
Attitude bermuzik Anita Sarawak yang sering kita lihat di pentas live terbit dalam rangkaian album-album Inggerisnya. Rilis seperti “Dancing In The City” (1978), “The Way I Feel Tonight” (1978), “Love Me” (1977) dan “Sophisticated Lady” (1978) antara bukti kredibilitinya sebagai penyanyi dan penghibur yang versatil.
Di ruang retrospektif muzik minggu ini, Muzik Kita mendengarkan kembali album “Sophisticated Lady” yang beredar di tahun 1976 – album penuh kedua berbahasa Inggeris selepas album self-titled berjudul “Anita” yang beredar di tahun sebelumnya.
Terisi 12 lagu keseluruhannya, album ini menampilkan rangkaian lagu Inggeris saduran daripada versi asal yang dinyanyikan Natalie Cole, Jim Croce dan Captain & Tennille antaranya. Cukup popular di era 70-an, Anita merakam setiap lagu dengan caranya yang tersendiri.
Dibuka dengan lagu “Mr Melody” lagu asal Natalie Cole yang diramu dalam versi lebih rancak dalam feel Disko penuh groove ditangani baik Anita dalam caranya yang cukup tersendiri. Berbanding versi asal yang datang dengan feel Motown, Anita mengisi lagu ini dengan lebih attitude yang lebih lagi.
Diteruskan dengan sangat rancak di lagu kedua “Shop Around” kepuasa menikmati persembahan Anita semakin dirasai. Lagu-lagu begini senang sekali untuk kita nikmati dan membayangkan betapa ‘wild’ nya Anita dengan aksinya di pentas.
Vibe serupa dapat anda dengarkan menerusi lagu lagu “Boogie Fever”. Amazing sekali penghasilannya dan tidak kalah dengan versi asal, Anita menuai semangat dalam persembahan nyanyiannya dengan sangat baik. Kemasan lagu ini cukup berkelas sekali seiring dengan kemasan muzik album antarabangsa lainnya. A perfect song to start your day pastinya.
Tidak terikat rangkaian lagu bernada rancak, Anita turut mempesona dengan alunan merdunya dalam lagu seperti “Somewhere In The Night”, “I Have To Say I Love You In A Song” dengan caranya sendiri. Masih kekal soulful dan kelembutan dan clarity dalam penyampaiannya. “Misty Blue” antara personal favorite saya di album ini, Anita benar-benar go deep dalam penyampaiannya yang lebih soulful. Jiwanya lebih di rasai di lagu ini.
Turut menampilkan sebuah lagu bersama rakan duetnya Ismail Haron menerusi “Don’t Go Breaking My Heart” persembahan asal Elton John bersama Kiki Dee meneruskan groove yang tiada hujungnya di album ini.
Kualiti rakaman di album ini harus saya puji kerana untuk sebuah album piring hitam yang dihasilkan di era 70-an dengan penghasilan yang standardnya sangat tinggi begini, “Sophisticated Lady” selayaknya terus diraikan sebagai salah sebuah album penting dalam sejarah muzik tempatan.
“Cupid” dan “Lonely Night” antara yang terhasil cukup menarik juga. Sekali lagi kredit harus diberikan pada Anita. Dia sangat bijak dalam penyampaian yang sangat mudah menarik kita untuk kekal sampai ke hujung lagu.
Saya puas mendengarkan setiap perincian muzik di lagu “Cupid” – all those synth, gitar dan dram di lagu ini bagaikan mendengar rakaman langsung dari studio. Album ini seharusnya menjadi rujukan pemuzik hari ini dalam manipulasi penghasilan melodi baru dengan ilham lama. Ada banyak hal yang komposer baru malah penyanyi boleh pelajari dengan benar-benar menghayati pengisian album ini.
“Sophisticated Lady” dan kesebelas lagu lainnya di album ini siap dinikmati di saluran YouTube “Getaran Nostalgia” secara rasmi.
ARTIKEL BERKAITAN
Melayani Cerita Dalam Lagu Persembahan Primadona Noorkumalasari