
SINGLE PERTAMA CIPTAAN VINCE AF
Masih muda, pada usia 17 tahun bakat baru bernama Yazmin Aziz tampil cukup matang dengan ramuan muzik Pop dengan feel R&B berjudul “Lihatlah” yang diedarkan di seluruh gedung muzik digital bermula 3 Oktober lalu.
Lagu yang dicipta oleh Vince Chong dan lirik M.Zulkifli ini adalah coretan kisah kehidupan Yazmin yang dilaluinya membesar sebagai seorang gadis remaja. Sama seperti remaja lain, Yazmin mahu memberi inspirasi akan susah senang dalam kehidupan.
‘Lihatlah’ membawa pendengar untuk melihat dan memahami semangat Yazmin yang kekal tabah sekaligus berjaya membuktikan dirinya mampu bangun menjadi seorang yang lebih cekal dan kuat untuk menempuh kehidupan.
Kerjasama dengan Vince Chong dan M. Zulkifli bermula sejak Mac 2018. Vince Chong aktif sebagai penyanyi dan komposer 2003 dengan beberapa lagu ciptaannya seperti Percayalah Sayang dan Mengapa Harus Cinta. Manakala penulis lirik M. Zulkifli menyumbangkan khidmatnya bagi lagu-lagu popular seperti Ku Milikmu (Siti Nurhaliza), Igauan Semalam (Fauziah Latiff) dan Ku Teruskan (Liza Hanim).
TRIVIA YAZMIN AZIZ
- Pembikinan lagu ‘Lihatlah’ dilakukan pada 19 Julai 2018.
- Pemenang tempat ketiga Bakat Ohsem Malaysia 2017 (BOM) anjuran hurr.tv
- Pernah merangkul pingat emas bagi kategori junior di pertandingan Malaysian championship of Performing Arts.
- Muncul naib juara pertandingan Maybank Talent pada tahun 2012