Terkini,

Pop Masa Depan – Mendekati Sensasi Segar Pop Seberang Bernama “Abirama”

Lewat 2017 yang lalu ketika Air Asia memperkenalkan program “Dreams Come True” bagi mencungkil bakat-bakat baru serantau dalam bidang muzik, Malaysia diwakili Kuizz Shah yang cukup promising dengan beat-beat moden serta melodi yang cukup semasa.

Dan dalam senarai atas program tersebut, Indonesia diwakili seorang anak muda bernama Abirama yang tampil lebih soulful dengan suara yang lebih strong dan berkarakter. Selepas itu saya terus mengikuti perkembangan bakat muda ini yang diawali dengan single yang cukup mendapat hebohan berjudul “Terasa Nyaman”

Abirama tampil idea Pop yang lebih rileks menyenangkan menerusi nota-nota muziknya dan menambah lagi nilai komersil yang ada padanya adalah imej serta branding yang cukup moden. Lihat saja idea-idea dizahirkan menerusi cover single serta muzik videonya yang cukup segar dan terkini sekali.

Ketika “Terasa Nyaman” menjengah di balik kejayaan Tulus, Yura dan Kunto Aji – Abirama tampil lebih sederhana cuba mencelah publisiti yang ada. Dan nyata percaturannya tidak langsung gagal. Selepas kejayaan single perdanya itu, Abirama tampil duet dengan Gisel dalam romantisme “Sendirian” yang begitu lembut sekali penghasilannya. Dan sekali lagi muzik videonya cukup menarik sekali penghasilannya.

“Saya masih baru sekali, pendengar belum banyak, tapi seenggaknya lumayan ini membuat lebih ‘terdengar’ sampai sini. Dan enggak terasa sudah sampai hari ini saja, jadi lanjut,” tambahnya.” – CNN Indonesia (15/12/2017)

Baru tampil dengan single terbaru yang lebih segar dan saya kira meninggikan lagi radar kelas muziknya, Abirama saya lihat mampu untuk terus berjalan cemerlang dengan acuan muzik yang dijalani hari ini.

Bermula dengan undangan Spotify Asia mewakili Indonesia dan hari ini single demi single dihasilkan menjadikan anak muda ini semakin bersinar dan disukai keberadaannya.

“Sebenarnya enggak menyangka, dari Spotify tiba-tiba kontak, ‘Anda terpilih salah satu peserta Air Asia Dreams Come True. Maksudnya, [enggak menyangka] terpilih di antara kontestan lain yang sudah lumayan, setahun-dua tahun, sementara saya baru empat bulan,” Tambahnya.

 

Review, Terkini,

Amir Alif Melewati Tempo-Tempo Minimal Menerusi EP “Obscura”

 

Lapangan muzik digital hari ini nyata membenarkan lebih ramai lagi anak muda untuk bereksperimentasi dengan muzik sekali gus berkongsi dalam skala cukup luas dan mudah. Amir Alif satu antara bakat muda yang mahu mencuba melakukan sesuatu yang dia percaya dalam muzik.

EP diberi judul “Obscura” yang beredar September, 21 yang lalu satu percubaan yang saya kira impresif penghasilannya. Mood R&B Lo Fi dengan beat minimal melatari hampir keseluruhan EP ini dengan cukup konsisten sekali.

Membuka lembar “Obscura” dengan trak berjudul “Interlude” dengan cukup soft sebelum menjadi sedikit agresif dalam lagu kedua “Temporary Happiness” yang lebih menarik tempo muzik serta melodinya. Cuma saya kira jika vokal Amir andai dapat dilembutkan sedikit lagi akan lebih mencantikkan lagu ini.

Dan bercakap tentang kelembutan album ini diteruskan dengan “Misses” dan “Everything Is Changing” – dua lagu dengan melodi yang cukup baik penghasilannya. Terkini dan menyenangkan. Namun masih kurang puas dengan vokal Amir yang kurang rasanya.

EP ini ditutup sempurna dengan satu-satunya lagu berbahasa Melayu berjudul “Kata” yang buat saya terus melayang dengan keindahan melodinya. Saya kira Amir sounds better in Malay. Sebutannya sedap dan terasa emosinya.

Lagu ini percaturan yang baik jika dia mahu go big cuma perlu pemasaran yang cukup kemas untuk membawa lagu ini lebih jauh. This kind of song saya pasti sangat mudah untuk orang kita terima. “Obscura” kini siap di semua gedung muzik digital.

Trivia “Obscura” Amir Alif

  • Diproduksi Wjx, Zulkarnain dan Redro
  • Yuna, Daniel Caesar & The Weeknd antara inspirasi menzahirkan EP ini
  • Dua single awalnya “Okay”, “Changed” dan “Memories” lebih awal diedarkan pada tahun 2017

Terkini,

Bakal Tampil Serba Segar Dengan Album Berjudul “Pop” – Bunkface Perkenal Single “Shiver”

BUNKFACE LEBIH SEDEKAD DI PERSADA MUZIK MALAYSIA

Membuka jilid terbaru dalam muka surat karier yang semakin berkembang, Bunkface bakal tampil dengan album terbaru yang diberi judul “Pop” tahun ini  setelah kali terakhir tampil dengan album penuh “Malam Ini Kita Punya” pada tahun 2014.

Mengawali babak baru muzik mereka, Sam, Paan dan Youk awal tahun ini memperkenalkan single kolaborasi  bersama legenda muzik Pop Yeh-Yeh, Jeffrt Din berjudul “Apa Pun Tak Boleh” yang turut tampil dengan muzik video penuh warna.

Dan bagi meneruskan kisah dalam kembara muzik mereka, Bunkface baru-baru ini tampil dengan lagu terbaru berjudul “Shiver” yang pada pandangan kami cukup segar sekali penghasilannya. Lagu yang dicipta sepenuhnya Sam Bunkface ini beredar di semua gedung muzik digital sejak 19 Oktober lalu bersama muzik video rasmi di YouTube rasmi mereka.

BAKAL TAMPIL ALBUM BERJUDUL “POP”

Kali pertama tampil dengan debut “Phobia Phoney” pada tahun 2010, Bunkface membuka mata ramai dengan gabungan muzik Punk Rock dan Pop yang berjaya memanjat carta teratas pasaran muzik negara. Lebih membanggakan mereka menjadi antara kugiran indie yang berjaya ke pentas Juara Lagu dengan single ulung mereka berjudul “Situasi”.

Selepas itu kelibat mereka dalam bidang ini menjadi perhatian dengan dua lagi album berjudul “Bunk Not Dead” (2012) dan “Malam Ini Kita Punya” (2014). Selepas itu Bunkface muncul dalam beberapa single seperti lagu “Orang Kita” bersama Amir Jahari, “Kembalii”, “Apa Pun Tak Boleh” dan lagu tema kemerdekaan tahun ini “Malaysia Kita Punya” juga pernah tampil dengan lagu tema Boboi Boy The Movie berjudul “Dunia Baru”.

Setelah itu, kiranya mereka sudah siap untuk tampil dengan sesuatu yang baru – lebih segar dan terkini. Album berjudul “Pop” yang akan diedarkan kelak menurut Bunkface sebagai satu eksperimentasi muzik mereka bagi kekal relevan dalam lapangan muzik semasa.

Album yang diterbitkan oleh Izzy Musa (Nastia, Yuna, Bil Musa) ini bakal menampilkan 8 lagu kesemuanya yang merangkumi empat lagu berbahasa Melayu dan empat Inggeris yang didahului dengan single “Shiver” yang baru dilancarkan ini.

Bunkface antara band yang saya sentiasa look forward. Sam dan rakan-rakan evolves seiring masa dan kematangan tanpa berkompromi dengan kualiti yang biasa-biasa sekali pun harus akur dengan kehendak pasaran semasa. Pastinya kelahiran album berjudul “Pop” ini akan sentiasa dinantikan penggemar mereka juga pemerhati muzik tempatan.

Terkini,

“Juni Records” Perkenal Division Terbaru “Juni Studio” Dengan Single Pertama “My Kind of Crazy”

Marco Steffiano,Raisa dan Dipha Barus

Label rakaman Juni Records baru-baru ini mengumumkan division terbaru yang diberi nama “Juni Studio” dengan memperkenalkan tiga produser baru yang akan mengepalai label rakaman terbaru ini.

Pengarah Urusan Juni Records, Adryanto Pratono pada majlis tersebut mengumumkan tiga produser muzik yang akan mengepalai Juni Studio iaitu, Dipha Barus, Raisa dan Marco Steffiano (Barasuara).

Raisa dalam kenyataan media memberitahu “Aku belum pernah memproduksi, setiap nulis lagu juga buat aku sendiri. Tahun ini mau mencoba belajar jadi produser bareng Marco dan Dipha,” Saat jumpa majlis pelancaran di Juni Headquarter, Bangka, Jakarta Selatan.

Pada majlis serupa Juni Studio memperenalkan single perdana daripada Raisa berjudul “My Kind of Crazy” kolaborasi pertama penyanyi ini bersama produser muzik handalan Dipha Barus. Lagu yang dicipta sendiri Raisa ini merupakan langkah pertamanya dalam menyampaikan lagu dalam jaluran muzik lo fi r&b.

Lagu yang beredar 19 Oktober lalu ini siap berada di semua gedung muzik digital dan muzik videonya kini sudah mendapat tontonan hampir 400k sejak dilancarkan jumaat lalu.


ARTIKEL BERKAITAN

Neon, Bling & Ch$ng – Mendekati Kosmik Baru Lo-Fi Hip-Hop Nusantara

#BetariSeni, Highlight,

Aishah: 3 Dekad Ranjau & Gemilang Suara Seorang Biduanita

17 Disember 2017, Tarikh keramat kembalinya gema suara biduanita negara, Wan Aishah Wan Ariffin dinobat untuk kesekian kalinya sebagai juara jiwa-jiwa yang sering merindu dan tak pernah jemu dengan alunan malar segarnya.

Gegar Vaganza akan menjadi salah satu pentas yang paling akan semua penggemarnya ingat dan bangga akan kejayaan bintang ini dalam meneruskan segala kudrat yang ada untuk dia kembali memberi sepenuh jiwa akan apa yang dia miliki namun tersimpan atas batas hidup dan takdir yang tertulis dalam ranjau cerita yang cukup menarik kisahnya.

Aishah nyata satu dalam seribu. Minatnya dalam bidang nyanyian tidak terbatas oleh apa pun halangan dan rintangan. Jika dia mahu dia tahu apa yang patut dilakukan.

Dan kerana itu, lahirlah gadis dalam lipatan sejarah muzik melayu bernama NATASHA AMINAH terjun ke bidang seni suara dalam singgahan sementara album Malek Ridzuan berjudul Jilid 5 – Gadis Berlesung Pipit (1984). Menerusi duet “Mawar Putih Mawar Merah” bersama Malek, impian Natasha Aminah untuk bergelar penyanyi terkota.

Namun tidak sempat menyinggah ke studio lagi selepas itu untuk rakaman solo, nama Natashah Aminah terus dimatikan tanpa sempat kita mengenal siapa gerangan anak gadis yang cukup istimewa ini.

MEMATIKAN “NATASHA AMINAH” UNTUK KEGEMILANGAN WAN AISHAH

Ternyata menjadi penyanyi di era 80-an dan sebelumnya tidak semudah anak-anak muda hari ini. Restu menjadi syarat pertama kerana tanpa restu maka terkuburlah impian dan ketika era tersebut sedia kita maklum, menjadi seorang penyanyi bukanlah pilihan yang tepat untuk seseorang itu menghabiskan sisa hidup mereka. You need a scroll, an education!

Dan atas kekangan-kekangan tersebut maka wujudlah Natasha Aminah bagi mengaburi restu yang masih jauh sehingga terpaksa mengalah kembali menjadi Wan Aishah untuk terbang ke New Zealand demi segenggam ijazah dalam bidang Sains Politik, Universiti Auckland. Namun atas beberapa faktor Aishah pulang dengan skrol Ijazah Pendidikan.

Yang dimatikan ketika itu hanya Natasha Aminah, namun Wan Aishah tidak pernah sedetik memadam minat dan kebolehannya dalam bidang nyanyian.

Program “Telequest” menjadikan takdir hidup Wan Aishah lebih menarik lagi sebetulnya. Biar hanya mendapat tempat ketiga, dia menarik minat Paul Moss, Malcolm Smith, Dave Larsen dan Glenn Peters yang ketika itu merupakan ahli kugiran “Soul On Ice” untuk menyunting Aishah sebagai vokalis.

Soul on Ice adalah sebuah kugiran Synth Pop menyatukan muzik rock yang cukup heboh di era 80-an. Mereka sempat merakam album berjudul “Summer Love” yang diedarkan pada tahun 1987 dengan vokalis bernama Liz Diamond. Liz kemudiannya meninggalkan Soul on Ice dan membuka peluang besar Aishah untuk menjadi pop sensation ketika itu.

 

LINE-UP “THE FAN CLUB” SELEPAS FASA “SOUL ON ICE”

 

Nama “Soul on Ice” selepas itu diganti dengan “The Fan Club” dengan imej yang lebih solid, muzik pop dance yang lebih segar dan mendominasi carta muzik tidak saja di New Zealand tetapi sempat menyinggah carta Top 100 Billboard menerusi single “Dont Let Me Fall Alone”. 

Bersama Fan Club, Aishah sempat merakam dua album penuh yang umum ketahui – Sensation (1988) dan Feel The Beat (1989) dengan hit seperti Sensation, Call Me, Paradise dan Never Give Up On You. Menonton kembali kelincahan Aishah dalam muzak video seperti “Sensation” di YouTube buat saya fikir she’s definitely the IT Girl that people really looking at!

KEMBARA SOLO, FUTURE POP STAR & BINTANG PALING POPULAR

Pulangnya Aishah ke Malaysia pada tahun 1990 berbekal album solo perdana memberi lebih tuah buatnya. Siapa saja boleh tahu jika transisi ini menguntungkan atau sebaliknya, namun nyata rezeki berpihak pada Aishah dengan penerimaan luar biasa.

Single “Janji Manismu” karya Adam Ahmad dan “Camar Yang Pulang” (Adnan Abu Hassan) membuka lebih peluang untuk dia dikenali dan digilai.

Populariti dua single tersebut tidak hanya di tanah kelahirannya Malaysia malah nama Aishah menjadi sebutan di Indonesia. Kehebatan “Janji Manismu” dan “Camar Yang Pulang” tidak terhenti sekadar menjadi lagu yang digilai satu nusantara.

Dua lagu tersebut malah dirakam ulang oleh penyanyi seberang. “Janji Manismu” saja sudah dirakam oleh tiga penyanyi dengan rendisi berbeza – Tommy J. Pisa, Terry dan Dea Mirela. Manakala Ruth Sahanaya merakam semula lagu “Camar Yang Pulang” pada tahun 2006 menerusi album “Jiwaku”.

Pada tahun di mana “Janji Manismu” meledak hangat, dia turut diangkat sebagai Bintang Paling Popular ABP dengan jumlah undian sebanyak 124,527 undi mengatasi saingan lainnya. Aishah menjadi penyanyi solo wanita kedua yang mendapat gelaran tersebut selepas Ramlah Ram pada tahun 1988.

Dan kehebatannya sebagai penyanyi tidak hanya terikat idea popular, Aishah dengan hit “Janji Manismu” ke pentas Juara Lagu 1990 sebagai Juara tahun kelima penganjuran.

Melengkapkan lagi portfolio seni suaranya pada tahun yang sama Aishah pulang bangga dengan dua lagi trofi iaitu Penghibur TV Terbaik dan Penyanyi Radio Solo Pilihan, Anugerah Seri Angkasa RTM 1989/90.

Kehebatan Aishah diteruskan lagi dengan siri diskografi Pop yang mendapat penerimaan luar biasa. Aishah II (1991) menyusul dengan feel melankolik big ballad dalam lagu hebat seperti “Kemaafan Dendam Yang Terindah” (Ross Ariffin), “Aku & Diriku” (Adnan Abu Hassan) dan “Kasih Kita” (Adnan Abu Hassan). Dan sekali lagi album ini berjaya menembusi pasaran Indonesia dengan single utama Kasih Kita.

Aishah Discography 1990 – 2010

PALITAN KONTROVERSI, DIPULAU WARTAWAN & ANOTHER VICTORY

Selepas penerbitan album Aishah III – Asia…Sedunia pada tahun 1993, nama Aishah terpalit kontroversi pabila ada yang menghidu akan majlis perkahwinannya bersama jejaka asal New Zealand dirahsiakan.

Perkhabaran begitu tentu saja akan mengundang cuak wartawan-wartawan di Malaysia yang akhirnya memutuskan untuk meminggirkan nama Aishah untuk sebarang publisiti surat khabar dan majalah. Tambahan pula ketika itu muncul nama baru seperti Ning Baizura yang mencuri tumpuan dengan keunikan suaranya.

Namun Aishah was too good to be ignored! Kelahiran album berjudul “Klasik” sebuah naskhah saduran lagu-lagu Melayu klasik membuka kembali mata-mata yang meminggirkan Aishah dengan kejayaan luar biasa album tersebut di pesta Anugerah Industri Muzik ke-2. Dia pulang bangga dengan trofi Vokal Wanita Terbaik dan album Klasik masih lagi mendapat jualan cukup tinggi.

Kejayaan tidak terhenti di situ, Aishah terus tampil yakin dengan album “Wajah” yang menampilkan hits “Cinta Beralih Arah” , “Wajah” dan “Panggilan Rindu” memberinya penganugerahan Album Pop Terbaik di pesta Anugerah Industri Muzik 1995. Menambah kenangan-kenangan yang manis buatnya Aishah sekali lagi di pentas Juara Lagu ke-10 sebagai juara keseluruhan menerusi lagu Cinta Beralih Arah.

Siapa saja boleh lupa dengan short hair, blue hoodie lace dress dan drama pentas persembahan tersebut?

Momen-momen begini saya kira waktu emas dalam karier Aishah dalam bidang muzik tempatan. Nama Aishah sudah menjadi A-Lister lapangan muzik Malaysia yang sentiasa akan mengisi frekuensi radio dan tentu saja senarai lima teratas Anugerah Industri Muzik saban tahun. Namun resamnya mana-mana sensasi Pop pasti akan ada naik turunnya.

“TIADA DUKA UNTUK APA” DIPANDANG SEPI & FAKTOR ‘SITI’ PUNCA KEJATUHAN AISHAH?

Kredibilitinya dalam bidang ini tidak hanya sekadar menyanyi. Menerusi album “Tiada Duka Untuk Apa” Aishah bertindak sebagai produser album dan beberapa lagu dalam album ini diciptanya sendiri seperti hit “Antara Cinta & Kasih”. Album ini secara personal saya letakkan sebagai album terbaik Aishah selepas album Asia…Sedunia (1993) namun mungkin atas faktor ‘siti’ nama Aishah semakin tenggelam.

“Tiada Duka Untuk Apa” membawa Aishah sekali lagi ke New Zealand untuk bekerja dengan produser muzik bernama Stephen Small yang mengepalai komposisi dalam kebanyakan trak album ini. Lagu seperti Tiada Duka, Ombak, Semalamalaman dan Orientalism yang membawa ilham fusion Pop – gabungan muzik barat dan asia yang disatukan dengan cukup moden dan tersendiri.

Namun eksperimentasi Aishah menerusi album ini sedikit gagal menarik minat pendengar biarpun secara am balada seperti Hari-Hari Berlalu dan Untuk Apa cukup cocok dengan selera pendengar tempatan. Memetik kata-kata Aishah dalam temu bual Utusan Malaysia seperti berikut tentang album ini.

kekecewaan aishah terhadap penerimaan album “tiada duka…untuk apa”

Kekecewaan itu makin parah pabila ada antara karyawan menganggap Aishah tidak lagi punya nilai ekstra – tiada kontroversi, cerita peribadi yang kurang menarik perhatian umum. Tambah Aishah dalam artikel serupa

”Mereka kata, saya tak ada cerita skandal, asyik cerita baik-baik seperti cakap pasal universiti dan New Zealand, sebab itu album tidak boleh jual. Apa kena mengena muzik dengan cerita peribadi saya?

Dan kekecewaan itu membawa Aishah kembali ke New Zealand memadu kasih dengan teman lelaki barunya di sana. Tambah Aishah dalam artikel berjudul “Aishah Mahu Nikmati Kehidupan Biasa” –

“Di New Zealand, saya adalah pelajar dan bukan lagi penyanyi. Walaupun ramai lagi yang mengenali saya sebagai Aishah & The Fan Club, tapi mentaliti dan perspektif mereka ke atas penyanyi adalah berbeza.” 

Album “Tiada Duka” bukan sahaja sepi di frekuensi radio tempatan malah kelibatnya dalam pesta muzik seperti AIM dan Juara Lagu juga tidak kelihatan. Entah di mana silapnya saya tidak pasti mengapa album ini begitu underrated sekali. Barangkali rezeki tidak memihak padanya kali ini.

TERNOKHTAH SEKETIKA RIUH MERDU SANG PENYANYI 

Kelibat Aishah selepas itu semakin buram, kehadiran album Tiada Akhirnya yang diterbitkan Mac Chew & Jenny Chin sekali lagi bagai tidak memberi tuah buatnya dalam meneruskan kemilau puncak gemilang kerjayanya sekali pun penghasilan album tersebut not bad at all. A very strong Adult Contemporary Pop especially lagu rakaman semula asal Rahim Maarof berjudul “Rela” dan balada Adnan Abu Hassan dalam “Tangisan Dalam Senyuman” yang masih merdu nyanyiannya.

Dan dengan itu, album yang diedarkan tahun 1998 itu menutup seketika kalam cerita Pop sensation ini.

Nama Aishah semakin kabur dan menghilang terutama sekali di paparan cerita surat khabar dan majalah. Namun lagu-lagunya seperti Janji Manismu dan Camar Yang Pulang masih berputar tanpa henti di kebanyakan stesen radio sekali gus menjadikan dua naskhah tersebut sebagai naskhah malar segar sepanjang zaman.

Walau tanpa publisiti Aishah masih merakam lagu bagi beberpa projek berbeza antaranya runut bunyi animasi “Putih” bagi lagu berjudul “Kasih Putih” dan “Senandung Sayang” bersama M.Nasir pada tahun 2001. Dan sebelum itu bersama EMI juga sempat mengeluarkan sebuah album hari raya berjudul “Pulanglah Perantau” dengan lagu hit sepanjang zaman “Pulanglah”. Namun projek-projek ini tidaklah begitu memberi impak besar buat kariernya.

Populariti mungkin bukan lagi apa yang dia cari dalam hidup. Selepas fasa “Tiada Duka” khususnya Aishah lebih selesa menjalani kehidupan seadanya tanpa mahu lagi berkompromi dengan perihal yang tidak membahagiakan dirinya. Sama seperti wanita lain, dia hanya mahu bahagia bersama keluarga dan jalani hidup seadanya.

Dek kerana perkara-perkara itu membuatkan namanya semakin sepi daripada hebohan masyarakat. Selepas album “Tiada Akhirnya” karier muziknya seakan ternokhtah seketika.

DARI PENTAS “JUARA LAGU” KE PENTAS “POLITIK”

Kisah hidup Aishah jadi lebih menarik saya kira selepas dia memutuskan untuk melibatkan diri dalam bidang politik pula. Menerusi satu artikel Harakah Online yang saya temui memaparkan temubual Aishah bersama wartawan Saidah Hairan yang bertanyakan beberapa soalan yang saya kira penting tapi jarang dapat dibaca dalam mana-mana akhbar komersil.

Dalam artikel bertarikh 14 Februari 2012 itu menyatakan Aishah mula mendekatkan diri dalam bidang dakwa h serta politik pada tahun 2011. Antara alasan utamanya adalah atas faktor hidup sebagai ibu tunggal yang membawa perspektif berbeza dirinya sebagai manusia yang melihat situasi hidup di fasa yang berbeza.

Awalnya saya kira Aishah yang baru ini sudah berubah 360 darjah daripada apa yang kita kenal. Namun saya silap. Dalam ceramah-ceramah yang dia berikan (masib boleh ditonton di YouTube) Aishah masih menegakkan hak-hak yang ada pada artis dalam masyarakat. Pendekatan seni dan agama menjadi isi ceramahnya – bagaimana dua hal ini mampu bergerak seiring tanpa melanggar atau menyentuh sensitiviti agama. Saya paling tertarik dengan ceramah “Himpunan Hijau ke Putrajaya” dalam nada cukup sebak di hujung ucapan dia memberitahu…

Saya memohon sebagai artis, jangan pandang kami dengan sebelah mata… “

She’s a fighter. Menghabiskan masa menonton hampir semua ceramahnya di YouTube circa 2012 saya kira jelas tujuan Aishah memasuki dunia politik adalah kerana sensitiviti yang ada padanya dalam mengangkat martabat wanita dan menyamaratakan hak artis dalam masyarakat. Tonton video “Aishah – Saya Jumpa Datuk Seri Bukan Nak Minta Lembu (Ceramah 4 April 2012)” dan anda mungkin akan faham apa yang saya maksudkan.

Aishah banyak bercerita pengalamannya sebagai ibu tunggal (ketika itu) khususnya akan betapa susahnya mendapat bantuan nasihat daripada kerajaan sebelum ini untuk mempertahankan hak penjagaan anak hasil perkahwinan bersama lelaki inggeris Muhammad Abdullah.

Dan dalam artikel Harakah Online juga Aishah menyatakan mengapa dia memilih PAS adalah kerana dia melihat parti tersebut sebagai parti yang memenangkan bangsa.

“Perjuangan PAS terasnya Islam itu tidak pernah berganjak. Dalam hidup ini apakah kita hanya mahu mencari ketuanan Melayu. Bila kita sudah lahir Melayu apa sahaja yang kita buat, bila mati tetap Melayu. Tapi kita lahir sebagai orang Islam kalau perjalanan hidup kita tidak betul, mati kita belum tentu lagi Islam.”

Kelibatnya dalam bidang politik tentu saja mengundang sembang-sembang yang mempertikaikan apa yang dia lakukan ini betul atau sebaliknya. Namun Aishah pasti tahu apa yang terbaik buatnya.

Saya kira ini satu langkah cukup berani seorang wanita untuk menjadi wakil suara wanita lain. Sepatutnya kisah ini mampu menjadi inspirasi namun dek kerana ketika itu dia berada di pihak pembangkang kisah-kisah ini kita tidak lihat dan pandang serius. Hanya cuma sekarang saya faham kenapa Aishah berada di pentas politik setelah menonton ceramah-ceramahnya.

Maka pada PRU 2013 berjuanglah Aishah sebagai ahli politik untuk kerusi parlimen Jempol. Atas kemahuan untuk suaranya didengar agar niat untuk melakukan perkara yang dirasakan betul itu disokong. Biar tewas, setidaknya dia benar-benar berani untuk mencuba dan telah melakukannya. Setelah itu, kisahnya, perjuangannya tidak lagi kita dengar sehinggalah suara merdunya muncul di sidang media Gegar Vaganza 2017.

Aishah ketika di pentas GV4

Sebenarnya saya rindu nak menyanyi. Nak menyanyi untuk peminat…

Kalimat yang disebut ketika di PC Gegar Vaganza musim keempat itu sudah cukup buat kita semua kembali sedia menerima Betari Seni yang satu ini dengan hati yang lapang gembira untuk kembali melihat dia aktif menyanyi.

Dan saban minggu di pentas GV Aishah mengubat rindu kita semua yang mahu melihat dia kembali mengalun merdu suara yang dikurnia buatnya. Dari satu lagu ke satu lagu, minggu ke minggu kita tidak melihat Aishah di pentas untuk bertanding tetapi lebih pada menghiburkan peminat yang sentiasa merinduinya.

Sehingga di puncak pentas final saat di mendendangkan “All By Myself” yang bagai tiada cabaran buatnya, menganugerahkan Aishah satu lagi kejayaan sebagai pemenang musim keempat Gegar Vaganza.

Bahagianya melihat bintang ini kembali di puncak bukan kepalang dan pabila perkhabaran Hazami akan mencipta lagu sebagai single terbaru membuat kegembiraan saya berganda lagi.

Maka dengan kerja studio bersama produser Helen Yap, lagu berjudul “Malar” menjadi buah tangan terbarunya buat semua. Masih terasa kuat semangat Pop Aishah dalam Malar. Melodi Hazami cukup merdu mendayu menyambung legasi malar segar Janji Manismu, Cinta Beralih Arah, Kemaafan Dendam Terindah dan Merenung Bulan.

ANOTHER VICTORY, ANOTHER CONTROVERSY

Kisah semakin menarik, seperti saya tulis awal tadi – she’s a fighter! She will fight for her rights dan menjadi wakil suara-suara yang sebelum ini tidak pasti atau takut untuk menegakkan apa yang sepatutnya mereka tuntut.

Kemenangan di GV selain wang tunai, pemenang turut di beri hadiah saguhati oleh penaja berupa barang kemas yang di claim memiliki nilai rm80k namun hal mengejutkan terjadi pabila Aishah cuba untuk reset kembali hadiah yang diterima menjadi small pieces yang bersesuaian dengannya.

Hadiah yang dikatakan memiliki nilai puluhan ribu itu rupanya bukanlah memiliki nilai serupa. Beberapa pakar barang kemas ditemui namun semuanya memberikan jawapan yang sama – Palsu.

Kiranya isu ini semua sudah sedia maklum dan faham struktur ceritanya. Apa yang ingin saya tekankan adalah spirit Aishah dalam mengegakkan apa yang dia rasakan betul tanpa perlu ada sedikit pun rasa takut jika popularitinya terjejas kembali.

Malah kali ini lebih ramai di belakangnya menyokong penuh dalam menyangkal statement bahawa Aishah artis sendu!

Nope, dia tidak pernah sendu. Lagu-lagunya sentiasa berkumandang merdu di stesen radio seluruh negara. Sehingga hari ini masih ada yang merakam ulang lagunya dan menjadi pilihan setiap kali adanya pertandingan nyanyian.

Bertuah sebetulnya kita memiliki penghibur seperti ini. Tekad dan citanya serta sayang dan mahunya dia untuk terus menyanyi tak pernah padam. Dari zaman jaket sekuin, skrit pendek dan pantyhose sehingga zaman jubah longgar bertudung labuh, Aishah masih utuh sebagai permata seni suara yang sentiasa mahu kita dengar dan nantikan.

Cinta peminat buatnya takkan Beralih Arah dalam Panggilan Rindu yang akan sentiasa Malar buat semua yang sentiasa mahu melihatnya, mendengarnya. Biar jalannya tidak selalu senang dan lapang namun tiada apa yang masih mampu menghalang untuk dia berdiri kuat seteguh karang.


ARTIKEL BERKAITAN

Siti Nordiana – Pasca Siti, Artis Kampung, Kisah Skirt Pendek & Kini She’s “The Finesse Queen of Leman”

Terkini,

MCZOQQ Hadir Single “Awal Akhir” Kolaborasi Bersama Altimet

Berawal dengan minat terhadap Tupac Shakur membawa rapper dan produser muzik menggelar diri MCZOQQ dalam lapangan muzik Hip-Hop dengan menghasilkan lagu pertamanya berjudul L.A.M.F.E.M.O pada tahun 2004.

Langkah awal yang agak perlahan tidak menghentikan MCZOQQ untuk fokus terhadap apa yang diawalinya dengan minat biarpun mengambil masa hampir lapan tahun untuk menghasilkan naskhah keduanya Aku Siapa? secara indie pada tahun 2012.

Rezeki dan tuah yang beriring usaha keras membuka langkah lebih luas MCZOQQ tahun ini pabila buat pertama kalinya dia dapat berkolaborasi bersama rapper handalan yang cukup heboh kini, Altimet.

Lagu berjudul Awal Akhir ini merupakan hasil karya MCZOQQ bersama Dedeq (Hikayat Benladen, Pejamkan Mata & Rahsia) dan lirik ditulisnya sendiri bersama Altimet.

“AWAL AKHIR” menceritakan tentang perjalanan karier dua rapper yang berada di fasa karier berbeza.

Awal sebagai cerminan perjalanan kariernya dalam pembabitan bidang muzik secara komersil dan Altimet berada di peringkat akhir perjalanan kariernya sebagai seorang Rapper.

Tambah MCZOQQ “Penghasilan lagu ini pada masa yang sama mahu menjawab “people’s  perception” tentang impian yang dikejar, kerja keras dengan percubaan demi percubaan bagi merealisasikan impian yang dicita tanpa putus asa.”

Awal Akhir kini tersedia di semua gedung muzik digital dan muzik video rasminya sudah beredar di YouTube rasmi MCZOQQ.

 

Terkini,

Jimba Fest Tour Bakal Menggegarkan Universiti Tun Hussein Onn

Pada 21 Oktober ini, Jimba Fest Tour akan menjelajah ke Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) Batu Pahat, Johor. Jimba Fest Tour dilancarkan oleh Warner Music Malaysia (WMM) dengan kerjasama syarikat telekomunikasi Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi).

UTHM bakal dimeriahkan oleh barisan-barisan artis seperti Maya Karin, Datin Alyah, Awi Rafael, Aziz Harun, Kaka Azraff, Andi Bernadee, Amir Hasan, Wan Shahjuddin dan Mel Ramlan.

Siri jelajah universiti yang sudah masuk tahun keenam (ke-6) ini merupakan suatu platform yang disediakan oleh Warner Music Malaysia untuk membawa pengkarya seni muzik masuk ke Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) bagi mendekati demografi golongan pengguna muzik terbesar di Malaysia iaitu generasi belia.

Platform ini juga digunakan untuk memperkenalkan artis-artis baru di bawah naungan label Warner Music Malaysia dan juga memberi peluang kepada para artis untuk mempromosikan karya terbaru mereka.

Selain daripada berhibur, jelajah ke UTHM pada 21 Oktober ini turut memberi ruang kepada para artis yang hadir untuk bertemu peminat dengan lebih dekat lagi. Di samping itu, Digi juga akan mengadakan pertandingan Digi Idol semasa jelajah itu.

Digi Idol adalah sebuah pertandingan mencari bakat terpendam melalui aplikasi Smule. Pemenang bakal memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM 500 dan juga berpeluang untuk membuat persembahan pembukaan sebelum konsert bermula.

 

Terkini,

Tampil Cukup Promising, “Yazmin Aziz” Hadir Dengan Single “Lihatlah”

SINGLE PERTAMA CIPTAAN VINCE AF

Masih muda, pada usia 17 tahun bakat baru bernama Yazmin Aziz tampil cukup matang dengan ramuan muzik Pop dengan feel R&B berjudul “Lihatlah” yang diedarkan di seluruh gedung muzik digital bermula 3 Oktober lalu.

Lagu yang dicipta oleh Vince Chong dan lirik M.Zulkifli ini adalah coretan kisah kehidupan Yazmin yang dilaluinya membesar sebagai seorang gadis remaja. Sama seperti remaja lain, Yazmin mahu memberi inspirasi akan susah senang dalam kehidupan.

‘Lihatlah’ membawa pendengar untuk melihat dan memahami semangat Yazmin yang kekal tabah sekaligus berjaya membuktikan dirinya mampu bangun menjadi seorang yang lebih cekal dan kuat untuk menempuh kehidupan.

Kerjasama dengan Vince Chong dan M. Zulkifli bermula sejak Mac 2018. Vince Chong aktif sebagai penyanyi dan komposer 2003 dengan beberapa lagu ciptaannya seperti Percayalah Sayang dan Mengapa Harus Cinta. Manakala penulis lirik M. Zulkifli menyumbangkan khidmatnya bagi lagu-lagu popular seperti Ku Milikmu (Siti Nurhaliza), Igauan Semalam (Fauziah Latiff) dan Ku Teruskan (Liza Hanim).

TRIVIA YAZMIN AZIZ

  • Pembikinan lagu ‘Lihatlah’ dilakukan pada 19 Julai 2018.
  • Pemenang tempat ketiga Bakat Ohsem Malaysia 2017 (BOM) anjuran hurr.tv
  • Pernah merangkul pingat emas bagi kategori junior di pertandingan Malaysian championship of Performing Arts.
  • Muncul naib juara pertandingan Maybank Talent pada tahun 2012

Terkini,

Politik Pop Kugiran “Mad & Rissa” Dalam Single “Politaik”

Kugiran indie yang mula tampil dengan debut berjudul “Ambiguitas” tahun lalu dengan single perdana mereka Bercanda muncul dengan single kedua tahun ini selepas “Sa-ekor Burung” yang sempat diedarkan Ogos lalu.

Kental dengan feel indi Pop, Mad & Rissa  tampil dengan lagu terbaru mereka berjudul “Politaik” yang beredar pada 5 Oktober lalu video liriknya di YouTube rasmi Mad & Rissa.

Lagu yang sekali lagi mendapat sentuhan komposisi muzik dan lirik Wanjah Ali ini mengangkat isu pemikiran dunia politik yang lebih banyak berbalik pada idea bicara dan debat semata dalam ideologi kebanyakan ahli politik tanpa tindakan yang wajar.

Kritikan sosial dalam penulisan penuh humanisme dan saya kira menjentik pemikiran pendengar yang jelas dalam bait “Mendengar lidah bicara, polemik indah belaka tak seindah hujah kata-kata mereka…”

TRIVIA MAD & RISSA

  • Mula ditubuhkan pada tahun 2016 oleh Wanjah Ali
  • Merasakan potensi yang ada, Wanjah Ali memanggil Izhar sebagai drummer dam beberapa siri gig sekitar Kl & Melaka.
  • Hanya selepas itu Mad & Rissa mendapatkan pemain gitar mereka Haziq dan Faridz sebagai pemain bass.
  • Mereka juga disenarai dalam top 12 Vans Musicians Wanted 2018
Daripada gerakan kecil secara sendiri dengan memuat naik karya ciptaan mereka di YouTube dan Soundcloud, Mad & Rissa hari ini bergerak dalam skala lebih luas sebagai kugiran indie yang semakin mendapat perhatian ramai. Jom kita tonton video lirik terbaru Mad & Rissa – Politaik

#RetrospektifMuzik, Highlight, Terkini,

Mengenang Pak Ngah – Perginya Legasi Muzik Melayu Yang Tertinggal

LEGASI MUZIK PAK NGAH TERHENTI 25 SEPTEMBER 2018 LALU

Luluh kiranya hati saat membaca pautan berita Utusan Online, 25 September 2018 lalu akan perginya khazanah berharga Muzik Melayu nusantara Pak Ngah atau nama sebenarnya Shuhaimi Md. Zain pada usia 59 tahun. Perkhabaran pilu Pak Ngah pergi buat selamanya itu dilaporkan ketika dia masih berada di Batam atas urusan kerja.

Perjuangan muzik Melayu asli nusantara yang dikendong bakat berharga ini bagai terhenti tanpa terbayang atau terlintas mana kan lagi pelapis yang mempu memberi aspirasi muzik sebesar yang pernah Pak Ngah sumbang sejak dia mula aktif di era 60-an dengan penyertaan kugiran Sisco Kid sehingga menjadi pengarah muzik festival-festival muzik terbesar se-Malaysia.

Melihat kembali portfolio muzik maestro yang satu ini membawa kita kembali ke tahun 1997 ketika sebuah album solid bunyian Melayu asli didondang dendangkan oleh sang primadona bernama Noraniza Idris. Kemunculan album berjudul Ala Dondang dengan hit malar segar berjudul “Awallah Dondang” (Anak Sarawak / Hairul Anwar Harun) membuka mata ramai orang akan keindahan muzik Melayu yang dikomersilkan dengan cukup segar dan merdu penghasilannya.

“Ala Dondang” menjadi titik temu Pak Ngah, Noraniza Idris dan pengikut muzik tempatan (Malaysia) ketika itu bersatu untuk meninggikan lagi darjat muzik Melayu asli ke tahap paling harum dan membanggakan.

Aturan yang sudah disusun itu diteruskan dengan legasi bintang Pop terheboh ketika itu, Siti Nurhaliza yang meneruskan penerimaan luar biasa “Awallah Dondang” dengan single asli pertamanya “Cindai” yang pengaruhnya tidak hanya di Malaysia malah menyeberang selat Melaka untuk terus dihargai peminat muzik Singapura juga Indonesia.

Dan ketika itu saya kira, irama Melayu asli berada di tahap paling membanggakan sekali. Ternyata dengan masa dan rezeki yang tepat sesebuah naskhah itu mampu menjadi begitu berharga sama seperti kilaunya emas yang takkan runtuh nilainya.

“Cindai itu sebenarnya menceritakan tentang seorang wanita yang cekal dalam perjuangannya. Perlambangan kain songket yang jika dipintal mampu sekuat senjata lain. Cerminan itu yang mahu disampaikan dalam lagu tersebut.” – Pak Ngah

Kelangsungan akan kejayaan Awallah Dondang dan Cindai diteruskan dengan deretan hit seperti Manira (Noraniza Idris), Balqis (Siti Nurhaliza), Tinting (Noraniza Idris) sehingga ke album duet terbaik Seri Balas (1999) dengan hit Hati Kama yang menjadi album tradisional pertama dinobat sebagai Album Terbaik Anugerah Industri Muzik Malaysia pada tahun 2000.

Sejarah yang dicipta tidak hanya sekadar ilham Siti & Ani tetapi Pak Ngah turut menjadi aspirasi label muzik selain Suria Records untuk mencipta the next Siti & Ani. Maka lahirlah Dwi Sabitah (Fadilah & Norazimah) yang  terlahir daripada program pencarian bakat TV3 namun impaknya tidaklah sehebat Seri Balas tetapi masih penting bagi saya dalam menyemarakkan kebangkitan muzik tradisional.

Dan selepas itu mucul lagi beberapa bintang Pop yang mencuba irama tradisi ini dengan menggunakan formula serupa Pak Ngah. Maka lahirlah another duo bernama Siti Nordiana & Syura.

Menerusi album duet berjudul “Firus” pada tahun 2000 dengan barisan produser otai seperti S.Atan. Namun sebelum itu Nana terlebih awal merakam lagu berjudul Zapin Pak Ngah Balik (Rosli Selasih) menerusi debut yang diedarkan tahun 1999.

Langkah Syura dalam pemasaran genre muzik Melayu asli diteruskan dengan single “Nazam Berkasih” yang akhirnya menggunakan khidmat Pak Ngah sebagai produser album diberi judul “Balaghah” album penuh irama tradisional.

Dan the list goes on dengan bakat-bakat terrnama Sharifah Aini (Yayadan), Ziana Zain (Bagai Gahara) dan Jamal Abdillah (Samrah Mentari) sehinggalah bakat-bakat muda seperti Syazliana, Haziq, Zehra Zambri dan lain-lain yang menggunakan khidmat arwah secara meluas dan komersil.

SURVIVAL PAK NGAH MENERUSKAN CITA DAN JUANG IRAMA TRADISI

Saya kira selain Noraniza Idris yang tinggal mungkin hanya Pak Ngah yang sentiasa mahu meneruskan survival muzik tradisi agar tidak hilang ditenggelami muzik moden semasa khususnya.

Usaha berterusannya dalam memartabatkan irama ini tidak hanya di negara lahirnya dia tetapi sehingga ke Indonesia dalam mensejagatkan muzik tradisi ini menjadi satu.

Selepas program 3 Juara anjuran TV3, Pak Ngah aktif sebagai juri program Dangdut Akademi Asia (DAA) dalam mencungkil bakat serta mengembangkan legasi muzik tradisi. Dan dengan progam ini juga maka lahirlah bintang seberang bernama Lesti yang merakam lagu ciptaan Pak Ngah berjudul “Zapin Melayu” yang turut meledakkan nama Lesti dalam pasaran muzik Dangdut di Indonesia.

Pak Ngah Ketika Menjadi juri 3 Suara

Setiap usahanya adalah kejayaan bagi muzik tradisional sebetulnya. Dia memartabatkan genre muzik ini tanpa lelah dan putus asa. Saya cukup tertarik dalam kenyataan yang dibuat menerusi Utusan Online

“Saya faham ini waktu yang sukar tapi perjuangan harus diteruskan. Saya yakin, kalau kita berusaha peluang yang lebih baik bakal muncul. Kita kena fokus terutama dari segi promosi,” – Katanya merujuk akan penerimaan muzik tradisional hari ini.

Dalam artikel berjudul “Kalau Bukan Saya Siapa Lagi?” tulisan Alif Fadli itu, Pak Ngah turut menyatakan cabaran sebenar muzik tradisi hari ini adalah soal kreativiti yang harus diolah seiring pasaran muzik sekarang. Selain itu strategi pemasaran yang betul dalam meneruskan kelangsungan muzik ini.

Cindai, Hati Kama, Dikir Puteri, Nazam Berkasih, Nirmala dan ratusan lagi lagu ciptaannya akan terus dikenang sebagai sebuah naskhah malar segar yang melodinya akan kita hafal, dendangkan merentasi zaman dan generasi.

Semoga akan ada yang masih mahu meneruskan legasi yang ditinggalkan ini agar mengalir terus dalam jiwa-jiwa yang mahu terus membudayakan muzik tradisi Melayu untuk kembali diangkat di peringkat yang lebih tinggi dan mendunia.

Al-Fatihah.