Lagu: Overthinking Artis: Marion Jola Komposer / Lirik: Dennis Talakua / Marion Jola Produser: Dennis Talakua
Marion Jola saya kira sudah berada di tahap cukup selesa melewati hari-hari sebagai Pop star yang utuh fundamental sebagai seorang penghibur. Memiliki penggemar yang tersendiri, rangkaian lagu-lagu yang akan sentisa diulang dengar.
Apa yang harus dia lakukan sekarang hanyalah untuk terus meraikan penggemarnya pada masa yang sama mencuri perhatian penggemar baru muzik Pop Lala (Panggilan peminatnya).
Tahun lalu langkahnya agak perlahan, hanya sekadar sebuah rilis kolaborasi bersama Danilla dan Ramegvrl menerusi track sensual “Don’t Touch Me”.
Terkini meneruskan langkah bermuziknya Lala menzahirkan sebuah lagi lagu Pop berjudul “Overthinking” yang saya sifatkan belgitu Lala sekali penghasilannya.
Cukup catchy dengan ilham muzik semasa, Lala menerusi single ini sudah cukup selesa dan faham kehendak penggemarnya yang sentiasa dahagakan lagu begini.
“Overthinking” saya kira tidak sukar untuk membuat anda suka dengan penghasilan keseluruhannya kerana ia cukup moden, disiapkan dengan produksi muzik yang kemas dan kekinian.
Lagu ini cukup komersial cuma saya berharap setelah single ini Lala dapat memberi kejutan yang lebih, yang tidak pernah kita bayangkan ia akan datang daripadanya. Semoga.
Kegemilangan kugiran rock Search dalam mengisi pendengaran peminat muzik tempatan berganti generasi itu itu takkan pudar. Lebih 3 dekad bermuzik masih belum mampu diuji populariti dan kredibiliti mereka dengan mana-mana bakat silih berganti yang hadir mengisi kalendar Pop tempatan.
Rangkaian lagu-lagu popular mereka menerusi 12 album penuh yang dihasilkan sejak 1985 sehingga yang terakhir pada tahun 2017 menerusi “Katharsis” – Search utuh sebagai ikon muzik. Pengisian Rock mereka dengan cerita mengikut latar masa dan budaya dekat dengan semua pendengar.
Saya meneliti kembali rangkaian lagu-lagu mereka, penulisan lirik dalam pesan sosial anak remaja, sub-budaya Melayu baru sehingga kisah cinta memuja wanita itu ada hampir di setiap penghasilan karya-karya baru mereka.
Menerusi artikel ini, Muzik Kita menyelisik ruang melodi dan lirik kumpulan legenda ini dalam 10 rangkaian lagu yang memuja wanita dalam cara berbeza.
ROZANA (1986)
Dipetik daripada album kedua Search berjudul “Langit & Bumi, lagu ini menjadi hits utama meneruskan kegemilangan kugiran ini setelah kejayaan album “Cinta Buatan Malaysia”. Menerusi lagu ini, mereka memuja wanita di tingkat paling tinggi dalam penulisan lirik. Bait lirik dalam “Rozana” ditulis dengan cara begitu dreamy sekali.
“Biar seribu biar ramai menganggu, Pada ku engkau lah ratu”.
ISABELLA (1989)
Satu nama yang akan diingati sampai bila-bila pun saya kira. “Isabella” terlalu dominan dan original – sebuah nama yang hanya Search akan diingati terlebih dahulu mendepani mana-mana Isabella yang lain. Lagu ini sebuah persembahan cinta tragis yang terpisah angkara darjat dan kasta masyarakat. Hal-hal yang sangat jelas ditulis dalam liriknya.
“Dia Isabella, lambang cinta yang lara, Terpisah kerana adat yang berbeza“.
KEJORA (1985)
“Kejora” antara all time favorite saya. Kelembutan di lagu ini memberi definisi baru Rock Ballad tempatan ketika diedarkan. Vokal Amy ketika ini kedengaran sangat raw tetapi berjiwa. Penulisan lirik S.Amin Sahab dengan melodi ciptaan M.Nasir ini punya nilai evergreen yang cukup tinggi untuk ia popular dan diingati sehingga hari ini.
Frasa cinta mati mungkin boleh tertuju dalam penghasilan lagu ini. Sekali lagi M.Nasir mencipta magis melodinya untuk sebuah persembahan malar segar. Lirik yang turut ditulis sifu ini mentafsir kisah cinta seorang lelaki terhadap wanita yang dicintanya tanpa tergugat apa pun jua kata orang.
Tak peduli kata orang terhadap dirinya, Aku tahu dia gadisku
GADIS MISTERI (1989)
Search berteka-teki di lagu ini dalam pencarian gadis misteri yang berada di imaginasi. Esen muzik 80’s begitu kuat di lagu ini meletakkan ia sebaris hebat lagu-lagu sentimental rock yang lain di pasaran global. Sekali lagi kolaborasi melodi dan lirik M.Nasir dan S. Amin Sahab menzahirkan sesuatu yang magikal di lagu ini.
Lama aku mencari dalam angan dan mimpi, Kewujudan gadis misteri
NIGINA (1992)
Dipetik daripada album “Rampage”, Nigina antara gem di album ini yang mungkin jika anda bukan die hard fans Search anda tidak familiar dengan lagu ini. Lagu ciptaan sepenuhnya anggota Search ini sebuah lagi Sentimental Rock yang mengangkat wanita sebagai tema cerita dalam pengisian ceritanya. Humanisme dalam liriknya menjadi azimat pemikat lagu ini.
Oh… malam merapati, Lembaran tragedi laramu ini
LAILA NAMAMU TERATAS (1995)
Sebuah lagi karya emas M.Nasir buat Search yang disempurnakan Amy dengan memberikan justifikasi terbaik dalam persembahan vokalnya. Antara yang terhasil cukup puitis, lirik hasil kreativiti Cenderawasih (Loloq) ini melengkapkan naskhah lagu ini dengan cukup indah sekali penghasilannya.
Harum tubuhmu memulihkan inderaku, Menghidu semula haruman di taman itu, Dan gerbang rambut mu diterbangkan bayu melamarku bangkit
SEROJA (1996)
Menerusi “Seroja” S.Amin Sahab memuja keindahan seorang puteri misteri yang dicari dalam alam yang mungkin tidak bisa dilihat sekadar bayang-bayang yang memberi harapan. Terlalu asyik saya melewati penulisan lirik lagiu ini dengan feel luar biasa Amy membuatkan lagu ini win big time.
Lamunanku tersentak, Lalu ‘ku mendongak, Gemuruh rasa, Terpaku sukma
NUR NILAM SARI (1998)
Gelora Amy dan Search menyerahkan Awie sebagai vokalis di album “Bikin Wilayah” dengan dimensi baru dalam visi serupa meneruskan kelangsungan hayat band ini. Terhasil dalam persembahan muzik yang cukup power, Nur Nilam Sari cukup ikonik dan tersendiri dengan mengangkat satu lagi nama perempuan di lagunya, Nur Nilam Sari yang merupakan anak kepada M.Nasir. Tulisan sempurna Loloq.
Senyumanmu satu azimat, Buat diriku yang hina
KEJORA KU BERSATU (1999)
“Selepas Banjir” hadir dengan seorang lagi vokalis baru, Moq yang tidak kurang jiwanya dalam penyampaian. Vokal Moq lebih subtle, delicate. Mungkin kurang keras berbanding Amy atau Awie tetapi masih cukup sebati dengan muzik Search. Masih meraikan wanita dalam lagu-lagunya, “Kejoraku Bersatu” sekali lagi meninggikan kehebatan seorang wanita di setiap lelaki.
Biar kulamar zahir dirimu menjadi ratu, Beradu dalam pelukanku, Kejoraku bersatu
*Kesemua rangkaian lagu-lagu Search boleh dinikmati secara rasmi di saluran YouTube “Getaran Nostalgia”
Lagu: Damba Artis: Khai Bahar Lagu / Lirik: Iqie Hugh / Omar K
Perjalanan muzik Khai Bahar berjalan dengan laluan yang mudah. Memiliki fanbase yang menyokong karier bermuziknya itu satu janji yang utuh untuk dia kekal dalam rencana kekal relevan dalam pasaran muzik semasa.
Berbekal kemampuan menyanyi dengan baik Khai Bahar mengemudi aturan sebagai penyanyi Pop yang bersih dari segi imejnya dan disenangi personalitinya. Daripada segi muzik Khai Bahar perlahan-lahan juga evolve melakukan sesuatu yang semakin okey single demi single.
Setelah kejayaan bersama NAR Records, Khai bergerak lebih tastefully produced bersama komposer baru Iqie Hugh yang sudah menghasilkan lagu-lagu yang cukup baik Pop nya seperti “Durja” dan “Sengsara”. Terkini sekali lagi bersama Iqie Hugh, Khai menzahirkan single terbarunya berjudul “Damba”.
Tercipta dalam acuan muzik Khai yang biasa kita dengar, lagu ini hadir dengan pemikat yang cukup baik di bahagian korusnya. Lagu ini terhasil dalam produksi muzik yang sangat baik biar melodinya tidaklah menawarkan sesuatu yang baru tetapi suntikan kemasan muzik yang lebih current menjadikan ia lebih istimewa berbanding Balada Khai sebelum ini.
Persembahan vokal Khai kemas dan beremosi dalam penceritaan yang mahu disampaikan. Semakin matang dan baik secara keseluruhannya. Kekuatan Khai adalah clarity dalam penyampaiannya.
Tidak terlalu sukar rasanya lagu ini memikat hati penggemarnya, “Damba” bakal meneruskan kelangsungan populariti Khai sebagai penyanyi di pasaran semasa.
Lagu: Baek Artis: Farisha Iris / Alan D Komposer / Lirik: Mingaling / Alan D / Amir Hassan Produser: Mingaling / Alan D
Saya mula mengenal Farisha Iris ketika dia di pentas Big Stage beberapa tahun lalu. Vokalnya menawan, gemersik cuma masih kurang pengalaman berpentas membuatkan banyak ruang yang harus diperbaiki.
Di pentas Big Stage sama seperti pesaing seuisinya, dia dibentuk sebagai another penyanyi Balada, suara sedap, boleh menyanyi, feel pun ok. Membosankan sebetulnya tetapi begitulah percaturannya.
Lagu-lagu Balada Farisha seperti “Alasan Terindah” yang dirilis lebih awal dulu tidaklah begitu memberi kelebihan buatnya bersinar. Saya lebih senang mendengar Farisha di lagu terbarunya “Baek” kolaborasi bersama Alan D yang diproduksi produser muda Mingaling.
Lagu begini saya kira membuat Farisha kedengaran lebih muda, ada attitude dan groove yang cukup memikat. Melodinya ada daya pemikat untuk kita sama-sama mendengarkan kemanisan dalam penyampaian Farisha.
Lagu begini dan single sebelumnya “Hello” harus menjadi jaluran muzik Farisha, just keep on producing this modern numbers. Mungkin sekarang orang tak notice but eventually people will. Kurang-kurangkan Balada meleleh. Work on more current sound.
Lagu: Habis Sini Artis: Naim Daniel & Joe Flizzow Komposer / Lirik: Firdaus Rahmat / Mas Dewangga / Joe Flizzow / Naim Daniel / SonaOne Produser: Mas Dewangga / SonaOne
Tidak mahu hanya terikat dengan pasaran muzik Balada masa kini, Naim Daniel meluaskan pasaran bermuziknya dengan kolaborasi bersama Joe Flizzow menerusi Urban Pop track berjudul “Habis Sini”.
Penghasilan melodi yang catchy tercipta mudah memikat pendengaran pendengar muzik semasa. Korusnya hadir dengan hook yang yang tidak sukar kiranya meresap untuk kita ingat bait liriknya dengan mudah. Cuma keseluruhannya tidaklah hadir dengan idea baru, formula serupa Hip-Hop dan Pop yang disatukan menjadikan lagu ini agak forgettable.
Saya lebih tertarik untuk mengulas persembahan vokal Naim yang semakin baik di lagu ini. Sederhana tetapi sangat mencukupi dalam mentafsir isi cerita. Suara Naim saban hari semakin sedap didengar dan semaki matang saya kira seiring usianya.
Naim saya pasti sudah siap untuk menzahirkan sebuah album. Lagu-lagu jaluran muzik seperti “Habis Sini” dan “Adakah Engkau Menungguku” saya kira harus menjadi pengisian di albumnya nanti kerana Naim itu bukan sahaja penyanyi Balada yang baik tetapi mampu menyampaikan jaluran Pop apa pun dengan baik.
Pemuzik muda Indonesia benar-benar meraikan legenda mereka dengan penghasilan lagu-lagu baru yang mengikut rentak biasa legenda-legenda ini dengan penggubahan melodi yang lebih kekinian dan segar sekali.
Setelah LaleIlmanNino bersama Ruth Sahanaya menghasilkan “Satu”, kolaborasi Ahmad Dhani bersama Vina Panduwinata serta Chandra Darusman bersama Dian Sastro memberikan ilham segar penghasilan lagu-lagu yang cukup berkualiti sekali.
Terkini gabungan pemuzik muda yang terdiri daripada empat anak muda Adrian Rahmat Purwanto, Jessi Mates, Joshua David Kunze dan Marco Steffiano membentuk S/EEK sebagai projek kolaboratif yang sebelum ini menghasilkan hits seperti “Tunjukkan” (Raisa & Afgan) dan “Kutukan Cinta Pertama” (Raisa).
Meneruskan kelangsungan dalam penghasilan Pop yang cukup current, anak-anak muda ini mengembalikan persona Jazz seberang, Ermy Kullit dalam sebuah persembahan cukup nostalgik berjudul “Melodi Asmara”.
Lagu ini terhasil sebagai sebuah pengalaman menikmati muzik Ermy Kullit serba baru yang cukup melekakan. Cantuman synth Pop dengan pengaruh City Pop membentuk “Melodi Asmara” dalam acuan Ermy yang sangat menawan.
Lagu ini saya kira sempurna buat anda yang sentiasa senang dengan nuansa lagu-lagu santai begini. Cerita cinta indahnya disusun dalam teks yang simple tetapi cukup membahagiakan. Sebuah repeat mode untuk saya.
Lagu: Kepada Hati Artis: Cakra Khan Komposer / Lirik: Ahmad Fredy
Berdiri teguh Cakra Khan sebagai persona Pop nusantara sehingga hari ini itu saya kira kerana persembahan muziknya dekat dengan jiwa-jiwa lara pendengar muzik tidak hanya di Indonesia malah Malaysia juga Brunei.
Rangkaian Baladanya yang sudah termaktub sebagai jaluran muzik yang sebati dengan attitude dan style dalam nyanyiannya diteruskan bertahun lamanya. Dan magisnya tidak pernah kita lelah dengan persembahan lagu-lagunya yang sentiasa senang di pendengaran.
Sebagaimana Judika, Cakra Khan antara soloist yang cukup popular dan diterima senusantara. Meneruskan kembara bermuzinya, baru-baru ini Cakra melunaskan sebuah lagi naskhah Balada berjudul “Kepada Hati”.
Dengan hanya sekali pendengaran saya pasti anda sudah boleh larut dengan perjalanan lagu ini dari awal ke hujung. Lagu ini dibuka dengan cara biasa bagi saya seperti Balada yang lain. Tetapi perasaan menghayati lagu ini menjadi semakin baik di hujung lagu.
Terkadang saya sendiri hairan kenapa kita senang dengan lagu-lagu sedih begini dan saya mendapat jawapan menerusi lagu ini yang ada dalam penulisan liriknya.
Bait-bait yang terisi di lagu ini berbisik sebuah realiti perasaan kebanyakan kita. Kisah patah hati yang setiap satu daripada kita akan merasai, melalui dan mendalami.
Ku berhenti di batas ini Antara cinta dan mimpi bersamamu Aku sadari kini Bahwa memang hatimu bukan untukku Ku kembali kepada sunyi
Bait-bait di atas saya pasti sudah jelas dalam membentuk realiti sebuah rasa paling dalam saat kita semua rapuh dan patah hati. Kejujuran dalam penulisan lirik Balada begini bergerak sebagai sebuah refleksi nyata hati-hati yang melara.
I mean baca sahaja bait di bawah. Bergenang ya air mata kalau tengah patah hati dengar lagu ni. Sob
Tegarlah diri walaupun perih Berjalan lagi sejauh mungkin Hingga suatu hari nanti pasti bertemu Dengan hati yang tak menyakiti
Melodi ciptaan Melly Goeslaw itu jika mahu dihitung jumlah hitsnya mungkin tidak terhitung banyaknya. Setiap satunya memiliki nilai sentimental tersendiri bagi setiap penggemarnya. Namakan mana saja agaknya bintang besar mana yang tidak pernah menyanyikan melodi ciptaannya. Dari Indonesia sehingga ke Malaysia, melodi Melly sehingga hari ini dikejar untuk mengisi portfolio seni muzik penyanyi yang ada.
Setelah berdekad lamanya berkarya, sebuah album apresiasi terhadap muzik Melly bersama Anto Hoed dialbumkan menerusi sebuah projek yang diberi nama “Melly Goeslaw – Masterpiece” yang siap beredar di gedung muzik digital.
Menampilkan rangkaian hits yang dirakam semula oleh penyanyi berbeza seperti Cinta (Tata Janeta), “Salahku” (Rizky Febian), “Denting” (Petra Sihombing), “Jera” (Anneth) dan beberapa lagu lain yang menampilkan Mayang Sari antaranya.
MELLY GOESLAW
Namun yang paling menarik perhatian saya menerusi projek ini adalah lagu rakaman semula “Cinta Sejati” nyanyian asal Bunga Citra Lestari yang mengisi slot runut bunyi Habibie & Ainun pada tahun 2012. Dinyanyikan semula oleh Reza Artamevia dalam perasaan yang berbeza sekali.
Tanpa perlu terlalu mengubah penghasilan melodi asal dengan susunan muzik berlainan, lagu ini tampil berbeza dengan sendirinya kerana persembahan vokal Reza yang cukup dominan membentuk rasa baru “Cinta Sejati” tanpa perlu dibayangi penyanyi asalnya.
Power vocal Reza tidak terlalu memaksa kita untuk larut dalam persembahannya yang seawal lagu dibuka sahaja sudah membuat saya melayang jauh dengan perasaannya juga pengucapannya yang cukup jelas menyampaikan cerita di balik melodi yang dicipta. Semua terhasil cukup flawless sekali.
Mendengarkan rakaman semula lagu ini saya kira berjaya melepas rindu mendengarkan alunan merdu Reza yang kali terakhir hadir dengan single “Selalu Ada” pada tahun 2017. Persembahan vokalnya berdiri sendiri dan cukup ikonik sekali.
Reza saya kira sentiasa ada pengikutnya. Untuk melihat living legend sepertinya terus menyanyi itu adalah demand tinggi pengikut tegarnya. Persembahan pentasnya akan sentiasa dinanti dan saya pasti rakaman semula “Cinta Sejati” ini akan menjadi another lagu wajib yang akan dinyanyikannya.
Kalendar Pop 60-an dan 70-an hadir beragam dengan banyak kugiran yang membawa ilham muzik retro dan Pop yang sinonim dengan era kebangkitan muzik mereka. Maka lahirlah nama-nama besar seperti Band Titiwangsa, Omara, The Hooks dan lainnya. Semua hadir mewarnai pasaran muzik tempatan dengan ilham serupa namun masih hadir dengan cara tersendiri.
Kugiran di Indonesia dengan nama “Clique Fantastique” antara yang say akira amat jarang diperkatakan. Dengan ahli seramai lima orang mereka mula menjejakkan diri dalam bidang muzik lewat 60-an berbekal empat buah album.
“Aneka Warna”, “Sa-Buah Cerita”, “Clique Fantastique” dan “Batu Karang” menjadi pertaruhan album mereka sepanjang bermuzik. Ilham swingging 60’s, retro dan Rock n Roll dalam persembahan rakaman muzik langsung terhasil sebagai sebuah perjalanan yang menarik untuk didengari.
“Puteri Gunong” antara lagu yang siap terhasil sebagai naskhah malar segar mereka. Lagu dengan ambien ruang rasa penuh nostalgia cukup melekakan dengan sentuhan memori yang dominan dalam penghasilan muzik keseluruhannya.
Sebuah lagi lagu yang terhasil dengan feel retro yang kuat adalah “Kenangan”. Melodinya siap dengan groove 70’s yang memikat, catchy korus dan derum deram mid temponya membuatkan ia terhasil sebagai sebuah naskhah yang cukup santai sekali.
Clique Fantastique menjadi kugiran di era 70-an yang agak sukar sebenarnya untuk kita menemukan cariannya di internet. Tidak banyak info yang dikongsi tentang kewujudan kugiran ini membuatkan saya fikir kehadiran mereka tidaklah begitu memberi impak dalam pasaran muzik ketika itu.
Namun mendengarkan kembali lagu-lagu mereka detelah berdekad dihasilkan, masih mampu menggamit memori pendengar. Setiap isi lagunya terhasil sederhana tetapi cukup menarik untuk didengarkan. Saya tidak pasti jika semua lagu yang dihasilkan adalah original song atau sekadar rakaman semula. Tidak banyak info mengenainya yang boleh dikongsi.
“Ku Choba & Ku Choba” sebuah lagi lagu yang menarik. Slow phase dengan selingan seruling di beberapa bahagian melatari lagu ini feel sekali. Penggunaan instrumen synth menjadikan lagu ini datang sebagai naskhah psikedelik retro yang mengujakan untuk didengar.
Mendengarkan lagu mereka kembali di saluran YouTube “Getaran Nostalgia” benar-benar mengembalikan feel retro yang memberi ilham serta idea baru bagaimana muzik begini boleh diadaptasi dalam trend masa kini.
Band-band indie tempatan boleh menjadikan Clique Fantastique sebagai rujukan yang baik. Kombinasi muzik mereka yang menyatukan beberapa jaluran muzik dalam satu album itu boleh dicungkil dan dicedok ideanya untuk menghasilkan sesuatu yang baru dan segar pastinya.
Lagu: Buat Ku Sempurna Artis: Vanessa Reynauld Komposer / Lirik: Faizal Tahir / Mage Produser: Adib Hussin
Bakat besar seni suara Vanessa saya kira sudah disedari sejak dia kecil lagi meniti pentas pertandingan nyanyian. Potensinya untuk bergelar superstar itu sudah terlihat dan hanya masa yang tepat sahaja menjadi percaturan untuk dia besar dan bersinar.
Maka dengan single duet bersama Naqiu yang beredar tahun lalu sedikit sebanyak memberi ruang untuk dia dikenali dengan lebih meluas. Biarpun bagi saya lagu tersebut tidaklah begitu memberi apa-apa kelebihan untuk memperlihatkan kredibilitinya sebagai penyanyi. She’s bigger than that hits.
Namun untuk bergelar penyanyi di Malaysia percaturannya harus begitu. Balada dahulu, Balada kemudian dan Balada lagi sampailah orang nampak oh she can sing. Vanessa itu saya melihat can be a solid R&B Contemporary artiste tapi begitulah nak dikenali buatlah Balada dulu.
Setelah percaturan Balada demi Balada, Vanessa hadir dengan percaturan yang membuat hati saya berbisik “Haaa macam ni lah baru Vanessa”. Lagu terbaru ciptaan Faizal Tahir bersama Mage berjudul “Buat Ku Sempurna” menjadi pertaruhan yang bijak, current, moden dan membuat Vanessa itu menyerlah sekali.
Melodi lagu ini saya kira sekali dengar pun kita boleh tahu ia diproduksi team Faithful Music dan hal itu bagus sebenarnya sebab belum lagi ada lagu daripada team Pop masa depan ini yang terhasil mengecewakan. Standard muzik tempatan banyak ditinggikan pasukan muzik Faithful Music.
“Buat Ku Sempurna” hadir dalam asas Balada yang dikemaskan susunan muziknya dengan sangat-sangat baik. Transisi verse ke korus sehingga ke hujung lagu ini bergerak dalam momentum yang begitu menawan sekali.
Vanessa saya kira bertuah mendapat melodi Pop yang sangat bagus begini dan lagu ini juga selamat di tangan Vanessa yang menjalankan tanggungjawabnya sebagai penyanyi dengan sangat baik. Persembahan vokalnya tidak keterlaluan, emosinya terjaga.
Mendengarkan lagu ini seperti candu, semahunya berulang kali saya menikmatinya.
I would say ini antara melodi paling best yang pernah Faizal Tahir siapkan sebagai sebuah naskhah Pop yang solid. Biar kadang membawa saya teringatkan lagu “Ratu” meets “Nobody” (yang juga dua all time fav FT saya). Namun di tangan Vanessa lagu ini terhasil dengan feel berbeza dan mempesona sekali.
Semoga berbekal lagu ini Vanessa lebih istiqamah untuk menghasilkan sesuatu yang lebih fresh, moden seperti “Buat Ku Sempurna” dan lupakanlah Balada meruntun jiwa tu, penatlah.