
Versatiliti Anita Sarawak dalam menyampaikan pelbagai jaluran muzik dengan ciri khusus yang dimiliki dalam persembahan nyanyiannya menjadikan dia antara persona pop yang cukup diingati sehingga hari ini.
Barisan album inggeris sepanjang 70-an dan 80-an yang di selang-selikan dengan rilis Pop Melayu Asli bersama Ismail Haron dalam rangkaian diskorafi bukti bakat ini bukan sebarang bintang Pop.
A truly diva she is. Itu belum lagi kita bicarakan kemampuannya di atas pentas. Kreativiti berkarya Anita Sarawak sebagai penghibur pentas dan penyanyi rakaman ternyata satu dalam sejuta tanpa perlu dibayangi mana-mana penyanyi lain.
“Antara Yang Manis” single hits R&B Pop yang dicipta Fauzi Marzuki menjadi antara all time favorite saya. Kraf lagu tersebut cukup original dengan komposisi melodi, kemasan muziknya yang menampilkan Dave Koz sebagai pemain sax di lagu menjadikan ia cukup istimewa sekali.
Muzik Kita berimaginasi sekali lagi dalam pasaran muzik Anita Sarawak yang kiranya sudah menokhtahkan karier seni muziknya dengan sebuah tribute andai sebuah persembahan Pop Anita ini dibikin semula di era ini. So who made it better? Jom ikuti senarai pilihan.
AKHIRNYA KINI PASTI – SARAH RAISUDIN
Sarah miliki attitude dalam mewarnakan vokalnya dengan sangat baik dalam lagu rancak begini. Feel R&B dalam nyanyiannya akan sangat memberikan sentuhan yang cukup istimewa dan tersendiri bagi versi baru “Akhirnya Kini Pasti” ini.
BISIKANLAH CINTA – MISHA OMAR
Misha Omar akan memberi satu pengalaman menikmati sebuah pelayaran rasa yang cukup membuai di lagu ini. Balada begini begitu cocok dengan kemampuannya yang cukup dikenali dengan feel luar biasa dalam persembahan vokalnya yang sentiasa kemas dan membuai rasa.
ANTARA YANG MANIS – NORYN AZIZ
Noryn mampu memberi sentuhan Pop Jazz yang cukup menawan di versi baru “Antara Yang Manis”. Lagu begini akan jadi sangat menarik jika disusun semula mengikut jaluran muzik yang biasa dibawakan Noryn dengan caranya yang tersendiri.
CINTAMU MUZIK DI HATIKU – LIZA HANIM
Antara kelembutan dan kelantangan penyampaian di lagu ini ada satu keasyikan yang bakal dipersembahkan Liza Hanim dengan cukup baik sekali. Clarity vokal Liza dengan feel yang sentiasa tepat dibawakannya akan beri satu impak yang lebih indah, lembut dan dirasai sekali perasaannya.
GETARAN – DAYANG NURFAIZAH
Dayang seperti biasa mampu mengembalikan segala groove yang dia miliki dengan cukup menwan di lagu ciptaan Azman Abu Hassan berjudul “Getaran” ini. Dengan kemasan muzik lebih Modern R&B lagu ini akan kembali menarik minat lebih ramai pendengar muda untuk menikmatinya.
CINTA NAN SATU – NORA
Balada ciptaan Mazlan Hamzah ini sebuah naskhah yang terhasil dalam kemasan muzik yang cukup moden ketika ia diedarkan. Nora mampu mewarnakan lagu ini mengikut acuan muziknya yang cukup dikenali dengan Balada begini (Naluri, Hanya Satu, Bawalah Ku Bersamamu antaranya) dan mengembalikan nostalgia “Cinta Nan Satu” dengan indah sekali.
ARTIKEL BERKAITAN
Revisited Saloma – Bimbang (1969) Who Made It Better In 2020’s?