
SELALU DENGANKU
Artis: Lah Ahmad
Komposer & Lirik: Lah Ahmad
Produser: Lah Ahmad / Shahwal / Don
Lama kiranya menantikan single Pop Lah Ahmad yang kali terakhir mungkin di lagu “Adinda” yang beredar pada tahun 2014 sebelum dia memberi fokus dalam rakaman lagu-lagu berkonsepkan Pop kerohanian menerusi dua album penuh “Jalan Untuk Kembali” dan “Sempurna & Terbaik”.
Transisi Lah sebagai pemuzik juga penyanyi sebetulnya tidaklah berubah 360 darjah daripada apa yang pernah dia lakukan sebelum ini bersama grup V.E. Harmoni vokal dalam alunan R&B, Soul & Pop masih menjadi jalur muzik dalam kembara solonya.
Cuma peralihan itu berlaku saya kira kerana transisi hidup ke arah yang lebih spirtual secara amnya. Jadi keberadaan Lah sebagai soloist kurang dirasai di pasaran semasa kerana lagu-lagunya tidak lagi menjual idea cinta dalam khayalan juga imaginasi.
Tahun ini dia memberi kejutan manis dengan merilis sebuah video rakaman semula “Di Pintu Syurga” nyanyian asal Dayang Nurfaizah dalam rendisi yang lebih lembut menyentuh. Lah seperti biasa jarang gagal dalam memberi nyawa dalam apa jua lagu yang dia persembahkan.
Terkini, bagi meneruskan kelangsungan dalam bermuzik, Lah tampil dengan single Pop terbarunya “Selalu Denganku” yang beredar video liriknya baru-baru ini.
Dengan ilham Old Skool Ballad dalam kemasn muzik Soul membuai, “Selalu Denganku” diberi kesungguhan dalam nyanyian Lah yang seperti kita harap dan mahu, indah membuai halwa yang mendengar.
Lagu ciptaan sepenuhnya Lah ini saya kira tidaklah hadir dengan idea baru, kemasan saxophone di lagu ini terhasil baik cuma saya kira jika ia diberi satu susunan muzik yang lebih current ia akan menyuntik satu kemasan yang lebih terkini sound nya secara keseluruhan
Rujukan terbaik yang boleh saya beri contoh adalah single Alif Satar “I Want You To Love Me” yang hadir dalam ilham serupa dengan “Selalu Denganku” tetapi diberi punch berbeza dalam susuna muzik yang lebih segar, terkini dan tidak terikat ilham lama lagu-lagu Sax Ballad begini.
Namun overall “Selalu Denganku” bukanlah lagu yang gagal ia masih sebuah lagu yang baik dan saya pasti di versi live Lah akan mampu memberi lebih dengan live music (bukan minus one) yang akan membesarkan lagi sifat lagu ini seiring kemampuan luar biasa Lah sebagai penyanyi.
7/10
ARTIKEL BERKAITAN