
Lagu: Takluk Cinta
Artis: Hafiza Suip
Komposer / Lirik: Firdaus Rahmat / Iqie Hugh / John Jeeves
Untuk sustain lebih sedekad lamanya dalam radar popular muzik semasa dengan penghasilan album juga single yang tiada henti percaturannya, itu satu hal yang harus dibanggakan Hafiz juga penggemarnya. Keberadaan Hafiz dalam menakluki jiwa pendengar muzik tempatan berganti generasi itu sesuatu yang cukup hebat.
Beberapa fasa dilalui, kejayaan demi kejayaan – kemenangan berganda di AJL, sehingga pernah terdiam seketika dengan beberapa percaturan yang tidak begitu menjadi tidak memutuskan usaha Hafiz untuk terus mencuba. Kejayaan “Lagu Cinta Kita” memberi ruang untuknya kembali on the right track sebelum mengisi portfolio muziknya dengan lagu-lagu popular lain seperti “Takdir Tercipta” bersama Adira dan “Berakhirlah Pencarian” bersama Ernie Zakri.
Keterbukaan Hafiz untuk bekerja dengan komposer muda membenarkan dia lebih diterima meluas sebetulnya dan hal inilah yang sepatutnya dilakukan banyak penyanyi senior lain untuk kelangsungan karier bermuzik mereka.
Enggan memperlahankan langkahnya, Hafiz menghasilkan lagi sebuah lagu bersama komposer muda Firdaus Rahmat, Iqie Hugh dan John Jeeves berjudul “Takluk Cinta” – sebuah persembahan Pop yang hadir meyakinkan.
Usai mendengar pertama kali single ini apa yang dapat saya simpulkan adalah saya cukup puas mendengar persembahan vokal Hafiz yang begitu merdu dan sedap sekali. Transisi verse ke korus sehingga ke hujung lagu ini disiapkan dengan momentum yang begitu solid mengikut kemapuan Hafiz beremosi dalam nyanyiannya.
Melodi ciptaan tiga komposer muda ini saya kira melengkapi feel Hafiz dengan secukupnya. Korusnya addictive, sangat mudah membuat kita leka dengan penyatuan melodi dan lirik yang bersatu dengan sangat baik. Setelah beberapa tahun hadir dengan Balada masa kini, this one saya kira the most beautiful ballad yang Hafiz rakamkan. Susunan muzik di lagu ini juga terhasil begitu kemas sekali.
7.8/10
ARTIKEL BERKAITAN