
EP: Lover (2021)
Artis: Mikha Angelo
Produser: Mikha Angelo
Semakin selesa bermuzik secara solo, Mikha Angelo bergerak laju dalam pengahsilan karya-karya baru yang bersilih ganti dengan ilham muzik yang membuah ilham individualitinya dalam bermuzik. Belum lagi puas menikmati “Amateur”, Mikha memperkenaklan EP “Lover”.
Berisi dua lagu dalam ilham lirikal cinta yang manis, Mikha Angelo menggubah melodi “Anything” dan “Into You” dengan cemerlang sekali. Keunikan dan tersendirinya melodi yang hanya dengan sekali dengar sudah buat kita jelas dengan visi muziknya.
“Anything” saya kira sifatnya begitu Mikha sekali kraf muziknya. Bait-bait kasih sayang cinta pertama jelas ditulis dalam lagu ini saat dia melantun “Through anything, anytime. Wherever you are, I’m always by your side and in your heart…”
Mikha komposer yang bijak saya kira membuat kita sebagai pendengar untuk melekat mendengar lagu-lagunya. “Into You” sebuah lagi deklamasi cinta yang cukup indah penghasilannya.
Lagu yang bedurasi hanya 2 minit 56 saat ini mengulik kisah crush into you anak muda. “I’m done trying to be cautious ‘Cause I’m just afraid you won’t understand That I like you I might even love you How am I supposed to make you know that I’m into you?”
EP ini saya kira sebuah kesinambungan yang baik daripada apa yang sudah dia hidangkan di album perdananya “Amateur” yang terhasil dalam ilham Pop yang cukup menyenangkan. This beautiful soul ternyata banyak hal yang mahu dia kongsikan bersama kita sebagai pendengar.
9/10
ARTIKEL BERKAITAN