang banyak di lagu-lagu Aisha diteruskan dalam penghasilan “Terbang” which is the cool way to make this song menjadi lebih casually easy listening. Aisha cukup berbakat saya kira dan ilhamnya masih belum berhenti mengalir.
Beberapa lagu yang pernah dihasilkan sebelum ini seperti “Cukuplah” dan “Jarak” bersama Aziz Harun sebetulnya harus mendapat banyak perhatian daripada pendengar. Kedua-duanya lengkap sebagai pentafsiran terbaik muzik Aisha selain “W.H.U.T” dan “Sutera” yang sudah memikat pendengar nusantara. Menerusi single ini Aisha sekali lagi berjaya membuktikan keseriusannya dalam muzik.
6/10
ARTIKEL BERKAITAN