Masih muda, pada usia 17 tahun bakat baru bernama Yazmin Aziz tampil cukup matang dengan ramuan muzik Pop dengan feel R&B berjudul “Lihatlah” yang diedarkan di seluruh gedung muzik digital bermula 3 Oktober lalu.
Lagu yang dicipta oleh Vince Chong dan lirik M.Zulkifli ini adalah coretan kisah kehidupan Yazmin yang dilaluinya membesar sebagai seorang gadis remaja. Sama seperti remaja lain, Yazmin mahu memberi inspirasi akan susah senang dalam kehidupan.
‘Lihatlah’ membawa pendengar untuk melihat dan memahami semangat Yazmin yang kekal tabah sekaligus berjaya membuktikan dirinya mampu bangun menjadi seorang yang lebih cekal dan kuat untuk menempuh kehidupan.
Kerjasama dengan Vince Chong dan M. Zulkifli bermula sejak Mac 2018. Vince Chong aktif sebagai penyanyi dan komposer 2003 dengan beberapa lagu ciptaannya seperti Percayalah Sayang dan Mengapa Harus Cinta. Manakala penulis lirik M. Zulkifli menyumbangkan khidmatnya bagi lagu-lagu popular seperti Ku Milikmu (Siti Nurhaliza), Igauan Semalam (Fauziah Latiff) dan Ku Teruskan (Liza Hanim).
TRIVIA YAZMIN AZIZ
Pembikinan lagu ‘Lihatlah’ dilakukan pada 19 Julai 2018.
Pemenang tempat ketiga Bakat Ohsem Malaysia 2017 (BOM) anjuran hurr.tv
Pernah merangkul pingat emas bagi kategori junior di pertandingan Malaysian championship of Performing Arts.
Muncul naib juara pertandingan Maybank Talent pada tahun 2012
Kugiran indie yang mula tampil dengan debut berjudul “Ambiguitas” tahun lalu dengan single perdana mereka Bercanda muncul dengan single kedua tahun ini selepas “Sa-ekor Burung” yang sempat diedarkan Ogos lalu.
Kental dengan feel indi Pop, Mad & Rissa tampil dengan lagu terbaru mereka berjudul “Politaik” yang beredar pada 5 Oktober lalu video liriknya di YouTube rasmi Mad & Rissa.
Lagu yang sekali lagi mendapat sentuhan komposisi muzik dan lirik Wanjah Ali ini mengangkat isu pemikiran dunia politik yang lebih banyak berbalik pada idea bicara dan debat semata dalam ideologi kebanyakan ahli politik tanpa tindakan yang wajar.
Kritikan sosial dalam penulisan penuh humanisme dan saya kira menjentik pemikiran pendengar yang jelas dalam bait “Mendengar lidah bicara, polemik indah belaka tak seindah hujah kata-kata mereka…”
TRIVIA MAD & RISSA
Mula ditubuhkan pada tahun 2016 oleh Wanjah Ali
Merasakan potensi yang ada, Wanjah Ali memanggil Izhar sebagai drummer dam beberapa siri gig sekitar Kl & Melaka.
Hanya selepas itu Mad & Rissa mendapatkan pemain gitar mereka Haziq dan Faridz sebagai pemain bass.
Mereka juga disenarai dalam top 12 Vans Musicians Wanted 2018
Daripada gerakan kecil secara sendiri dengan memuat naik karya ciptaan mereka di YouTube dan Soundcloud, Mad & Rissa hari ini bergerak dalam skala lebih luas sebagai kugiran indie yang semakin mendapat perhatian ramai. Jom kita tonton video lirik terbaru Mad & Rissa – Politaik
LEGASI MUZIK PAK NGAH TERHENTI 25 SEPTEMBER 2018 LALU
Luluh kiranya hati saat membaca pautan berita Utusan Online, 25 September 2018 lalu akan perginya khazanah berharga Muzik Melayu nusantara Pak Ngah atau nama sebenarnya Shuhaimi Md. Zain pada usia 59 tahun. Perkhabaran pilu Pak Ngah pergi buat selamanya itu dilaporkan ketika dia masih berada di Batam atas urusan kerja.
Perjuangan muzik Melayu asli nusantara yang dikendong bakat berharga ini bagai terhenti tanpa terbayang atau terlintas mana kan lagi pelapis yang mempu memberi aspirasi muzik sebesar yang pernah Pak Ngah sumbang sejak dia mula aktif di era 60-an dengan penyertaan kugiran Sisco Kid sehingga menjadi pengarah muzik festival-festival muzik terbesar se-Malaysia.
Melihat kembali portfolio muzik maestro yang satu ini membawa kita kembali ke tahun 1997 ketika sebuah album solid bunyian Melayu asli didondang dendangkan oleh sang primadona bernama Noraniza Idris. Kemunculan album berjudul Ala Dondang dengan hit malar segar berjudul “Awallah Dondang” (Anak Sarawak / Hairul Anwar Harun) membuka mata ramai orang akan keindahan muzik Melayu yang dikomersilkan dengan cukup segar dan merdu penghasilannya.
“Ala Dondang” menjadi titik temu Pak Ngah, Noraniza Idris dan pengikut muzik tempatan (Malaysia) ketika itu bersatu untuk meninggikan lagi darjat muzik Melayu asli ke tahap paling harum dan membanggakan.
Aturan yang sudah disusun itu diteruskan dengan legasi bintang Pop terheboh ketika itu, Siti Nurhaliza yang meneruskan penerimaan luar biasa “Awallah Dondang” dengan single asli pertamanya “Cindai” yang pengaruhnya tidak hanya di Malaysia malah menyeberang selat Melaka untuk terus dihargai peminat muzik Singapura juga Indonesia.
Dan ketika itu saya kira, irama Melayu asli berada di tahap paling membanggakan sekali. Ternyata dengan masa dan rezeki yang tepat sesebuah naskhah itu mampu menjadi begitu berharga sama seperti kilaunya emas yang takkan runtuh nilainya.
“Cindai itu sebenarnya menceritakan tentang seorang wanita yang cekal dalam perjuangannya. Perlambangan kain songket yang jika dipintal mampu sekuat senjata lain. Cerminan itu yang mahu disampaikan dalam lagu tersebut.” – Pak Ngah
Kelangsungan akan kejayaan Awallah Dondang dan Cindai diteruskan dengan deretan hit seperti Manira (Noraniza Idris), Balqis (Siti Nurhaliza), Tinting (Noraniza Idris) sehingga ke album duet terbaik Seri Balas (1999) dengan hit Hati Kama yang menjadi album tradisional pertama dinobat sebagai Album Terbaik Anugerah Industri Muzik Malaysia pada tahun 2000.
Sejarah yang dicipta tidak hanya sekadar ilham Siti & Ani tetapi Pak Ngah turut menjadi aspirasi label muzik selain Suria Records untuk mencipta the next Siti & Ani. Maka lahirlah Dwi Sabitah (Fadilah & Norazimah) yang terlahir daripada program pencarian bakat TV3 namun impaknya tidaklah sehebat Seri Balas tetapi masih penting bagi saya dalam menyemarakkan kebangkitan muzik tradisional.
Dan selepas itu mucul lagi beberapa bintang Pop yang mencuba irama tradisi ini dengan menggunakan formula serupa Pak Ngah. Maka lahirlah another duo bernama Siti Nordiana & Syura.
Menerusi album duet berjudul “Firus” pada tahun 2000 dengan barisan produser otai seperti S.Atan. Namun sebelum itu Nana terlebih awal merakam lagu berjudul Zapin Pak Ngah Balik (Rosli Selasih) menerusi debut yang diedarkan tahun 1999.
Langkah Syura dalam pemasaran genre muzik Melayu asli diteruskan dengan single “Nazam Berkasih” yang akhirnya menggunakan khidmat Pak Ngah sebagai produser album diberi judul “Balaghah” album penuh irama tradisional.
Dan the list goes on dengan bakat-bakat terrnama Sharifah Aini (Yayadan), Ziana Zain (Bagai Gahara) dan Jamal Abdillah (Samrah Mentari) sehinggalah bakat-bakat muda seperti Syazliana, Haziq, Zehra Zambri dan lain-lain yang menggunakan khidmat arwah secara meluas dan komersil.
SURVIVAL PAK NGAH MENERUSKAN CITA DAN JUANG IRAMA TRADISI
Saya kira selain Noraniza Idris yang tinggal mungkin hanya Pak Ngah yang sentiasa mahu meneruskan survival muzik tradisi agar tidak hilang ditenggelami muzik moden semasa khususnya.
Usaha berterusannya dalam memartabatkan irama ini tidak hanya di negara lahirnya dia tetapi sehingga ke Indonesia dalam mensejagatkan muzik tradisi ini menjadi satu.
Selepas program 3 Juara anjuran TV3, Pak Ngah aktif sebagai juri program Dangdut Akademi Asia (DAA) dalam mencungkil bakat serta mengembangkan legasi muzik tradisi. Dan dengan progam ini juga maka lahirlah bintang seberang bernama Lesti yang merakam lagu ciptaan Pak Ngah berjudul “Zapin Melayu” yang turut meledakkan nama Lesti dalam pasaran muzik Dangdut di Indonesia.
Pak Ngah Ketika Menjadi juri 3 Suara
Setiap usahanya adalah kejayaan bagi muzik tradisional sebetulnya. Dia memartabatkan genre muzik ini tanpa lelah dan putus asa. Saya cukup tertarik dalam kenyataan yang dibuat menerusi Utusan Online
“Saya faham ini waktu yang sukar tapi perjuangan harus diteruskan. Saya yakin, kalau kita berusaha peluang yang lebih baik bakal muncul. Kita kena fokus terutama dari segi promosi,” – Katanya merujuk akan penerimaan muzik tradisional hari ini.
Dalam artikel berjudul “Kalau Bukan Saya Siapa Lagi?” tulisan Alif Fadli itu, Pak Ngah turut menyatakan cabaran sebenar muzik tradisi hari ini adalah soal kreativiti yang harus diolah seiring pasaran muzik sekarang. Selain itu strategi pemasaran yang betul dalam meneruskan kelangsungan muzik ini.
Cindai, Hati Kama, Dikir Puteri, Nazam Berkasih, Nirmala dan ratusan lagi lagu ciptaannya akan terus dikenang sebagai sebuah naskhah malar segar yang melodinya akan kita hafal, dendangkan merentasi zaman dan generasi.
Semoga akan ada yang masih mahu meneruskan legasi yang ditinggalkan ini agar mengalir terus dalam jiwa-jiwa yang mahu terus membudayakan muzik tradisi Melayu untuk kembali diangkat di peringkat yang lebih tinggi dan mendunia.
Masih segar dalam ingatan saya akan melodi Pop “Now That I Can See” yang menjadi kegilaan lapangan muzik indie ketika diedarkan circa 2006. Ketika itu, nama Couple antara yang cukup besar dalam scene indie di Malaysia.
Dan menerusi album penuh berjudul “Top of the Pop” nama mereka konkrit sebagai kugiran indie pop yang dihormati sehingga hari ini.
Couple yang memulakan karier di pertengahan 90-an, pasca populariti O@G dan Butterfingers, bergerak atas obsesi muzik vokalis mereka Aidil terhadap kugiran legenda seperti The Beatles, Big Star, The Who dan Weezer sebagai inspirasi.
Dua album terpantas mereka “Top of Pop” dan “Pop Tak Masuk Radio” memberi variasi warna berbeza pasaran muzik tempatan ketika itu.
“Pop Tak Masuk Radio” Album Perdana Sepenuhnya Berbahasa Melayu
Lagu-lagu mereka juga begitu sinonim sebagai pilihan runut bunyi produser TV dan Filem tempatan juga antarabangsa seperti siri TV “KAMI” dan filem Hollywood “Super” lakonan Ellen Page. Feel indie Pop yang dihidangkan kiranya cukup serasi mengisi deretan filem serta siri yang telah siap diproduksi.
Khabr gembira baru-baru ini menganugerahkan Couple sebagai “Ipoh Heritage Band Awards” bersempena hari UNESCO yang berlangsung di Ipoh menjadi satu lagi nota dalam sejarah kewujudan kugiran ini.
Konsert “Doa Buat Kekasih – 30 Years Anniversary Tour 2018” Berlangsung di Istana Budaya
Untuk berdiri teguh lebih 3 dekad dalam bidang seni muzik lokal bukan jalan mudah kiranya. Hanya dengan tekad juga usaha tanpa putus sahaja yang akan mengekalkan satu-satu figura seni itu utuh sebagai ikon muzik. Dan nyata hal-hal ini ada pada dua legendary muzik Ramli Sarip dan Khadijah Ibrahim.
Menonton persembahan Konsert Doa Buat Kekasih – 30th Anniversary Tour yang berlangsung 6 Oktober di Istana Budaya saya sifatkan sebagai pengalaman menonton konsert yang cukup solid seiring kematangan dua penghibur senior ini.
Dibuka cukup strong dengan vokal Kathy menerusi duet Kumiliki Bayanganmu, duo ini mengundang jeritan tak berhujung daripada audien yang memenuhi setiap seating di Istana Budaya. Segmen pertama rangkaian lagu-lagu duet diteruskan dengan rangkaian duet yang pernah menaikkan nama dua bintang ini.
Antara yang paling menggamit memori Zapin Berperi dan Selapis Kasih Sedulang Rindu (Nyanyian asal Ramli bersama Allahyarham Tan Sri S.M Salim) mengisi segmen pertama konsert ini.
Segmen kedua diteruskan dengan solo Kathy menyampaikan lagu pertama yang menaikkan namanya Ku Sangka Siang Kiranya Malam dalam susunan muzik yang cukup lively dan terkini. Suara ibu pada waktu ini saya kira berada pada emosi yang cukup terbaik mentafsir bait lirik lagu tulisan Rahmat Zaki dan tentu saja melodi malar segar Datuk Ahmad Nawab yang begitu nostalgik sekali.
Diteruskan dengan rangkaian lagu-lagu popularnya seperti Everyday Girl, Halimunan, Ku Gembira Di Sampingmu dan all time hitsKu Pendam Sebuah Duka yang turut menampilkan Siti Hajar anak kepada Kathy berduet bersama.
Kemunculuan Ramli Sarip dalam segmen solo seterusnya cukup membangkit semangat. Rangkaian lagu-lagu rock n roll, tradisional dan hit malar segar seperti Teratai membuatkan dewan malam tersebut meriah sekali ditambah dengan jeritan sokongan peminat-peminat Papa Rock yang turut sama menyanyi tanpa henti. Lagu berjudul “Batu” antara yang mengundang gila semua penonton di ruang Istana Budaya.
Saya sejujurnya belum lagi pernah mengikut secara serius perkembangan Ramli Sarip, namun segala kredibiliti, aura dan kuasa pentas yang dimiliki legendary ini begitu dasyat sekali. I’m a fans!
Dan sejak malam tersebut kali pertama saya mendengar lagu “Batu” saya ulang dengar sehinggalah artikel ini ditulis.
Antara rangkaian lagu popular lain yang dipersembahkan oleh Papa Rock ini adalah Jangan Tunggu Lama-Lama, Tersendiri, Budaya, Jikalau Berkasih dan Teratai dalam persembahan yang penuh tenaga dan soul.
gambar: nstp
Kedua-dua bintang ini kembali berkongsi pentas di segmen terakhir yang nyata tidak menghentikan momentum konsert yang penuh dinamik. Duet mereka dalam hits Tina Turner seperti “ProudMary” dan beberapa lagu popular mereka lain seperti Ihsan Mulia dan Doa Buat Kekasih.
Konsert ditutup dengan lagu “Kamelia” yang bergema dengan nyanyian semua yang hadir sebagai pelengkap persembahan 2 jam malam tersebut. Ternyata dua bintang ini memberikan satu warna tersendiri dalam membentuk muzik Malaysia di legasi yang cukup tersendiri dengan senandung Irama Melayu dalam gema irama yang penuh nostalgia.
Tidak pernah lekang dengan bakat baru yang sentiasa mahu berkongsi bakat, Hurr.TV memperkenalkan artis rakaman terbaru mereka, Aqeesh Aleeya yang tampil dengan single perdana berjudul “Aku Malu” yang mula diedarkan Ogos lalu di semua gedung muzik digital
Lagu yang dicipta khusus komposer dan produser muzik DJ Fuzz dengan kerjasama tulisan lirik oleh Hez Hazmi ini tampil dengan nuansa Pop catchy yang menjadi signature muzik DJ Fuzz.
Bakat Aqeesh mula dicungkil menerusi program Ohsem Malaysia (BOM) 2017 anjuran hurr.tv yang mengangkat Aqeesh Aleeya sebagai Juara pertandingan pencarian bakat yang berlangsung pada 23 Disember 2017 lalu.
Pada usianya yang muda Aqeesh (14) telah mencipta momen kejayaan yang membanggakan. Pada usia 9 tahun, dia telah menjuarai pertandingan ‘Bintang Kecil RTM 2013’ peringkat negeri Selangor sekaligus melayakkan beliau menyertai pertandingan akhir ‘Bintang Kecil Kebangsaan RTM 2013’.
Kerjasama dengan DJ Fuzz dan Hez Hazmi bermula sejak Februari 2018. Pembikinan lagu ‘Aku Malu’ dilakukan pada 29 Mac 2018 dan secara amnya menggambarkan situasi di mana seorang gadis/jejaka yang jatuh cinta dalam diam kepada seseorang yang diminati.
Menurut Pengarah Saluran hurr.tv, Elaine Daly, “Lagu ‘Aku Malu’ ini adalah satu karya yang saya pasti akan menarik perhatian pendengar dengan irama pop dance yang ditampilkan. Konsep lagu ini juga amat sesuai dengan karakter Aqeesh yang sememangnya lincah dan bertenaga. Kami juga amat berbesar hati dapat bekerjasama dengan komposer serta penulis lirik berbakat DJ Fuzz dan Hez Hazmi. Dalam masa sama, kami sedang merangka beberapa jelajah bagi memperkenalkan lagu ‘Aku Malu’ kepada orang ramai.”
Muzik video “Aku Malu” sudah berada sejak September lalu sudah boleh ditonton di saluran YouTube rasmi hurr.tv
Trivia Aqeesh Aleeya
Pada usia 9 tahun, beliau telah menjuarai pertandingan ‘Bintang Kecil RTM 2013’ peringkat negeri Selangor sekaligus melayakkan beliau menyertai pertandingan akhir ‘Bintang Kecil Kebangsaan RTM 2013’.
Dalam edisi pertandingan berkenaan, Aqeesh dinobatkan sebagai Peserta Terbaik Semenanjung.
Pada tahun berikutnya, Aqeesh sekali lagi berjaya melayakkan dirinya menyertai pertandingan ‘Bintang Kecil Kebangsaan RTM 2014’ dan diumumkan sebagai Peserta Terbaik Semenanjung juga dinobatkan sebagai naib juara keseluruhan.
Menyemak kalendar legasi Pop Indonesia awal ke pertengahan 90-an, ketika itu penggemar muzik sedang begitu hangat dengan hebohan kugiran terbaik sepanjang masa Dewa 19 dalam rangkaian album awal mereka seperti Format Masa Depan (1994) dan Terbaik Terbaik (1995). Selain kemunculan bakat muda bernama Krisdayanti menerusi album perdananya dan grup trio AB Three selain baladan meruntun Dessy Ratnasari menerusi Tenda Biru.
Namun dalam hebohan nama-nama besar itu, terselit satu nama “Jingga” yang mengalihkan sedikit perhatian muzik Indonesia dengan debut “Tentang Aku” yang menjadi satu-satunya album yang sempat dirakam duo Pop ini.
Jingga dianggotai Fe (Vokal) dan Therry (Komposer) datang dengan ilham muzik Pop yang keseluruhannya menggunakan kerja programming di studio, Jingga barangkali banyak terilham daripada produser muzik Cagnet dari Jepun yang sering menggunakan idea serupa.
Album yang memuatkan 9 lagu unggulan duo ini dibuka dengan Ku Terhempas (Therry) dalam nuansa kental Indo Pop diteruskan dengan hits Tentang Aku (Therry) yang cukup ramuan sebagai sebuah lagu malar segar yang akan didengar sampai bila-bila. Masakan tidak, lagu ini saja sudah dirakam ulang oleh Andien menerusi album Kinanti (2002) dalam nuansa Jazz yang cukup menyenangkan.
Kraf muzik Jingga dalam album ini bagi saya bersifat cukup organik. Baik penciptaan melodinya, kemasan muzik sehingga vokal cemerlang Fe yang cukup lembut. Lagu-lagu seperti Dalam Doa dan Aku Hari Ini cukup deep sekali perasaan Fe dalam lontaran suara penuh santun dan rasa yang tepat.
Album ini saya sifatkan sebagai Indonesia Gems in Music kerana penghasilannya cukup mengesankan. Tidak hanya pada karya-karyanya tetapi juga menjadi sebahagian daripada naskhah penting pasaran muzik Indonesia sekitar 90-an yang sehingga hari ini menjadi karya hebat sepanjang zaman.
LAGU Antara Kita yang cukup popular di awal era 2000 persembahan trio Rida Sita Dewi (RSD) dinyanyi ulang oleh Monita Tahalea sebagai lagu tema filem terbaru Aruna dan Lidahnya yang diarahkan oleh pengarah tersohor, Edwin yang sebelum ini mengarahkan filem Posesif (2017) dan Babi Buta Yang Ingin Terbang (2008).
Bekas finalis Indonesian Idol 2005 ini menggunakan khidmat Adra Karim untuk menata ulang muzik, Gerald Situmorang sebagai gitaris dan Odi Purba mengepalai instrumen bass.
“Senang bisa jadi bagian kecil dalam film produksi Palari Films ini. Selamat dan sukses untuk seluruh tim Aruna & Lidahnya,” tulisnya dalam keterangan foto di Instagram, Sabtu, (22/9).
Dalam posting serupa, ia juga berpose dengan Sita Nursanti, salah satu personel RSD. Sita kini lebih aktif bermain teater.
Selain Monita, penyanyi yang diplot untuk mengisi filem ini adalah Fe Utomo yang membawakan lagu berjudul “Tentang Aku”.
“Senang bisa ketemu dan ngobrol langsung dengan mbak Fe Utomo, yang selalu saya dengerin lagu-lagunya.”
Aruna & Lidahnya mempertemukan kembali duo Nicholas Saputra dan Dian Sastrowardoyo yang sudah mula tayang pada 27 September di Indonesia.
Aruna & Lidahnya mengambil kisah tentang persahabatan dengan menonjolkan perjalanan kulinari dari masing-masing karakter utama, termasuk Oka Antara, dan Hannah Al Rashid. Filem ini merupakan adaptasi dari novel berjudul sama karya Laksmi Pamuntjak pada 2014.
Big joke minggu lalu masih buat saya geli hati, dalam ribuan naskhah Audi Mok, lagu “Mata” diangkat sebagai lagu terbaik sepanjang kariernya sebagai komposer yang bermula dengan lagu-lagu arwah Seha (album Hitam Manis) dan debut Atilia “Pelangi Mimpi” (album R.A.P 95) yang masih antara masterpiece Audi sepanjang karier muziknya.
Audi Mok antara komposer dan produser muzik yang cukup ke depan dengan naskhah yang cukup moden dan up beat melangkaui jauh pasaran muzik Pop yang masih terikat dengan idea Balada.
Nama Audi Mok diketengahkan bakatnya seawal hujung 80-an dengan penglibatan pemuzik terkenal lain seperti Fauzi Marzuki khususnya.
Nikki dan Ning Baizura antara penyanyi yang cukup dominan dengan karya Audi dalam siri album penuh mereka seperti Maharani, Dewa dan Hawa begitu juga dengan kemunculan tiga album terawal Faizal Tahir.
Memenuhi lengkap portfolio seni muziknya, Audi turut mencipta lagu berjudul Oxygen buat bintang Pop cukup popular di Indonesia iaitu Maudy Ayunda. Berikut 10 Lagu Terbaik Karya Cipta Audi Mok sepanjang kariernya. And yes, Mata obviously not one of them!
Ku Percaya Ada Cinta (Siti Nurhaliza)
Melodi lagu ini cukup membekas sekali. Komposisi terbaik Audi dalam percaturan Pop ketuhanan buat Siti. Menyempurnakan lagi naskhah ini lirik cukup puitis Habsah Hassan.
Oxygen (Maudy Ayunda)
Antara lagu baru ciptaan Audi yang begitu baik sekali komposisinya. Saya sangat sukakan melodi lagu ini yang cukup solid dan kemas penghasilannya.
Cantik (Nikki)
Pop Dance dalam Cantik dikemas cantikkan dengan persembahan sempurna vokal Nikki yang begitu cemerlang sekali. Bukan sahaja dalam single ini malah keseluruhan album Hawa.
Cinta Datang Lagi (Dina)
R&B Malar segar ini sudah berusia lebih 12 Tahun sejak diedarkan dan sehingga hari ini masih antara komposisi paling original sejarah R&B Malaysia.
1000 Penipuan (Farah Asyikin)
Rencah Pop dalam rencana menghasilkan Kelly Clarkson Malaysia dalam lagu ini saya kira satu yang cukup segar. Vokal Farah Asyikin strong dalam memberi justifikasi dalam 1000 Penipuan.
Karma (Faizal Tahir)
Ini all time favourite saya gabungan FT dan Audi. Lagu ini cukup tersendiri yang membawa standard muzik Malaysia
Pernah & Untuk Selamanya (Ferhad)
Dua lagu Balada yang dimuatkan dalam album Katakan Saja. Feel R&B Ferhad dalam kedua-dua lagu ini timeless dan killer pada lagu ini tentu saja korusnya yang cukup indah sekali melodinya.
Tapi Mengapa (Shila Amzah)
Sebuah lagi R&B Ballad karya cipta Audi Mok. Ketika pertama kali mendengar sudah buat saya terasa feel Unfaithful (Rihana). Beautiful!
Romeo & Juliet (Nikki & Ebi)
Klasikal dan Pop disatukan dalam lagu yang cukup hebat sekali penciptaannya. Kolaborasi yang bersatu baik dalam kejutan manis. Ini antara karya terbaik Audi Mok sepanjang kariernya.
Generasiku (O@G)
Tidak hanya terikat di lapangan muzik Pop R&B, Audi menggubah sebuah alternatif pop malar segar ini buat O@G yang sehingga hari ini menjadi antara lagu paling fun untuk dinikmati.
Sejak dierdarkan di semua gedung muzik digital 24 Ogos lalu, Faizal Tahir tampil dengan muzik video “Ragaman” yang menampilkan aktres Nabila Huda sebagai pemeran utama muzi video yang sudah mencecah view 1 Juta dalam masa kurang seminggu dan kini trending #1 di YouTube Malaysia.
“Ragaman” membawa sisi berbeza Faizal Tahir setelah lebih 10 tahun bergelar penyanyi dan produser muzik. Lagu dalam feel inspirasi P.Ramlee dan pasca Masdo ini kiranya diedarkan tepat pada masanya di saat muzik begini semakin mendapat tempat di hati penggemar muzik semasa.
Video muzik rasmi arahan Azhar Ismail ini memilih Nabila Huda atas permintaan Faizal sendiri yang menyifatkan Nabila memiliki karakter paling sesuai untuk menzahirkan watak sebagai isteri. Ternyata pertaruhan Faizal ini berjaya apabila ramai peminat turut menyifatkan pemilihan Nabila dalam video muzik ini sebagai sangat tepat kerana mempunyai raut wajah klasik dan daya penariknya yang tersendiri.
“Saya tidak dapat membayangkan orang lain untuk memegang watak ini. Nabila merupakan pilihan terbaik”.
Mengulas tentang pengalaman digandingkan dengan pelakon berbakat yang juga anak kepada ikon rock Amy Search ini, Faizal berkata, “Pada mulanya saya rasa gementar kerana Nabila seorang pelakon yang hebat. Tetapi lama kelamaan keserasian kami makin terserlah.”
Tambah FT lagi – “Hasil kerja Nabila memang sangat mengagumkan! Saya amat berterima kasih kepada Nabila kerana sudi menerima tawaran untuk berlakon dalam video muzik ini. Walaupun pernah mendapat banyak tawaran sebelum ini, Nabila belum pernah lagi terlibat dalam mana-mana video muzik. Saya terharu kerana Nabila memilih ‘Ragaman’ untuk menjadi video muzik pertama lakonannya”.
“Ragaman” sejak diedarkan sudah didengar hampir 300 ribu kali di Spotify sahaja tidak termasuk gedung muzik digital yang lain. Ragaman merupakan lagu hasil ciptaan Faizal Tahir bersama Mike Chan, Karim Karam, Romeo dan Jaare.