Kemerduan suara Mark Natama itu hak hakiki miliknya yang saya kira sangat mampu membuai sesiapa pun juga yang mendengar. Kemampuannya membuat kita larut tanpa perlu terlalu berusaha itu sesuatu yang cukup istimewa untuk seorang pemuzik.
Setelah fasa Indonesian Idol, Mark menyusun langkah bermuziknya dengan semakin pasti. Merilis sebuah single tahun lalu bersama produser muzik LaleIlmanNino, Mark meneruskan ambisi dalam muzik dengan single keduanya bersama Universal Music Indonesia.
Kali ini sekali lagi senang bekerjasama dengan trio muzik LaleIlmanNino, Mark Natama menzahirkan sebuah Soulful Ballad berjudul “Terluka Menginginkanmu” yang sekali lagi membawa kita melayang jauh dalam perasaan terbaiknya mentafsir melodi dan kisah di lagu ini.
Terhasil dalam aliran Balada yang dikemaskan muziknya dengan feel R&B, persembahan vokal Mark menjadi senjata utama dalam memanah ruang rasa pendengar. Soul yang dia miliki cukup mahal dan penuh dinamik yang dibentuk cukup kemas dalam memberi justifikasi sebaiknya buat lagu ini.
Mark Natama antara bakat muda Indonesia yang hadir dengan feel yang sangat bagus selain Kaleb J yang juga antara personal favorite saya. Semoga berbekal single ini Mark akan lebih dikenali dan dihargai bakatnya sehingga dia siap hadir dengan sebuah album.
Apa yang pasti kemunculan single nya selepas ini akan terus dinanti untuk bergerak sebagai persona Pop pelapis yang akan terus dibanggakan.
Pasaran muzik HipHop yang cukup booming di pertengahan era 2000 dengan nama-nama besar seperti Too Phat, Ruffedge, V.E dan lainnya memberi ilham buat pengurusan label muzik EMI ketika itu menzahirkan sebuah projek genius memberi sentuhan baru lagu-lagu popular Ella menerusi projek diberi nama “Urban Strike”.
Menampilkan nama-nama besar muzik Hip-Hop dan Urban Pop ketika itu, “Urban Strike” dizahirkan dalam sebuah album berisi 10 lagu yang rata-ratanya diberi sentuhan muzik yang cukup current dan moden tanpa mengubah terus ilham asal lagu-lagu popular Ella.
Dibuka dengan lagu “Simbiosis” persembahan Shazzy, hadir segar dengan feel Hip-Hop Shazzy yang dilatari vokal Ella yang menyenangkan. Rap Shazzy mendominasi keseluruhan lagu ini dengan baik dan hanya bahagian korus sahaja diambil daripada versi asal.
KRU merakam semua “Kitalah Bintang” dengan momentum muzik yang cukup lively. Tenaga di lagu ini menjadi agak berbeza dengan idea “TYCO” meets “Gorillaz” yang disatukan menjadi begitu sangat menarik. Perincian muziknya dikemaskan dengan instrumen trumpet menjadikan ia lebih segar dan baru.
Pendengaran saya teralih pada feel Soul dan R&B Ruffedge menerusi lagu “Gemilang” yang disusun muziknya dengan jazzy feels. Vokal grup ini berada di tahap yang sangat baik sekali mentafsir rendisi baru yang yang terhasil lebih soulful.
V.E menerusi “Sepi Sukuntum Mawar Merah” menghasilkan sesuatu yang cukup menawan sekali. Persembahan vokalnya, susunan muziknya dan feel nya begitu baik dan membuai sekali. Tidak salah kiranya saya meletakkan lagu ini antara remake yang terbaik pernah dihasilkan dalam sejarah adunan semula lagu-lagu tempatan.
A beautiful performance by V.E – saya mengulang dengar lagu ini since ia dirilis dan biar sehingga hari ini lagu ini masih memberi impak yang serupa, meremang.
Keterujaan mendengarkan kembali album ini diteruskan dengan beberapa lagu lain seperti “Layar Impian” persembahan Too Phat yang terhasil antara yang terbaik di album ini. Mendengar another legend remake a queen song saya kira itu sejarah. Too Phat mengadun lagu ini seperti sebuah lagu baru, serba segar dengan pertembungan suara Ella yang diberi efek berbeza melatari lagu ini.
Album ini ditutup dengan lagu kolaborasi kesemua artis terlibat di album ini. “Standing In The Eyes of the World” sebuah naskhah malar segar yang tercipta sempurna semangatnya biar apa jua rendisi yang diadun semula. Dan di rendisi Urban Strike ini, lagu ini kedengaran lebih mewah, besar dan lebih tinggi spirit patriotisme nya.
“Urban Strike” sebuah projek yang cukup menarik pada pandangan saya. Di barat penghasilan album begini sudah banyak dihasilkan cuma di Malaysia masih kurang sekadar beberapa album seperti P.Ramlee Satu Indiepretasi, Legenda Sheila Majid dan terbaru Belagu Dayang Nurfaizah. Usaha begini seharusnya terus digiatkan dengan tujuan meninggikan terus kelangsungan lagu-lagu lama yang cukup hebat.
Lagu: Duit Artis: Stacy Komposer / Lirik: Bunga Cantik / Hang Nadim
Usai fasa Stacy bersama label lamanya dulu banyak percaturan yang dia cuba bawakan namun agak kurang menarik perhatian saya. Lagu-lagu yang dia hasilkan bersama Akim yang memberi impak untuk saya kekal mendengar ke hujung hanyalah lagu duet “Aku Kau & Muzik”.
Yang selainnya saya ambil masa yang lama untuk suka tapi entah mengapa penghasilan melodinya menolak untuk saya kata lagu-lagu itu bagus. Bukanlah menolak keingingan Stacy menghasilkan krafnya tetapi mungkin pabila berbicara soal muzik itu bergantung citarasa.
Maka lagu-lagu seperti “Peluk”, “Khayal”, “Cakap Ke Tangan” dan “Gagap” itu agak kurang menarik perhatian saya kerana atas faktor dominasi Ezra Kong juga Kmy Kmo & Luca Sickta di pasaran muzik tempatan membuatkan saya kira lagu-lagu Stacy itu agak tertinggal sedikit.
Tapi saya sangat enjoy dengan penghasilan “Aku Kau & Muzik” yang ada groove, catchy dan lebih santai. Terkini sekali lagi bersama Hang Nadim, si Bunga Cantik ini menghasilkan sesuatu yang membuka mata saya dan terdetik akhirnya kata “Wow” usai habis mendengar lagu ini.
“Duit” diambil sebagai judul single terbaru Stacy dengan cukup penghasilan sebuah penyatuan Pop dan Rock yang sangat menarik sekali penghasilannya. Terhasil cukup powerful baik penghasilan melodinya, momentum muziknya sehingga persembahan vokal Stacy yang mengancam.
Lagu ini saya kira sangat menyerlahkan attitude vokal Stacy dengan cara yang lebih matang, berbeza dan sangat baik. Pengucapan Stacy dalam penceritaan keseluruhan lagu begitu menjadi sekali.Saya kira jaluran muzik begini harus menjadi destinasi baru Stacy dalam meneruskan kelangsungan bermuziknya.
Stacy sangat hebat di lagu ini. Persembahan keseluruhannya begitu bernyawa dan membuat saya tidak mampu menolak daripada membayangkan betapa powerfulnya lagu ini dipersembahkan secara live beriring band. Dan dengan penghasilan single “Duit” ini, Stacy mengembalikan keterujaan saya menikmati muziknya.
Lagu: Kecurigaan Artis: Adibah Noor Komposer / Lirik: Chevry Amry Susunan Muzik: Azlan Abu Hassan
Terlalu rindu dan terlalu lama sebetulnya menantikan lagu terbaru daripada Adibah Noor yang kali terakhir menzahirkan sebuah album pada tahun 2011 dengan judul “Teman”. Setelah itu Kak Dib merilis beberapa single seperti “Bahasa Rindu” sebuah lagu raya dan Pop Patriotik bersama Dina.
Sempat berkonsert pada tahun 2016, Adibah Noor menyampaikan beberapa lagu baru – satu duet bersama Misha Omar berjudul “Jiwa Sentuh Jiwa” dan duet bersama Anuar Zain ciptaan Azlan Abu Hassan yang saya kurang pasti judulnya.
Menantikan lagu-lagu tersebut dirilis bagai buah tak gugur, saya sebetulnya peminat Kak Dib yang kecewa. Dua lagu tersebut sangat kuat untuk meneruskan kelangsungan populariti Kak Dib sebagai penyanyi namun disimpan terlalu lama. Saya tidak pasti mengapa dan hampir give up menanti.
Kelibat Kak Dib di pentas di GV antara kejutan dan keterujaan. Untuk melihat dia menyanyi itu hal yang sentiasa penggemarnya mahukan. Maka ya keputusannya untuk ke pentas GV itu sesuatu yang dinanti. Adat bertarung, percaturan dan strategi ada yang mengena ada yang tidak.
Biar tidak bergelar juara, Adibah Noor pantas merilis sebuah single terbaru projek komposer muda Chevry Amry (yang juga bakal melepaskan sebuah single terbaru Aishah lirik Habsah Hassan) menghasilkan lagu berjudul “Kecurigaan” yang melodinya tidak sukar untuk dinikmati.
Persembahan vokal Kak Dib sangat-sangat powerful. Melodi begini di tangannya bukanlah sesuatu yang sukar untuk dia lantunkan dengan flawless. Kemasan muzik Azlan Abu Hassan yang menyusun sempurna melodi ciptaan Chevry ini memberi sentuhan Soulful Ballad yang baik.
Untuk penggemar Adibah Noor saya kira lagu ini tidak sukar untuk ditawan hati mereka namun untuk pendengar baru melodi begini mungkin agak old fashion tetapi masih sedap. But again persembahan vokal Adibah Noor itu sangat mahal untuk kita menolak lagu ini.
Saya sangat mengharapkan Kak Dib merilis “Jiwa Sentuh Jiwa” secepat mungkin kerana lagu tersebut terlalu indah, terlalu sempurna penghasilannya.
Ismail Izzani antara persona Pop muda yang saya kira sentiasa hadir dengan sound yang cukup current, moden dan terisi sebagai refleksi muzik hari ini. Persembahan muziknya sejak “Sabar” yang beredar di tahun 2017 menjadikan Ismail sebagai bakat baru yang sentiasa dinantikan penampilan lagu-lagu barunya.
Maka dengan itu terhasillah rangkaian lagu yang cukup solid sound Pop nya seperti “Bidadari”, “Demi Kita”, “Berserah” dan “Ada Cara” – antara yang sudah dihasilkan dengan percaturan Pop semasa yang begitu baik penghasilannya.
Penghasilan album Ismail antara yang paling saya nantikan. kerana apa? Kerana konsistensi muziknya yang sangat-sangat baik. Terutama sekali penghasilan “Ada Cara” yang saya sifatkan sebagai persembahan Pop terbaik Ismail dan sejak beredarnya single itu saya kira he’s ready for an album.
Dan dengan itu, bersama batalion muziknya di album perdana ini – Mas Dewangga, Firdaus Rahmat, Iqie Hugh, Ezra Kong dan SonaOne antaranya telah merealisasikan album perdana Ismail Izzani ini sebagai sebuah persembahan Pop masa kini yang cukup baik sekali penghasilannya.
Dibuka dengan lagu “Kembalikan” (Ezra Kong) menampilkan sisi emosi Mail dengan secukupnya. Lagu ini sangat kuat esen Pop Mail seperti apa yang biasa kita dengar sebelum ini namun dengan hasil yang lebih matang dan kemas. Penghasilan melodi Ezra sangat baik di lagu ini. A repeat mode.
Diteruskan dengan “1000” (Mas Dewangga / Hanis Rafi / Firdaus Rahmat) sebuah lagi kelangsungan Pop cinta Mail yang cukup current dan sedap sekali penghasilan melodinya sebelum momentumnya diteruskan dengan lebih rancak menerusi single beredar tahun lalu berjudul “KAMU” (Firdaus Rahmat / Mas Dewangga).
Perhatian saya teralih pada lagu “Mini Love” (Firdaus Rahmat / Dari) yang saya sifatkan antara lagu terbaik di album ini. Cukup catchy dengan penulisan lirik yang tidak sukar untuk mana-mana anak muda hari ini relate. Korus lagu ini antara yang hadir dengan hook yang paling kuat daya pemikatnya.
“Another One” (Omar K / Denavo Danedra / Firdaus Rahmat / Iqie Hugh / Anwar Hamzah) sebuah easy listening Pop yang saya kira perfect for the weekend. Kolaborasi bersama Adzrin menerusi lagu “Kekal Ada” (Mas Dewangga / Ismail Izzani / Firdaus Rahmat) kembali dengan groove yang tidak sukar untuk kita layan.
Ismail Izzani menerusi debut ini saya kira sudah membuktikan keseriusan bermuziknya dengan cara yang paling baik dalam persembahan Pop yang cukup current seiring apa yang ada di pasaran global hari ini. Setiap lagu di album ini terisi dengan cukup solid untuk kita sebagai pendengar layan.
Ditutup dengan single perdana album ini berjudul “Apekonak” (Kidd Santhe / SonaOne / Ismail Izzani) yang bergerak sebagai percaturan yang baik untuk Mail diperkenalkan di pasaran yang lebih luas. Album ini saya sifatkan sebagai percaturan Pop yang sangat-sangat diperlukan pasaran muzik tempatan. Ia meninggikan standard Pop kita ke tahap yang sangat membanggakan.
Lagu: Disiksa Rindu Artis: Anji Lagu / Lirik: Erdian Aji Prihartanto Produser: William Chow
Saat Anji membuai kita dengan irama romantis “Dia” yang beredar di tahun 2016, pasaran muzik nusantara benar-benar terpana dengan alunan lembutnya. Lagu tersebut memberi Anji batu loncatan untuk namanya cukup di kenali tidak hanya di Indonesia malahan menawan jiwa-jiwa pendengar di Malaysia.
Setelah itu Anji konsisten dalam penghasilan lagu-lagu baru yang semuanya terhasil dalam acuan muziknya yang memiliki acuan tersendiri. Dengar sekali anda sudah mampu mengagak ia milk Anji. Maka terhasillah lagu seperti “Menunggu Kamu”dan “Bidadari Tak Bersayap” antaranya.
Terkini setelah meghasilkan beberapa hits buat penyanyi lain seperti Judika (Putus Atau Terus) dan sebuah lagu untu Pop Princess, Lyodra menerusi lagu “Tentang Kamu” yang cukup booming tahun lalu, Anji kembali menghasilkan single untuk dirinya sendiri.
Mengambil ilham kisah cinta dan rindu, Anji mengalun lembut persembahan melodi yang cukup indah dihasilkan menerusi lagu berjudul “Disiksa Rindu” yang dihasilkan sepenuhnya oleh Anji sendiri.
Penulisan lirik Anji seperti biasa terhasil cukup puitis dan tertulis dengan cukup kemas sekali. Bait-bait liriknya benar-benar menyatu dengan penghasilan melodi yang ditulis. Seperti sempurna untuk meneruskan kembara bermuziknya yang terus bergerak sehingga hari ini.
“Saat tubuhku dan tubuhmu menjauh terpisahkan, Ku ingin kau mendengar suara yang tak terucapkan penyesalan.”ditulis dengan begitu menyentuh dan sayu sekali. Penyesalan dalam kisah yang ditulis disampaikan penuh sederhana tanpa perlu terlalu kedengaran merintih. Semua dihasilkan dalam penyampaian emosi yang tepat.
Saya pasti “Disiksa Rindu” bakal menjadi sebuah lagi lagu yang bakal booming dan akan dirakam semula oleh ramai YouTubers dan TikTokers pastinya.
Projek Second Chance yang diusahakan band Noah dalam memberi nafas baru album-album Peterpan bermula dengan “Taman Langit” yang beredar bulan lalu. Meneruskan kelangsungan dalam maraikan kehebatan naskhah album-album awal Peterpan, Ariel bersama band mate menghasilkan pula versi baru “Bintang Di Surga”.
Album kedua Peterpan yang beredar pada tahun 2004 ini menjadi antara album dengan barisan hits terbanyak band ini. Lagu seperti “Mungkin Nanti”, “Ada Apa Denganmu”, “Ku Katakan Dengan Indah”, “Di Belakangku” dan Bintang di Surga” menjadi lagu-lagu penting Peterpan untuk terus bernadi di pasaran muzik nusantara.
Masih ingat lagi pemasaran meluas “Bintang Di Surga” beriring konsert meliputi enam kota di Jawa dan Sumatera dalam jangka masa 24 jam yang turut diraikan di Life Centre Kuala Lumpur dengan judul “Breaking The Records, Konsert Untuk Sahabat”.
Maka dengan strategi pemasaran yang sebegitu, album kedua mereka tersebut mendapat jualan fizikal CD melebihi 1 Juta salinan dalam masa seminggu diedarkan. Begitu hebat sekali fenomena Peterpan dalam mendominasi pasaran muzik ketika itu.
Terkini mereka yang sudah bergelar NOAH mengembalikan kenangan manis tersebut dalam sebuah album rakaman semula “Bintang Di Surga” dengan sebuah muzik video yang dirakam semula mengikut konsep serupa mendapat sentuhan pengarah Upie Guava.
Vokal Ariel semakin matang dalam persembahan muzik yang ditinggikan standard Pop mereka dengan kemasan muzik yang lebih current. Tanpa perlu terlalu mengubah susunan muzik asal. rangkaian lagu-lagu di album ini terhasil dalam memberi nostalgia sebaiknya bagi mereka yang membesar dengan karya-karya Peterpan.
Kemerduan dan santun nyanyian penyanyi Melayu Asli cukup terbukti dalam persembahan secara langsung mahupun rakaman studio yang jika di era 60-an dan 70-an itu sedia maklum nyanyiannya itu harus kemas sebelum boleh dirakam.
Rosiah Chik satu daripada legasi penyanyi Melayu Asli di eranya yang masih diingati sehingga hari ini. Seiiring rakan seperjuangan Orked Abdullah dan Kamariah Noor, Rosiah Chik atau senang digelar Mak We ketika hayatnya.
Cukup aktif di era 70-an bersama Sri Pelangi Ghazal Muar, Rosiah Chik cukup dikenali sebagai penyanyi Ghazal yang sering dendangannya mengisi lagu-lagu yang bersiaran di Radio Malaysia lewat 60-an. Dilahrikan di Kota Tinggi pada tahun 1931, bakat menyanyinya sudah diasah sejak usia remaja dengan menjadi penyanyi majlis-majlis perkahwinan sekitar Johor.
Album perdana piring hitam beredar bersama S.Radziah dan Ahmad Jusoh pada tahun 1974 merupakan pengalaman perdananya merakamkan lagu. Menerusi EP tersebut suaranya dipinjam bagi rakaman lagu “Embun Di Rumput” yang merupakan debut memperkenalkan namanya sehingga hari ini.
Mak We atau nama sebenarnya Rosiah Abdul Manaf kemudia banyak menjadi penyanyi latar di Singapura bersama Cathay Keris. Di san dia mengumpul pengalaman penerbitan dan belakang tabir namun masih turut aktif merakamkan beberapa album piring hitam lainnya seperti “Rahsia Hati” dan “Mak Nek” bersama Sri Pelangi Ghazal Muar.
Tampil solo pertama kali menerusi rakaman EP “Kesah Di Waktu Malam” pada taun 1966 di bawah label EMI Hong Kong ketika itu menjadikan nama Rosiah Chik antara penyanyi Ghazal dan Melayu Asli yang paling diraikan. Empat lagu yang mengisi EP tersebut juga menjadi antara yang cukup meninggikan namanya di pasaran muzik tempatan.
Lagu seperti “Memadu Kaseh” dan “Tetap Ku Puja” ciptaan Zaina S. Abbas antara yang masih didengari dan diingati sehingga hari ini. Sepanjang bermuzik biarpun tidak terlalu besar di pasran muzik mainstream, nama Rosiah Chik sering mengisi persembahan acara tertentu yang sentiasa memerlukannya.
Pernah merakamkan lagu bersama Bob Yusof menerusi lagu “Hantaran Hati” yang juga berjaya ke acara final Juara Lagu selain lagu “Zapin Senandung Dua” yang merupakan kemunculan perdananya di AJL mewakili kategori Irama Malaysia.
Sepanjang bermuzik, Rosiah Chik pernah dianugerahkan Anugerah Sri Wirama oleh Anugerah Industri Muzik pada tahun 2001 sebelum dia meninggal dunia pada tahun 2006 akibat sakit jantung.
Selain nyanyian, lakonan turut menjadi bakat lainnya. Antara filem yang menampilkan wajahnya adalah Ayer Mata, Merana, Mangsa, Supah Orang Minyak, Sumpahan Mahsuri dan Tun Fatimah.
Lagu: Rumah Artis: Dere Lagu / Lirik: Tulus / Dere / Topan Abimanyu Produser: Petra Sihombing
Dere pemuzik muda yang dewasa menurut saya. Kesungguhannya berkarya dalam masa yang sama bergerak sebagai pemuzik yang memiliki tanggungjawab sosial dalam menyampaikan cerita itu sesuatu yang tidak banyak ada pada bakat seusianya yang rata-ratanya hanya masih mahu bercerita tentang cinta.
Ketika awal dia menjengah pasaran muzik dengan single “Kota” dan “Tanya” di tahun 2020, Dere sudah membuat ramai jatuh cinta dengan kelembutan suaranya yang dialun dalam penghasilan melodi yang menyenangkan.
Maka bersama label Tiga Dua Satu milik Tulus, Dere bergerak lagi dengan lagu “Berisik” tahun lalu. Alunan Folk dalam single yang telah rilis sangat ketara meletakkan Dere antara one to watch sejak itu. Namanya semakin disenangi dan dinantikan penghasilan lagu-lagu barunya.
Terkini sekali lagi bersama Tulus dan Topan Abimanyu, Dere menghasilkan sebuah lagu berjudul “Rumah” yang bari dirilis. Mengangkat kerisauannya akan bumi yang semakin tua, “Rumah” sebuah representasi dan perlambangan tentang fenomena alam yang semakin tersia oleh kerja tangan manusia yang materialis.
Lagu ini sangat mengingatkan saya pada karya-karya Zainal Abidin menerusi “Hijau” , “Paus” dan “Pantun” yang dihasilkan dengan cerita alam, bumi dan budaya. Melodi “Rumah” mendamaikan, tenang dalam penghayatan dan penceritaan Dere.
Tersedia sebagai sebuah naskhah yang cukup kemas menurut saya, “Rumah” ternyata refleksi dunia hari ini yang cukup nyata. Liriknya sangat baik sekali. Bait-bait seperti “Mana yang lebih panjang, Umurku atau umur bumiku bernaung? terhasil sebagai bahan fikir yang cukup dalam.
Sebelum disambung lagi dengan baris “Mana yang lebih besar, Egoku atau ketidaktahuan yang terpasung?” dan “Bumi-bumi Rumah kita, Rumah satu-satunya.”
Warna-warna muzik Pop tempatan begitu terisi dengan beragam jaluran muzik yang kebanyakannya pasti menurut pasaran muzik global yang diadaptasi dengan citarasa muzik tempatan. Maka ia menghasilkan antara muzik yang baik, buruk dan tidak kurang yang kedengaran awkward penghasilannya.
Pernah bergegar fenomena girl group di era 90-an menzahirkan beberapa grup wanita yang datang dengan wajah-wajah manis yang katanya cukup komersial untuk menarik perhatian peminat muzik tempatan. Kemampuan menyanyi itu perkara kedua.
Terciptalah nama-nama seperti Freshies, Feminin, M-Steen, Res2 sehingga generasi berganti menggantikan nama-nama tersebut dengan kelahiran Elite, G.I.M malah merentas jaluran muzik Dangdut dengan nama Eva yang memberi kejutan manis pasaran muzik tempatan selain sebuah lagi grup menamakan mereka Mascara yang sempat singgah sebentar mengisi ruang.
Namun selagi namanya berkumpulan kemampuan untuk sustain itu pasti ada hayatnya namun nama-nama ini masih belum menemukan tarikh luput. Lagu-lagu mereka masih didengar, didendang dan diingati sehingga hari ini.
“Freshies” (1993) diproduksi Boon Tan
Freshies antara yang paling menarik perhatian saya kerana penghasilan lagu-lagu mereka yang tersendiri dan pastinya kemampuan menghasilkan sound yang cukup harmoni itu lebih baik berbanding pesaing mereka Feminin. But of course pemasaran muzik Feminin itu lebih komersial dan berbekal modal yang besar.
Dengan janji wajah yang boleh dijual maka ya Feminin lebih besar di zamannya berbanding Freshies dan lagu-lagu mereka juga sebetulnya not bad at all. Berbalik pada cerita Freshies sebelum meneruskan cerita Feminin saya ingin sekali berkongsi tentang penghasilan dua album mereka “Freshies” (1993) dan “Dua” (1994).
Bersama produser Boon Tan, mereka menghasilkan debut album yang beredar pada tahun 1993 hadir cukup moden dengan barisan fast number yang mengambil ilham Pop 90-an yang banyak dilagukan grup wanita global seperti Salt N Pepper antaranya.
Ada pengaruh R&B dalam lagu-lagu seperti “Sakitnya Rindu” dan “Epilog Cinta Pertama” yang hadir dengan energy yang sangat baik. Album kedua mereka menjadi lebih baik sebetulnya dengan hits “Samalam Semalaman” , “Ku Tunggu Ku Rindu” dan “Sakitnya Rindu” yang menampilkan sekali lagi tenaga produksi Boon Tan dengan bantuan Benny Arjuna dan Helen Yap kali ini.
Pengalaman Freshies bergerak sebagai penyanyi latar banyak membantu mereka menghasilkan bunyian suara yang sangat harmoni dan yang pasti berkemampuan menyanyikan secara live dengan baik pastinya berbanding pesaing mereka yang lain ketika itu. Namun overall looks dan imej itu masih menjadi perisai utama menarik pendengar tempatan.
Maka Feminin lebih begitu menonjol di pasaran muzik 90-an mendominasi carta muzik tempatan dengan hits demi hits yang dihasilkan dalam beberapa buah album seperti “Untukmu” (1993), Kini (1994) dan “Kembali” (1996).
debut untukmu feminin (1993)
“Untukmu” karya ciptaan Edry, Norman dan Yusry menjadi batu loncatan buat lima anak muda As, Yatie, Watie, Deq Nor dan Along yang bergerak asalnya sebagai penari di bawah kendalian Edlina Production yang kemudian dibentuk Edriss Razhe pengurus yang bertanggungjawab melebarkan nama mereka di hall of fame entertainment industry tempatan ketika itu.
Kejayaan “Untukmu” benar-benar memberi satu impak yang cukup besar tidak hanya pada grup ini tetapi memberi satu kosmik baru Pop tempatan yang ketika itu cukup besar dengan gelombang Rock. Kehadiran album kedua berjudul “Kini” yang beredar di tahun berikutnya memberi kejayaan luar biasa buat mereka.
Wajah Feminin ada di mana-mana sahaja, you name it, kaca televisyen, surat khabar, majalah, radio semua mendambakan Feminin sebagai wajah utama produk mereka. Endorsement bersama produk LUX benar-benar meninggikan standard mereka ke tahap yang sangat baik. Imej mereka dipandang tinggi sekali gus menjadi wajah on demand di tahun tersebut.
Berbicara tentang penghasilan lagu dan album, “Kini” bergerak sebagai sebuah album paling berjaya grup ini. Dengan barisan hits seperti “Rindu”, “Kini”, “Cinta Pertama” dan “Kembali” menjadi barisan lagu yang cukup membawa nama mereka besar.
Feminin bergerak setelah itu menjadi sebuah Pop sensation on demand. Kemunculan album berjudul “Kembali” pada tahun 1996 menjadi lebih solid dengan barisan produser seperti Paul Moss, Azman Abu Hassan dan Goh Boon Hoe menghasilkan sesuatu yang lebih tastefullyproduced. “Kembali” bergerak tanpa KRU dengan meninggikan standard muzik mereka.
Single “Kehadiran” itu sendiri menjadi titik tolak untuk kita menikmati muzik Feminin yang lebih matang. Sound mereka yang dibentuk Paul Moss menerusi lagu ini dan beberapa lagu lain seperti “Cinta Abadi” terhasil dengan produksi muzik yang sangat berkelas sekali. Goh Boon Hoe meramu kembali “Hanya Sekali” sebuah lagu lama dengan sangat menarik sekali kraf muziknya.
Album ini menyerlahkan sisi classy Feminin yang selama in bergerak dengan imej keremajaan dan menjengah kedewasaan bersama banyak lagu-lagu yang cukup bagus di album “Kembali”. Namun entah di mana silapnya, “Kembali” menjadi yang terakhir daripada grup ini.
Di sela seli kegemilangan Feminin pasti ada juga beberapa nama lain daripada label berbeza cuba untuk mencipta nama dan impak serupa. Maka masih ingatkah anda pada kumpulan Res2, M’Steen dan Genuine? Kesemuanya muncul di tahun serupa mencuba yang sebaik mereka mampu.
Kumpulan Genuine antara yang masih segar di ingtan saya. Single “Saujana” (Azlan Abu Hassan) ketika beredar pada tahun 1995 antara yang kerap diputarkan di radio. Lagu ini terhasil cukup baik sekali sebetulnya, melodinya hadir dengan hook dan groove yang sangat sedap didengar. Terhasil moden dan Pop sekali.
Album ini bergerak dengan jaluran Pop yang sebenarnya kalau didengar betul-betul lebih sesuai dengan penyanyi solo. Barisan komposernya bukan calang-calang. Selain Azlan ada jua Adnan Abu Hassan, Adam Ahmad dan Azman Abu Hassan yang turut menghasilkan lagu-lagu di album ini.
Gerakan berkumpulan ini perlahan seketika setelah Feminin menyepikan diri daripada radar popular sehinggalah KRU memperkenalkan kita semua dengan lima gadis muda, cantik dan penuh attitude bergelar ELITE pada tahun 1996.
Dengan sebuah single berjudul G.I.G , Elite menenggelamkan populariti Feminin. Lagu mereka hadir dengan groove berbeza, sangat catchy dengan pakej muzik video yang sangat menarik untuk ditonton berkali-kali.
Strategi KRU menghasilkan mini album berjudul G.I.G sebelum mengeluarkan album penuh perdana mereka berjudul “Catwalk” pada tahun 1996 begitu menjadi sekali. Mini album tersebut terjual like a hot cakes! Semua mahu mendekati sensasi terbaru ini.
Kejayaan mereka disusuli dengan beberapa single lain di album tersebut seperti “Manisnya Senyumanmu” yang sudah mampu dilabel sebagai malar segar selain a duet with KRU itself yang bergerak sebagai produser mereka menerusi lagu “Di Pintu Syurga”.
It’s a killer album! Penghasilan album “Catwalk” benar-benar memberi kelebihan untuk Elite bersinar dan percaturan KRU menyatukan Azza, Abby, Sasha, Watie dan Lindaas a girl group benar-benar menjadi. Maka terhasillah album kedua berjudul “Tamparan” yang sekali lagi bergerak cemerlang.
Memperkasakan wanita di single “Tamparan Wanita”, Elite sekali lagi mencuri perhatian kita semua. Pesona mereka sebagai grup vokal yang juga mampu perform dengan penuh entertaining membuatkan nama Elite semakin utuh. Single “Trauma” sebuah lagi lagu mewakili cerita wanita yang cukup dominan dengan kehadiran Elite.
Tahun 1998 ketika mereka mengedarkan album tersebut, Elite sudah memuncak. Wajah mereka mengisi setiap lembaran majalah dan tabloid yang ada di pasaran. Gosip itu dan ini ahli-ahlinya mula meliar namun cukup membantu mereka untuk kekal di radar popular.
Elite terus bersama KRU untuk dua buah lagi album penuh setelah itu – “Idola” dan “Merbahaya” yang menyaksikan perubahan ahli-ahlinya. Ketiadaan Abby di album “Idola” menhadirkan Hana sebelum Fiza muncul di album terakhir mereka “Merbahaya” dengan barisan single seperti “Aku Siapa Kau Siapa” yang sedikit kurang mendapat perhatian.
Kepincangan grup dengan drama dalaman membunuh karier Elite untuk bertahan. KRU juga sekadar mengulang formula serupa untuk mereka hanya bertahan sementara boleh. Kompilasi “Merbahaya” menjadi nokhtah kelibat populariti Elite kerana kegagalan “Idola” untuk mengikut kejayaan “Catwalk” dan “Tamparan”.
Elite ketika itu tidak terlalu banyak persaingan, jika ada pun sebuah kumpulan yang muncul sekejap bergelar Girls In Music dengan singkatan G.I.M hadir dengan ilham serupa tetapi dengan impak yang tidaklah sebesar Elite pastinya. Dianggotai Diana, Onie, Shazlin dan Tuty – kumpulan ini memiliki sebuah album dengan hits.
Setelah itu kelibat G.I.M juga perlahan-lahan kabur sehingga membuatkan Diana selepas itu bergabung bersama kakanya Linda (Elite) bergerak sebagai duo Pop menghasilkan hits “Hak Milik Kekal” yang dihasilkan sekali lagi Edry Abdul Halim menerusi album yang diberi judul “Siss” pada tahun 2005.
Fenomena grup terhenti dengan datangnya gelombang bakat realiti televisyen yang rata-ratanya meraikan bakat solo. Maka agak lama juga tiada munculnya grup-grup wanita mendominasi pasaran muzik tempatan sehingga lewat era 2000.
Ketika Phat Family diusahakan Malique & Joe Flizzow menerusi sebuah album Hip-Hop penting tempatan telah menghadirkan nama Muchachaz dalam sebuah lagu berjudul “Come On, Come On” yang hadir dalam groove berbeza. Ada potensi sangat besar tetapi lenyap begitu sahaja tanpa sempat panjang riwayatnya dalam mengisi katalog Pop tempatan.
Sehingga muncullah De Fam dan yang paling terkini Dolla yang menjadi nama pelapis bakat-bakat grup wanita yang ada sejak 90-an in between itu saya tidak berapa pasti jika ada. Namun gerakan muzik itu sendiri mengalami perubahan berbeza-beza. Dolla mencuri perhatian pendengar lebih muda dan tidak begitu menyeluruh seperti mana fenomena Femini dan Elite dahulu yang berjaya cater pendengar pelbagai lapisan ;atar umur juga minat dalam bermuzik.
The future of girl group di Malaysia agak rapuh sebetulnya – untuk bertahan itu hal yang sangat kabur tetapi sekadar mahu menjadi pengisi itu pasti mampu jika berbekal strategi pemasaran yang baik. Namun kekuatan lagu baru yang terhasil masih belum mampu menandingi apa yang dilakukan Feminin, Freshies dan Elite pastinya.