#PerspektifMuzik, Highlight,

Gegar Vaganza 2018 – The Game Changer, The Most Favorite & The “Colorless” Filler…

Seperti biasa setelah tamatnya GV 2017 dengan kemenangan betari seni, Aishah – seperti anda semua, saya juga sudah berkira-kira memikir siapa yang perlu berada di GV 2018. Dua nama paling saya mahukan comeback mereka adalah Dina dan Nikki.

Mengapa?

Jawapannya mudah, sudah tiba masanya mereka diangkat dan kerana sudah terlalu lama kita membiarkan bakat mereka diletakkan di pentas-pentas kecil (namun berprestij) seperti No Black Tie dan KLPAC. Pasaran lebih luas dan komersil diperlukan dua bakat ini untuk dipertontonkan kepada umum.

Selain itu saya juga berharap agar Ramlah Ram, Roy (Ratnaku), Aris Ariwatan dan Farah AF juga.

Namun seminggu sebelum PC berlangsung, Perkhabaran awal Elite akan menjadi sebahagian daripada peserta Gegar Vaganza 2018 sudah buat saya tepuk dahi. Begitu tinggi sekali keyakinan grup wanita popular ini mahu menjadi 12 teratas untuk satu persembahan LIVE berskala besar. Saya ulang persmbahan LIVE.

Yeah they have their moments and we do loves G.I.G, Tamparan Wanita & Trauma. But do we need more? Nope!

Tapi tak mengapalah, saya percaya Astro punya rencana dan agenda mereka sendiri. Selain Elite saya juga mendapat info Azie dan KOOL serta yang lain-lain (yang officially announced minggu lalu) dan Hetty Sarlene yang terang-terang sudah inform seluruh warga Instagram sebulan dua lebih awal.

Dan dalam senarai yang saya dapat awalnya nama Azie dan KOOL sahaja yang tiada dalam senarai akhir 12 teratas GV2018.

Dan, dan, dan…

NORYN AZIZ yang membuat saya betul-betul terkejut dengan keputusannya untuk join GV tahun ini. Dia Fadilla saya sudah boleh agak cuma strategi untuk mengambil grup sebagai salah satu kelainan tahun ini saya kira not bad juga. Forteen yang saya kira masih hijau juga antara kejutan Astro kali ini.

Saya tak ada masalah sangat dengan Forteen cuma andai kata mereka yang menang, Gegar Vaganza dah berubah arahnya. Maksud saya bukankah tujuan asal GV adalah untuk mengangkat otai-otai dalam bidang seni suara? Dan Forteen otai? Ermm, nope! Kalau The Fabulous Cat saya masih ok lagi.

Zamani masih hebat di pentas, itu fakta yang saya kira tiada siapa yang boleh nafikan. Kali terakhir saya menonton konsert Slam di StarXpo, Kenanga dia masih boleh perform dengan baik dengan feel yang maha dasyat di setiap lagu.

Ramai root for Zamani to win this year saya tahu tu. Tapi kalau pun Zamani yang menang akankah radio akan terus menyokong karier muziknya? Klik gambar di bawah untu baca kisah Zamani kecewa dengan sikap orang radio yang tidak memutarkan lagunya. Dan, secara peribadi jika pun Zamani yang menang dia akan hanya jadi the next Ayai, Zarul dan Ezad.

Bukan menidakkan kehebatan Zamani tapi cuba kita fikir akankah Zamani guna peluang kemenangan tersebut dengan memberi justice yang betul? Atau masih akan terus diam sudahnya.

Saya bercakap akan logik, relevan dan realisme pertandingan sepanjang empat musim sudah. Terus terang dalam empat juara yang sudah dinobat hanya Siti Nordiana sahaja yang punya magis. Shine all the way – dari malam kemenangannya sehinggalah hari ini. Belum ada momen yang bikin perjalanan kariernya perlahan. Aishah di level berbeza – undangan konsert demi konsert skala besar yang membanggakan. Letak ke tepi kisah loket mutiara palsu.

Kita perlukan the next Nana yang balance antara talent, punya sasaran pasaran dan yang paling attitude yang betul untuk berada dalam lapangan seni suara. Faham-fahamlah, nak please Malaysian audience ni macam mana pulak kan, belum lagi nak please all the reporters. 

MINGGU PERTAMA YANG KURANG GEGARANNYA

Malam Ahad lalu, Hetty Sarlene membuka persembahan dengan cukup promising. Vokalnya masih baik, feel ada dan dia masih kelihatan presentable. Low note Safura buat saya wow tapi bila masuk korus ke hujung lagu all over the place (Cuba dengar guna headphone) – Struggle. Begitu juga dengan Dia Fadila, nyanyiannya tiada warna sekadar menyampaikan melodi.

Animated GIF - Find & Share on GIPHY

Billy Zulkarnain seriously not bad cuma saya kira susunan muzik malam tersebut terlalu besar sifatnya but seriously they’re doing better than Forteen. Farawahida paling boring. Noryn Aziz masuk je dah off, macam kata Tok Ram just after seminit lagu baru dia pick-up the feel.

Cuma saya kira Fantasi O Realiti bukanlah Noryn yang sebenar and actually Noryn era Fantasi dah jauh sangat dengan apa yang dia tawarkan sekarang. Transisi Pop Alternatif ke Jazz gap yang cukup besar saya kira. But i do believe she can do wonder with Trauma. But if she fails dan tak pick up untuk second week ini, GV might not be the right stage for her but we definetly love Noryn! Menonton persembahan live-nya di Bobo KL dan Alexis full of soul!

Syafie Rio begitu-begitu sajalah. It’s the song that people enjoy not his performance dan Elite juga. Semua sebab lagu bukan persembahan mereka.

AMELINA STEAL THE SHOW! Aura dan stage presence yang dia ada masih hebat. Amelina perform dengan sangat yakin dan vokalnya masih baik. The real queen of Dangdut she is. Saya tak tahu nak cakap apa dah. Malam tersebut nyata milik Amelina. This time kita bukan saja enjoy dengan lagu malar segar yang dinyanyikan tetapi kita enjoy dengan persembahan hebat Amelina secara keseluruhan. Nyanyiannya masih merdu, lenggoknya masih flawless, confident level 100% dan apa yang lebih penting she enjoy herself on stage!

Amelina paling menyerlah malam pertama GV2018

Peserta GV tahun ini perlu lakukan sesuatu yang lebih meyakinkan. Saya tak suruh buat gimik ya, tapi lebih tepat adalah mengusai kekurangan dalam diri yand ada untuk menjadi Zamani yang lebih baik, Amelina yang lebih menghiburkan dan Noryn yang akan membuka mata lebih ramai orang dengan segala ability dia betul-betul ada.

 

Markah Minggu Pertama

Amelina (73.8%)
Zamani (72%)
Shafie Rio (64%)
Maya (63%)
Dia Fadila (58.9 %)
Forteen (55.5%)
Hetty Sarlene (54.5%)
Farawahida (53.3%)
Safura (53.1%)
Noryn Aziz (51.9%)
Billy Zulkarnain (49%)
Elite (46%)


ARTIKEL BERKAITAN

#GegarVaganza Tentang Aishah Dan Mengapa Line-Up Gegar Vaganza 2017 Adalah Yang Terbaik Sepanjang 4 Musim Penganjurannya.

Terkini,

Tampil Meyakinkan Dengan Single “Rahsia” Hafeez Mikail Guna Khidmat Malique

Percubaan pelakon menjadi penyanyi dalam pasaran muzik nusantara bukan sesuatu yang baru. Ada percubaan yang berjaya dan tak kurang juga yang gagal. Nama-nama seperti Maudy Ayunda (Indonesia), Fazura (Malaysia), Raffi Ahmad (Indonesia), Luna Maya (Indonesia) dan Fattah Amin (Malaysia) antara yang sudah mencuba nasib dalam bidang nyanyian.

Landasan mudah YouTube, Smule dan Instagram sememangnya membantu banyak orang untuk mencuba nasib dalam bidang ini. Namun begitu tidak semua memiliki bakat untuk betul-betul diketengahkan dan diperkembangkan.

Nama Hafeez Mikail mungkin agak asing dalam lapangan ini. Hanya setelah penampilan dalam filem Busker dia sempat mencuri perhatian pasaran muzik dan filem Malaysia khususnya.

Pernah tampil dengan single berjudul Ingin Selalu awal tahun ini, Hafeez Mikail kembali dengan single kedua yang semakin meyakinkan dengan vokal lelakinya yang punya pesona tersendiri.

Lagu berjudul “Rahsia” diedarkan pada hari ini 28 September di semua platform muzik digital. Apa yang lebih menarik lagu dalam genre R&B dengan feel Lo Fi ini dicipta oleh rapper dan produser muzik Hip-Hop yang cukup dihormati iaitu Malique dengan kerjasama Didieq – dua individu yang bertanggungjawab di balik pembikinan hits Hikayat Benladin.

Menurut MK lagu ini rasanya sudah cukup memberi justifikasi untuk vokal Hafeez Mikail dan selepas dua single yang beredar jika diurus dengan cukup baik, Hafeez mampu jauh dalam bidang ini dengan syarat jauhkan diri daripada cheap marketing dan dekatkan diri dengan persembahan live pentas festival muzik kecil dahulu. Good luck Hafeez!

Terkini,

Kembali Dengan Single “Wo Ai De Ni” Mampukah Fazley Ulang Fenomena Asmara Ini?

Sedar tak sedar sudah 17 tahun single berjudul Asmara Ini dendangan Dato’ Fazley Yaakob menjadi teman penggemar lagu cinta malar segar. Dan fenomena lagu tersebut memberikan gelaran sebagai Abang Asmara oleh para peminat lagu tersebut sehingga hari ini.

Biar semakin sibuk dengan tanggungjawabnya sebagai Chef Selebriti, Pakar Motivasi dan Hos – bidang nyanyian masih menjadi minat utamanya yang akan diteruskan. Terkini Fazley sempat mencuri waktu untuk memunculkan single terbaru berjudul Wo Ai De Ni yang tersedia di semua gedung muzik digital seperti Spotify, Joox dan Apple Music pada hari ini, 28 September 2018.

Bagi memberi sedikit kelainan buat pendengar, tajuk lagu ini diberi dalam bahasa Mandarin namun keseluruhan lagu masih menggunakan bahasa Melayu.

Menurut Fazley, lagu hasil ciptaan Ajai dengan kerjasama dirinya sendiri merupakan ekspresi personal tentang cinta bersama seorang gadis berbangsa Cina yang terputus di tengah jalan akibat tidak mendapat restu keluarga. Begitupun, mereka masih menghormati perasaan cinta yang terwujud di antara satu sama lain.

“Sementara itu, relevan saya memilih judul Wo Ai De Ni yang bermaksud kau kesayanganku kerana ramai di antara kita sudah terbiasa mendengar ayat ini di dalam kehidupan seharian,” kata Fazley yang merekod lagu ini dalam masa sehari sahaja di studio Ajai di Taman Tun Dr. Ismail di sini beberapa bulan lalu.

Menyambung bicara, anak jati Rembau, Negeri Sembilan itu memberitahu, proses rakaman tidak mengambil tempoh panjang kerana penjiwaan yang mudah dizahirkan oleh empunya diri.

“Terus-terang, Ajai merupakan seorang produser yang cukup teliti apabila berada di dalam studio. Bagaimanapun, saya berasa bertuah kerana dia mudah berpuas hati dengan proses rakaman yang dilakukan tempohari,” ujarnya sambil memberitahu bahawa Wo Ai De Ni menjalani proses adunan akhir di Australia.

Menutup bicara, Fazley sempat melontarkan ekspektasi terhadap lagu baharunya itu: “Semoga ia dapat memberikan kefahaman kepada orang ramai bahawa cinta tidak semestinya bersatu. Dan jika tidak bersatu sekalipun, tidak semestinya kita akan berhenti mencintai sesama sendiri.”

Sebelum Wo Ai De Ni, bapa kepada empat cahayamata itu pernah menghasilkan single, Ketiadaan sebagai tribute buat arwah bapanya, Datuk Yaakob Mohammad yang meninggal dunia pada tahun 2016.

 

#PerspektifMuzik, Terkini,

Anugerah Planet Muzik 2018 – Mencari Makna Di Balik Kemilau Glamor Satu Malam

Kali terakhir yang saya betul-betul mengikuti perkembangan Anugerah Planet Muzik rasanya dalam 3-4 tahun lalu selepas itu APM dah jadi makin entah apa-apa pabila Fynn Jamal diangkat sebagai Artis Baru Wanita Terbaik 2014 mengalahkan Fatin (Indonesia), Aisyah Aziz (Singapura) dan Hani Soraya (Malaysia).

Yes, you read it right, Fynn Jamal kalahkan Fatin Shidqia. I mean seriously? Tapi tak mengapalah dia pun dah menang. Saya pun pasti juri-juri pasti bijaksana semuanya.

Selain itu, saya kira APM tidak begitu memberi justifikasi yang menyeluruh untuk perkembangan muzik serantau yang sekadar berhujung dengan kolaborasi Siti dan Krisdayanti, Siti dan Cakra Khan, Siti dan Judika. You get what I mean? Paling baru pun kolaborasi Hafiz dan Rossa (Salahkah) dan yang terkini Aisyah Aziz dan Rizky Fabian (Indah Pada Waktunya).

Dan masih ingat kolaborasi Dayang bersama Tompi (Perlukan Cinta) dan Marcell (Sayang) pada tahun 2011? Ke mana sudahnya nasib dua kolaborasi hebat tersebut? Tiada air play meluas jauh sekali mengangkat nama Dayang lebih tinggi di tanah seberang.

Sudah masanya APM menjadi satu badan khusus yang menghubungkan 3 negara ini untuk memasarkan muzik secara serentak. Penghubung label rekod, radio, TV dan media digital.

Maksud saya di sini setelah 17 tahun penganjuran, pihak pengurusan pesta anugerah muzik ini harus memikirkan sesuatu yang lebih daripada sekadar menjadi penganjur majlis. Bukan apa, platform sudah kukuh cuma tidak dimanfaat ke arah yang lebih baik dan memberi faedah kepada perkembangan muzik serantau.

Satu program khusus membawa bakat-bakat terpilih untuk dipromosikan secara berkelompok dalam tour muzik nusantara contohnya. Ya, soal modal dan kerjasama akan jadi isu di sini tapi saya percaya kalau disusun baik struktur programnya pasti akan ada jenama besar korporat yang mahu bekerjasama cuma execution-nya harus tepat, telus dan dikekola oleh individu berpengalaman dan memiliki pengetahuan muzik serantau yang luas.

Adrian Khalif, Dayang Nurfaizah, Asad Motawh, Aziz Harun, Raisa, Jaz & Rossa antara yang mendapat pencalonan tahun ini.

Tahun ini nominasi APM didominasi bakat baru serantau bagi kebanyakan kategori utama buat saya tertanya mana perginya Boneka (Sheila Majid) dan Peace Love Rindu (Ella), Gitaku (Ruth Sahanaya), Metamorfosa (Andien), Payung Teduh dan saya mencari juga nama Kaka (Kembali), Masdo (Ke dah calon last yer? whatever..)

dan… dan… dan.. mana Sentiasa Merinding!? Kolaborasi maha dasyat Imran Ajmain dan Najwa Mahiaddin?

So kisahnya tiada nama-nama yang saya sebutkan tadi. Tapi tak mengapalah saya kira karya-karya hebat tersebut tidak dihantar untuk pencalonan atau mereka pun sudah tidak berminat dengan kemilau glamor satu malam Anugerah Planet Muzik.

Saya memuji usaha penganjur yang masih lagi mahu menganjurkan anugerah muzik yang semakin kabur tujuan penganjurannya ini. Untuk yang tercalon good luck dan selepas menang nanti nak buat apa? Buatlah lagu baru ye.. Berikut prediction atau lebih tepat siapa yang kami kira patut menang.

Artis Baru Terbaik (Wanita)

Charis – Supernova
Mimifly – Superfly
Rahmania Astrini – Menua Bersama
Sara Fajira – You Know
Tiesha – Boneka

Verdik: Rahmania Astrini kena menang sebab so much potential in this 17 yo girl! Yang belum kenal boleh dengar lagu It’s Amazing. Mimifly Artis Baru ke? Bubble Pop Charis tidaklah begitu impresif dan Boneka Tiesha sounds too amateur ..

Artis Baru Terbaik (Lelaki)

Adrian Khalif – Flawless / Merona
As’ad Motawh – Senyum
Frelo – Kembalilah
Kudien Rafee – Ruangan Gelap Gerhana
Naim Daniel – Sekali Lagi

Verdik: Kalau Adrian Khalif kalah akan menjadi salah satu daripada perkara paling tak masuk akal. Yang lain belajar muzik lagi Ok!

Duo/Kumpulan Terbaik

Caliph Buskers & Faizal Tahir – Buta
D’masiv & Rossa Feat. David Noah – Pernah Memiliki
Gamaliel Audrey Cantika (Gac) – Suara
Jagad Edge Feat. Firwan Johan & Miiko The 13th – Only
RAN Feat. Yura Yunita – Melawan Dunia

Verdik: The real competition adalah GAC (Suara) dan RAN x Yura (Melawan Dunia) Evolusi Pop GAC ke depan namun gabungan Yura bersama RAN lebih menawan.

Band Terbaik

Insomniacks – Selalu
Last Child – Dunia Untukmu
Noah – Jalani Mimpi
Search – Nama Yang Kau Lupa
Sheila On 7 – Film Favorit

Verdik: Hmmm, Search dan So7 ada peluang untuk menang. Melodi Nama Yang Kau Lupa dasyat tapi Film Favorite punya kraf muzik yang timeless. Insomniacks quite promising tapi seperti jauh lagi perjalanannya.

Kolaborasi Terbaik (Artis)

Siti Nurhaliza & Judika – Kisah Ku Inginkan
Fazura & Samsons – Cinta Langka
Ismail Izzani & Alif – Luar Biasa
Rizky Febian & Aisyah Aziz – Indah Pada Waktunya
Ryan Sufiyan & Mimifly – Gila

Verdik: Disebabkan nama kategori ini kolaborasi terbaik Artis, kita bagi je Siti dengan Judika menang. Kalau dinilai atas dasar lagu saya akan pilih Indah Pada Waktunya. Simply beautiful. But wait mana Sentiasa Merinding?! 

Kolaborasi Terbaik (Lagu)

Aku Sendiri – Sufi Rashid (Sufi Rashid & Haqiem Rusli)
Bukan Maksudku – Rossa (Taufik Batisah)
Jangan – Aziz Harun (Faizal Tahir, Ezra Kong,Mike Chan & Romeo)
Tak Perlu Kata Apa-Apa – Hannah Delisha (Hannah Delisha, Romeo,
Faizal Tahir & Mike Chan)
Teman Bahagia – Jaz (Ramadhan Handy “Soulvibe” & Asta Andoko “Ran”)

Verdik: Jangan dan Teman Bahagia – Dua-dua boleh menang. Tapi Teman Bahagia nyata lebih popular.

Artis Terbaik (Lelaki)

Faizal Tahir – Menang
Jaz – Teman Bahagia
Judika – Jikalau Kau Cinta
Kunto Aji – Konon Katanya
Noh Salleh – Renjana

Verdik: Walaupun tajuk lagunya Menang, FT tak boleh menang kategori ni sebab Renjana membawa Noh Salleh ke satu fasa muzik yang begitu tinggi. Saingan terdekat Kunto Aji.

Artis Terbaik (Wanita)

Siti Nurhaliza – Segala Perasaan
Dayang Nurfaizah – Separuh Matiku Bercinta
Isyana Sarasvati – Lembaran Buku
Raisa – Teduhnya Wanita
Rinni Wulandari – Cintai Aku

Verdik: Vocally, Segala Perasaan adalah yang terbaik dalam Top 5 Ini. Feel, Dayang Nurfaizah menang big time. Tapi kalau mencari masa depan ia ada pada Teduhnya Wanita dan Lembaran Buku.

Lagu Terbaik (Singapura)

Adakah Dia – Liwani Izzati
Boneka – Tiesha
Buat Selamanya – Alif
Only – Jagad Edge Feat. Firwan Johan & Miiko The 13th
Racun – Farhan Shah

Verdik: Buat Selamanya. Full Stop!

Lagu Terbaik (Malaysia)

Mata – Ayda Jebat
Nama Yang Kau Lupa – Search
Senyum – As’ad Motawh
Separuh Matiku Bercinta – Dayang Nurfaizah
Superfly – Mimifly

Verdik: Nama Yang Kau Lupa bagus, Separuh Matiku Bercinta Bagus. Tiga lagi? Saya tak faham… 

Lagu Terbaik (Indonesia)

Jera (Hatiku Masih Milikmu) – Bunga Citra Lestari
Jikalau Kau Cinta – Judika
Kembalilah – Frelo
Lembaran Buku – Isyana Sarasvati
Love Again – Afgan

Verdik: Lembaran Buku is a masterpiece. Penciptaan melodinya halus dan timeless.  

 

 

Terkini,

Dipha Barus, Yura Yunita & Marion Jola Cemerlang di AMI Awards 2018

Berlangsung cukup meriah malam tadi, AMI Awards 2018 meraikan pemuzik Indonesia buat kali ke-21 dengan memberi penghargaan bagi setiap genre muzik yang merangkumi penghargaan buat penyanyi, arranger dan penerbit muzik.

Dipha Barus semakin cemerlang dengan dua lagunya Decide dan Money Honey dengan trofi Karya Produksi Terbaik, Karya Produksi Rap / Hip-Hop dan Karya Produksi Eletronika.

Yura Yunita dengan single Harus Bahagia bersama produser Ari Renaldi menghadiahkan dua nama ini trofi Artis Solo Pop Wanita Terbaik dan Penata Muzik Pop. Ratu Jazz Indonesia, Andien tidak pulang dengan tangan kosong pabila album Metamorfosa mendapat julangan trofi Album Jazz  Terbaik.

Sebuah album khusus Candra Darusman  berjudul Detik Waktu: Perjalanan Karya Cipta Candra Darusman diangkat sebagai Album Pop Terbaik dan Album Terbaik yang menampilkan penyanyi papan atas Indonesia seperti Afgan, Once, Marcell, Andien, Monita Tahalea dan Sheila Majid. Berikut senarai lengkap pemenang AMI Awards 2018.

Album Terbaik Terbaik:
‘Detik Waktu : Perjalanan Karya Cipta Candra Darusman (Various Artist)’ – Signature Music Indonesia / Demajors

Karya Produksi Terbaik Terbaik:
‘Money Honey (Count Me In)’ – Dipha Barus & Monica Karina (Pon Your Tone / Juni Records)

Pendatang Baru Terbaik Terbaik:
Marion Jola – ‘Jangan’

Artis Solo Wanita Pop Terbaik:
Yura Yunita – ‘Harus Bahagia’

Artis Solo Pria Pop Terbaik:
Anji – ‘Menunggu Kamu’

Duo/Grup/Vokal Grup/Kolaborasi Pop Terbaik:
Arsy Widianto & Brisia Jodie – ‘Dengan Caraku’

Pencipta Lagu Pop Terbaik:
Eross Candra – ‘Film Favorit’ (Sheila On 7)

Penata Musik Pop Terbaik:
Ari Renaldi – ‘Harus Bahagia’ (Yura Yunita)

Album Pop Terbaik:
‘Detik Waktu : Perjalanan Karya Cipta Candra Darusman (Various Artist)’

Artis Solo Pria/Wanita Rock/Instrumentalia Rock Terbaik:
Toto Tewel – ‘Kontra’

Duo/Grup/Vokal/Kolaborasi Rock Terbaik:
Pee Wee Gaskins – ‘Fluktuasi Glukosa’

Album Rock Terbaik:
‘Kebersamaan’ – Indonesia Kita

Artis Instrumentalia Jazz Terbaik:
Joey Alexander – ‘Moments Notice’

Artis Jazz Vokal Terbaik:
NonaRia – ‘Antri Yuk’

Album Jazz Terbaik:
Metamorfosa – ‘Andien’

Artis Solo Pria/Wanita R&B Terbaik:
Isyana Sarasvati – ‘Winter Song’

Duo/Grup/Vokal/Kolaborasi R&B Terbaik:
Gamaliel Audrey Cantika – ‘Sailor’

Karya Metal/ Hardcore Terbaik:
Seringai – ‘Selamanya’

Karya Produksi Rap/ HipHop Terbaik:
Dipha Barus, Ramengvrl, A. Nayaka & Matter Mos – ‘Decide’

Karya Produksi Reggae/ Ska/ Rocksteady Terbaik:
Souljah, Neida & Ilham HiVi! – ‘Bebas Bebas Aja’

Karya Produksi Kolaborasi Terbaik:
Sheryl Sheinafia, Rizky Febian & Chandra Liow – ‘Sweet Talk’

Karya Produksi Original Soundtrack Terbaik:
Raisa – ‘Teduhnya Wanita’ (Ost Ayat Ayat Cinta 2)

Karya Produksi Grup Vokal Terbaik:
Gamaliel Audrey Cantika – ‘Suara’

Karya Produksi Dance Terbaik:
Soundwave – ‘Peace’

Karya Produksi Elektronika Terbaik:
Dipha Barus & Monica Karina – ‘Money Honey’

Karya Produksi Progressive Terbaik:
ILP – ‘Ascension’

Karya Produksi Folk/ Country/ Balada Terbaik:
Endah N Rhesa – ‘Menua Bersama’

Karya Produksi Urban Terbaik:
Afgan, Isyana Sarasvati & Rendy Pandugo – ‘Heaven’

Karya Produksi World Music Terbaik:
Dwiki Dharmawan & Dewi Gita – ‘Impenan’

Terkini,

Alif Terajui “Black Hat Cat” Label Baru Pasaran Urban Warner Music Malaysia

Perkhabaran cukup menarik minggu ini pabila Warner Music Malaysia mengumumkan pelancaran label terbaru “Black Hat Cat” yang memberi fokus pada pasaran muzik urban tempatan.

Label baru ini akan dikemudi produser dan rapper muda Alif yang bagi kami ternyata pilihan tepat dan paling relevan dengan pasaran muzik urban hari ini.

Tumpuan Black Hat Cat adalah untuk memberi fokus pada pasaran muzik Electronic Dance Music (EDM), Hip-Hop, Jazz, Soul Raggae dan gabungan genre-genre tersebut.

EDM menjadi aliran muzik yang berkembang pesat ke seluruh dunia. Dan ini adalah peluang terbaik untuk Black Hat Cat meneroka pasaran muzik ini dan menawarkan sesuatu yang berbeza untuk pendengar muzik tempatan. – Darren Choy

Menurut Pengarah Urusan Warner Music Malaysia, Darren Choy menjelaskan bahawa idea penubuhan Black Hat Cat bermula dari aspirasi pihak Warner Music Malaysia untuk meneroka pasaran ‘Urban Music’ di Malaysia.

Mengulas tentang pemilihan Alif, Darren berkata, “Gerakan ini perlu diterajui oleh individu yang relevan dan dekat dengan genre ini. Orang pertama yang terlintas difikiran saya adalah Alif yang sememangnya layak untuk menggalas tanggungjawab ini berdasarkan pengalaman serta kualiti kerjanya sebelum ini.

“Alif bukan sahaja mempunyai kemahiran dan pengalaman yang luas dalam kerja-kerja terbitan untuk genre begini. Malah, Alif mempunyai keupayaan memahami citarasa muzik generasi kini dan naskhah karyanya mempunyai nilai estetika tersendiri yang boleh dinikmati pasaran semasa”.

“Black Hat Cat tercetus kerana kami mahu menolak sempadan kreativiti dalam industri muzik tempatan dan luar negara dengan menghasilkan karya menggunakan pendekatan yang berbeza, idea segar dan mempunyai nilai estetika tersendiri. – Alif

Lo-fi Jazz & R&B saya kira satu cabang muzik yang harus di explore lebih lagi label ini dalam mengangkat bakat-bakat R&B Jazz khususnya bagi mendapat tempat serupa pasaran Pop, Rock & Hip-Hop yang menjadi fokus penggemar muzik tempatan hari ini.

Dan saya kira selepas tenggelamnya persada Positive Tone yang bergerak cemerlang dua dekad lalu, semoga Black Hat Cat dapat memberi justifikasi bagi bakat-bakat muda yang mahu melakukan sesuatu yang berbeza untuk pasaran muzik tempatan.

Highlight, Review,

Sandhy Sondoro Beautiful Soul – Persembahan Muzik Di Ruang Jiwa Yang Cukup Personal

Sandhy Sondoro nama papan atas pemuzik Indonesia sentiasa bergerak atas kraf muzik yang organik yang berbalik pada idea mengapa muzik itu sebetulnya cukup indah untuk dinikmati. Live recording, bebas auto-tune dan tiada efek khusus dalam pembikinan muziknya. Semua berjalan atas landasan penciptaan melodi yang menangkap dan vokal yang dilepas cemerlang.

Bermula dengan Malam Biru dan kemudiannya Tak Pernah Padam, Sandhy Sondoro is the man with the real soul. Dia membuat penggemarnya melayang dengan lagu-lagu melodious dan lirik-lirik cinta nan puitis.

Kali terakhir dia mengeluarkan album penuh berjudul Vulnerability (20014) dan kompilasi Love Songs (2016)  dia tidak pernah gagal dalam berkarya mengikut acuan muziknya yang tersendiri.

Beautiful Soul buah tangan terbaru dalam mengikat penggemarnya diterbitkan dengan kematangan muzik yang cukup halus sekali penciptaannya. Single Sampai Usai Waktu bersama Monita Tahalea versi album dengan feel country terlalu hebat sekali saya kira hasilnya. If you gonna get married soon, this is the new love anthem!

Blues dalam lagu In The Heart of Bali Sun dan Jakarta Blues (bersama Once) antara lagu yang menarik dalam album ini. Saya kemudiannya lebih tertarik dengan lagu Damailah Indonesiaku. Patriotisme dalam folk pop dengan korus yang cukup hebat jiwanya.

“Berdamailah Indonesiaku, bersatulah saudaraku semua, berjanjilah oh bangsaku untuk selalu menjaga keutuhan negara kita tercinta…”

Killer album ini saya letkkan pada lagu Beautiful Soul yang nyata begitu baik sekali penciptaannya. Lagu begini saya kira mampu meneruskan kelangsungan melodi evergreen Tak Pernah Padam, Malam Biru dan End of Rainbow.

gambar: sondoromusic.com

Bait-bait korusnya “Damailah dirimu di sana semoga engkau lebih bahagia di sana, di syurga…”  begitu tulus sekali disampaikan penuh perasaan Sandhy sebagai instrumen penting menggerakkan kehebatan album ini.

Mendengar album ini membuat saya berada di zon tenang dan menyenangkan. Melodinya lembut dan kemas – tidak bising dan ia terus meresap ke jiwa dengan penyampaian sempurna Sandhy serta kualiti rakaman muzik yang begitu lively. Sandhy saya kira sudah berada di tahap yang mana kraf muziknya di kelas yang cukup hebat tanpa perlu lagi terikat dengan pasaran muzik semasa.

Perjalanan saya dari  Penang ke Kuala Lumpur menerusi tren panjang 4 Jam melewati kawasan pedalaman dengan pemandangan gunung-ganang dan hujan sekejap-sekejap beberapa minggu lalu bertemankan Beautiful Soul adalah pengalaman menikmati muzik yang mengasyikkan sekali.

The feeling is priceless, Begitulah hebatnya pabila satu persembahan muzik diproduksi dengan penuh tataadab dan kejujuran mendahului cerita-cerita pelantun yang dionyokkan media komersil.

Album ini ternyata antara yang cukup halus sekali penghasilannya dan saya cadangkan Beautiful Soul menjadi rujukan pemuzik-pemuzik muda yang serius dalam penghasilkan karya mereka.

BACA JUGA:

“1/4” Pertaruhan Synth Pop Dalam Redup Suara Petra Sihombing

Terkini,

Big Stage 2018 – Tentang Sarah Suhairi, Markah FT & Duo Alif Sherry Sebagai The Most Subtle & Classy Host

sarah membawa pulang wang tunai rm100k

Bermula dengan single Pedih yang dipersembahkan pada malam pertama konsert Big Stage musim pertama, Sarah Suhairi sudah mencuri tumpuan mata-mata yang tidak mengenal bakat muda ini sebelum program ini bermula.

Dan malam tadi, 23 September 2018 menjadi tarikh bersejarah buat gadis ini pabila dinobatkan sebagai pemenang pertama program Big Stage yang disiarkan secara langsung di Astro Ria.

Sarah mendahului empat peserta lain dengan peratusan markah tertinggi 66.05%

Markah keseluruhan 59.24% daripada juri profesional serta 6.81% menerusi undian aplikasi Tik Tok.

Mempersembahkan dua lagu pada malam tadi – Awan Yang Terpilu (Ning Baizura) dan lagu barunya berjudul Nyawa & Raga naskhah ciptaan Room None dan lirik Iman Imran. Markah Sarah dihampiri dekat Syafiq Farhain (64.37%) dan Afieq (62.17%).

Markah Penuh Peserta Final Big Stage

Kedudukan Markah Juri Profesional

1. Sarah – 59.24%

2. Wani – 57.44%

3. Syafiq – 57.27%

4. Afieq – 56.31%

5. Shima – 53.03%

Markah Tinggi Faizal Tahir Buat Wani Kayrie

Wanie Kayrie yang membuat dua persembahan cukup solid malam tadi biar hanya mampu pulang di tempat keempat saya kira puas dengan markah tertinggi yang diberi Faizal Tahir sebanyak 180 meninggalkan empat peserta lain.

Persembahan “Pematah Hati” dalam versi tradisional pop yang dibawa malam tadi cukup meyakinkan biarpun lagu barunya tidaklah memberi justifikasi pada kebolehan yang dia ada.

Wani should go with Crazy In Love direction! Kerana dia memang mampu untuk pull persembahan begitu dengan vokal besarnya. Semoga pihak pengurusan Suria Records dapat memikirkan tentang hal ini untuk kesinambungan karier Wani di tahap berbeza.

Syafiq Farhain masih belum grip my soul dengan suara hidung mancungnya. Afieq terlalu gementar malam tadi but we do still think he should go with Bruno Mars direction. Ballad hanya akan buat membuatkan Afieq menjadi the next Hafiz dan Syamel.

Perbezaan Markah Yang Sedikit Membezakan Kedudukan Afieq & Wani

Sarah Bawa Pulang Wang Tunai RM100K 

Dan saya kira masa depan yang cerah menanti Sarah. Selain undangan nyanyian pentas, persembahan TV dan radio – Saya pasti mata-mata PR korporat sudah menanti untuk dia menandatangani kontrak product endorsement.

Untuk setahun dua ini saya kira Sarah akan terus sibuk dengan rencana kariernya cuma dia harus terus belajar untuk menajamkan skil nyanyiannya.

Sarah benar-benar menarik perhatian saya ketika duet bersama Ismail Izzani menerusi duet You Are The Reason yang cukup lembut dan sesuai dengan karakter vokal Sarah. Dan kemudian persembahan Du Du Du Black Pink yang paling cemerlang sepanjang dia di pentas Big Stage akan sentiasa diingati.

Persembahan Du Du Du kini sudah mendapat 4 Juta Tontonan di YouTube rasmi Astro Gempak

Big Stage malam tadi dihoskan Sherry Alhadad dan Alif Satar dengan cukup cemerlang sekali. This duo needs more live program seperti ini – the best chemistry on TV. Tak bingit dan tak merapu. subtle and classy. Congrats both!

Alif & Sherry – Duo Host Terbaik

Terkini,

LaleIlmanNino Hasilkan Single Kedua Marion Jola “So In Love”

Setelah kejayaan luar biasa single berjudul “Jangan” yang memikat pendengar muzik Indonesia dengan cukup meluas. Marion Jola tidak lagi mahu membuang masa dengan tampil terus single keduanya berjudul “So In Love”.

Lagu dalam nuansa R&B Pop ini adalah naskhah kedua trio Laleilmannino buat Marion setelah single Jangan yang turut menampilkan Rayi Putra.

Apa yang menariknya official audio yang dimuat naik di YouTube Marion mencecah view 300k biar hanya kurang sehari dipertontonkan.

Begitu hebat sekali penangan bintang muda yang dicungkil daripada program Indonesian Idol ini.

Single Jangan  yang diedarkan awal tahun ini sudah distrim hampir 7 Juta kali di gedung muzik Spotify dan muzik videonya sahaja sudah mendapat tontonan sehingga 21 Juta sehingga artikel ini ditulis.

Jangan turut mendapat nominasi utama AMI Awards tahun ini bagi kategori Karya Terbaik, Produksi Pop dan Marion dicalonkan bagi kategori Pendatang Baru Terbaik. Terus sukses buat Marion daripada Muzik Kita!

Info:

Selain Jangan dan So In Love, trio Lale (Maliq & D’Essentials), Ilman (Maliq & D’Essentials) dan Nino (RAN) merupakan individu terlibat dalam pembikinan single Tunggu Apa Lagi (Lalahuta),  Siapkah Kau Tuk Jatuh Cinta Lagi (H!V!), Definisi Bahagia (Vidi Aldiano), Pelita (Andien), Sebelah Mata (Amand Maulana) dan Hingga Nanti (Vidi & Andien)

Terkini,

Marcell Merakam Semula Lagu Klasik “Putri Remaja”

Setelah tampil dengan single rakaman semula Rozana nyanyian asal kumpulan Search awal tahun ini, Marcell memilih Putri Remaja sebuah trak klasik nyanyian asal penyanyi era 50-an, Jasni yang akan turut dimuatkan dalam album terbarunya.

Mengambil pendekatan big band Jazz dalam susunan muzik penuh groove, Putri Remaja versi Marcell ini diberi pentafsiran cukup moden seiring dengan konsep album terbarunya yang diberi judul This Is Not Jazz.

Marcell dalam satu kentayaan memberitahu album terbarunya ini mengambil pendekatan yang lebih personal dan dekat dengan dirinya. Putri Remaja menjadi lagu yang dipilih ibu mertuanya.

Putri Remaja menurut Marcell memiliki lirik yang cukup ini selain pesona dalam melodi yang cukup bagus.

Lagu klasik ini dicipta sekitar 1957 dan pernah dirakamkan Saleh Yakob bagi filem Keluarga 99 arahan A.R Badul.