Saya Anak Malaysia (Dr. Sam / S. Amin Sahab)
Lagu ini dihasilkan sebagai sebuah representasi Pop Patriotik yang disatukan dengan elemen muzik yang keluar daripada kepompong biasa lagu-lagu patriotik. Dan kerana keunikan Dr. Sam yang membawakan lagu ini dengan penuh karakter berbeza, ia menjadi lagu yang cukup ikonik sekali sehingga hari ini masih diperdengarkan di setiap bulan kemerdekaan.
Standing In The Eyes of the World (Ella / Wah Idris / Habsah Hassan)
Lagu paling moden dalam legasi semangat jiwa patriotik. Ella dengan cukup effortless merakamkan lagu “Standing In The Eyes of the World” ini dengan begitu menyenangkan sekali. Bait lirik Habsah Hassan yang ditulis dalam melodi mewah Wah Idris ini pasti akan terus diperdengarkan biar berganti generasi.
Warisan (Sudirman / Syed Haron)
Lagu teratas dalam legasi patriotisme adalah daripada Sudirman. Selain “31 Ogos” yang cukup popular, lagu berjudul “Warisan” ciptaan Syed Haron ini antara yang menanam rasa kecintaan pada negara dan budaya dengan estetika muzik serta lirik yang cukup tinggi. Sudirman dalam penyampaian ikhlasnya melontar rasa lewat lagu ini memberi kesan buat pendengar.
Negaraku Tercinta (DJ Dave / S.Atan)
Feel Melayu cukup tinggi dalam melodi ciptaan S.Atan lewat lagu ini. Penyampaian DJ Dave juga cukup jelas dalam sebutannya yang sekali gus memberikan. “Tanahku subur menghijau // Utara selatan timur // Pemandangan menawan // Sederhana aman makmur.”
Bahtera Merdeka (Ahmad Jais)
Ahmad Jais merakamkan lagu ini pada era 60-an sebagai sebuah anthem kemerdekaan negara. Lagu yang terhasil dalam gerakan ilham muzik era 60-an ini memberi definisi melodi kemelayuan dengan lirik puitis yang menyemarak rasa patriotisme. Lagu ini kemudian cukup popular kembali setelah dirakamkan oleh Aishah pada era 90-an.
Malaysia Baru (M.Bakri)
Lagu yang cukup catchy dengan feel swingging 60’s dalam penghasilan melodinya menjadikan “Malaysia Baru” antara naskhah penting Pop Patriotik tempatan.
Sesat Di Kuala Lumpur (Kembara)
Blues dan Folk Kembara terhasil dalam cerita yang cukup menarik untuk diperdengarkan. Melodi lagu “Sesat Di Kuala Lumpur” membawa cerita jiwa-jiwa yang penuh pengharapan untuk berjaya di kota ini. Bait lirik M.Nasir di lagu ini sebuah penentangan ilham hidup sempurna sebagai anak merdeka yang sarat dengan cerita masyarakatnya.
ARTIKEL BERKAITAN