
Kugiran indie yang mula tampil dengan debut berjudul “Ambiguitas” tahun lalu dengan single perdana mereka Bercanda muncul dengan single kedua tahun ini selepas “Sa-ekor Burung” yang sempat diedarkan Ogos lalu.
Kental dengan feel indi Pop, Mad & Rissa tampil dengan lagu terbaru mereka berjudul “Politaik” yang beredar pada 5 Oktober lalu video liriknya di YouTube rasmi Mad & Rissa.
Lagu yang sekali lagi mendapat sentuhan komposisi muzik dan lirik Wanjah Ali ini mengangkat isu pemikiran dunia politik yang lebih banyak berbalik pada idea bicara dan debat semata dalam ideologi kebanyakan ahli politik tanpa tindakan yang wajar.
Kritikan sosial dalam penulisan penuh humanisme dan saya kira menjentik pemikiran pendengar yang jelas dalam bait “Mendengar lidah bicara, polemik indah belaka tak seindah hujah kata-kata mereka…”
TRIVIA MAD & RISSA
- Mula ditubuhkan pada tahun 2016 oleh Wanjah Ali
- Merasakan potensi yang ada, Wanjah Ali memanggil Izhar sebagai drummer dam beberapa siri gig sekitar Kl & Melaka.
- Hanya selepas itu Mad & Rissa mendapatkan pemain gitar mereka Haziq dan Faridz sebagai pemain bass.
- Mereka juga disenarai dalam top 12 Vans Musicians Wanted 2018