Rahim Maarof soloist tempatan yang cukup dikenali dengan soul dalam nyanyian yang cukup sifat maskulinnya melantun bait-bait lagu cinta dan Pop yang disulam feel Rock membangkit satu identiti bermuziknya yang tersendiri.
Bakat muziknya dicungkil Ben Supratono yang membuka laluan buatnya menjadi penyanyi rakaman pada tahun 1981 menerusi debut “Kini Aku Sendiri Vol.1” setelah itu dia mengatur langkahnya untuk menjadi lebih berpengaruh di pasaran tempatan dengan menghantar demo rakaman ke syarikat Life Records yang ketika itu dikenali sebagai Hup-Hup Music.
Pengaruh muzik Rock yang cukup besar di era 80-an memberi kelebihan buat Rahim Maarof menyinar. Ramai berpendapat suaranya tidak hanya berteras pada nyanyian Rock yang baik tetapi datang dengan penjiwaan yang cukup besar. Ada Soul dan Blues seperti Gary Moore.
Namun dia tidaklah diterima terus sebagai artis rakaman, bakatnya diasah dengan menyanyi secara live di pub juga hotel lounge bersama band yang diberi nama Whistesteel. Dia juga sempat merakamkan dua buah album bersama beberapa kugiran menerusi program Battle of the Band 1 & 2 yang cukup popular di pertengahan 80-an.
Beliau menyertai beberapa kumpulan muzik dan membuat persembahan di pub, lounge, dan hotel hotel selama hampir lima tahun di pertengahan tahun 80’an. Di tahun 86′ beliau menubuhkan kumpulan Whitesteel dan ada merakamkan lagu dalam dua buah album dengan beberapa kumpulan lain di dalam siri Battle of the Bands I & II dengan Warnada Records.
Namanya sebagai penyanyi solo cukup dikenali ketika dia merilis album “Kristal” bersama produser M.Nasir dengan memberikan hits malar segar buatnya menerusi lagu “Cinta Kristal”. Album ini turut menampilkan komposer lain seperti Adnan Abu Hassan, Siso dan Manan Ngah manakala Rahim sendiri menghasilkan sebuah melodi bagi lagu “Jumpa Sekali Lagi”.
Album “Kristal” menmpilkan sisi Rock, Blues dan Soul Rahim yang disatukan dalam sebuah persembahan Pop yang cukup meyakinkan ketika diedarkan. Lagu ciptaan Adnan Abu Hassan bersama Johan Nawawi berjudul “Kasihku” antara lagu yang cukup berbeza dalam feel 80’s Ballad yang cukup menawan. Lagu ini turut pernah dirakamkan kembali Amy Mastura.
Sebuah lagi hits yang memberi kejayaan buat album ini adalah lagu berjudul “Jangan Kau Rayu” yang sekali lagi disiapkan komposisi muziknya oleh M.Nasir. Lagu yang hadir dengan feel Soulful Ballad ini antara yang menyerlahkan feel Rahim Maarof sebagai seorang penyanyi lelaki yang hebat.