
Lagu: So Wrong But So Right
Artis: Afgan
Komposer / Lirik: Marco Steffiano / Joshua Kunze / Afgansyah Reza / Adrian Rahmat Purwanto
Produser: S/EEK
Afgan menginjak kedewasaan dengan citarasa baru bermuziknya yang nyata belih berarah pada estetika minatnya terhadap R&B yag lebih urban dan moden penghasilannya. Hal-hal ini sudah dibuktikan perlahan-lahan sejak dia mengedarkan album “SIDES” sehingga yang terakhir “Wallflower”.
Kemasan muziknya ternyata beralih jauh daripada nada popularnya meenrusi “Terima Kasih Cinta”, “Bukan Cinta Biasa” dan “Jodoh Pasti Bertemu” yang mengikut template muzik Indo Pop yang biasa kita dengar.
Dengan beriring kematangan usia bermuzik Afgan bergerak dengan cukup tersendiri. Terkini dia menghasilkan sebuah single terbaru bersama produser kolaborasi meningkat naik S/EEK dengan penghasilan single Inggeris berjudul “So Wrong But So Right”.
Terhasil dalam acuan muzik yang ternyata jauh daripada apa yang pernah ditawarkan sebelum ini, “So Wrong but So Right” pertama kali mendengar cukup mengingatkan saya pada muzik Rendy Pandugo atau Pamungkas yang banyak hadir dalam lilham begini. Indie dibaluti Pop yang catchy.
Persembahan vokal sederhana Afgan memberi kelebihan pada lagu ini untuk bergerak sendiri. Melodi lagu ini terhasil cukup baik saya kira cuma agak canggung kerana belum biasa mendengar Afgan di sisi begini. Namun ia bukan hal sukar untuk kita sebagai pendengar menyukainya kerana lagu ini bukanlah lagu yang berat.
Persembahan keseluruhannya masih Pop dan sedap didengar. Lagu begini saya kira akan lebih istimewa jika liriknya ditulis dalam bahasa Indonesia dengan gaya bahasa yang cukup cantik ia akan kedengaran lebih original.
7.6/10
ARTIKEL BERKAITAN
Kolaborasi Tak Diduga Rendy Pandugo & Pamungkas Menerusi “Friends”