
Lagu: Friends
Artis: Rendy Pandugo & Pamungkas
Komposer / Lirik: Pamungkas
Produser: Pamungkas
Kepelbagaian dalam pasaran muzik Indonesia membenarkan banyak pemuzik di sana bebas mengekspres rasa menerusi muzik yang beragam jaluran muziknya. Pasaran lagu-lagu Inggeris tidak ketinggalan dalam mengumpul penggemar masing-masing.
Rendy Pandugo, Ardhito Promono, Pamungkas dan beberapa nama lain selesa dengan penerbitan lagu-lagu berbahasa Inggeris berbanding bahasa ibunda sendiri. Apa yang cukup menarik diperhatikan di sini adalah penerimaan terbuka pendengar di sana yang terus menyokong kesamarataan dalam muzik dengan seadilnya.
Maka jika anda penyanyi Dangdut, Pop, Rock atau R&B – semuanya akan mendapat peluang untuk diperdengarkan dengan syarat melodinya dekat dengan jiwa-jiwa pendengar di sana.

Pamungkas antara yang cukup dominan di pasaran digital memonopoli muzik Indonesia dengan jumlah hits yang cukup banyak menerusi streaming digital. Mengikut rapat teman seperjuangannya Rendy Pandugo lantas menghasilkan lagu terbaru yang merupakan sebuah kolaborasi yang sujujurnya tidak diduga akan terhasil
Lagu berjudul “Friends” yang diciptakan sepenuhnya Pamungkas ini terhasil dalam acuan muzik yang sinonim kedua-dua pemuzik pria ini dengan cukup seimbang tanpa terlalu ada yang dominan ‘melawan’ muzik masing-masing. Korus lagu ini sangat baik dan terhasil cukup tenang membuai. Its such a perfect song for a road trip!
“Friends” terhasil dalam acuan muzik Alternatif Pop yang cukup matang sekali. Transisi muzik yang bergerak dengan persembahan penuh jiwa kedua-dua soloist ini memberi satu pengalaman mendengarkan lagu Indonesia dengan citarasa muzik cukup berkelas antarabangsa.
Lagu ini saya kira akan begitu memuaskan hati penggemar kedua-dua pemuzik ini. Biar ia tidak hadir terlalu kkomersial tetapi cukup kuat untuk mencuri perhatian sesiapa pun yang mendengar. Ini saya letakkan antara lagu terbaik Indonesia yang beredar tahun ini.
9/10
ARTIKEL BERKAITAN